You are on page 1of 2

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Sekolah Kebangsaan Kekapor,


Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Penyu,
WDT 65, Tel : 013-
8786649
89747 KUALA PENYU, SABAH Email :
xba6329@gmail.com

Rujukan kami : SKK(XBA6329)/1002/1


Tarikh : MAC 2020

KEPADA :

Tuan,

MEMOHON SUMBANGAN DERMA UNTUK PENGELOLAAN PROGRAM MAHARAJAN AL-QURAN


DAN FESTIVAL NASYID SEKOLAH-SEKOLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (MQSS
& FNSS KPM) KALI KE 46, PERINGKAT DAERAH KUALA PENYU BAGI TAHUN 2020/1441H.

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk

2. Untuk makluman tuan, berdasarkan keputusan mesyuarat MQSS peringkat daerah yang telah
diadakan pada 06 Febuari 2020 lalu, SK.Kekapor telah dipilih sebagai pengelola program Mahrajan Al-
Quran Dan Festival Nasyid Sekolah-Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (MTQSS & FNSS KPM) Kali
Ke 46 peringkat daerah Kuala Penyu bagi tahun 2020/1441 H pada 26 Mac 2020.

3. Oleh itu, pihak sekolah memerlukan dana untuk membantu pihak sekolah menjalankan program
tersebut dengan lebih lancar sekaligus meringankan perbelanjaan kewangan daerah bagi tujuan majlis
tersebut. Dengan itu, pihak kami amat berbesar hati sekiranya pihak tuan dapat menghulurkan sedikit
sumbangan untuk tujuan tersebut. Semoga dengan sumbangan yang dihulurkan dapat sedikit sebanyak
membantu pihak kami menguruskan program ini dengan lebih terancang.

4. Sumbangan tersebut boleh diserahkan kepada En. Idris Majid (SK Kekapor) selewat-lewatnya
pada 25 Mac 2020.

5. Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi nombor telefon tertera di bawah:


1. Idris Majid - 011 2524 9199

6. Segala jasa baik tuan amat kami hargai dan hanya Allah yang mampu membalasnya.
Sesungguhnya setiap amalan jariah tuan amat besar ganjarannya di sisi Allah Ta’ala.

Sekian, terima kasih.

“ BERKHIDMAT UNTUK AGAMA, BANGSA DAN NEGARA ”


Saya yang menjalankan amanah ,

…………………………………………
(ISMAIL MUSREH)
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Sekolah Kebangsaan Kekapor,
Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Penyu,
WDT 65, Tel : 013-
8786649
89747 KUALA PENYU, SABAH Email :
xba6329@gmail.com

Rujukan kami : SKK(XBA6329)/1002/1


Tarikh : MAC 2020

Guru Besar,
Sek.Keb.Kekapor,Kuala Penyu.
Kuala Penyu

You might also like