You are on page 1of 4

MINIT MESYUARAT TR.JOHNNY AMAN SEKUAU BIL.

1 TAHUN 2022

TARIKH : 4 MEI 2022


HARI : RABU
MASA : 02:00 PETANG
TEMPAT : RUMAH PANJANG TR.JOHNNY AMAN,SKIM SEKUAU,BATU 28 JLN OYA
SIBU-BINTULU
KEHADIRAN:
1. TR JOHNNY AMAN
2. KALONG ANAK SEMU
3. BAYUT ANAK LUYOH
4. JUDO ANAK USOF
5. RUDU ANAK UMBAT
6. JIKIE ANAK GALAU
7. PAUL ANAK LALANG
8. BUNGAI ANAK SULAU
9. NGELAYANG ANAK ENGKUMBAL
10. TERESA UMANG ANAK GAMU
11. GUYUT ANAK TULU
12. MULOK ANAK BILONG
13. SAUN ANAK GASING
14. RIA ANAK KUNDING
15. UPIT ANAK RUNAN
16. UMANG ANAK KIRUH
17. MARYLYNE JERIAH ANAK BAYUT
18. UMEK ANAK NABAU
19. LEKONG ANAK MEGONG
20. BIYAH ANAK AGUT
21. MARGERET IDAN ANAK BAYUT
1.0 KATA ALU ALUAN PENGERUSI
Tr.Johnny Aman mengucapkan selamat datang dan mengucapkan terima kasih kepada
semua ahli Tuai tuai bilik serta semua ahli rumah panjang sudi menghadiri mesyuarat
pertama sebagai Mesyuarat selamat Datang.Beliau mengucapkan selamat datang
memandangkan beliau baru saja dilantik menjadi Tuai Rumah pada tahun 2022 ini.Beliau
amat berterima kasih kepada semua tuai tuai bilik kerana memberikan sokongan kepada
beliau.

2.0 PERLANTIKKAN AJK TR JOHNNY AMAN


Pengerusi memberitahu agenda utama mesyuarat pertama pada kali ini merupakan
perlantikkan AJK TR JOHNNY AMAN ANAK MICHEAL BIGOL.Beliau menjelaskan
sesiapa saja boleh memberikan cadangan serta jawatan yang hendak dipikul.Di antara
jawatan yang dicadangkan oleh pihak pegawai pejabat daerah adalah seperti berikut:
a) Pengerusi -Tr.Johnny Aman Anak Micheal Bigol
b) Setiausaha
c) Bendahari
d) Biro Pembangunan JKKK
e) Biro Wanita
f) Biro Pendidikan
g) Biro Kesihatan
h) Biro Kebersihan
i) Biro Keselamatan
j) Biro Pertanian
k) Biro Belia Dan Sukan
l) Biro Protokol
m) Biro Keagamaan/Kerohanian
n) Biro Kebudayaan

TINDAKAN : SEMUA TUAI BILIK


3.0 AJK TR JOHNNY AMAN TAHUN 2022
a) Pengerusi - Tr.Johnny Aman Anak Micheal Bigol
b) Setiausaha - Encik Judo Anak Usof
c) Bendahari - Puan Saun Anak Gasing
d) Biro Pembangunan JKKK - Encik George Ayie Anak Umbal
e) Biro Wanita - Puan Teresa Umang Anak Gamu
f) Biro Pendidikan - Encik Judo Anak Usof
g) Biro Kesihatan - Encik Jeospa Anak George Ayie
h) Biro Kebersihan - Puan Mulok Anak Bilong
i) Biro Keselamatan - Encik Naga Anak Lunsa
j) Biro Pertanian - Puan Ria Anak Kunding
k) Biro Belia Dan Sukan - Encik Julis Anak Moses
l) Biro Protokol - Encik Paul Anak Lalang
m) Biro Keagamaan/Kerohanian - Puan Adelina Anak Lalang
n) Biro Kebudayaan - Puan Maria Anak Bareng
TINDAKAN : SEMUA TUAI BILIK

4.0 HAL HAL BERBANGKIT


a) WANG BANTUAN KEMATIAN / NGETAS ULIT
Puan Umek mencadangkan agar sumbangan sepintu bagi keluarga rumah panjang
yang meninggal dan juga upacara ngetas ulit dikekalkan seperti tahun sebelum ini,
iaitu RM20.00 sepintu.Cadangan tersebut disokong oleh Puan Upit Anak Runan.

b) KUTIPAN JKKK
Puan Teresa Umang Anak Gamu mencadangkan agar kutip JKKK dimulakan pada
bulan Jun nanti.Beliau mencadangkan kutipan yang dibuat masih RM10.00
sepintu.Cadangan tersebut di sokong oleh Umek Anak Nabau.Puan Saun Anak
Gasing yang merupakan Bendahari memberitahu kutipan JKKK akan dimulakan pada
2 – 5 haribulan setiap bulan.Nama akan direkodkan dibuku khas bagi setiap
pembayaran yang telah dibuat.Beliau juga menjelaskan akan menyerahkan semua
kutipan tersebut kepada isteri Tuai Rumah selepas 5 hari bulan.

c) PERALATAN JKKK
Puan Umang Anak Kiruh mencadangkan agar semua peralatan JKKK disimpan dan
diselia oleh Isteri Tuai rumah.Cadangan tersebut disokong oleh Puan Umek anak
Nabau.Puan Umang juga menjelaskan bahawa semua rekod dan peralatan telah
dikemaskini.Beliau juga menegaskan agar Ketua Biro yang bertanggungjawab
dengan peralatan ini perlu mendapatkan kunci dari isteri Tuai rumah.

d) PEMBELIAN PERALATAN JKKK


Pengerusi menegaskan, bahwa semua pembelian peralatan yang baharu akan
diputuskan dengan mesyuarat atau pembincangan melalui Ahli Jawatan
Kuasa.Pendapat individu tidak dibenarkan.

e) PEMBUANGAN SAMPAH
Puan Teresa Umang Anak Gamu,mencadangkan agar mereka yang membuang
sampah sarap secara sebarangan(Mengakibatkan pencemaran) diambil tindakan
denda sebanyak RM50.00.Cadangan beliau disokong oleh Puan Mulok anak
Bilong.Namun demikian, demi menjaga keterangkuman aspek kebersihan,denda
boleh ditangguhkan sekirannya sampah yang dikotorkan tadi dikutip atau dibersihkan
semula.Semua tindakan yang diambil perlu ada saksi dan bukti contohnya gambar
dan lain lain.

f) AKTIVITI TAHUNAN JKKK TR JOHNNY AMAN


Pengerusi mencadangkan aktiviti gotong royong dijalankan sebanya 2 kali setahun
iaitu pada mei sebelum Pesta Gawai Dayak dan hujung tahun,sempena menyambut
tahun baru.Pada tahun ini, sempena Pesta Gawai Pengerusi mencadangkan tarikh
22 Mei 2022 pada Ahad.Ahli tuai bilik yang tidak dapat hadir gotong royong diminta
untuk memberikan sumbangan RM20.00.Namun demikian pengerusi memberitahu
bagi aktiviti kali pertama ini,denda tidak akan dikenakan.Tindakan denda akan
dimulakan pada gotong royong hujung tahun nanti. Cadangan beliau dipersetujui
sebulat suara oleh semua ahli yang hadir.

g) DUIT KUTIPAN JKKK


Puan Umang Anak Kiruh menjelaskan wang tunai ditangan hasil kutipan yuran
sebanyak RM2,937.JKKK telah membuat pembelian pinggan.Pembelian peralatan
JKKK telah dibentangkan seperti berikut:
- Harga pembelian pinggan = RM1,471.30
- Bayaran Tambang = RM50.00
- Bayaran Makanan = RM50.00
JUMLAH = RM1,365.70

TINDAKAN : SEMUA TUAI BILIK

5.0 PENUTUP
Pengerusi sekali lagi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua tuai bilik serta ahli
rumah panjang yang hadir.Beliau masih perlu menyesuaikan diri dengan jawatan ini
memandangkan masih baru lagi.Beliau juga memohon maaf sekiranya terdapat sebarang
kelemahan yang timbul.Beliau berjanji akan mempertingkatkan lagi dan memohon
kerjasama semua tuai bilik serta ahli rumah panjang bagi melancarkan semua program
yang dijalankan.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3:50 PM.

Disediakan Oleh: Disemak Oleh :

…………………………….. ………………………………………….
(ENCIK JUDO ANAK USOF) (TR.JOHNNY AMAN ANAK MICHEAL BIGOL )
SETIAUSAHA PENGERUSI

FAIL JKKK TR JOHNNY AMAN


PEJABAT DAERAH SELANGAU

You might also like