You are on page 1of 1

Sila catatkan nombor rujukan apabila berurusan dengan pejabat kami.

SCHOOL OF GLOBAL EXCELLENCE



GOMBAK INTEGRATED FULLY RESIDENTIAL SCHOOL
Batu 8, Jalan Sungai Pusu
53100 KUALA LUMPUR
MALAYSIA

1MALAYSIA: RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN

Tel. : 03-6186 3050
Faks. : 03-6185 8472
Emel : principal.sbpig@gmail.com
Website : www.sbpigombak.edu.my


Ruj. Kami : SBPIG.700-10/1/1
Tarikh : 22 MEI 2014

TUAN HJ MOHD REZAZALI BIN MOHD ANSAR
( GURU PENOLONG KANAN 1 )
NO. KP : 580303106093


Tuan,

PERWAKILAN KUASA MELAKSANAKAN HUKUMAN ROTAN

Merujuk perkara di atas, dengan ini saya mewakilkan kuasa melaksanakan hukuman
rotan yang diperuntukkan kepada saya selaku Pengetua dengan PERATURAN 6,
PERATURAN-PERATURAN PELAJARAN (DISIPLIN SEKOLAH) 1959, di bawah
ORDINAN PELAJARAN 1957 kepada tuan mulai pada 23 Mei 2014.

2. Walau bagaimanapuan tuan diperingatkan agar dapat mematuhi PERATURAN
5(1)(b), PERATURAN-PERATURAN PELAJARAN (DISIPLIN SEKOLAH) 1959, di
bawah ORDINAN PELAJARAN 1957 berhubung dengan syarat pelaksanaan hukuman
rotan yang dinyatakan seperti berikut:

Peraturan 5(1)(b)

Hukuman dera kepada murid-murid lelaki oleh seseorang guru atau lain-lain
kakitangan sekolah adalah dihadkan kepada merotan dengan rotan yang
ringan di tapak tangan atau di punggung yang berlapik dengan pakaian dan
hendaklah difahamkan hanya Guru Besar ataupun kuasa nyata yang
diberikan olehnya dalam hal yang tertentu.

3. Adalah diharapkan hukuman rotan ini hanya dilaksanakan sebagai langkah terakhir
dalam usaha mengawal disiplin di kalangan murid-murid.


Sekian, terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menurut perintah,



(RAHANIM BINTI ABD RAHIM)
Pengetua,
Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gombak.

You might also like