You are on page 1of 5

SEKOLAH KEBANGSAAN ISMAIL SATU Tel/Fax : 06-9522040

(JBB 5030) E-mail: ski1_jbb5030@yahoo.com


JALAN TUNKU BENDAHARA,
84000 MUAR, JOHOR.

No.Ruj.Kami : JPJ/PIBG/0300 ( 7 )
Tarikh : 13 September 2020

Kepada:
DATUK HJ LOKMAN BIN MD DON
Pengerusi Jawatankuasa
Penyelaras Khas Dun Simpang Jeram

Datuk,
MOHON SUMBANGAN 3 PENGHAWA DINGIN BERKAPASITI 1.5HP

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.


2. Untuk makluman Datuk, Sekolah Kebangsaan Ismail Satu memerlukan penghawa
dingin ini bagi menggantikan beberapa unit penghawa dingin yang sudah rosak di beberapa
bilik khas di sekolah.

3. Sehubungan itu, pihak kami memohon jasa baik Datuk agar dapat memberi
sumbangan ini demi kebaikan bersama khususnya untuk anak-anak murid Sekolah
Kebangsaan Ismail Satu.

4. Berikut adalah senarai bilik-bilik khas yang memerlukan penghawa dingin baharu
yang dianggarkan berjumlah RM5,000.00:

Bil Bilik Khas Kuantiti


(Penghawa dingin)
1. Pusat Sumber Sekolah 1 unit
2. Pejabat Sekolah 1 unit
3. Bilik Pemulihan 1 unit
Jumlah 3 unit

5. Segala kerjasama dan keprihatinan dari pihak Datuk amat kami hargai. Kami dahului
dengan ucapan ribuan terima kasih. Sekiranya ada pertanyaan dan maklum balas, pihak
Datuk boleh berhubung dengan GPK Pentadbiran, Encik Fadil bin Jaafar di 012-6902266.

Sekian, terima kasih.

”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

……………………………………….
(MONISA BT ATAN)
Yang Dipertua
Persatuan Ibu Bapa dan Guru
SK Ismail Satu
SEKOLAH KEBANGSAAN ISMAIL SATU Tel/Fax : 06-9522040
(JBB 5030) E-mail: ski1_jbb5030@yahoo.com
JALAN TUNKU BENDAHARA,
84000 MUAR, JOHOR.

Rujukan : JBB 5030/600 (6)


Tarikh : 7 MAC 2019

Kepada,
TUAN HAJI ZULKIFLY BIN HJ. MOHD TAHIR
PEGAWAI DAERAH PONTIAN

Tuan,
JEMPUTAN SEBAGAI PERASMI MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-45

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Untuk makluman tuan, Mesyuarat Agung PIBG kali ke-45 SK Ismail Satu akan diadakan
pada ketetapan berikut:-

Tarikh : 16 Mac 2017


Hari : Sabtu
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Dewan Budiman, SK Ismail Satu

3.Sehubungan itu, pihak PIBG dengan sukacitanya menjemput tuan hadir sebagai perasmi
dan memeriahkan lagi majlis pada hari tersebut. Jasa baik dan keprihatinan tuan dalam
perkara ini kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian terima kasih.

“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya Yang Menjalankan Amanah,

…………………………………….
(ABD RAZAK BIN ABD RAHMAN)
Yang Dipertua
Persatuan Ibubapa dan Guru
SK Ismail Satu, Muar.

Sk:
1. Penasihat PIBG- En. Muhamed Bin Omar (Guru Besar SKIS)
SEKOLAH KEBANGSAAN ISMAIL SATU Tel/Fax : 06-9522040
(JBB 5030) E-mail: ski1_jbb5030@yahoo.com
JALAN TUNKU BENDAHARA,
84000 MUAR, JOHOR.

Ruj. Kami : JBB5030/600 (7)


Tarikh : 11 MAC 2019

Kepada,
Ibu bapa / Penjaga
SK Ismail Satu,                                                         
Muar
Tuan/ Puan,

JEMPUTAN KE MAJLIS ANUGERAH MURID CEMERLANG SEMPENA


MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-45 SESI 2019

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2.     Anak tuan/puan yang bernama _________________________________


Tahun ____________ merupakan penerima anugerah pada Majlis Anugerah Murid
Cemerlang sempena Mesyuarat Agung PIBG sesi 2019.
 
3.      Sehubungan dengan itu, tuan/puan dijemput hadir dalam masjid tersebut bagi
memberi sokongan kuat atas kejayaan anak-anak seterusnya memeriahkan majlis
pada hari tersebut mengikut ketetapan berikut:

Tarikh : 16 MAC 2019 (Sabtu)


Masa : 8.30 pagi
Tempat : Dewan Budiman, SK Ismail Satu
Pakaian: Pakaian Sekolah Lengkap

4. Kesudian tuan/puan hadir ke majlis tersebut amatlah dialu-alukan dan didahului


dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

____________________________
(ABD RAZAK BIN ABD RAHMAN)
YDP PIBG,
SK Ismail Satu, Muar.
SEKOLAH KEBANGSAAN ISMAIL SATU Tel/Fax : 06-9522040
(JBB 5030) E-mail: ski1_jbb5030@yahoo.com
JALAN TUNKU BENDAHARA,
84000 MUAR, JOHOR.

Ruj. Kami : JBB5030/600 (8)


Tarikh : 11 MAC 2019

Kepada,
______________________
______________________
______________________

                                             
Tuan/ Puan,

JEMPUTAN PENERIMAAN ANUGERAH INSPIRASI SARANA 2018 SEMPENA


MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-45 SESI 2019

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2.     Tuan/puan yang bernama _________________________________ merupakan


penerima Anugerah Inspirasi Sarana 2018 sempena Mesyuarat Agung PIBG sesi
2019.
 
3.      Sehubungan dengan itu, tuan/puan dijemput hadir dalam masjid tersebut bagi
menerima anugerah tersebut seterusnya memeriahkan majlis mengikut ketetapan
berikut:

Tarikh : 16 MAC 2019 (Sabtu)


Masa : 8.30 pagi
Tempat : Dewan Budiman, SK Ismail Satu
Pakaian: Pakaian Kemas

4. Kesudian tuan/puan hadir ke majlis tersebut amatlah dialu-alukan dan didahului


dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

____________________________
(MUHAMED BIN OMAR)
Guru Besar,
SK Ismail Satu, Muar.
SEKOLAH KEBANGSAAN ISMAIL SATU Tel/Fax : 06-9522040
(JBB 5030) E-mail: ski1_jbb5030@yahoo.com
JALAN TUNKU BENDAHARA,
84000 MUAR, JOHOR.

Ruj. Kami : JBB5030/PIBG(16)


Tarikh : 10 Februari 2020

Kepada,
IBUBAPA / PENJAGA,
SEKOLAH KEBANGSAAN ISMAIL SATU,
MUAR.

Tuan/Puan,

JEMPUTAN KE MESYUARAT AGUNG PIBG SK ISMAIL SATU KALI KE-46

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa, Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) Sekolah


Kebangsaan Ismail Satu, Muar akan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan seperti
ketetapan berikut :

Tarikh : 29 Februari 2020


Hari : Sabtu
Tempat : Dewan Budiman, SK Ismail Satu, Muar.
Masa : 8.30 pagi

3.  Bersama-sama ini disertakan slip jawapan dan usul untuk dibincangkan dalam
Mesyuarat Agung tersebut. Semua usul hendaklah dikembalikan semula kepada guru kelas
selewat-lewatnya 13 Februari 2020 (Khamis).

4. Segala kerjasama dari pihak tuan/ puan amatlah kami hargai.

Sekian, terima kasih.

Saya yang menurut perintah,

…………………………………………………….
( NUR JANNAH BINTI MOHD ALI )
SETIAUSAHA PIBG,
SK ISMAIL SATU, MUAR.

You might also like