You are on page 1of 1

PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU (PIBG)

Sekolah Kebangsaan Bukit Jarum


17050 Pasir Mas
Kelantan.
Tel: 01165733511
Ruj. Kami: SKBJ 100-9/4/1(01)2021
Tarikh: 19 Ogos 2021
Pendaftar
Institusi Pendidikan dan Guru,
Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan,
Bandar baru Tunjong,
16010 Kota Bharu, Kelantan.
( Unit Perhubungan dan Pendaftaran )

Tuan,

MOHON KELULUSAN BAGI MENGADAKAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERSATUAN


IBU BAPA DAN GURU (PIBG) SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT JARUM KALI KE 17 TAHUN
2021 SECARA ATAS TALIAN.

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa mesyuarat PIBG Bil 1 Tahun 2021 yang telah diadakan
secara atas talian( online) pada 16 Ogos 2021, Isnin, jam 11.00 pagi telah bersetuju untuk
mengadakan Mesyuarat Agung tahunan (MAT) PIBG sekolah sebagaimana berikut;

Tarikh : 11 September 2021 (Sabtu)


Masa : 2.30 petang.
Tempat : Kediaman masing -masing
Kaedah :secara atas talian
Google meet : Pautan akan dimaklumkan kemudian

3. Sehubungan dengan itu, pihak kami memohon kebenaran untuk mengadakan mesyuarat
tersebut.Kerjasama dan tinadakan pihak tuan mempertimbangkan permohonan ini amat dihargai dan
didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“PRIHATIN RAKYAT: DARURAT MEMERANGI COVID -19”


“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan Amanah,

(MOHD ZAINI BIN MOHAMED HUSAIN @ GHAZALI)


Setiausaha PIBG
Sekolah Kebangsaan Bukit Jarum
Pasir Mas, Kelantan.

s.k 1. Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Mas – unit Pengurusan Sekolah

2.Guru Besar Sk Bukit Jarum

3.Fail PIBG

You might also like