You are on page 1of 1

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN

TUANKU ABDUL RAHMAN


Telefon : 03-60352237,
48100 BATU ARANG Faks : 03-60353198,
SELANGOR DARUL EHSAN Emel : beb7655@btpnsel.edu.my

Ruj. Kami : SMKTAR 800-2/2/1 ( )


Tarikh : 11 Mac 2019
Kepada:
Puan Nor Liza Binti Idris
Guru Besar,
SK Batu Arang
48100 Batu Arang
Selangor Darul Ehsan

Tuan,

MEMOHON MENGGUNAKAN PADANG SK BATU ARANG UNTUK KEJOHANAN SUKAN BALAPAN DAN
PADANG SMK TUANKU ABDUL RAHMAN KE-47, 2019.

Adalah dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Kokurikulum SMK Tuanku Abdul Rahman akan
menganjurkan Kejohanan balapan dan Padang kali ke- 47 seperti berikut:

Tarikh : 10 dan 11 Aprill 2019 (Acara terdahulu)


Hari : Rabu dan Khamis
Masa : 2.45 hingga 6.00 petang
Tempat : SK Batu Arang, Selangor Darul Ehsan

Tarikh : 13 April 2019 (Kejohanan Balapan dan Padang kali ke-47)


Hari : Sabtu
Masa : 7.30 pagi hingga 12.00 tengah hari
Tempat : SK Batu Arang, Selangor Darul Ehsan

3. Sehubungan dengan ini, saya bagi pihak sekolah memohon jasa baik dan pertimbangan pihak
tuan untuk mendapatkan kebenaran menggunakan Padang SK Batu Arang bagi tujuan tersebut di atas.

4. Bersama-sama ini disertakan tentatif program. Sebarang pertanyaan dan keterangan lanjut pihak
tuan boleh menghubungi Setiausaha Sukan Sekolah iaitu Puan Nor Saliza Binti Ahmad Soobni (012-
3067869).

5. Segala perhatian dan kerjasama pihak tuan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

………………………………………….
(NOR ANIDA BINTI MAMAT)
Pengetua
SMK Tuanku Abdul Rahman

You might also like