You are on page 1of 2

TEKS UCAPAN GURU BESAR SEMPENA HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN SK TAMAN

NIRWANA 2014

Terima kasih Saudari/a Pengacara Majlis,

1. Yang Dihormati Tuan Hj Abd Hamid bin Hussain


Pemangku Yang Dipertua Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ)
(Jemputan khas kita dalam majlis pada pagi yang berbahagia ini)
2. Yang Dihormati Dato Zainudin bin Abdul Kadir (YDP PIBG)
3. Yang Dihormati Dato Hj Mustapha bin Yaakub (NYDP PIBG)
4. Yang Dihormati Puan Aliza bt Mohamad Ngasari (GPK KURIKULUM)
5. Yang Dihormati Puan Norehan bt Rimin (GPK HEM)
6. Yang Dihormati, En. Halidon b. Samsuri (GPK KO-KURIKULUM)
7. Yang Dihormati Puan Thevalatha Naidu a/p Thambirajah (Penyelia Petang
8. Ahli jawatankuasa PIBG, ahli jawatankuasa pelaksana majlis, barisan guru-guru dan ibu bapa dan murid
-murid serta hadirin yang dihormati sekalian.
Assalamulaikum w.b.t, salam sejahtera, dan Salam Satu Malaysia
Alhamdulillah, kita panjatkan kesyukuran kepada Allah swt kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya kita
dapat berkumpul di sini dalam Majlis Anugerah Kecemerlangan SK Taman Nirwana bagi tahun 2014. Majlis
ini diadakan khas bagi meraikan kejayaan anak-anak kita dalam bidang akademik bagi sesi pembelajaran
2014.
Terlebih dahulu saya dan semua warga SK Taman Nirwana juga ingin mengalu-alukan kehadiran Yang
Selangor. Setinggi-tinggi ucapan terima kasih di atas kesudian Encik Zulkifli bin Kharman untuk turut sama
menjayakan dan memeriahkan majlis ini. Semoga kesempatan berada di majlis ini sedikit sebanyak
mewujudkan sesi suaikenal di antara Encik Zulkifli dan semua warga SK Taman Nirwana.
Hadirin dan hadirat,
Saya pasti pihak ibu bapa dan semua yang berada dalam majlis ini mengetahui bahawa majlis penyampaian
anugerah kecemerlangan merupakan satu acara yang berhasrat meraikan kecemerlangan di samping
memberi penghargaan kepada murid-murid yang berjaya dalam memperoleh keputusan yang cemerlang
berdasarkan keputusan peperiksaan akhir tahun. Sesungguhnya pihak sekolah begitu menghargai
kesungguhan murid-murid dalam menjalankan tanggungjawab mereka sebagai pelajar dengan belajar
bersungguh-sungguh hingga membuahkan hasil yang membanggakan. Kejayaan kesemua murid yang
cemerlang ini bukan sahaja dikongsi bersama ibu bapa, malah pihak sekolah terutama guru-guru dapat
merasakan kepuasan dalam mendidik murid-murid sekolah ini. Saya percaya usaha melahirkan murid yang
cemerlang dalam pelbagai aspek terutama akademik bukanlah usaha berseorangan malah ia merupakan
usaha yang digembleng bersama oleh guru-guru dan ibu bapa. Justeru, saya ingin mengambil kesempatan
mengucapkan tahniah di atas usaha para guru serta mengucapkan terima kasih di atas keprihatinan dan
kerjasama yang diberikan ibu bapa dalam menjayakan semua program dan aktiviti yang dianjurkan oleh
pihak sekolah. Semoga jasa Tuan-tuan dan Puan-puan dalam melahirkan anak didik yang cemerlang dalam

bidang akademik, ko kurikulum dan sahsiah diri akan seterusnya menjadi modal insan bagi menerajui
negara pada masa hadapan.
Hadirin, dan hadirat
Dalam konteks pendidikan, fungsi utama sekolah ialah bagi memupuk pembelajaran. Dengan perubahan
persekitaran pendidikan yang penuh dengan ketidaktentuan, sukar diramalkan dan sentiasa terdedah kepada
penambahbaikan, proses pembelajaran tidak lagi tertumpu kepada akses pengetahuan semata-mata, bahkan
lebih menjurus kepada proses persediaan menghadapi cabaran yang berbeza pada masa hadapan. Sejajar
dengan Misi Nasional dan perakuan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2013 - 2025, salah satu teras
utamanya ialah menjana modal insan minda kelas pertama. Maka, SK Taman Nirwana tidak boleh terkecuali
daripada menyediakan peluang pembelajaran yang berkualiti dan bertaraf dunia supaya pada akhirnya
pelajar yang menerima pendidikan di sekolah ini dapat menyumbang terhadap jati diri dan daya saing
negara. Sebagai guru besar, saya akan sentiasa memastikan bahawa hala tuju sekolah ini jelas dan bahawa
segala bentuk perancangan dan pelaksanaan program pendidikan yang ada sentiasa akur dengan keperluan
yang disebutkan.Saya dan semua guru amat berharap agar anak-anak tidak mudah berputus asa dalam
berhadapan cabaran mewarisi generasi wawasan negara.

Hadirin dan hadirat,


Kepada penerima hadiah, sekalung tahniah untuk anda. Teruskan kecemerlangan anda. Nilai kebendaan
hadiah dan sijil bukanlah menjadi ukuran. Yang penting, kalian telah diberi pengiktirafan yang begitu
bermakna dalam hidup kalian. Di samping mencongak kejayaan, usah lupakan rakan-rakan yang tidak
menerima hadiah seperti kalian. Bantu mereka, beri dorongan dan inspirasi. Kelak kalian akan dikenang
sebagai insan yang budiman dan berperibadi mulia. Bagi pihak sekolah, saya mendoakan agar kalian akan
terus melakar kejayaan yang bakal membanggakan diri sendiri, keluarga, sekolah, masyarakat, bangsa dan
negara.
Kepada ahli jawatankuasa majlis hari ucapan dan penyampaian hadiah SK Taman Nirwana kali ini, terima
kasih daun keladi. Kepada tetamu dan hadirin, sokongan tuan puan akan dikenang sampai bila-bila.
Ikan sembilang, sepat dan kelah
Guna bubu biasa di hujung
Pencapaian cemerlang dapat hadiah
Petanda ilmu sentiasa dijunjung
Sebelum mengundur diri, saya dengan bangganya ingin merakamkan sekalung tahniah dan penghargaan
buat semua murid yang bakal menerima anugerah dan hadiah pada hari ini. Terima kasih kepada semua yang
terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan majlis pada hari ini. Saya juga memohon
kemaafan andainya terdapat kekurangan dalam ucapan saya sebentar tadi.
Sekian, wabilahitaufik walhidayah, wassalamualaikum warrahmatullah hiwabarakatuh.

You might also like