You are on page 1of 2

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN JOHOR JAYA 3

JALAN TERATAI 50,


TAMAN JOHOR JAYA,
81100 JOHOR BAHRU.
TEL: 07-3575860
JBA1089 TEL: 07-3575860

Ruj. Kami :
JBA1089/2017
Tarikh : 2 Mei
2017
En. Azhar bin Salleh
SISC+ Bahasa Melayu
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH PASIR GUDANG
d/a SK Seri Kota Puteri 4,
Jalan Penaga,
Bandar Baru Kota Puteri,
81750 Pasir Gudang,
Johor Darul Takzim.

Tuan,

JEMPUTAN SEBAGAI PENCERAMAH BENGKEL MENJAWAB BAHASA MELAYU

Merujuk perkara di atas, pihak sekolah berbesar hati menjemput tuan sebagai
penceramah dalam Bengkel Menjawab Bahasa Melayu. Bengkel tersebut akan
diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 4 Mei 2017


Hari : Khamis
Masa : 10.30 pagi hingga 1.00 tengah hari
Tempat : Bilik ICT, Sek. Keb. Taman Johor Jaya 3
Kumpulan Sasaran : 51 murid tahun 6

2. Sehubungan dengan itu, pihak kami berharap agar pihak tuan dapat
mempertimbangkan dan menerima undangan kami. Bengkel ini merupakan salah satu
inisiatif pihak sekolah untuk meningkatkan kecemerlangan murid sekolah ini.

3. Kerjasama dan perhatian daripada pihak tuan amat kami hargai dan diucapkan
setinggi-tinggi penghargaan.

Sekian, terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menurut perintah,

( MOHD ARFAH BIN HASHIM )


Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Taman Johor Jaya 3
Johor Bahru, Johor

You might also like