You are on page 1of 4

Malay-Foreign_Language/HomeTutor/KehidupanDiRumah

TOPIK I: KEHIDUPAN DI RUMAH

1.1 KELUARGA KITA.

Gambar : Potret Keluarga

Di atas, adalah potret keluarga saya. Saya mempunyai keluarga yang harmoni dan bahagia.
Berpandukan gambar di atas, saya akan memperkenalkan anda kepada ahli keluarga saya. Ibu saya bernama
Aminah. Dia ialah wanita yang sedang duduk di atas sofa. Hj. Abdullah ialah ayah saya. Dia ialah lelaki tua yang
sedang berdiri di sebelah kanan ibu saya. Mereka berdua sudah berkahwin selama 35 tahun dan dikurniakan
tiga orang anak, iaitu dua orang perempuan dan seorang lelaki.

Saya mempunyai seorang kakak dan seorang abang. Abang saya sudah berkahwin dan mempunyai
seorang anak perempuan. Anak perempuannya sangat cantik dan bijak. Manakala, kakak saya, yang juga
merupakan anak sulung di dalam keluarga kami mempunyai seorang anak laki-laki berusia 12 tahun. Kakak
dan abang ipar saya sudah berkahwin sejak mereka sama-sama menuntut di Universiti Teknologi Petronas
lagi. Mereka berdua merupakan jurutera yang berkerjaya. Saya pula, baru sahaja mendirikan rumah tangga
bersama-sama suami saya pada tahun lalu. Kami belum dikurniakan cahaya mata. Kami sekeluarga sangat
menyayangi antara satu sama lain.
Malay-Foreign_Language/HomeTutor/KehidupanDiRumah

1.1.1 Sila ceritakan tentang keluarga anda kepada kawan sekelas anda. Anda boleh menggunakan
perkataan berikut untuk membantu perbincangan anda.

BAPA EMAK ABANG ADIK

ABANG
KAKAK DATUK NENEK
IPAR

IBU
CUCU SEPUPU SAUDARA
MERTUA

1.2 RUMAH KITA

1.2.1 Aktiviti bersama keluarga.

Gambar 2: Ruang Tamu

1.2.2 Apakah aktiviti yang akan anda lakukan bersama keluarga di rumah pada masa lapang?
Sila bincangkan.

1.2.3 Sila namakan ruangan di dalam gambar rajah di atas dan senaraikan perabot atau
peralatan yang terdapat di ruangan tersebut?
Malay-Foreign_Language/HomeTutor/KehidupanDiRumah

Latihan: Apakah ruangan lain yang terdapat di dalam sebuah rumah?. Sila senaraikan tiga ruangan lain
berserta perabot atau peralatan yang sering menghiasi ruangan tersebut?

1.2.4 Adab ketika di meja makan.

Gelas

Sudu
Piring

Garfu
Pisau

Napkin
Pinggan

Gambar 3: Peralatan Di Meja Makan

1.2.4.1 Berikut adalah panduan atau adab ketika berada di meja makan bersama-sama keluarga.
• Mulakan dengan bacaan doa.
• Gunakan tangan kanan( atau gunakan sudu, garfu atau pisau mengikut kesesuaian anda)
• Ambil makanan yang berhampiran
• Bercakap perkataan yang baik sahaja.
• Memungut makanan yang jatuh ketika saat makan.
• Tidak bersandar ketika makan
• Berhenti sebelum kenyang. Oleh yang demikian, kuantiti makanan haruslan sederhana,
iaitu tidak terlalu sedikit atau banyak.
• Mencuci tangan sehingga bersih.
• Berdoa setelah selesai makan
• Berkumur atau memberus gigi.

1.2.5 Beriadah Amalan Sihat.

Riadah atau melakukan aktiviti seperti senaman mempunyai banyak kelebihan. Tambahan pula,
meluangkan masa bersama keluarga dapat memperbaiki kesihatan diri. Sama ada berjalan kaki, berbasikal
atau berkebun ianya pasti dapat mengembirakan anak-anak anda. Aktiviti beriadah juga dapat memupuk
rasa kasih dan sayang antara ahli keluarga.
Malay-Foreign_Language/HomeTutor/KehidupanDiRumah

1.2.5.1 Sila nyatakan aktiviti-aktiviti yang boleh anda lihat di dalam gambar rajah berikut.

Gambar 4: Bergembira Bersama keluarga saya.

KOLAM IKAN BUNGA BUAIAN PONDOK BUKU

You might also like