You are on page 1of 1

SEKOLAH KEBANGSAAN MURNI JAYA

81850 LAYANG-LAYANG, JOHOR.


Tel : 07-7511397
Fax :07-75113397
Ruj. kami : JBA8021/100-4/4
Kepada, Tarikh : 25 September 2017

En. Mohd Rashidi Bin Khairuddin,


SMK Taman Kota Kulai,
Persiaran Sri Putri,
81000 Kulai,
Johor.

Tuan,

JEMPUTAN CERAMAH AGAMA SEMPENA SAMBUTAN HARI ASYURA SK MURNI


JAYA

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Untuk makluman pihak tuan, SK Murni Jaya akan mengadakan Sambutan Hari Asyura pada
tahun ini. Sehubungan itu pihak kami ingin menjemput tuan menyampaikan ceramah agama
sempena Sambutan Hari Asyura pada hari tersebut.

3. Untuk makluman tuan, Sambutan Hari Asyura ini akan diadakan seperti berikut:

Tarikh : 05 Oktober 2017


Hari : Khamis
Masa : 10.00 pagi - 1.00 tengahari
Tempat : Dewan Bestari SK Murni Jaya

4. Sehubungan itu, pihak sekolah berharap agar pihak tuan dapat hadir menyampaikan ceramah
agama sempena majlis Sambutan Hari Asyura yang pertama kali diadakan di sekolah ini.

5. Kerjasama daripada pihak tuan amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima
kasih.

Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

……………

You might also like