You are on page 1of 1

Inah Ja binti Abd.

Jalil,
No. 36, Jalan Tembusu 10,
Taman Merdeka, Batu Berendam,
75350, Melaka,
Melaka.
No. Tel.: 018-668 2210

En. Azli Fathi Bin Mohd Razali,


Unit Perkhidmatan Pengurusan Tertinggi dan Pakar,
Bahagian Sumber Manusia,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Blok E7, Kompleks E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590, Wilayah Persekutuan Putrajaya.
No. Tel.: 03 8883 2500 27 November 2019.

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

YBhg. Dr./ Tuan/ Puan,

PERMOHONAN PENANGGUHAN PERMOHONAN SEBAGAI PEGAWAI


PERUBATAN KONTRAK DI KKM.

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Seperti yang telah dimaklumkan oleh saya kepada para panel dalam sesi temuduga pada
26 November 2019(Selasa) bahawa saya dengan ini memohon penangguhan atas sebab ingin
menyelesaikan pembelajaran pasca siswazah saya yang dijangka akan selesai pada Februari 2021.

3. Di sini saya lampirkan surat tawaran daripada pihak universiti untuk rujukan pihak
tuan/puan. Sehubungan dengan itu, saya juga amat berharap agar pihak tuan/puan dapat membuka
peluang permohonan untuk saya pada masa hadapan.

4. Saya memohon maaf atas segala kesulitan yang dihadapi pihak tuan/puan dan segala
kerjasama daripada pihak tuan/puan dalam perkara ini amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

Yang Benar,

(INAH JA BINTI ABD JALIL)

You might also like