You are on page 1of 7

SK SULAIMAN

28700 BENTONG,
PAHANG DARUL MAKMUR.

KERTAS KERJA
MEMOHON SUMBANGAN
PEMBINAAN GAJAH MENYUSUR
(LALUAN PEJALAN KAKI)

0
PENDAHULUAN
Sekolah Selamat didefinisikan sebagai persekitaran sekolah yang selamat dan kondusif. Warga
merasa mudah dan selamat datang ke sekolah tepat pada masa dalam situasi dan keadaan
sebarang kekangan cuaca dan situasi.
Bagi merealisasikan polisi sekolah selamat berjalan dengan baik dan terancang, maka segala
usaha ke arah meningkatkan akses dan kemudahan pergerakan ke sekolah harus dipikul
bersama oleh semua pihak. Mengawal pergerakan murid ke sekolah adalah terletak kepada
pihak pengurusan sekolah yang bertanggungjawab mewujudkan peraturan-peraturan, latihan-
latihan yang berteraskan pendidikan demi mengelak, mengawal dan mengurangkan
kemungkinan berlakunya kesukaran dan kekangan dalam kalangan murid. 

OBJEKTIF
1. Mewujudkan persekitaran sekolah yang sihat,selamat dam menyeronokkan.
2. Memastikan hak setiap individu warga sekolah dijaga.
3. Meningkatkan kualiti akses kearah pengajaran dan pembelajaran.
4. Mewujudkan persekitaran untuk mental dan emosi yang sihat.
5. Meningkatkan tahap keselesaan kepada seluruh warga sekolah.
6. Menimbulkan rasa lebih mudah dan rela untuk menyumbang secara positif kepada
sekolah yang selamat.
RASIONAL
1. Mewujudkan hubungan dengan warga sekolah dan masyarakat.
2. Menekankan perhubungan yang positif antara murid dan kakitangan sekolah.
3. Layanan sama rata dan budaya “caring” kepada murid.
4. Meningkatkan kualiti kawalan keluar masuk sekolah.
5. Menyediakan prasarana dan kawasan yang selamat.
6. Melaksanakan penyataan misi dan peraturan sekolah yang mengutamakan
keselamatan.
7. Mempertingkatkan mutu disiplin murid.

1
PENGENALAN
Tujuan dokumen ini adalah untuk mewajarkan permohonan pihak sekolah untuk sumbangan
dana bagi membina gajah menyusur (laluan pejalan kaki berbumbung). Impian sekolah adalah
untuk membina laluan berbumbung dari pondok pengawal keselamatan ke bangunan utama
sekolah dan dari makmal komputer ke kantin sekolah bagi melindungi para pelajar daripada
cuaca panas atau hujan serta isu-isu keselamatan yang lain.

SITUASI SEMASA
Pelajar-pelajar perlu berjalan kaki sejauh lebih kurang 100 meter dua kali setiap hari dari dan
ke pagar utama sekolah. Pihak sekolah tidak membenarkan kenderaan ibu bapa/penjaga masuk
terlalu hampir ke bangunan sekolah atas sebab-sebab keselamatan. Kereta cuma dibenarkan
masuk ketika cuaca hujan. Apabila kenderaan ibubapa/penjaga memasuki kawasan sekolah
untuk menurunkan murid-murid semasa hujan, kawasan sekolah akan menjadi sesak kerana
laluan masuk ke sekolah adalah sempit dan hanya boleh dilalui oleh sebuah kereta dalam suatu
masa. Bahkan, ianya menjadi sangat bahaya kepada murid-murid yang turut sama
menggunakan laluan berkenaan untuk ke blok bangunan.

Langkah Seterusnya
1. Pihak sekolah kini bertanggungjawab menguruskan pembinaan gajah menyusur dari
kawasan kedua-dua pagar utama ke kawasan bangunan utama sekolah serta dari
Makmal Komputer ke Kantin.
2. Pihak sekolah akan mendapatkan khidmat pekerja luar untuk pembinaan susur gajah
tersebut.

Perincian Permasalahan
Pemerhatian berdasarkan beberapa faktor di atas, pihak pentadbiran sekolah telah merangka
beberapa cadangan dan persediaan awal untuk pembinaan gajah menyusur yang agak

2
bertepatan dan sesuai bagi menyelesaikan masalah-masalah yang dibincangkan sebelum ini
iaitu:

1. Masalah kesesakan, pemandangan dan suasana sekolah.


Pihak kami telah menyediakan Pelan Pembinaan Gajah Menyusur (laluan murid ) yang
bersesuaian untuk menyelesaikan masalah ini. Pelan cadangan ini bukan sahaja mengambilkira
aspek keceriaan kawasan sekitar malahan ia juga demi keselamatan, keselesaan para ibubapa
dan murid serta kakitangan sekolah. Pelan ini juga telah direkabentuk dengan meletakkan
beberapa elemen yang akan memberi gambaran kepada ibubapa bahawa anak-anak mereka
lebih mudah dan selesa berjalan kaki apabila memasuki kawasan sekolah.
Laluan pejalan kaki murid merupakan juga laluan masuk kenderaan ibubapa dan kakitangan
sekolah dan komuniti serta pelawat yang ingin melakukan urusan rasmi di pejabat sekolah. Jika
sekiranya berlaku kemalangan samada antara murid berjalan kaki dengan pemandu kenderaan,
pihak sekolah dikehendaki membuat laporan. Dengan adanya dokumen ini pihak sekolah telah
membuktikan pihak sekolah telah mengambil tindakan dengan memaklumkan keadaan ini
kepada pihak yang berkenaan.

2. Masalah kesesakan kenderaan ketika hujan


Pihak sekolah memerlukan ruang dan alternatif untuk memastikan kenderaan ibubapa tidak
dipakir terlalu lama dilaluan utama menurun dan menaikkan murid. Bagi menyelesaikan
masalah ini, pihak sekolah telah merangka satu cadangan yang sangat praktikal iaitu mengambil
sedikit ruang sisi laluan masuk ke sekolah dari jalan utama berhampiran Pejabat Pos, Ibu
Pejabat Polis dan Pejabat Pendidikan Daerah Bentong. Sebagai melengkapkan dan menaiktaraf
keselesaan murid dan pandangan positif komuniti luar terhadap sekolah, maka pihak sekolah
mencadangkan pembinaan laluan pejalan kaki (Susur Gajah). Dengan pembinaan ini akan
merealisasikan matlamat persekitaran sekolah sihat dan selamat.
Untuk memastikan sekolah berada dalam keadaan lebih selamat amat wajar projek pembinaan
Gajah Menyusur (laluan pejalan kaki berbumbung) ini diteruskan di SK Sulaiman. Strategi dan
pelaksanaannya secara segera juga perlu dilakukan dalam proses yang berterusan.
3
CADANGAN PENGGUNAAN BAHAN BINAAN DAN ANGGARAN KOS
1. PEMBINAAN GAJAH MENYUSUR (LALUAN PEJALAN KAKI)
Anggaran jarak : 248 kaki
Anggaran lebar : 5 kaki
Anggaran tinggi : 6 kaki
Bahan Binaan : Tiang Besi & Atap Zing
Anggaran kos : RM 12,400.00
Cadangan rekabentuk :

2.

TIGA LOKASI PEMBINAAN GAJAH MENYUSUR (LALUAN PEJALAN KAKI)


1. Dari Pondok Pengawal Keselamatan Hadapan ke Blok Utama Dewan (200 kaki)
2. Dari Pondok Keselamatan Belakang ke Blok Bangunan Pentadbiran (33 kaki)
3. Dari Makmal komputer ke Kantin (15 kaki)

KESIMPULAN
Berdasarkan permasalahan di atas, dimohon agar cadangan ini diluluskan untuk menjadikan
sekolah ini lebih berdaya saing dan memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada murid-murid
dan komuniti setempat. Malah, isu keselamatan dan keselesaan pelajar dan warga sekolah
dapat diminimumkan. Kesemua kerja-kerja di atas adalah diklasifikasi sebagai renovasi yang
memerlukan bajet yang berasingan untuk disempurnakan kerja. Sumbangan ke arah
4
merealisasikan cadangan ini amatlah diperlukan.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

………………………................. ………………….………………
(HJ JUNAIDI BIN MOHAMAD) (HJ ISMAIL BIN BAKAR)
Guru Penolong Kanan HEM Guru Besar
SK Sulaiman Bentong SK Sulaiman Bentong

LAMPIRAN 1

ANGGARAN SEBUTHARGA KOS PEMBINAAN PROJEK GAJAH MENYUSUR


5
LALUAN PEJALAN KAKI SK SULAIMAN, BENTONG.

1. Dari Pondok Pengawal Keselamatan Hadapan ke Blok Utama Dewan


200 kaki X 5 kaki X RM10.00 = (RM 10,000)
2. Dari Pondok Keselamatan Belakang ke Blok Bangunan Pentadbiran (33 kaki)
33 kaki X 5 kaki X RM10.00 = (RM 1650)
3. Dari Makmal komputer ke Kantin (15 kaki)
15 kaki X 5 kaki X RM10.00 = (RM 750)

You might also like