You are on page 1of 1

Rjukan : JPK03-25/25/3146/16 ( 48 )

Tarikh : 20 Ogos 2014

Pengetua
Sekolah Menengah Kerajaan dan Sekolah Menengah Bantuan Kerajaan
Negeri Kedah Darul Aman

Tuan,

MESYUARAT PENYELARASAN PEMASANGAN INSTRUMEN DAN PEMERIKSAAN


SKRIP JAWAPAN PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 (PT3) TAHUN 2014 NEGERI KEDAH
ANTARA SEKTOR PENILAIAN DAN PEPERIKSAAN, PPD PEPERIKSAAN DAN SEMUA
PENTAKSIR SEJARAH, GEOGRAFI, BAHASA MELAYU SERTA BAHASA INGGERIS

Dengan hormatnya, perkara di atas dirujuk.

2 Adalah dimaklumkan bahawa, pegawai tuan seperti di lampiran berkelat telah dilantik oleh
Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia sebagai Pentaksir bagi Pentaksiran
Tingkatan 3. Pegawai berkenaan ditugaskan untuk menyelaras pemasangan item dan
membuat verifikasi skor berkaitan pemeriksaan skrip jawapan bagi mata pelajaran PT3.

3. Sehubungan itu, pihak Sektor Penilaian dan Peperiksaan Jabatan Pendidikan Negeri
Kedah memohon kerjasama tuan membenarkan pegawai berkenaan untuk hadir ke
mesyuarat di atas bagi menyelaraskan tugas yang tersebut. Tarikh, tempat dan masa
mesyuarat dijalankan adalah seperti ketetapan di bawah :

Tarikh : 25 Ogos 2014


Tempat : Dewan SK Taman Bersatu, Jalan Yan Kuala Kedah.
Masa : 8.00 pagi hingga 4.30 petang
Pakaian : Rasmi
Pengerusi Mesyuarat : Tuan Ketua Sektor Penilaian dan Peperiksaan

4. Kehadiran pegawai tuan ke mesyuarat ini adalah dimestikan dan didahului ucapan terima
kasih. Makan minum semasa mesyuarat disediakan. Pegawai tuan boleh membuat tuntutan
lain berdasarkan Perkeliling Perbendaharaan yang sedang berkuatkuasa sekarang.
Sebarang pertanyaan sila berhubung dengan En. Harun bin Jaafar melalui panggilan telefon
di talian 7404234 / 0164421651 atau melalui email rasmi pt3sppkedah@gmail.com .

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


“PENDIDIKAN CEMERLANG KEDAH TERBILANG”

Saya yang menurut perintah,

(DATIN HAJAH AZUYAH BINTI HASSAN S.D.K.,A.M.K.)


Pengarah Pendidikan Kedah

You might also like