You are on page 1of 1

SEKOLAH KEBANGSAAN LAKSAMANA

LORONG 4, JALAN STAMPIN BARAT


TAMAN HUI SING
93350, KUCHING SARAWAK

TELEFON: 082-573051
FAX
: 082-573026

__________________________________________________________________________________________
Pengarah
Bahagian Kebudayaan
Kementerian Pembangunan Sosial dan Urbanisasi
(u.p. Puan Misiah)

Ruj. Kami: JPS(W)SKL(KK)153/05/03/06(8)


Tarikh: 7 Mei 2015

Tuan,
MEMINJAM KOSTUM UNTUK PERSEMBAHAN SEMPENA SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH
Perkara di atas adalah dirujuk.
Adalah dimaklumkan bahawa Sekolah Kebangsaan Laksamana akan mengadakan sambutan Hari Guru peringkat
sekolah pada hari Isnin, 18 Mei 2015.
2.
Sehubungan dengan itu, Kelab Kebudayaan sekolah ini akan mengadakan persembahan pada hari
tersebut. Oleh hal yang demikian, kami berhasrat untuk meminjam kostum seperti di bawah daripada pihak tuan
bagi menjayakan program tersebut.

No
1
2
3
4
5

Etnik
Melayu
Melanau
Orang Ulu
Bidayuh
Iban

Lelaki
2
2
2
4
1

Perempuan
2
2
2
4
1

3.
Adalah menjadi harapan kami agar pihak tuan dapat mempertimbangkan permohonan kami dan
memaklumkan kepada Puan Elia Binti Hasimi, di talian 019-8470582 agar perjalanan sambutan majlis tersebut
berjalan dengan lancar. Ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan didahului dengan terima kasih.
Sekian.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menurut perintah,

_____________
(JAINI BIN JAM)
Guru besar,
Sekolah Kebangsaan Laksamana.

You might also like