You are on page 1of 4

SK Felda Tementi 28300 Triang Pahang Darul Makmur Kertas Cadangan Permohonan Penggantian Perkakasan Elektrik Bangunan Sekolah

Pendahuluan Dalam menyediakan pengajaran dan pembelajaran kepada murid-murid, persiapan perlu diadakan pada setiap individu bergelar guru. Oleh itu segala faktor perlu diberikan perhatian. Tumpuan murid-murid kadangkala terganggu apabila beberapa perkara asas tidak disediakan. Sesuatu ruang pembelajaran, sebagai contoh kelas memerlukan kelengkapan asas seperti meja, kerusi dan papan tulis. Faktor pengudaraan dan pencahayaan pula merupakan asas dalam keselesaaan pengurusan pembelajaran.

Tujuan Meningkatkan minat serta keselesaaan kepada murid-murid melalui pengudaraan dan pencahayaan yang baik. Menggunakan bahan-bahan bantu belajar yang menggunakan kuasa elektrik, melalui punca kuasa elektrik yang dapat digunakan dengan baik.

Permasalahan Pengudaraan dan pencahayaan yang kurang menjejaskan tumpuan murid-murid di dalam kelas. ( Kebanyakkan kipas dan lampu rosak) Punca elektrik tidak dapat digunakan dan kadangkala berlaku litar pintas. (Palam elektrik rosak)

Cadangan Penyelesaian

Memohon kepada JKR Daerah untuk melakukan penukaran dan pembaikan kepada kerosakan yang diutarakan.

Kos / Unit terlibat Bil 1 2 3 Perkara Kipas Angin Lampu Palam kuasa Unit 7 14 4 Kedudukan Kelas ( Tahun 1 Arif, 1 Pintar, Bilik Tayangan) Kelas ( Tahun 1 Arif, 1 Pintar, Bilik Tayangan) Kelas ( Tahun 1 Arif, 1 Pintar, Bilik Tayangan)

Lokasi Bil Item Kedudukan

Penutup Pihak sekolah memohon agar dapat diberikan keutamaan memandangkan sesi persekolahan akan bermula kelak dalam menjamin pembelajaran dan tahap tumpuan murid yang terbaik. Segala penyediaan infrastruktur yang diadakan dalam keadaan yang baik menjamin penghasilan modal insan yang mampu mencorakkan Negara kea rah yang lebih baik.

Disediakan oleh :

------------------------------------------------(Muhammad Hilmi bin Saleh) Guru Pengurusan Aset dan Inventori

Disahkan oleh :

JURUTERA DAERAH JABATAN KERJA RAYA DAERAH BERA 28200 BANDAR BERA PAHANG DARUL MAKMUR

Tuan, PERMOHONAN UNTUK PENGGANTIAN DAN PENYELENGGARAAN PERKAKASAN ELEKTRIK DI PREMIS KERAJAAN (SK FELDA TEMENTI CBAA135) Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Tujuan permohonan dilakukan ialah untuk menggantikan perkakasan yang telah uzur dan rosak. Keselamatan dan keselesaaan murid-murid diberikan perhatian dimana mereka merupkan stake-holder kepada sebuah organisasi sekolah. 3. Pengurusan kelas dan kesediaan murid-murid terjejas kerana tumpuan mereka terganggu disebabkan suhu persekitaran dan pencahayaan yang kurang. 4. Disertakan bersama kertas cadangan untuk rujukan pihak tuan.

Sekian, Terima Kasih.

Yang Benar

You might also like