You are on page 1of 7

SJKT LADANG RIVERSIDE, JALAN BUKIT BELIMBING,

KAMPUNG BUKIT BELIMBING,


45000 KUALA SELANGOR,SELANGOR.

KERTAS KERJA

PENYELENGGARAAN BUMBUNG BILIK STOR

PRASEKOLAH RIVERSIDE, SJKT LADANG RIVERSIDE.

DISUMBANGKAN OLEH:

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG)


SJKT LADANG RIVERSIDE
1. PENDAHULUAN

Bumbung bangunan merupakan sebuah struktur penting dalam melindungi fizikal bangunan
dari hujan dan panas. Keadaan bumbung yang baik dapat memberikan perlindungan kepada
struktur dalaman bumbung agar tidak mudah rosak. Tanpa bumbung sebagai pelindung
daripada hujan dan panas, proses pembelajaran di dalam kelas akan terjejas. Malah,
menyebabkan risiko keselamatan kepada pelajar-pelajar di dalam bilik makanan dan stor.
Bumbung yang rosak akan mengakibatkan bangunan atau kelas tidak dapat digunakan bagi
makanan di dalam bilik makanan. Bukan itu sahaja, ia juga mengakibatkan suis-suis kelas juga
rosak dan lampu kelas juga tidak nyala.

2. RASIONAL

Keadaan bumbung sekolah yang daif serta amat kurang diselenggara menyebabkan bilik stor
tidak dapat digunakan. Bahan- bahan yang simpan di stor telah rosak. Contohnya, lampu bilik
stor, kebocoran bumbung menyebabkan syling bilik makanan rosak dan kulat-kulat telah
ditumbuh pada kelas.

3. OBJEKTIF

3.1 Melindungi pelajar dari hujan dan panas.


3.2 Memastikan keselamatan pelajar terjamin.
3.3 Menyediakan persekitaran yang kondusif bagi melancarkan pembelajaran di kelas.
3.4 Memastikan tiada kebocoran pada bumbung dan memastikan tiada kulat pada dinding.
3.5 Memastikan tiada kerosakan pada suis elektrik

4. KEPERLUAN

4.1 Membaiki bumbung bangunan bilik stor yang rosak.

5. GAMBAR KEROSAKAN

Disertakan di bahagian lampiran

6. SEBUTHARGA

Bagi membaiki bumbung yang mengalami kerosakan, kos yang diperlukan ialah RM 400.00

7. PENUTUP

Kerja penyelenggaraan dan baik pulih bumbung bangunan ini sangat diperlukan oleh sekolah
kami supaya persekitaran yang kondusif untuk pelajar menerima pembelajaran di dalam
kelas. Diharapkan kerja penyelenggaran ini mendapat perhatian dari pihak berkenaan kerana
dengan terlaksananya kerja penyelenggaraan ini para pelajar akan lebih optimis dalam
pelajaran dan menjadi manusia yang berguna kepada agama,bangsa dan negara.

Disediakan oleh:

……………………......
( )
Cik Bavithira a/p Egambaram,
Guru Prasekolah
SJKT Ladang Riverside
.

Disahkan oleh :

………………………..................
LAMPIRAN BERGAMBAR

Air hujan yang ada di lantai

Air hujan yang beralir dari syling ke lantai prasekolah


Air hujan yang alir daripada suis lampu

Kulat-kulat yang terdapat pada dinding prasekolah


Bumbung yang rosak

Bumbung yang rosak


Air bertakung di dalam kelas akibat kerosakan bumbung.

You might also like