You are on page 1of 2

SEKOLAH KEBANGSAAN SULTAN ABU BAKAR (1),

(SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN)


JALAN JUNID,
84000 MUAR,JOHOR Tel & Faks : 06-9521350
E-mel : jbb5033@moe.edu.my

Rujukan kami : SKSABI.700-8/2/1


Tarikh : OGOS 2020

Tuan,

PERLAKSANAAN UJIAN PSIKOMETRIK(PPsI) MURID PENDIDIKAN KHAS/2020

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Untuk makluman tuan/puan, Ujian Psikometrik merupakan salah satu daripada komponen
pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah bagi mengenal pasti kebolehan semula jadi murid , personaliti,
bakat, minat dan kecenderungan(KPM 2012).

3. Sehubungan dengan itu, semua murid PPKIP Nilam/2020 diwajibkan menduduki ujian ini. Ujian ini akan
dilaksanakan seperti ketetapan berikut:

3.1 Tarikh : 11-13 Ogos 2020 (Selasa-Khamis)


3.2 Masa : 8:00 pagi
3.3 Tempat : PPKIP Nilam SK. Sultan Abu Bakar (1), Muar
3.4 Sasaran : 4 orang PPKIP Nilam SK Sultan Abu Bakar(1), Muar.

4. Kerjasama daripada pihak tuan memastikan kehadiran anak tuan pada tarikh di atas amatlah dihargai
dan diucapkan terima kasih. Segala pertanyaan berkaitan program bolehlah berhubung dengan Cik Nur Alyani
binti Mohmad Hamim di talian 016-4225453.

Sekian,

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

..................................................
( )

VISI SEKOLAH : “Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera”

MISI SEKOLAH : “Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti, Untuk Membangunkan Potensi Individu, Bagi Memenuhi Aspirasi Negara”

You might also like