You are on page 1of 3

KERTAS KERJA PERMOHONAN PEMBINAAN BANGUNAN BARU

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (PEMBELAJARAN)


SEKOLAH KEBANGSAAN BATU BERENDAM
75350 MELAKA
PENDIDIKAN KHAS - BP SEKOLAH RENDAH
1.

LATAR BELAKANG KELAS

Program Pendidikan Khas SK Batu Berendam telah ditubuhkan pada


Januari 2009. Pada asal penubuhan program ini di bawah Jabatan
Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia adalah bertujuan
mewujudkan Program Pendidikan Khas Disleksia. Tetapi setelah Ujian
Dianostik dijalankan ke atas murid-murid SKBB, tidak terdapat pelajar
yang mengalami masalah ini. Seterusnya program ini ditukar kepada
Program Masalah Pembelajaran (BP) setelah mengambil kira terdapat
ramai murid di sekolah ini yang mengalami masalah pembelajaran
berpandu Ujian Dianostik yang jalankan sebelum ini.
Pembukaan Kelas Pendidikan Khas (Pembelajaran) oleh 2 orang
guru yang ditugaskan iaitu Pn. Rahayu Binti Mohd Yusof (Penyelaras)
dan En. Hezlie Noorshyam Bin Abu Samah.
Pada awalnya menerima 10 orang murid dan beroperasi
sepenuhnya pada pertengahan Februari 2009, menggunakan Bilik
Panitia Pendidikan Islam sebagai kelas sementara bagi P&P. Berikutan
pertambahan murid pada pertengahan tahun 2009, Unit Pendidikan
Khas, Jabatan Pelajaran Melaka memperuntukan pertambahan seorang
guru GSTT dan dan seorang Pembantu Pengurusan Murid (PPM)
berdasarkan nisbah bilangan murid 1:5 mengikut ratio dan
permasalahan murid.
2. BIODATA PPKI SK BATU BERENDAM
Nama
: Program Pendidikan Khas Integrasi (Pembelajaran)
Sekolah
: Sekolah Kebangsaan Batu Berendam, Melaka
Daerah
: Melaka Tengah
Negeri
: Melaka
Status
: Sekolah Kebangsaan
Bilangan Guru
: 6 orang
Guru GPI
: 1 orang
PPM
: 3 orang
Sesi
: 1 sesi (Pagi)
Kawasan
: Bandar
Dalam mencapai matlamat Kementerian Malaysia untuk
memberikan pendidikan yang seimbang dan menyeluruh kepada
semua murid Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran, Pihak sekolah
telah memohon dari Unit Pembangunan, Jabatan Pelajaran Melaka bagi
mengubahsuai Kelas Pra Sekolah yang berpindah ke bangunan baru

untuk dijadikan 2 buah bilik darjah, 1 ruang dapur dan 1 bilik air sedia
ada. Pengubahsuaian ini dibuat bagi menempatkan murid khas dan
menampung bilangan murid yang semakin bertambah bagi memberi
keselesaan kepada murid-murid PPKI dalam proses pembelajaran dan
pengajaran.
Pada masa ini Program Pendidikan Khas Integrasi (Pembelajaran)
beroperasi seperti yang dinyatakan di bawah ini.
B
il
1.
2.
2.
3.

Perkara
Bilangan Kelas (P&P)
Bilangan murid
Bilangan Guru PPKI & GPI
Bilangan Pembantu Pengurusan
(PPM)

Jumlah

Murid

4 kelas
30 orang
7 orang
3 orang

Keadaan ruang kelas yang masih tidak mencukupi bagi


menampung bilangan murid yang semakin ramai membuatkan
pergerakan murid amat terbatas. Ruang pengajaran dan pembelajaran
dalam bentuk stesen tidak dapat diwujudkan dan situasi sebenar bagi
memenuhi kepelbagaian keupayaan murid amat terhad dijalankan.
3. OBJEKTIF PEMBINAAN
3.1

Objektif pembinaan bangunan baru yang dicadangkan adalah bagi


menyediakan kemudahan-kemudahan penting bagi program PPKI SK
Batu Berendam.

3.2

Menyediakan bilik pengajaran dan pembelajaran mengikut sistem


stesen untuk mewujudkan situasi sebenar bagi memenuhi
kepelbagaian keupayaan murid.

3.3

Pembinaan yang dicadangkan ialah pembahagian bilik darjah kepada


bahagian-bahagian tertentu berbentuk kelas dengan pembahagi yang
sesuai dan selesa.
4. KOMPONEN PEMBINAAN
4.1 Komponen pembinaan bangunan yang dicadangkan adalah
terdiri daripada:
i.
ii.
iii.
iv.
v.

5
1
1
1
1

bilik kelas
bilik urus diri/kemahiran Maniputaif
bilik sumber
bilik fail/stor
ruang untuk riadah

vi.

2 bilik air (Lelaki & Perempuan)

4.2

Status tapak

: Tanah Kerajaan

4.3

Gred Sekolah

:A

4.4

Kawasan

: Bandar

5. OUTPUT DAN FAEDAH


PEMBINAAN BANGUNAN

YANG

DIJANGKAN

DARIPADA

5.1
Melalui sistem stesen dapat menyediakan suasana
pengajaran dan pembelajaran yang interaktif dan kondusif serta
selamat dan berkesan.
5.2

Keselamatan murid lebih terjamin

6. JUSTIFIKASI PEMBINAAN BANGUNAN


6.1
Bilik darjah yang sedia ada kurang kondusif dan kurang
sesuai untuk sesi pengajaran dan pembelajaran murid-murid
PPKI.
7. MAKLUMAT TAMBAHAN
7.1
7.2
7.3

Gambar bangunan P&P lama.


Gambar bangunan P&P sekarang.
Gambar tapak cadangan bangunan baru.

Yang Menjalankan Tugas.

Disahkan oleh,

(EN. HEZLIE NOORSHYAM BIN ABU SAMAH) (TN. HJ. ADAM BIN
Penyelaras PPKI
MOHAMAD)
SK Batu Berendam, Melaka
Guru Besar
SK Batu Berendam, Melaka

You might also like