You are on page 1of 1

SEKOLAH KEBANGSAAN ISMAIL SATU Tel/Fax : 06-9522040

(JBB 5030) E-mail: ski1_jbb5030@yahoo.com


JALAN TUNKU BENDAHARA,
84000 MUAR, JOHOR.

Rujukan : JBB 5030/600 (4)


Tarikh : 5 MAC 2019
Kepada:

Semua Ibu bapa


Murid Tahun 4,5 & 6

Tuan/Puan,
PROGRAM MOTIVASI KEIBUBAPAAN MURID TAHUN 4, 5 DAN 6

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.


2. Pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan Ismail Satu, Muar akan
mengadakan program tersebut seperti ketetapan berikut:

TARIKH/ HARI : 17 Mac 2019 ( Ahad )


MASA : 10.30pagi
TEMPAT : Dewan Budiman, SK Ismail Satu, Muar
BAYARAN : RM30 /keluarga

3. Pihak kami turut mengundang penceramah jemputan iaitu Encik Mohd Huridin Bin Samuri
seorang pakar motivasi dan perunding cara (Master in Mind Technology-Hypnosis).

4. Sehubungan itu, kami amat berbesar hati sekiranya tuan/puan dapat merebut peluang
keemasan hadir bersama-sama dengan beliau demi kecemerlangan murid-murid.

Sekian, terima kasih.

”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

……………………………………….
(ABDUL RAZAK BIN ABDUL RAHMAN)
Yang Dipertua
Persatuan Ibu Bapa dan Guru
SK Ismail Satu

---------------------------------------------------POTONG DI SINI-------------------------------------------------------------

Saya ______________________________ dengan ini bersetuju/ tidak bersetuju mengikuti program ini.
Bersama-sama ini saya sertakan bayaran sebanyak RM ______ .
(Bayaran hendaklah diserahkan kepada guru kelas anak tuan/puan)

Yang benar,

____________________
Nama:
No. KP:
Tarikh:

You might also like