You are on page 1of 1

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI MELATI

TAMAN MELATI, 81200 JOHOR BAHRU, No.TeL : 07-2386867


JOHOR DARUL TAKZIM. Fax : 07-2327716
KOD SEKOLAH : JBA 1061 Email : jba1061@moe.edu.my

Ruj. Kami : SKSM.500-9/2/5


Tarikh : 25/10/2022

Guru Besar Sekolah Agama Taman Dahlia


Taman Melati, 81200, Johor Bahru
Johor Darul Takzim.

Tuan,
MEMOHON PELEPASAN SEKOLAH AGAMA BAGI MENYERTAI PERKHEMAHAN UNIT
BERUNIFORM PERINGKAT SEKOLAH KEBANGSAAN SERI MELATI

Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas.

2. Untuk makluman pihak tuan, beberapa orang murid dari sekolah ini akan mengambil
bahagian dalam dalam aktiviti perkhemahan unit beruniform yang akan dianjurkan oleh Unit
Kokurikulum SK Seri Melati seperti ketetapan berikut:

NAMA AKTIVITI : PERKHEMAHAN PERDANA UNIT BERUNIFORM SK SERI


MELATI
TARIKH : 27, 28 & 29 OKTOBER 2022 (KHAMIS, JUMAAT & SABTU)
TEMPAT : PUSAT KOKURIKULUM TASEK UTARA, JOHOR BAHRU
MASA : 1.00 PETANG (27/10/2022)

3. Sehubungan itu, pihak sekolah ingin memohon jasa baik tuan untuk memberi pelepasan
sekolah agama kepada murid-murid yang terlibat dengan perkhemahan. Bersama-sama ini
dilampirkan senarai nama murid yang terlibat dengan aktiviti tersebut.

4. Kerjasama dan keprihatinan daripada pihak tuan amat kami hargai dan dahului dengan
ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

”WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”


“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

”Saya yang menjalankan amanah”

(PN HARYATI BINTI MD YUSOP)


Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Seri Melati,
Johor Bahru, Johor.

You might also like