You are on page 1of 2

Contoh Surat Notis Mesyuarat Agung

Unit Beruniform Bulan Sabit Merah, Rujukan Tuan : SMK Sultan Sulaiman, Rujukan Kami : SMKSS/02/03/04/01 (10) 20400 Kuala Terengganu, TERENGGANU. __________________________________________________________________________________ Mohd Ali bin Amin, Ahli Unit Beruniform Bulan Sabit Merah, SMK Sultan Sulaiman, 20400 Kuala Terengganu, TERENGGANU. Saudara, MESYUARAT AGUNG TAHUNAN UNIT BERUNIFORM BULAN SABIT MERAH Merujuk kepada perkara diatas, sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Unit Beruniform Bulan Sabit Merah, SMK Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu akan diadakan pada ketetapan berikut: Tarikh: 7 Februari 2011 (Isnin) Masa: 2.30 petang Tempat: Dewan SMK Sultan Sulaiman, K.Terengganu. 2. Agenda Mesyuarat adalah seperti berikut: 2.1 Ucapan Alu-aluan 2.2 Ucapan Guru Penasihat Unit Beruniform 2.3 Ucapan Perasmian 2.4 Agenda Mesyuarat Agung i. Ucapan Pengerusi ii. Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat agung yang lalu iii. Membentangkan laporan tahunan iv. Membentangkan dan mengesahkan laporan kewangan v. Pemilihan Ahli Jawatankuasa vi. Pemilihan dua orang juruaudit vii. Membahaskan usul-usul yang diterima viii. Ucapan penangguhan

1 Februari 2011

3. Saudara / saudari dijemput hadir ke mesyuarat ini. Kehadiran amat dihargai. Sekian, terima kasih.

Saya yang menurut perintah,

( NUR SYAMIMI BTE AHMAD ) Setiausaha Unit Beruniform Bulan Sabit Merah, SMK Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman. s.k. 1. Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum Sekolah 2. Guru Penasihat Unit Beruniform Bulan Sabit Merah

You might also like