You are on page 1of 1

KUARTERS INSTITUSI PENDIDIKAN CHERAS INDAH

JALAN INDAH 30, TAMAN CHERAS INDAH


56100 KUALA LUMPUR

(018)2887275
(603)

kipcherasindah@yahoo.com
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Ruj. Kami
: KIPCI/100/14/1 (1)
Tarikh:4 SEPTEMBER 2014
GURU BESAR
SK CHERAS INDAH
56100 KUALA LUMPUR
Tuan/Puan,
MEMOHON UNTUK MENGGUNAKAN PADANG SEKOLAH PADA WAKTU PETANG
Sukacita saya merujuk kepada perkara di atas, saya ingin memohon kebenaran daripada pihak
sekolah untuk menggunakan padang sekolah pada waktu petang.
2.

Untuk makluman pihak sekolah, kawasan Kuarters Institusi Pendidikan Cheras Indah

amat terhad dan anak-anak penghuni tidak mempunyai kawasan untuk melakukan aktiviti
riadah terutama untuk bermain bolasepak pada waktu petang.
3.
Justeru itu, saya amat berbesar hati jika pihak sekolah dapat membenarkan anak-anak
penghuni kuarters untuk menggunakan kawasan padang sekolah.
4. Kerjasama daripada pihak sekolah didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.
Saya yang menurut perintah,
............
( IBRAHIM BIN ISMAIL )
Pengerusi KIP Cheras Indah.

You might also like