You are on page 1of 4

KERTAS KERJA PENYELENGGARAAN BUMBUNG BLOK A

SK TAMAN KLANG JAYA, KLANG

1. PENDAHULUAN
Bumbung bangunan merupakan sebuah struktur penting dalam melindungi fizikal bangunan dari
hujan dan panas. Keadaan bumbung yang baik dapat memberikan perlindungan kepada struktur
dalaman bumbung agar tidak mudah rosak. Tanpa bumbung sebagai pelindung daripada hujan
dan panas, proses pembelajaran di dalam kelas akan terjejas. Malah, menyebabkan risiko
keselamatan kepada pelajar-pelajar di dalam kelas. Bumbung yang rosak akan mengakibatkan
bangunan atau kelas tidak dapat digunakan bagi tujuan pembelajaran.

2. RASIONAL
Keadaan bumbung sekolah yang daif serta amat kurang diselenggara menyebabkan proses
pembelajaran pelajar terjejas.

3. OBJEKTIF
3.1 Melindungi pelajar dari hujan dan panas.
3.2 Memastikan keselamatan pelajar terjamin.
3.3 Menyediakan persekitaran yang kondusif bagi melancarkan pembelajaran di kelas.

4. KEPERLUAN
4.1 Membaiki bumbung bangunan blok A yang rosak.

5. GAMBAR KEROSAKAN
Disertakan di bahagian lampiran

6. SEBUTHARGA
Bagi membaiki bumbung yang mengalami kerosakan, kos yang diperlukan ialah RM 1000.00

7. PENUTUP

Kerja penyelenggaraan dan baik pulih bumbung bangunan ini sangat diperlukan oleh sekolah
kami supaya persekitaran yang kondusif untuk pelajar menerima pembelajaran di dalam kelas.
Diharapkan kerja penyelenggaran ini mendapat perhatian dari pihak berkenaan kerana dengan
terlaksananya kerja penyelenggaraan ini para pelajar akan lebih optimis dalam pelajaran dan
menjadi manusia yang berguna kepada agama,bangsa dan negara.
Disediakan oleh:

......
( )
AJK Pembangunan Sekolah,
SK Tmn Klang Jaya.

Disahkan oleh :

..................
( )
PENGERUSI ,
BADAN PIBG ,
SK TAMAN KLANG JAYA
41200 KLANG
LAMPIRAN BERGAMBAR

Struktur bumbung yang rosak dan perlu segera diperbaik.

Bumbung rosak menyebabkan air hujan masuk ke syiling dan menitis


ke dalam kelas.
Air bertakung di dalam kelas akibat kerosakan bumbung.

You might also like