You are on page 1of 7

1.

PENDAHULUAN
Latihan kebakaran wajib dilaksanakan bagi memenuhi peraturan keselamatan bangunan
yang ditetapkan oleh pihak yang berwajib. Oleh itu, Unit HEM murid Sekolah Rendah
Kebangsaan Tambalang bersetuju untuk mengadakan latihan bagi tahun 2019. Program ini
dilaksanakan bertujuan memberi kesedaran betapa pentingnya bertindak pantas
menyelamatkan diri sekiranya berlaku kebakaran sebenar di sekolah.

2. MATLAMAT
a) Mendedahkan kepada murid pengalaman langsung menghadapi bahaya kebakaran.
b) Melatih murid kaedah terbaik untuk menyelamatkan diri ketika kecemasan/kebakaran
berlaku di sekolah.
c) Menjalin hubungan yang erat bersama agensi kerajaan yang bertanggungjawab dalam
menjaga keselamatan dan pencegahan kebakaran.

3. OBJEKTIF
a) Menambahkan pengetahuan dan pengalaman kepada murid kaedah menyelamatkan diri
ketika kebakaran/kecemasan
b) Meluaskan minda dan pemikiran terhadap kaedah yang sistematik dalam menyelamatkan
diri dan mencegah risiko kebakaran
c) Mendedahkan kepentingan usaha menyelamat oleh pihak bomba dan agensi
keselamatan yang lain.
d) Murid berupaya menjalani latihan menyelamat dengan penuh disiplin.

4. CADANGAN PELAKSANAAN
a) Tarikh : 08hb Oktober 2019 (Sesi pagi dan sesi petang dilaksanakan secara
berasingan)
b) Hari : Selasa
c) Masa : 08.00 - 10.30 pagi
d) Tempat : Padang SK. Tambalang

5. PENGLIBATAN :

BIL SUMBER MANUSIA LELAKI PEREMPUAN JUMLAH


1. Guru 6 25 31
2. Murid 252 193 445
3. Staf Sokongan 3 2 5
4. Pembersih Swasta 2 2 4
5. Pekerja Kantin 6 0 6
6. Pegawai Keselamatan Swasta 4 0 4
JUMLAH 273 222 495
6. PELAN KECEMASAN SK. TAMBALANG TUARAN

a) Seperti Lampiran 1

7. PERATURAN LATIHAN KECEMASAN DAN KEBAKARAN

a) Seperti Lampiran 2

8. TENTATIF PELAKSANAAN DEMONSTRASI LATIHAN KEBAKARAN

a) Seperti Lampiran 3

9. ANGGARAN PERBELANJAAN DAN SUMBER KEWANGAN


a) Seperti Lampiran 4

10. JAWATANKUASA UNIT KESELAMATAN SEKOLAH

Pengerusi : Pn. Aminah Bt Pilie Guru Besar

Tim. Pengerusi : Pn. Noor Aida Che’ Moon Pen. Kanan HEM

Naib pengerusi 1 : En. Saidin Jikah Pen. Kanan Pentadbiran

Naibpengerusi 2 : Pn. Zorimas Mohd. Kudin Pen. Kanan KOKUM

Naibpengerusi 3 : Pn. Dg. Anipah Ag. Mattiasin Pen. Kanan Petang

Penyelaras : En. Ishak Duil 3K (Keselamatan)

Pen. Penyelaras : Pn. Jusmah Saiman 3K (Kesihatan)

AJK Kecil :

1. Semua Guru Kelas

2. Pekerja Swasta
11. JAWATANKUASA PENGELOLAAN PROGRAM LATIHAN KEBAKARAN

AHLI JAWATANKUASA INDUK

Pengerusi : Pn. Aminah Bt Pilie Guru Besar

Tim. Pengerusi : Pn. Noor Aida Che’ Moon Pen. Kanan HEM

Naib pengerusi 1 : En. Saidin Jikah Pen. Kanan Pentadbiran

Naibpengerusi 2 : Pn. Zorimas Mohd. Kudin Pen. Kanan KOKUM

Naibpengerusi 3 : Pn. Dg. Anipah Ag. Mattiasin Pen. Kanan Petang

Penyelaras : En. Ishak Duil 3K (Keselamatan)

Pen. Penyelaras : Pn. Jusmah Saiman 3K (Kesihatan)

Penyediaan Kertas Kerja : En. Silverius Mickey UBK

AJK PELAKSANA

Loceng : Pn. Dg. Siti Saniah Ag. Sabudin / Pn. Ermah Kulian

Kawalan murid (Padang) : Guru Kelas Masing-Masing

Kawalan murid (Kelas) : Guru Matapelajaran Semasa

Jururakam peristiwa : Cik Rosmiza Rahim / Cik Chrisia Joning

Kebersihan : Ustazah Noor Azizah / Pn. Masneh Derajak

Guru peronda : Guru Bertugas Mingguan

Tugasan letupan : Ustaz Muhammad Haffizuddin Mustaffa / En. Mangun Engkat

Penyediaan asap : Kakitangan pembersihan

Sijil & Cenderamata : Pn. Rajinah Burut / Pn. Angeline Japius /

Penyediaan Alatan : En. Ishak Duil / Pn. Jusmah Saiman

PA Sistem : En. Silverius Mickey / En. Mangun Engkat

Dokumentasi Program : Pn. Angeline Japius / Pn. Junawati Sollehudin

Penjaga Masa : En. Sanjeev Kumar / Pn. Josephine James


Penilai : Pihak Bomba / En. Ishak Duil

12. Penutup

Program ini diharapkan dapat memberi pendedahan dalam merancang dan melaksanakan
program. Demonstrasi Latihan Kebakaran bersama Jabatan Bomba di sekolah. Seterusnya
diharapkan warga sekolah bersedia dalam menghadapi situasi kecemasan yang sebenar.

Disediakan oleh, Disemak oleh

(SILVERIUS MICKEY @ JOHNNY) ( ISHAK DUIL )


Guru UBK Penyelaras Program
Unit Bimbingan Dan Kaunseling Sek. Keb. Tambalang, Tuaran
Sek. Keb. Tambalang, Tuaran

Disemak oleh Disahkan oleh,

( NOOR AIDAH CHE MOON ) ( AMINAH BINTI PILIE )


Penolong Kanan HEM Guru Besar
Sek. Keb. Tambalang, Tuaran Sek. Keb. Tambalang, Tuaran

Sk : fail sekolah
Lampiran 2
SK TAMBALANG, TUARAN
LATIHAN KECEMASAN DAN KEBAKARAN

1. PERATURAN AM
1.1. Isyarat kecemasan akan dibunyikan pada bila-bila masa latihan kecemasan dan kebakaran
diadakan. Isyarat tersebut ialah bunyi loceng panjang dan bertalu-talu.
1.2. Semua penghuni bangunan/bilik (tiada pengecualian) dimestikan mengikuti latihan ini dan
mematuhi peraturan-peraturan yang dinyatakan seperti berikut:
1.2.1. Pastikan bilik-bilik darjah, pejabat dan bangunan tertentu dikunci dan ditutup rapat
sebelum ditinggalkan. Sekiranya masa kritikal tidak perlu berbuat demikian.
1.2.2. Padamkan lampu dan kipas
1.2.3. Penghuni bangunan hanya dibenarkan membawa barang-barang penting seperti
wang, barang kemas dan seumpamanya yang senang dibawa.
1.2.4. Dikehendaki berkumpul di tempat yang telah ditetapkan seperti pelan laluan yang
dilampirkan.
1.2.5. Tinggalkan bilik-bilik/bangunan dalam keadaan teratur, senyap tetapi pantas.
1.2.6. Jangan berkeliaran di bangunan KECUALI petugas khas yang dipertanggungjawab
membuat demikian.
1.2.7. Jaga keselamatan diri dan kumpulan anda.

2. TUGAS MURID-MURID
2.1. Masukkan kerusi di bawah meja
2.2. Tidak dibenarkan membawa beg
2.3. Matikan suis lampu dan kipas
2.4. Beratur di luar bilik darjah. Berjalan (JANGAN BERLARI) mengikut barisan kepadang
dengan senyap dan pantas
2.5. Di padang murid beratur mengikut barisan dan kelas seperti waktu perhimpunan

3. TUGAS GURU DALAM BILIK DARJAH


3.1. Membantu ketua kelas/pelajar mengatur perjalanan keluar dari bilik darjah ke padang.
Bawa jadual kedatangan jika ada dan pastikan pintu bilik darjah dan bilik guru ditutup.
Sekiranya masa kritikal tidak perlu menutup pintu.
3.2. Membantu menyusun kedudukan murid-murid mengikut kelompok di padang seperti dalam
pelan laluan keluar.
3.3. Memastikan semua suis ditutup

4. TUGAS GURU DI MAKMAL SAINS / KEMAHIRAN HIDUP


4.1. Tamatkan eksperimen / kerja pertukangan serta merta dan tenangkan murid-murid
4.2. Padamkan semua api, matikan semua suis lampu, kipas dan tanggalkan plug dari soket-
soket berkenaan.
4.3. Arahkan semua murid memasukkan kerusi di bawah meja, beratur dengan tertib dan
berjalan keluar mengikut laluan keluar dengan senyap dan pantas.
4.4. Tutup pintu bilik. Sekiranya masa kritikal tidak perlu berbuat demikian.

5. GURU DI PUSAT SUMBER, BILIK TAYANGAN, BILIK MUZIK, PENGGUNA


PERPUSTAKAAN, MAKMAL KOMPUTER DAN BILIK AKSES.
5.1. Berhenti membaca dengan serta-merta dan kembalikan bahan bacaan ke tempat asal.
5.2. Matikan semua suis lampu, kipas dan tanggalkan plug darisoket yang berkenaan
5.3. Arahkan murid memasukkan kerusi di bawah meja, beratur dengan tertib dan berjalan
keluar secara senyap dan pantas.
5.4. Tutup tingkap dan pintu sebelum meninggalkan bangunan. Sekiranya masa kritikal tidak
perlu berbuat demikian.

6. SEMUA GURU HENDAKLAH MEMASTIKAN :


6.1. Tiada pelajar yang tercicir dalam kumpulan atau merayau-rayau.
6.2. Pastikan keselamatan murid terjamin ketika di padang.

7. PEJABAT/KAKITANGAN PEJABAT
7.1. Tutup semua tingkap
7.2. Kunci laci-laci dan rak dengan kemas.
7.3. Matikan semua suis lampu, kipas dan komputer serta cabut plug dari soket.
7.4. Sila tinggalkan bangunan dengan teratur dan selamat. Sekiranya ada tetamu di pejabat,
bawa bersama tetamu ke padang mengikut laluan.
7.5. Pastikan pintu pejabat dikunci. Sekiranya masa kritikal tidak perlu berbuat demikian.
7.6. Bawa jadual kedatangan murid.

8. BILIK PEKERJA
8.1. Semua pekerja sekolah diminta meninggalkan bilik dengan segera. Ketua pekerja pastikan
bahawa lampu dan kipas sudah dipadamkan dan tutup pintu bilik dengan rapat.
8.2. Ketua pekerja mengarahkan semua pekerja berada di pintu pagar masuk dan beberapa
pekerja diminta membantu bomba membuka mana-mana bilik yang diperlukan oleh bomba.

9. KANTIN
9.1. Kerja memasak dan penjualan serta lain-lain kerja hendaklah diberhentikan serta-merta.
9.2. Arahkan semua pelanggan berhenti makan serta-merta dan berjalan ke padang mengikut
laluan yang ditetapkan.
9.3. Ketua kantin memastikan semua suis lampu, kipas, radio, peti sejuk dipadamkan. Cabut
plug daripada soket.
9.4. Sebelum meninggalkan bangunan pastikan makanan ditutup dan tutup semua tigkap dan
kunci dengan segera.

10. KETUA PERONDA / PERONDA (YANG DILANTIK)


10.1. Meronda ke setiap bangunan / kawasan sekolah dan membuat laporan kepada
Bomba jika dikehendaki.

11. ORANG YANG MENGHUBUNGI BOMBA


11.1. Adalah orang yang berhampiran dengan telefon (kaitangan pejabat atau Guru
Besar)

You might also like