You are on page 1of 3

Ruj. Kami : PPDKS.

100-2/1/4 (11)
Tarikh : 12 Jun 2022

Pegawai Pendidikan Daerah Barat Daya,


Jalan Permatang Tepi,
11000 Balik Pulau,
Pulau Pinang.

Tuan,

KUNJUNGAN PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK BAWAH PROGRAM TRANFORMASI


SEKOLAH 2025 (TS25) KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA, DAERAH KOTA SETAR
TAHUN 2022

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Pengetua , Guru Besar dan Pegawai SISC+ Pejabat
Pendidikan Daerah Kota Setar ingin berkunjung dan mengadakan lawatan di daerah tuan
sebagaimana ketetapan berikut:

Tarikh : 30 Jun 2022 ( Khamis )


Masa : 9.00 Pagi Hingga 5.00 Petang
Tempat : 1) SK Bayan Baru
2) SMK Bayan Lepas

3. Pertemuan ini bertujuan mewujudkan hubungan erat kedua-dua pihak melalui perkongsian
ilmu dan bertukar-tukar idea serta meningkatkan kualiti kerja warga sekolah TS25, Kohot 6.

4. Sehubungan itu, besarlah harapan kami agar pihak tuan dapat menerima kunjungan ini.

5. Sebarang pertanyaan lanjut, tuan boleh menghubungi Encik Izuan bin Md Isa, Sektor
Pengurusan Sekolah , PPD Kota Setar di talian 019-5257770.

Sekian, terima kasih,

“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”


“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“PENDIDIKAN CEMERLANG KEDAH TERBILANG”

Saya yang menjalankan amanah,

(HAJI ISHAK BIN ZULKIFLI)


Pegawai Pendidikan Daerah,
Pejabat Pendidikan Daerah Kota Setar
Ruj. Kami : PPDKS.500-5/1/2( )
Tarikh : 16 Jun 2022

Unit Pentadbiran
Jabatan Pendidikan Negeri Kedah,
Kompleks Pendidikan, Jalan Stadium,
05604 Alor Setar,
Kedah Darul Aman.

Tuan,

PERMOHONAN MEGGUNAKAN KENDERAAN (BAS) BAGI KUNJUNGAN PERKONGSIAN


AMALAN TERBAIK BAWAH PROGRAM TRANFORMASI SEKOLAH 2025 (TS25) KEMENTERIAN
PENDIDIKAN MALAYSIA, DAERAH KOTA SETAR KE PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH BARAT
DAYA, PULAU PINANG.

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Pejabat Pendidikan Daerah Kota Setar akan mengadakan
lawatan amalan terbaik di bawah Program Tranformasi Sekolah (TS25) Kohot-6 seperti ketetapan
berikut :

Tarikh : 30 Jun 2022 ( Khamis )


Masa : 9.00 Pagi Hingga 5.00 Petang
Tempat : 1) SK Bayan Baru
2) SMK Bayan Lepas

3. Sehubungan itu, Pejabat ini memohon jasa baik tuan untuk memberi kebenaran menggunakan
kenderaan (bas) beserta pemandu untuk kegunaan peserta lawatan seramai 40 orang. Bersama-sama ini
disertakan aturcara untuk perhatian dan tindakan tuan selanjutnya. Sebarang pertanyaan berkenaan
perkara ini boleh diajukan kepada : Encik Izuan bin Md Isa, Sektor Pengurusan Sekolah , PPD Kota Setar
di talian 019-5257770.

Sekian, terima kasih,

“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”


“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“PENDIDIKAN CEMERLANG KEDAH TERBILANG”

Saya yang menjalankan amanah,

(HAJI ISHAK BIN ZULKIFLI)


Pegawai Pendidikan Daerah,
Pejabat Pendidikan Daerah Kota Setar

sk : Pengetua
Kolej Sultan Abdul Hamid
TENTATIF PROGRAM

7.00 pagi : Berkumpul di PPD Kota Setar


7.30 pagi : Bertolak ke PPD Barat Daya, Pulau Pinang
10.00 pagi : Lawatan ke Sekolah Rendah Bayan Baru
Perkongsian Amalan Terbaik 1

12.30 tengahari : Lawatan ke SMK Teluk Bahang


Perkongsian Amalan Terbaik 2

4.30 petang : Bertolak pulang

You might also like