You are on page 1of 9

MAJLIS PELANTIKAN PENGAWAS SK TAMAN MELATI TAHUN 2019

Tarikh : 22 Februari 2019 (Jumaat)


Masa : 8.30 pagi
Tempat : Dewan Gemilang, SK Taman Melati
1 Mengumumkan ketibaan Yang Dihormati,
KETIBAAN VIP Yang Berbahagia, DSP Foo Chek Seng, Pegawai Polis di Jabatan
(Amar)
Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Polis Diraja
Malaysia, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Hadirin diminta berdiri.

********************NYANYIAN LAGU
NEGARAKU******************

Hadirin dipersilakan duduk.

2 Bismillahirrahmanirrahim…
UCAPAN
PENGERUSI Sireh berlipat sireh pinang,
MAJLIS
Sireh dari Pulau Mutiara,
(Raiyani)
Pemanis kata selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.

Assalamualaikum w.b.t.
1) Salutasi

Sekali lagi, dipanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan


limpah dan kurnia-Nya kita dapat berhimpun dalam Majlis
Pelantikan Pengawas Sekolah Kebangsaan Taman Melati bagi
tahun 2019.

Upacara yang penuh simbolik ini bukan sahaja memenuhi tradisi


pelantikan semata-mata, tetapi merupakan satu amanah yang akan
dipikul oleh semua pengawas yang ada pada hari ini.

3 Tetak buluh panjang sepuluh,


BACAAN DOA Jangan dijolok sarang penyengat,
(Amar)
Angkat tangan jari sepuluh,
Doa diminta biar selamat.

Hadirin yang dimuliakan,


Bagi memberkati majlis kita pada pagi ini, marilah sama-sama kita
mengaminkan doa yang akan dipimpin oleh Ustaz Hishamuddin B.
Abdullah. Majlis dengan segala hormatnya dipersilakan.

****************************BACAAN
DOA****************************

Amin Amin Ya Rabbal ‘Alamin


Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas bacaan doa sebentar
tadi.

4 Tanpa melengah-lengahkan masa lagi, majlis mempersilakan Yang


UCAPAN Berusaha En. Mohd Sadli B. Harun, Guru Besar Sekolah
ALUAN GURU Kebangsaan Taman Melati untuk menyampaikan ucapan alu-
BESAR
aluan. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
(Raiyani)
**********************UCAPAN GURU
BESAR************************

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berusaha


Tuan Guru Besar atas ucapan yang disampaikan sebentar tadi.

5 Buah langsat di tepi busut,


UCAPAN Mari masukkan ke dalam peti,
PERASMIAN Besar hati kami menjemput,
(Amar) Besar niat di dalam hati.

Seterusnya, majlis dengan penuh takzim menjemput dan


mempersilakan
Yang Berbahagia, DSP Foo Chek Seng, Pegawai Polis di Jabatan
Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Polis Diraja
Malaysia, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman
untuk menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan Majlis
Pelantikan Pengawas Sekolah Kebangsaan Taman Melati bagi
tahun 2019. Majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan.

************************UCAPAN
PERASMIAN***********************

Majlis mengucapakan jutaan terima kasih kepada


Yang Berbahagia, DSP Foo Chek Seng
atas ucapan perasmian Majlis Pelantikan Pengawas Sekolah
Kebangsaan Taman Melati Tahun 2019 sebentar tadi.

Dijemput para tetamu jemputan untuk naik ke pentas bagi


pelancaran perasmian Majlis Pelantikan Pengawas Sekolah
Kebangsaan Taman Melati.

**************************GIMIK
PERASMIAN************************

Demikianlah tadi gimik perasmian bagi Majlis Pelantikan


Pengawas Sekolah Kebangsaan Taman Melati bagi tahun 2019.

6 Hadirin hadirat yang dimuliakan,


PENYAMPAIAN
WATIKAH
PENGAWAS Kini tibalah pada waktu yang dinanti-nantikan iaitu Majlis
TS25
Penyerahan Watikah Pelantikan Pengawas kepada Pengawas
(Raiyani)
Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Pengawas SPBT, Pengawas
Briged Bestari, Pembimbing Rakan Sebaya, Skuad Ar-Raudhah dan
Pengawas TS25. Kita mulakan dengan penyerahan watikah
pelantikan bagi Pengawas TS25. Bagi menyempurnakan acara,
majlis dengan ini menjemput Pn. Siti Mariah Bt. Mohd Muksin,
Setiausaha TS25 untuk menjemput dan mengiringi Koperal
Hamizan / Koperal Azlina, Pegawai Perhubungan Sekolah PDRM
untuk menyampaikan watikah.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

*********************WATIKAH PENGAWAS
TS25*******************

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada


_____________________ atas kesudian menyampaikan
watikah sebentar tadi.
Sekarang dijemput barisan Pengawas TS25 untuk naik ke pentas
bagi melafazkan ikrar. Dipersilakan.

***********************IKRAR PENGAWAS
TS25**********************
7 Hadirin hadirat yang dimuliakan,
PENYAMPAIAN Majlis diteruskan lagi dengan penyerahan watikah pelantikan bagi
WATIKAH
SKUAD AR- Pengawas Surau atau lebih dikenali sebagai Skuad Ar-Raudhah.
RAUDHAH Bagi menyempurnakan acara, majlis dengan ini menjemput Pn.
(Amar)
Nornadiatul Hadawiyah Bt. Othman, Ketua Guru Disiplin untuk
menjemput dan mengiringi Pn. Farina Bt. Hj. Mohd Yahya, GPK
Kokurikulum untuk menyampaikan watikah.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.


*****************WATIKAH SKUAD AR-
RAUDHAH*****************

Majlis sekali lagi merakamkan ucapan terima kasih kepada Pn.


Farina atas kesudian menyampaikan watikah sebentar tadi.

Sekarang dijemput barisan Skuad Ar-Raudhah untuk naik ke


pentas bagi melafazkan ikrar. Dipersilakan.

*******************IKRAR SKUAD AR-


RAUDHAH********************

8 Hadirin hadirat yang dimuliakan,


PENYAMPAIAN Majlis diteruskan lagi dengan penyerahan watikah pelantikan bagi
WATIKAH
PRS Pembimbing Rakan Sebaya. Bagi menyempurnakan acara, majlis
(Raiyani) dengan ini menjemput En. Khairul Azmi B. Habidin, Kaunselor
Sekolah untuk menjemput dan mengiringi En. Rosli B. Juhari, GPK
Hal Ehwal Murid untuk menyampaikan watikah.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

****************************WATIKAH
PRS***************************
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada En. Rosli atas
kesudian menyampaikan watikah sebentar tadi.

Sekarang dijemput barisan Pembimbing Rakan Sebaya untuk naik


ke pentas bagi melafazkan ikrar. Dipersilakan.

*******************************IKRAR
PRS*****************************

9 Hadirin hadirat yang dimuliakan,


PENYAMPAIAN Majlis diteruskan lagi dengan penyerahan watikah pelantikan bagi
WATIKAH
Pengawas Briged Bestari atau lebih dikenali sebagai Pengawas ICT.
PENGAWAS
BRIGED Bagi menyempurnakan acara, majlis dengan ini menjemput Pn.
BESTARI
Nurul Hisham Bt. Mat Rosidi, Guru Penyelaras ICT untuk
(Amar)
menjemput dan mengiringi Pn. Azizah Bt. Ali, GPK Tadbir
& Kurikulum untuk menyampaikan watikah.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

*******************WATIKAH BRIGED
BESTARI*********************

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Pn. Azizah atas


kesudian menyampaikan watikah sebentar tadi.

Sekarang dijemput barisan Pengawas Briged Bestari untuk naik ke


pentas bagi melafazkan ikrar. Dipersilakan.

***********************IKRAR BRIGED
BESTARI*********************

10 Hadirin hadirat yang dimuliakan,


PENYAMPAIAN Majlis diteruskan lagi dengan penyerahan watikah pelantikan bagi
WATIKAH
PENGAWAS Pengawas SPBT. Bagi menyempurnakan acara, majlis dengan ini
SPBT menjemput En. Rosli B. Juhari, GPK Hal Ehwal Murid untuk
(Raiyani)
menjemput dan mengiringi En. Shamsurri B. Salleh, Mantan GPK
Hal Ehwal Murid untuk menyampaikan watikah.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

*****************************WATIKAH
SPBT*************************
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada En. Shamsurri
atas kesudian menyampaikan watikah sebentar tadi.

Sekarang dijemput barisan Pengawas SPBT untuk naik ke pentas


bagi melafazkan ikrar. Dipersilakan.

*******************************IKRAR
SPBT***************************

11 Hadirin hadirat yang dimuliakan,


PENYAMPAIAN Majlis diteruskan lagi dengan penyerahan watikah pelantikan bagi
WATIKAH
PENGAWAS Pengawas Pusat Sumber. Bagi menyempurnakan acara, majlis
PUSAT dengan ini menjemput Pn. Azizah Bt. Ali, GPK Tadbir & Kurikulum
SUMBER
(Amar) untuk menjemput dan mengiringi En. Abing B. Hj. Sabang, Pegawai
Sukan di Pejabat Pendidikan Wilayah Keramat merangkap Pegawai
Perhubungan Sekolah untuk menyampaikan watikah.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

***************************WATIKAH
PSS*****************************

Majlis sekali lagi merakamkan ucapan terima kasih kepada En.


Abing B. Hj. Sabang atas kesudian menyampaikan watikah
sebentar tadi.

Sekarang dijemput barisan Pengawas Pusat Sumber untuk naik ke


pentas bagi melafazkan ikrar. Dipersilakan.

********************************IKRAR
PSS****************************
12 Hadirin hadirat yang dimuliakan,
PENYAMPAIAN Majlis diteruskan lagi dengan penyerahan watikah pelantikan bagi
WATIKAH
PENGAWAS Pengawas Sekolah. Bagi menyempurnakan acara, majlis dengan ini
SEKOLAH menjemput En. Mohd Sadli B. Harun, Guru Besar SK Taman Melati
(Raiyani)
untuk menjemput dan mengiringi Yang Berbahagia DSP Foo Chek
Seng, Pegawai Polis di Jabatan Pencegahan Jenayah dan
Keselematan Komuniti, Polis Diraja Malaysia, Ibu Pejabat Polis
Bukit Aman untuk menyampaikan watikah.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

***************WATIKAH PENGAWAS
SEKOLAH*******************

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan


terima kasih kepada Yang Berbahagia DSP Foo Chek Seng atas
kesudian menyampaikan watikah sebentar tadi.

Sekarang dijemput barisan Pengawas Sekolah untuk naik ke pentas


bagi melafazkan ikrar. Dipersilakan.

*******************IKRAR PENGAWAS
SEKOLAH********************

12 Dari daik pulang ke daik,


PENYAMPAIAN Sehari-hari berkebun pisang,
CENDERAHATI Budi baik dibalas baik,
(Amar)
Dalam hati dikenang orang.

Sebagai tanda mengenang jasa serta ucapan terima kasih, majlis


mempersilakan Yang Berusaha En. Mohd Sadli B. Harun, Guru
Besar SK Taman Melati untuk menyampaikan cenderahati sebagai
kenang-kenangan kepada Yang Berbahagia DSP Foo Chek Seng,
Pegawai Polis di Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselematan
Komuniti, PDRM, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

*****************(PENYAMPAIAN
CENDERAMATA)*****************
Majlis merakamkan ucapan terima kasih.
13 Demikianlah tadi berakhirnya Majlis Pelantikan Pengawas Sekolah
PENUTUP Kebangsaan Taman Melati bagi tahun 2019. Majlis merakamkan
(Raiyani) setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada
semua pihak atas kerjasama dalam menjayakan majlis pada hari ini
dengan jayanya.
Melati kuntum tumbuh melata,
Sayang merbah di pohon jati,
Sampai sudah ke penghujung acara,
Tahun depan kita bersua lagi.

Sekian, wabillahittaufiq.....

You might also like