You are on page 1of 7

Kertas Kerja Cadangan Membina dan Mengubahsuai Tandas dan Laluan

Kelas Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran


SK PANGKALAN TLDM 11, LUMUT, PERAK.

1. LATAR BELAKANG PROJEK

Sekolah Kebangsaan Pangkalan TLDM 11 telah mula beroperasi pada 16 Oktober 1993
dengan menumpang di bangunan Sekolah Kebangsaan Pangkalan TLDM, Lumut pada sesi
petang di bawah pentadbiran Allahyarham Encik Mokhtar bin Husssin sebagai guru besar
yang pertama. Pada 30 November 1994, Sekolah Kebangsaan Pangkalan TLDM 11 telah
berpindah ke bangunan sendiri apabila bangunan sekolah siap dan boleh digunakan. lokasi
sekolah ini hanya 10 km dari Pejabat Peajaran Daerah Manjung manakala 89 km dari Pejabat
Pelajaran Negeri Perak. Sekolah ini dikategorikan sebagai sekolah gred A yang mengandungi
2 Blok bangunan 2 tingkat dan 1 blok bangunan 4 tingkat.

Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1996.
Pada awal penubuhan program ini hanya terdapat 11 orang murid sahaja yang didaftarkan
dalam 2 kelas. Pada tahun 2003 kelas ini telah dirombak menjadi kelas berbentuk stesen-
stesen mata pelajaran dalam 9 komponen sehingga hari ini. Kini terdapat 4 kelas berfungsi
yang disediakan mengikut tahap pencapaian murid tanpa tertakluk kepada usia mereka. kelas-
kelas tersebut dinamakan Kelas Sayang, Kelas Kasih, Kelas Manja dan Kelas Ceria. Murid
PPKI bagi awal tahun persekolahan 2015 berjumlah 27 orang dalam kategori murid
Bermasalah Pembelajaran. Sekolah ini juga mempunyai sebuah kelas Pra Pendidikan Khas
yang mempunyai murid 5 orang pada awal tahun persekolahan 2015. Kelas Pra pendidikan
Khas ini ditubuhkan pada tahun 2008. Bangunan kelas ini berkedudukan terpisah dengan
Kelas Program PPKI tetapi bersebelahan dengan 2 buah kelas Pra sekolah aliran perdana.

Sebagai salah sebuah sekolah dalam Kem Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia
(TLDM). Program PPKI sekolah ini banyak mendapat bantuan daripada pihak bahagian
pendidikan KD Malaya. banyak peralatan dan prasarana disediakan oleh pihak Markas
Bantuan. Walaubagaimanapun pihak sekolah masih memerlukan penambahbaikan daripada
pihak Kementerian dan Jabatan Pendidikan Perak serta Pejabat Pelajaran Daerah Manjung
untuk memberi keselesaan kepada murid-murid kelainan upaya (OKU).
BIODATA SEKOLAH

Nama Sekolah : SEKOLAH KEBANGSAAN PANGKALAN


TLDM 11, PANGKALAN TLDM 32100,
LUMUT, PERAK.
Kod Sekolah : ABA 3021
Daerah : Manjung, Perak
Status : Sekolah Kerajaan
Bil. Guru PPKI : 6 orang ( p) + 1 orang (p) guru pra sekolah
Bil. Pembantu Murid : 4 orang ( PPKI ) + 1 (PRA PPKI)
Bil. Enrolmen Murid PPKI : 27 orang ( 21 Lelaki , 6 Perempuan)
Bilik Darjah sedia ada : 4 kelas
Sesi : 1 sesi
Kawasan : Bandar

2. OBJEKTIF PROJEK

Cadangan pelaksanaan projek membina dan mengubahsuai bangunan kelas pendidikan


khas ini adalah penting berdasarkan pertimbangan berikut:

2.1. Pintu tandas yang telah reput tidak sesuai kerana boleh mendatangkan
ketidakselesaan kepada murid- murid yangmenggunakan tandas tersebut
Memandangkan lokasi tandas bersebelahan hutan dikhuatiri binatang-binatang
berbisa mudah masuk ke dalam ruang tandas. Ini lebih membahayakan
keselamatan murid.

2.2. Paip air yang telah rosak dan memerlukan senggaraan yang lebih baik.

2.3. Laluan ke tandas merbahaya kerana keadaan tanah yang tidak rata akibat
tambakan simen yang dibuat telah pecah dan menyebabkan serpihan-serpihan
simen yang agak tajam dan boleh mengancam keselamatan murid yang
melaluinya.

2.4 Longkang di tepi dan belakang tandas tidak ditutup.Keadaan ini boleh
mendatangkan
bahaya kepada murid..

3. SKOP DAN KOMPONEN PROJEK DAN ANGGARAN KOS

Cadangan projek pembinaan ini melibatkan pembinaan dan ubahsuai kekal kelas yang
sedia ada seperti berkut:

3.1. Ubahsuai dan membaiki pintu tandas, mangkuk tandas dan paip air di dalam
tandas anggaran kos rm 5500.00
3.2. Menurap tanah dan menutup longkang-longkang di tepi dan belakang tandas.
Kos dianggarkan RM2000.00

3.3. Membuat laluan berbata dan berbumbung dari Stesen Kemahiran Hidup ke
tandas.Anggaran kos 8000.00
3.4. Laluan kerusi roda untuk memasuki tandas dengan pemegang tepi di kiri dan
kanan. Anggaran kos 1500.00

4. OUTPUT DAN FAEDAH YANG DJANGKA DARI PROJEK

Pelaksanaan projek ini akan dapat memenuhi keperluan seperti berikut:

4.1. Meningkatkan dan memenuhi kemudahan asas yang diperlukan seperti tandas
yang sempurna untuk pelajar pendidikan khas.ampu menjamin keselamatan guru
dan pelajar kerana penambahbaikan
dapat meningkatkan kualiti dan struktur bangunan yang telah berusia lebih 51
tahun tersebut.
4.2 Meningkatkan dan memenuhi kemudahan asas yang diperlukan seperti tandas
dan ruang dapur yang disediakan berasingan khas untuk pelajar pendidikan
khas.
4.3 Memenuhi aspirasi kementerian untuk memberi kemudahan kepada pelajar
pendidikan khas supaya dapat belajar dalam suasana kondusif dan lengkap
dengan kemudahan asas.
4.4 Mampu menjimatkan masa untuk menguruskan pelajar yang masih
memerlukan bantuan untuk mengurus diri semasa menggunakan bilik air.

5 JUSTIFIKASI PROJEK

Rasional penambahbaikan bangunan kelas pendidikan khas ini adalah untuk :

5.3 Membuktikan bahawa kementerian prihatin dan serius terhadap pendidikan


golongan pelajar berkeperluan khas.
5.4 Sebagai persiapan awal bagi menampung bilangan pelajar pendidikan khas
yang semakin bertambah pada masa akan datang.
5.5 Meningkatkan kualiti kemudahan dengan mengutamakan keselamatan dan
dan keselesasan pelajar pendidikan khas. Di samping dapat meningkatkan
sokongan dan kepercayaan ibu bapa terhadap program pendidikan khas.
6 IMPLIKAS SEKIRANNYA PROJEK TIDAK DILAKSANAKAN

Pelaksanaan projek ini adalah sangat penting dan memberi implikasi yang besar
sekiranya tidak dapat dilaksanakan seperti:

6.1 - Aspek kebersihan diri dan keselamatan di kalangan pelajar tidak terjamin kerana
struktur dalam tandas dan keperluan yang telah rosak

.6.2 - Laluan yang berbatu tajam kesan pecahan simen lama membahayakan murid dan
guru untuk melaluinya ketika ke tandas. Murid berkemungkinan akan jatuh kerana
terpijak pecahan batu dan simen yang telah pecah.

6.3 -Mempengaruh minat dan keyakinan ibu bapa atau penjaga untuk menghantar
anak-anak mereka memasuki program pendidikan khas kerana kemudahan asas yang
tidak disediakan.

6.4 Longkang di tepi dan belakang tandas yang tidak bertutup membahayakan
murid-murid. Keselamatan murid merupakan keutamaan tambahan pula mereka adalah
dalam golongan orang kelainan upaya (OKU)

6.5- Memberi keyakinan kepada semua ibu bapa akan langkah-langkan keselamatan
dan keprihatinan pihak sekolah untuk kebajikan murid murid pendidikan khas.

6.5 Memenuhi hasrat KPM untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang baik
akan tercapai.

7 LAMPIRAN GAMBAR BERKAITAN PROJEK YANG DCADANGKAN


TANGGA TANDAS YANG TINGGI MENYUKARKAN MURID UNTUK MELANGKAH
MASUK KE TANDAS

KAWASAN LONGKANG YANG TIDAK BERTUTUP DAN TANAH YANG BERBATU


PINTU TANDAS YANG TELAH REPUT

RUANG HADAPAN TANDAS YANG BERBATU-BATU PERLU TURAPAN

SEKOLAH KEBANGSAAN PANGKALAN TLDM 2


PANGKALAN TLDM LUMUT 32100, PERAK.
ABA 1031

PERMOHONAN PROJEK UBAHSUAI NAIK TARAF KELAS PROGRAM


PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (PPKI) 2015

You might also like