You are on page 1of 16

SEKOLAH KEBANGSAAN TENGKEK

72200 BATU KIKIR.


NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

NBA1032 TEL: 06 – 4981879


Tarikh : 17 APRIL 2017
Kepada :
En Mohd Firdaus bin Mohd Nasir
Pengerusi Waris Pra Sekolah
SK Tengkek

Melalui dan Salinan

Tuan Pengetua,
MRSM Gemencheh
Negrei Sembilan

Tuan/ Puan

MAJLIS PERARAKAN SAMBUTAN MAULIDUR RASUL DAN PERASMIAN DEWAN


SERBAGUNA MASJID KARIAH KAMPUNG TENGKEK.

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Majlis perarakan adalah seperti butiran berikut :

TARIKH : 26.04.2017
HARI : RABU
MASA : 7.00 PAGI
TEMPAT : TAPAK PERHIMPUNAN SK TENGKEK

3. Sehubungan dengan perkara diatas, Pegawai Tuan, En Mohd Firdaus bin Mohd Nasir akan
terlibat. Perarakan ini juga akan disertai oleh Pengerusi PIBG, Pengerusi Waris Pra Sekolah serta ibu
bapa / penjaga bersama murid yang terlibat dalam perarakan berkenaan. Keselamatan murid-murid adalah
di bawah jagaan ibu bapa / penjaga sendiri.

4. Perarakan ini tidak melibatkan pelajar Asli yang bukan beragama islam. Oleh itu semua murid
Asli berkenaan akan bercuti pada hari berkenaan. Ini disebabkan semua guru akan turut serta di dalam
perarakan berkenaan.

5. Bersama-sama ini dilampirkan surat jemputan dan aturcara program dari Pejabat Agama Islam
Daerah Kuala Pilah.

6. Segala kerjasama dan perhatian dari pihak tuan/puan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih

Sekian,

Saya yang menurut perintah,.

……………………………………….
( MOHD ARA BIN MOHD YUSOF)
Guru Besar
SK Tengkek
SEKOLAH KEBANGSAAN TENGKEK
72200 BATU KIKIR.
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

NBA1032 TEL: 06 – 4981879

Ruj. Tuan :
Ruj. Kami : SKTk/

Tarikh :02.03.2016

Kepada:
Pegawai Pendidikan
Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Pilah,
72000 Kuala Pilah,
Negeri Sembilan Darul Khusus.
(U.P : En. Yaacob bin Mohamad )

Tuan,

MOHON TAMBAHAN DUA ORANG PENGAWAL KESELAMATAN BAGI TENDER


YANG AKAN DATANG

Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas.

2. Untuk makluman tuan Syarikat Jerai Security Enterprise akan ditamatkan perkhidmatan
pada bulan Julai tahun 2016 ini. Syarikat Jerai Security Enterprise hanya membekalkan dua orang
pengawal keselamatan dan pihak sekolah mohon tuan untuk menambah dua orang pengawal
keselamatan lagi bagi menampung kerja-kerja seliaan dimana keluasan sekolah adalah melebihi 5
hektar persegi.

3. Keluasan sekolah ini turut meliputi kawasan berbukit dan bangunan prasekolah juga
termasuk didalam kawasan tersebut. Tujuan penambahan pengawal keselamatan ini juga kerana
kedudukan bangunan Prasekolah jauh dari pintu pengawal utama. Pihak sekolah bimbang sekiranya
berlaku apa-apa kerosakan, kecurian dan pencerobohan.

Sekian dimaklumkan. Kerjasama dan tindakan tuan saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang menurut perintah,.

……………………………………
SEKOLAH KEBANGSAAN TENGKEK
72200 BATU KIKIR.
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

NBA1032 TEL: 06 – 4981879

Ruj. Tuan :
Ruj. Kami : SKTk/
Tarikh :10.03.2016

Kepada:
Yang Berhormat
Dato’ Hj Ismail bin Lasim
BSNS, ANS, PMC,
Jabatan Kerja Raya Negeri Sembilan
Tingkat 2, Blok A Wisma Negeri
70503 Seremban
Negeri Sembilan Darul Khusus

Yang Berhormat Dato’

SUKAN TAHUNAN SEKOLAH KEBANGSAAN TENGKEK KALI KE 23 TAHUN 2016

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuki.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan mengadakan sukan tahunan pada
ketetapan seperti berikut:

Tarikh : 07.04.2016
Hari : Khamis
Masa : 4.30 petang

3. Sehubungan dengan itu guru-guru dan AJK PIBG S K Tengkek berharap agar Yang
Berhormat Dato’ dapat merasmikan penutupan sukan tersebut. Kerjasama dari pihak Dato’
diucapkan ribuan terima kasih dan semoga Allah memberkati Yang Berhormat Dato’ dan keluarga.

Sekian dimaklumkan, terima kasih

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang menurut perintah,.

……………………………………
SEKOLAH KEBANGSAAN TENGKEK
72200 BATU KIKIR.
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

NBA1032 TEL: 06 – 4981879

Ruj. Tuan :
Ruj. Kami : Bil(10) SKTk/KUR/600/07/009
Tarikh :17.03.2016

Kepada:
Pegawai Kemajuan Orang Asli Kuala Pilah/Tampin
Kompleks Pejabat Kerajaan
72200 Kuala Pilah
Negeri Sembilan

Tuan,

TUNTUTAN BAYARAN PROGRAM KECEMERLANGAN UPSR 2016 BAGI PELAJAR


ORANG ASLI

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Berdasarkan perbincangan semasa Program Kecemerlangan UPSR 2016 yang telah diadakan
pada 1 Februari 2016, setiap ibubapa/penjaga telah bersetuju untuk membayar sebanyak RM 150.00
untuk melaksanakan program di atas.

3. Pada tahun ini, calon UPSR daripada murid Orang Asli adalah seramai 13 orang.

NAMA NO KAD PENGENALAN


1. AFIS A/K ARIS 040916-05-0451
2. AIZAD A/K AZUAN 040610-05-0571
3. AZMI A/K KASIM 040209-05-0161
4. DENNY RUOKHAIZIE A/K AHMAD 040608-05-0409
5. HAZRID A/K KENAN 040601-05-0203
6. JAY NURMASHIEKA BINTI JAYA 040211-05-0312
7. MAS A/K BAHARIN 040707-05-0420
8. MUHAMMAD AZIZUL BIN JOHN 040824-05-0323
9. NATALIEYYA ALIANA BINTI IZAM 040220-05-0226
10. NOR SHAZLINA BINTI SALIM 040318-05-0590
11. NUR FARA NIZA BINTI ZAINAL 041012-05-0322
12. SHAMIRAEZUANA BINTI NAWAL 040319-05-0558
13. SUHAZMI BIN MAJID 041007-05-0555

JUMLAH 13 ORANG X RM 150.00 = RM 1950.00

4. Pecahan bayarn tersebut dilampirkan


SEKOLAH KEBANGSAAN TENGKEK
72200 BATU KIKIR.
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

NBA1032 TEL: 06 – 4981879

Ruj. Tuan :
Ruj. Kami : SKTk/ 830824-05-5104
Tarikh :05.04.2016

Kepada:
Pengarah Pendidikan
Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan
Jalan Dato Hamzah
70990 Seremban
Negeri Sembilan
(U.P: Unit Perkhidmatan)

Tuan,

MOHON PELANJUTAN JAWATAN PEMBANTU PENGURUSAN MURID GRED N17


(SAMBILAN) DI SK TENGKEK

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara tersebut di atas.

2. Untuk makluman tuan tempoh perkhidmatan Pembantu Pengurusan Murid Gred N17
(Sambilan) Pn. Suzana binti Mohd Yusof telah tamat pada 30.04.2016. Sehubungan dengan itu
mohon pelanjutan semula memandangkan jawatan hakiki Pembantu Pengurusan Murid masih belum
diisi sehingga kini.

3. Bersama-sama ini disertakan dokumen-dokumen berkaitan untuk makluman dan tindakan


tuan selanjutnya. Sekian dimaklumkan, terima kasih.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang menurut perintah,.

……………………………………
SEKOLAH KEBANGSAAN TENGKEK
72200 BATU KIKIR.
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

NBA1032 TEL: 06 – 4981879

Ruj. Tuan :
Ruj. Kami : SKTk/ 100/11/005
Tarikh :12.04.2016

Kepada:
Pegawai Pendidikan
Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Pilah,
72000 Kuala Pilah,
Negeri Sembilan Darul Khusus.
(U.P : En. Azmi bin Aban )

Tuan,

MOHON GURU BAHARU BAGI MENGGANTIKAN GURU YANG BERCUT I TANPA


GAJI

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara tersebut di atas.

2. Untuk makluman tuan Pn. Noor Zilawati binti Md Uris iaitu guru yang mengajar subjek
Bahasa Inggeris telah mengambil cuti tanpa gaji mulai 06.04.2016 sehingga 27.05.2016.
Sehubungan dengan itu mohon pihak tuan membekalkan seorang guru bagi menggantikan guru
tersebut.

3. Bersama-sama ini disertakan dokumen yang berkaiatan untuk makluman dan tindakan tuan
selanjutnya.

Sekian dimaklumkan. Segala kerjasama tuan saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang menurut perintah,.

……………………………………
SEKOLAH KEBANGSAAN TENGKEK
72200 BATU KIKIR.
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

NBA1032 TEL: 06 – 4981879

Ruj. Tuan :
Ruj. Kami : SKTk/500/P/
Tarikh : 25.04.2016

Kepada:
Pegawai Pendidikan
Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Pilah,
72000 Kuala Pilah,
Negeri Sembilan Darul Khusus.

Tuan,

MOHON PENANGGUHAN TUGAS SEBAGAI GURU BESAR DI SK TENGKEK

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Adalah saya dengan hormatnya merujuk surat JPNS.SKPP.NP.500-5/13/5 Jld.23 (90),


bertarikh 18 April 2016 adalah berkaitan.

3. Untuk makluman tuan, saya telah menerima surat pertukaran ini pada 22.04.2016.
Saya ingin memohon tempoh penangguhan tugas bermula pada 25.04.2016 hingga 29.05.2016. Saya
akan mula menjalankan tugas mulai 03.05.2016

Sekian dimaklumkan, Kerjasama dan keperihatinan pihak tuan sangat saya hargai dan sanjung
tinggi.

Sekian, terima kasih.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang menurut perintah,.

……………………………………
(MOHD ARA BIN MOHD YUSOF)
Guru Besar
SK Tengkek
Batu Kikir
Negeri Sembilan
SEKOLAH KEBANGSAAN TENGKEK
72200 BATU KIKIR.
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

NBA1032 TEL: 06 – 4981879

Ruj. Tuan :
Ruj. Kami : SKTk/
Tarikh : 15.07.2016

Kepada:
SMD Enterprise
Kampung Padang Lebar
72200 Batu Kikir
Negeri Sembilan

Tuan,

MOHON SUMBANGAN KEK SEMPENA SAMBUTAN MAJLIS JAMUAN HARI RAYA


AIDIL FITRI DAN PROGRAM GURU PENYAYANG SK TENGKEK

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara tersebut di atas.

2. Untuk makluman tuan pihak sekolah memohon sumbangan 2 biji kek bagi meraikan majlis
sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Program Guru Penyayang. majlis tersebut akan diadakan pada
ketetapan seperti berikut:

Tarikh : 20.07.2016
Hari : Rabu
Masa : 10.30 pagi
Tempat : Kantin sekolah

3. Sekian dimaklumkan, segala kerjasam dan sumbangan tuan amat saya hargai dan didahului
dengan ucapan ribuan terima kasih.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang menurut perintah,.

……………………………………
SEKOLAH KEBANGSAAN TENGKEK
72200 BATU KIKIR.
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

NBA1032 TEL: 06 – 4981879

Ruj. Tuan :
Ruj. Kami : SKTk/
Tarikh : 25.04.2016

Kepada:
Pengurus Jerai Security Services Sdn Bhd
No 6A Tingkat 1, P9B1/2, Presint 9, Putrajaya
Wilayah Persekutuan Putrajaya

Tuan,

MOHON SUMBANGAN SEMPENA HARI PERPISAHAN GURU BESAR SK TENGKEK

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara tersebut di atas.

2. Untuk makluman tuan pihak sekolah memohon sumbangan sebanyak RM 200.00 bagi
sambutan majlis meraikan guru besar yang akan bertukar . Majlis tersebut akan diadakan pada
ketetapan seperti berikut:

Tarikh : 29.04.2016
Masa : 10.30 pagi
Tempat : Kantin sekolah

3. Segala sumbangan tuan saya amat hargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang menurut perintah,.

……………………………………
SEKOLAH KEBANGSAAN TENGKEK
72200 BATU KIKIR.
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

NBA1032 TEL: 06 – 4981879

Ruj. Tuan :
Ruj. Kami : SKTk/
Tarikh : 28.04.2016

Kepada:
Tuan Guru Besar
En. Mohd Ara bin Mohd Yusof
SK Tengkek
72200 Batu Kikir
Negeri Sembilan

Tuan,

JEMPUTAN KEMAJLIS PERPISAHAN GURU BESAR SK TENGKEK

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan tuan dijemput hadir kemajlis tersebut seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 29.04.2016
Masa : 10.30 pagi
Tempat : Kantin sekolah

3. Pihak kami amat berbesar hati agar tuan sudi hadir bagi menyerikan lagi majlis ini. Sekian
dimaklumkan, terima kasih.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang menurut perintah,.

……………………………………
SEKOLAH KEBANGSAAN TENGKEK
72200 BATU KIKIR.
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

NBA1032 TEL: 06 – 4981879

Ruj. Tuan :
Ruj. Kami : SKTk/200/03(6)
Tarikh : 06.05.2016

Kepada:
Pegawai Pendidikan Daerah,
Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Pilah,
72000 Kuala Pilah,
Negeri Sembilan Darul Khusus.
(U.P: Unit Pembangunan)

Tuan,

MEMOHON MEMBAIKI KEROSAKAN “KEKUDA” DI DEWAN SK TENGKEK

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Bagi makluman pihak tuan, pihak sekolah ingin memohon membaiki kerosakan bangunan di
dewan. Kerosakan tersebut adalah di dalam bangunan dewan dimana bahagian “kekuda” telah
dimakan anai-anai dan keadaan sangat kritikal dimana boleh membahayakan keselamatan murid
dan warga sekolah.

3. Dewan sekolah ini digunakan untuk perhimpunan pagi setiap hari Isnin, Program-program
sekolah, Program-program PIBG dan Program-program Luak. Sehubungan itu, keadaan dewan yang
membimbangkan akan membahayakan keselamatan penggunanya.

4. Bersama-sama ini dilampirkan salinan gambar kerosakan dalam bangunan dewan tersebut.
Segala kerjasama tuan sangat diharapkan dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang menurut perintah,.

…………………………………………………
(MOHD ARA BIN MOHD YUSOF)
GURU BESAR
SK TENGKEK
SEKOLAH KEBANGSAAN TENGKEK
72200 BATU KIKIR.
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

NBA1032 TEL: 06 – 4981879

Ruj. Tuan :
Ruj. Kami : SKTk/920830055425
Tarikh : 12.05.2016

Kepada:
Pengarah Pendidikan
Jabatan Pendidikan Negeri
Jalan Dato Hamzah Karung Berkunci No 6
70990 Seremban
Negeri Sembilan
(U.P:Unit fail )

Tuan,

MOHON NOMBOR FAIL DIRI GURU LANTIKAN BAHARU

NAMA : AMEER SYAHIR BIN SHAHRULZIN

JAWATAN : PPP DG41

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara tersebut di atas.

2. Untuk makluman tuan pegawai yang bernama seperti di atas telah melapor diri dan bertugas
di SK Tengkek mulai 15.08.2015. Sehubungan dengan itu kami mohon mendapatkan nombor fail
diri pegawai tersebut.

Sekian dimaklumkan. Terima kasih.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang menurut perintah,.

…………………………………………………
(MOHD ARA BIN MOHD YUSOF)
GURU BESAR
SK TENGKEK
72200 BATU KIKIR
NEGERI SEMBILAN
SEKOLAH KEBANGSAAN TENGKEK
72200 BATU KIKIR.
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

NBA1032 TEL: 06 – 4981879

Ruj. Tuan :
Ruj. Kami : SKTk/P
Tarikh : 17.05.2016

Kepada:
Pegawai Pendidikan Daerah,
Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Pilah,
72000 Kuala Pilah,
Negeri Sembilan Darul Khusus.
(U.P: Unit Perkhidmatan )
- En. Rosmainy

Tuan,

SURAT PENGESAHAN MELAPOR DIRI DAN KEW 8. BERPINDAH MASUK KE SK


TENGKEK

NAMA : MOHD ARA BIN MOHD YUSOF

JAWATAN : GURU BESAR SK TENGKEK

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara tersebut di atas.

2. Untuk makluman tuan pegawai ini telah melapor diri dan bertuagas di SK Tengkek mulai
25.04.2016.

3. Sehubungan dengan itu bersama-sama ini disertakan dokumen yang berikut untuk makluman
dan tindakan tuan selanjutnya:

(i) Kew.8 berpindah masuk ke SK Tengkek

(ii) Salinan surat pertukaran pegawai

Sekian dimaklumkan. Kerjasama dan tindakan tuan saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang menurut perintah,.

…………………………………………………
(MOHD ARA BIN MOHD YUSOF)
Guru Besar
SK Tengkek
Batu Kikir 72200
Negeri Sembilan
SEKOLAH KEBANGSAAN TENGKEK
72200 BATU KIKIR.
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

NBA1032 TEL: 06 – 4981879

Ruj. Tuan :
Ruj. Kami : SKTk/P/22941
Tarikh : 17.05.2016

Kepada:
Pegawai Pendidikan Daerah,
Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Pilah,
72000 Kuala Pilah,
Negeri Sembilan Darul Khusus.
(U.P: Unit Perkhidmatan )
- En. Rosmainy

Tuan,

KEW 8. PERTUKARAN EN. MISRAN BIN ALIMIN KE SK TAPAK

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara tersebut di atas.

2. Untuk makluman tuan pegawai ini telah bertukar ke SK Tapak mulai 25.04.2016.

3. Sehubungan dengan itu bersama-sama ini disertakan dokumen yang berikut untuk makluman
dan tindakan tuan selanjutnya:

(i) Kew.8 berpindah masuk ke SK Tapak

(ii) Salinan surat pertukaran pegawai

Sekian dimaklumkan. Kerjasama dan tindakan tuan saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang menurut perintah,.

…………………………………………………
(MOHD ARA BIN MOHD YUSOF)
Guru Besar
SK Tengkek
Batu Kikir 72200
Negeri Sembilan
SEKOLAH KEBANGSAAN TENGKEK
72200 BATU KIKIR.
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

NBA1032 TEL: 06 – 4981879


Ruj. Tuan :
Ruj. Kami : SKTk/500/P/60946
Tarikh : 13.06.2016

Kepada:
Pegawai Pendidikan Daerah,
Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Pilah,
72000 Kuala Pilah,
Negeri Sembilan Darul Khusus.
(U.P: Unit Perkhidmatan )
- En. Rosmainy

Abdul Ghani bin Ab Rahim


Melalui:
Guru Besar SK Tengkek
72200 Batu Kikir
Negeri Sembilan

Tuan,

PENGESAHAN BERPINDAH DARI RUMAH SEWA KERUMAH SENDIRI

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Dengan ini disahkan bahawa Abdul Ghani bin Ab Rahim Kad Pengenalan nombor 800131-14-6049
berjawatan Pegawai Perkhidmatan Siswazah DG41 bertugas di SK Tengkek Batu Kikir.

3. Sehubungan dengan itu saya mengesahkan pegawai berkenaan telah berpindah dari rumah sewa
beliau di alamat No 3038, Jalan 18/60B, Taman Sri Serdang, 43300, Seri Kembangan Selangor ke No 1023,
Jalan 6/10, Taman Nusa Intan 70400, Seremban Negeri Sembilan mulai 03.04.2016

4. Bersama-sama ini disertakan dokumen-dokumen berikut untuk makluman dan tindakan tuan
selanjutnya:

i. Lampiran A
ii. Surat Perjanjian Beli Rumah
iii. Salinan sijil nikah
iv. Salinan sijil lahir anak

Sekian dimaklumkan, kerjasama tuan saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang menurut perintah,

…………………………………………………
(MOHD ARA BIN MOHD YUSOF)
Guru Besar
SK Tengkek
Batu Kikir 72200
Negeri Sembilan

You might also like