You are on page 1of 3

KERTAS KERJA PENAMBAHBAIKAN INFRASTRUKTUR DAN

PENYELENGGARAAN BANGUNAN ROSAK

1.0 PENGENALAN

Sekolah Kebangsaan St Thomas atau nama ringkasnya SK St Thomas,


merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Jalan Bukit Sekilau
bersebelahan Pejabat Pendidikan Daerah Kuantan dan SK Teruntum. Sekolah ini
memiliki 534 pelajar lelaki dan 0 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan
murid seramai 534 orang dan mempunyai seramai 34 orang guru yang terdiri dari
pelbagai kaum serta latar belakang kehidupan. Terdapat murid yang belajar dari Tahun
1 hingga Tahun 6. Sejak tahun 2014, SK saint thomas menumpang di bangunan
sekolah rendah teruntum, dan masih tiada mempunyai bangunan sendiri sejak dari itu.
Justeru itu, kemudahan infrastruktur serta keselamatan dan keselesaan pelajar dan
penyelengaraan bangunan yang rosak merupakan salah satu agenda yang paling
penting bagi pihak sekolah. Sekolah kondusif akan menjamin keselamatan dan
pencapaian murid akan meningkat . Sehubungan dengan itu pihak sekolah terpaksa
mengambil inisiatif untuk menambah baik kemudahan tersebut.

2.0 RASIONAL

2.1 Kemudahan yang sedia ada telah terlalu lama dan telah rosak serta tiada
peruntukan oleh Pihak Kementerian Pendidikan untuk kos pembaikan dan
baikpulih.

2.2 Memudahkan pengawalan murid agar keselamatan murid dapat diberikan


keutamaan serta menjadi fokus utama.

2.3 Kekurangan sumber dana untuk pembaikan kerosakan yang serta merta yang
memerlukan pembaikan yang segera.

2.4 Merupakan salah satu program yang dirangka iaitu program yang melibatkan
keselesaan murid sekolah iaitu Program Sekolah Selamat.
3.0 BJEKTIF

3.1 Penambahbaikan infrastruktur sekolah yang telah lama tidak dibaiki yang
sedia ada dapat menampung kadar penggunaan bagi murid yang ramai.

3.2 Menambah dana bagi perkara perkara yang memerlukan kos pembaikan
yang segera serta menambah infrastruktur untuk kegunaan murid.

3.3 Mencapai tahap sekolah yang berada dalam status sekolah yang selamat
untuk murid serta selesa dengan kemudahan yang disediakan oleh pihak
sekolah.

4.0 MATLAMAT

4.1 Menambah keselesaan kepada murid Sekolah Kebangsaan Saint Thomas


dengan adanya kemudahan yang baik serta selesa dalam menggunakan
kemudahan yang sudah dibaikpulih.

4.2 Mencari dana tambahan dalam menyediakan sumber kewangan yang


mencukupi dalam penyelenggaraan banggunan serta kemudahan
infrastruktur sekolah yang rosak.

5.0 KUMPULAN SASARAN

Semua warga Sekolah Kebangsaan Saint Thomas yang terdiri dari murid-murid
sekolah, Guru-guru, Pekerja dan Staf, Para ibubapa serta Penjaga murid Sekolah
Kebangsaan Saint Thomas yang menggunakan segala kemudahan sedia ada seperti
tandas.
6.0 PERBELANJAAN

BIL. JENIS KEROSAKAN HARGA JUMLAH


Kebocoran bumbung semua bilik darjah, stor
01. 10 x RM 1000 RM 5000
sukan dan bilik-bilik khas.
Tandas murid dan guru di bangunan belakang
02. 2 x RM 2500 RM 5000
yang tersumbat dan bocor.
Kerosakan pada salur air ( atap ) di bilik darjah
03. 1 x RM 5000 RM 5000
tahun 5 John.
Kerosakan lantai bilik darjah dan bilik-bilik khas
04. 7 x RM 360 RM 2520
akibat banjir.
Kerosakan pintu semua bilik darjah dan bilik-bilik
05. khas 7 x RM 360 RM 2520

JUMLAH RM 20040

7.0 PENUTUP

Semoga permohonan sunbangan untuk membaikpulih infrastruktur dan


pengelenggaraan bangunan yang rosak memdapat pertimbangan oleh semua pihak
demi akan menjamin keselamatan dan keselesaan semua warga Sk Saint Thomas
terutamanya murid-murid.

Disediakan Oleh : Disemak Oleh :


…………………………… …………………………………….
(KAMARUDDIN BIN MAT ALI) (MOHD RAZALI BIN A. RAHMAN,
PKC)

Guru Penolong Kanan Kokurikulum Guru Besar

You might also like