You are on page 1of 14

Berikan pendapat anda tentang peranan keluarga dalam pembentukan

sahsiah anak-anak.
Profesor Di raja Ungku Aziz pernah mengatakan bahawa rumah
merupakan universiti pertama bagi anak-anak dan ibu bapa pula merupakan profesor
pertama bagi mereka. Kata-kata ini jelas menunjukkan bahawa ibu bapa dan setiap ahli
keluarga memainkan peranan yang sangat penting dalam pembentukan sahsiah anakanak. Anak-anak merupakan anugerah dan amanah Tuhan yang tidak ternilai. Ibu bapa
bertanggungjawab untuk mewujudkan rumah tangga yang aman dan damai kerana
anak-anak akan berasa bahagia apabila ibu bapa memberikan sepenuh kasih sayang
dan melindungi diri anak-anak mereka. Anak-anak ibarat sehelai kain putih, ibu
bapalah yang mencorakkan warna pada kain tersebut. Persoalannya, apakah peranan
keluarga khususnya ibu bapa dalam pembentukan sahsiah anak-anak? Pada pendapat
saya, jawapannya sudah pasti tugas dan peranan yang boleh dimainkan oleh keluarga
terutama seorang insan yang bergelar ketua keluarga amat penting dan pelbagai dalam
melahirkan sahsiah terbilang dalam kalangan anak-anak mereka.
Ibu bapa memainkan peranan penting bagi memastikan pembentukan
sahsiah anak-anak dengan memberikan didikan agama yang sempurna dalam diri
anak-anak. Pepatah sering menyatakan bahawa melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Peribahasa ini jelas menunjukkan bahawa pendidikan agama perlu diterapkan dalam
diri anak-anak sejak kecil lagi agar anak-anak dapat membuka minda serta
mengelakkan diri daripada terjebak dalam perlakuan negatif. Penerapan nilai agama
dapat membantu anak-anak untuk membezakan antara baik dan buruk perlakuan yang
akan dilakukan. Selain itu, anak-anak juga akan membesar dengan perpandukan ajaran
agama. Didikan agama yang sempurna merupakan benteng yang ampuh untuk
mengelakkan anak-anak terjebak dalam kancah gejala sosial. Anak-anak yang
dibesarkan dalam keluarga yang mementingkan didikan agama akan menjadi anak
yang baik sahsiah dan akhlaknya. Sebagai contoh, jika sesebuah keluarga mempunyai
pegangan agama yang kuat, anak-anak mereka akan mempunyai tingkah laku yang
baik kerana madu satu tong dirembes, rembesnya madu juga. Jelaslah bahawa

pendidikan agama yang secukupnya sangat penting untuk membentuk sahsiah anakanak.

Selain itu, ahli keluarga khususnya ibu bapa berperanan sebagai suri
teladan kepada anak-anak bagi memastikan anak-anak mempunyai sahsiah yang baik.
Hal ini demikian kerana anak-anak yang berusia setahun jagung memang mudah
mencontohi sebarang bentuk perlakuan orang yang lebih dewasa daripadanya. Dengan
erti kata lain, sekiranya ahli keluarga yang lebih tua memiliki sahsiah yang baik, sudah
tentu perbuatan ini dapat dicontohi oleh anak-anak kerana pepatah Melayu ada
mengatakan bahawa ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Sebagai contohnya,
jika ahli keluarga yang lebih dewasa rajin membaca, sudah pasti anak-anak yang
terdidik dalam suasana demikian akan mencontohi perbuatan ahli keluarga yang gemar
membaca. Tokoh-tokoh pujangga pernah menukilkan bahawa kalau asal benih yang
baik jatuh ke laut menjadi pulau, terlontar ke udara menjadi kejora, dicampak ke bumi
menjadi penawar. Pernyataan di atas jelas menunjukkan betapa besarnya peranan
yang dimainkan oleh sesebuah keluarga dalam pembentukan sahsiah anak-anak . Ibu
bapa perlulah menjadi suri teladan yang boleh dicontohi anak-anak . Ibu bapalah yang
akan mencorakkan kehidupan anak-anak di peringkat awal. Sekiranya corak yang
dilakar menarik dan cantik , maka akan baik dan eloklah pembentukan akhlak anakanak. Anak anak yang sering mencontohi perbuatan ibu bapa yang baik , tidak akan
sesekali cuba melakukan sesuatu yang boleh menconteng arang atau menjatuhkan
maruah keluarga. Tegasnya, ibu bapa memainkan peranan penting dalam
pembentukan sahsiah anak-anak.

Di samping itu, ibu bapa juga perlulah melatih anak-anak agar saling
bekerjasama dan berkasih sayang bagi melahirkan anak-anak yang bersahsiah mulia .
Dalam hal ini , ibu bapa perlulah memberikan sepenuh kasih sayang kepada diri anakanak bagai menatang minyak yang penuh agar anak-anak tahu menghargai hidup
untuk saling berkasih sayang . Ibu bapa perlu meletakkan panggilan manja untuk anak-

anak seperti panggilan Kak Long atau Abang Long bagi anak sulung dan Kak Ngah
atau Abang Ngah bagi anak kedua supaya kemesraan dan kasih sayang sesama ahli
keluarga tidak luput. Budaya terima kasih juga perlu diajarkan kepada anak-anak
supaya wujud rasa penghargaan terhadap orang lain setiap kali menerima bantuan. Ibu
bapa juga hendaklah melatih anak-anak bekerjasama dalam melakukan sesuatu
perkara dan kerja rumah agar anak-anak membesar dalam suasana yang saling
bekerjasama . Perbuatan seperti ini akan terbawa-bawa apabila anak-anak sudah
dewasa dan mempunyai keluarga sendiri. Jelasnya, ibu bapa yang berperanan untuk
mewujudkan kerjasama dan kasih sayang dalam kalangan ahli keluarga akan dapat
melahirkan warga yang bersatu-padu dan saling menghormati.
Seterusnya, ibu bapa perlulah mendidik anak-anak cara hidup
sederhana dan bertanggungjawab . Ibu bapa harus menyediakan jadual tugasan di
rumah supaya anak-anak lebih bertanggungjawab. Anak-anak perlu diajar tentang
pengurusan diri seperti membasuh baju, menggosok pakaian dan menyimpan baju
dalam almari . Anak-anak juga perlu diajar supaya bersifat sederhana dan bersyukur
dengan apa-apa sahaja yang ada di rumah mereka . Hal ini amat penting untuk
melahirkan anak-anak yang sentiasa bersyukur dengan apa yang dimiliki . Ibu bapa
juga perlu menerapkan nilai kesederhanaan diri anak-anak di rumah agar anak-anak
dapat menjadi insan yang sentiasa berjimat cermat dan tidak boros dalam berbelanja .
Anak-anak yang sudah diterapkan dengan hidup yang sederhana akan membesar
sebagai seorang yang sederhana sikapnya , tidak sombong dan tidak berlebihan dalam
sesuatu perkara. Anak-anak juga melakukan sesuatu dengan penuh keikhlasan tanpa
mengharapkan apa-apa balasan. Hal ini penting bagi melahirkan generasi masa depan
yang berpandangan jauh. Tegasnya , pembentukan sahsiah anak-anak yang baik
dapat dilahirkan sekiranya ibu bapa mendidik anak-anak tentang cara hidup yang
sederhana dan bertanggungjawab .
Akhir sekali, ibu bapa perlulah memantau serta mengawasi gerak geri
anak-anak khususnya anak-anak yang sudah meningkat remaja. Dalam hal ini , ibu
bapa perlu mengetahui aktiviti yang dilakukan oleh anak-anak mereka serta mengetahui
latar belakang rakan sebaya anak-anak. Pergaulan anak-anak dengan rakan sebaya

memberikan pengaruh yang besar terhadap masa depan anak-anak kerana anak-anak
lebih mudah dipengaruhi oleh rakan sebaya dalam segala tindakan atau kelakuannya
kerana mereka mempunyai prinsip, nilai dan identiti yang hampir sama. Ibu bapa tidak
wajar memberi kebebasan yang sepenuhnya kepada anak-anak . Hal ini demikian
kerana anak-anak yang diberi kebebasan penuh oleh ibu bapa dibimbangi akan
terjebak dengan perbuatan tidak bermoral yang boleh menconteng arang di muka
keluarga . Oleh itu , ibu bapa perlulah mengenal pasti perubahan yang berlaku terhadap
anak-anak pada setiap masa agar ibu bapa boleh bertindak lebih awal, bak kata
pepatah , beringat sebelum kena , berjimat sebelum habis. Ibu bapa perlulah
mengambil berat dengan siapa anak mereka berkawan atau bersahabat dan
mengetahui tujuan anak keluar rumah dan balik lewat ke rumah. Sekiranya ibu bapa
bertindak awal , sudah pasti masa hadapan anak-anak dapat diselamatkan. Jelasnya ,
ibu bapa perlulah memantau serta mengawasi gerak-geri anak-anak agar dapat
melahirkan anak yang berperibadi mulia .
Berdasarkan perbincangan di atas, dapatlah saya simpulkan bahawa ibu
bapa memainkan peranan yang penting dalam pembentukan sahsiah anak-anak .
Untuk melahirkan anak-anak yang bersahsiah baik , ibu bapa perlulah menyedari akan
tanggungjawab mereka untuk mendidik anak-anak menjadi insan yang mulia . Setiap
ahli keluarga perlulah melengkapkan diri mereka dengan pengetahuan dan ilmu
keibubapaan . Hal ini penting kerana pembentukan sahsiah anak-anak harus bermula
dengan diri keluarga itu sendiri . Ibu bapa harus membetulkan diri mereka terlebih
dahulu agar anak-anak dapat mencontohi segala perlakuan dan keperibadian mereka
kerana mereka merupakan role model bagi anak-anak. Tegasnya, rumah tangga
merupakan kebun yang subur untuk melahirkan insan yang berjiwa luhur dan
bersahsiah mulia. Rumahku, Syurgaku

Contoh karangan A+ [SPM 2010]


PERANAN ANAK-ANAK MEMBAHAGIAKAN IBU BAPA
Pada era pascaglobalisasi ini, isu keruntuhan institusi keluarga semakin hangat menjadi
bicara semua rakyat Malaysia tidak kira tua mahupun muda. Walaupun berbagai-bagai
prakarsa telah dimainkan oleh para ibu bapa untuk mengekalkan keharmonian
keluarga, namun hal ini seolah-olah tiada nokhtah pengakhiran. Adakah peranan yang
dimainkan oleh Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat tidak cukup bersepadu
untuk membawa paradigma baru ke dalam institusi kekeluargaan? Adakah peranan
yang digerakkan oleh institusi keluarga dalam memacu keluarga mereka di bawah
payung keharmonian gagal. Hal ini mungkin berpunca daripada prakarsa yang
dimainkan oleh anak-anak yang tidak cukup mapan untuk membantu menyelesaikan
masalah yang menunjangi keluarga mereka. Oleh itu, sudah menjadi amanah yang
perlu dipikul anak-anak dalam merangka uslub terbaik untuk sama-sama memikul
amanah kerana berat sama dipikul, ringan sama dijinjing supaya usaha membentuk
keluarga yang cemerlang dalam segenap aspek kehidupan berjaya. Jadi, hendak seribu
daya tak hendak seribu dalih dan oleh itu prakarsa ini hendaklah dimulakan dari
sekarang kerana kita perlu menyediakan payung sebelum hujan. Jadi, anak-anak
hendaklah menggerakkan kembali jentera yang lebih bersepadu bagi membahagiakan
ibu bapa dan sekali gus membentuk keluarga yang bahagia.
Sebenarnya, banyak prakarsa yang boleh dimainkan oleh anak-anak untuk
membahagiakan ibu bapa mereka antaranya adalah dengan memberikan kejayaan dan
kecemerlangan kepada mereka. Tidakkah semua orang melihat, saban tahun apabila
keputusan Sijil Pelajaran Malaysia diumumkan pasti ada yang berduka dan bergembira.
Tetapi tidakkah mereka menyedari bahawa seorang insan yang bergelar ibu bapa pasti
akan mengalirkan air mata kegembiraan apabila melihat keputusan cemerlang yang
diraih oleh anak-anak mereka? Sudah pastinya terselit seribu kepuasan dalam diri ibu
bapa kerana keperitan dan penderitaan mendidik dan membesarkan anak-anak telah

terbalas dengan kejayaan anak-anak mereka. Oleh itu, anak-anak hendaklah belajar
bersungguh-sungguh dan membesar mengikut acuan yang telah dibentuk oleh ibu bapa
mereka. Orang tua-tua ada menyatakan bahawa usaha tangga kejayaan, jadi usaha
yang gigih tanpa mengenal erti putus asa akan membuahkan kejayaan yang manis
untuk dikecapi. Kegigihan anak-anak semata-mata untuk mencapai kejayaan bagi
dihadiahkan kepada ibu bapa mereka akan dapat direalisasikan sekiranya mereka
berjaya menangkis segala ancaman yang masuk ke tingkap globalisasi kehidupan
mereka. Tuntasnya, sudah jelaslah bahawa kejayaan dan kecemerlangan dalam
pelajaran merupakan salah satu tunjang utama untuk membahagiakan ibu bapa.
Sedasawarsa ini, anak-anak yang mempunyai akhlak dan budi pekerti mulia juga
merupakan salah satu elemen utama dalam memberikan kebahagiaan kepada orang
tua mereka. Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara merupakan kata-kata
hikmat yang acap kali ditujukan khas kepada generasi muda tetapi tidak melampaukah
jika semua orang mengatakan bahawa anak-anak merupakan tonggak utama keluarga,
jantung hati, permata bernilai buat ibu bapa? Bagi segelintir pihak, anggapan ini
dipandang sinis tetapi itulah realiti sebenar bahawa anak merupakan tunjang utama
keluarga dalam memacu ke arah kebahagiaan keluarga. Selama bertahun-tahun anakanak dididik dengan kebanyakan ibu bapa yang mengamalkan konsep melentur buluh
biarlah dari rebungnya dan hasilnya, anak-anak telah berjaya menjadi insan yang
berguna dan mampu menangkis segala hedonisme serta panji-panji kejahatan yang
berleluasa kini. Jadi, hati ibu mana yang tidak sejuk melihat anak yang dipelihara
mereka mempunyai keperibadian yang unggul. Oleh itu, anak-anak seharusnya
berusaha menjaga akhlak dan budi pekerti mereka walaupun di mana-mana mereka
berada kerana imej dan maruah keluarga bersandarkan tingkah laku mereka malah
itulah juga yang menjadi kunci kebahagiaan buat ibu bapa mereka.
Sementelahan pula, ibu bapa juga akan bahagia jika anak-anak mereka menghormati
mereka. Dalam menyoroti hal ini, aspek jasmani, emosi, intelektual dan sosial yang
termaktub dalam Falsafah Pendidikan negara sebenarnya mampu menjadi platform
utama untuk anak-anak membahagiakan ibu bapa mereka. Bagi menyingkap hal ini,

aspek jasmani yang boleh dipraktikkan anak-anak adalah dengan menghormati orang
tua mereka sama ada dalam bentuk perbuatan mahupun perkataan. Sebagai contoh
terdekat yang sangat ketara dengan semua pihak ialah seorang anak hendaklah
bersalaman dengan ibu bapa mereka sebelum pergi ke mana-mana dan mereka
hendaklah menundukkan badan sedikit apabila berjalan di hadapan orang tua. Dalam
aspek emosi pula, anak-anak hendaklah menjaga perasaan ibu bapa mereka dan tidak
melakukan sesuatu perkara yang boleh menguris hati mereka. Dalam menghayati
peribahasa yang berbunyi kerana mulut santan binasa dan sudah terhantuk baru nak
tengadah, anak-anak hendaklah sentiasa menjaga segala tutur bicara mereka supaya
perkataan yang diucapkan tidak menyinggung perasaan ibu bapa mereka. Dalam
memperincikan aspek intelektual pula, anak-anak hendaklah mendengar nasihat yang
diberikan ibu bapa bagi membolehkan mereka memperoleh keberkatan ketika mereka
belajar. Hal ini sekali gus membolehkan segala ilmu yang dipelajari mampu diserap
dengan mudah tidak seperti masuk telinga kiri, keluar telinga kanan. Eksplisitnya,
memang benarlah bahawa sifat hormat seseorang anak terhadap kedua-dua orang tua
mereka mampu membahagiakan mereka.
Yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing merupakan peribahasa yang sering
berlegar-legar dan bermain-main di segenap kehidupan harian rakyat Malaysia. Jadi,
dalam mempraktikkan hal ini, anak-anak hendaklah mengaplikasikan sikap ringan
tulang dengan membantu ibu bapa menguruskan kerja-kerja rumah. Perkara ini bukan
sahaja memudahkan urusan ibu bapa mereka malah dapat mengeratkan hubungan
ukhwah kekeluargaan yang tersimpul rapi. Dalam menyingkap hal ini, konsep muafakat
membawa berkat boleh diamalkan oleh ibu bapa dan anak-anak dengan saling
membantu mengemaskan rumah. Bertitik tolak daripada aktiviti melakukan kerja-kerja
rumah, rumah bukan sahaja cantik malah dapat menghindari diri daripada segala
wabak penyakit akibat tidak mengutamakan kebersihan persekitaran. Lanjutan daripada
hal ini, beban yang digalas oleh ibu bapa akan menjadi ringan malah mampu
melestarikan warna-warni kebahagiaan dan keharmonian keluarga tersebut. Senario ini
sekali gus mengurangkan jurang perpecahan sesebuah institusi keluarga seperti
statistik sahih yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur pada

tahun 2007 hingga 2008 yang menunjukkan bahawa satu daripada sepuluh pasangan
di Malaysia bercerai setiap hari. Tuntasnya, memang benarlah bahawa peranan anakanak dalam membantu meringankan beban ibu bapa mereka menguruskan kerja-kerja
rumah amat signifikan untuk mewujudkan kebahagiaan buat mereka.
Selain itu, prakarsa lain yang boleh dilakukan untuk membahagiakan ibu bapa adalah
mendengar nasihat mereka. Bagi menghuraikan perspektif ini, semua orang dapat
menyaksikan bahawa hampir saban hari ada sahaja kes-kes yang membabitkan ibu
bapa dan anak-anak menghiasi muka-muka depan akhbar di Malaysia sama ada kes
pembuangan ibu bapa atau pergaduhan antara anak dengan kedua-dua ibu bapa
mereka. Cuba kita renungkan kembali peristiwa yang berlaku pada 27 Oktober 2010 di
akhbar Harian Metro bertajuk, Trajedi pilu 9 anak membuang ibu mereka yang sudah
tua. Wajarkah 9 orang anak bertindak sedemikian rupa? Pastinya peristiwa dan tragedi
hitam ini tidak akan berlaku jika seorang anak tidak mengamalkan peribahasa seperti
kacang lupakan kulit dan mendengar nasihat. Anak-anak yang mendengar nasihat
sudah pasti akan menjaga kebajikan ibu bapa mereka terutama ketika umur senja
mereka. Janganlah anak-anak membiarkan nasihat ibu bapa mereka umpama
mencurah air ke daun keladi kerana segala nasihat itu tidak lebih untuk kebahagiaan
anak-anak itu juga. Deduksinya, memang izharlah bahawa jika seseorang anak
mendengar nasihat ibu bapa maka perkara inilah yang menjadi kunci kebahagiaan
kepada ibu bapa mereka.
Tambahan lagi, mendoakan kesejahteraan ibu bapa juga adalah antara prakarsa yang
boleh dilakukan untuk membahagiakan ibu bapa. Dalam menghayati hal ini, boleh
dilihat dari dua perspektif yang berbeza. Perspektif pertama, mendoakan kesejahteraan
ibu bapa ketika mereka masih hidup dan yang keduanya, mendoakan kesejahteraan
mereka setelah mereka meninggal dunia. Oleh hal yang demikian, seseorang anak
hendaklah menjadikan doa sebagai budaya yang sinonim dengan diri mereka. Bagi
merealisasikan hal ini, kekerapan berdoa kepada ibu bapa hendaklah dilakukan
sebagai aktiviti rutin selepas solat kerana alah bisa tegal biasa. Tidak mustahil rasanya
langkah ini dipraktikkan dan diaplikasikan dalam kehidupan seharian kerana di mana

ada kemahuan, di situ ada jalan. Jadi, anak-anak hendaklah mendoakan kesejahteraan,
keselamatan, kesihatan dan kemurahan rezeki untuk pihak ibu bapa mereka. Hal ini
bukan sahaja bakal memudahkan urusan ibu bapa mereka di akhirat kelak malah akan
membawa kebahagiaan di dunia lagi. Bagi merungkai kehidupan selepas mati, ibu bapa
pastinya berasa bahagia dan tenang apabila berada di alam barzakh berkat doa
seorang anak yang soleh. Konklusinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa doa
merupakan senjata yag penting dan utama untuk membahagiakan ibu bapa.
Secara kesimpulannya, memang terdapat banyak peranan yang boleh dimainkan oleh
anak-anak untuk membahagiakan ibu bapa. Oleh itu, anak-anak hendaklah selalu
berusaha membahagiakan ibu bapa mereka secara istiqamah bukan sekadar hangathangat tahi ayam mahupun bersikap melepaskan batuk di tepi tangga. Hal ini juga
mampu membawa kebahagiaan kepada ibu bapa mereka malah menjadi kayu ukur
falah anak-anak dalam meniti kehidupan yang serba mencabar di alam fana ini.
Seterusnya, anak-anak akan menjadi insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang
bersama-sama berganding bahu, selangkah sederap dengan pihak kerajaan dalam
menjalankan tranformasi besar-besaran untuk memastikan keluarga sakinah dapat
dilahirkan. Perkara ini sekali gus mampu membawa evolusi bermakna dalam institusi
kekeluargaan dan seterusnya merealisasikan aspirasi kerajaan dalam mencapai visi
kudsi Wawasan 2020. Jadi, kejayaan seseorang anak membahagiakan ibu bapa
mereka sebenarnya mampu menjadi khazanah berharga untuk memajukan nusa dan
bangsa.
[1 414 patah kata]
Nukilan daripada Mohamad Syamir bin Shamsher Ahmad - SMK Impian Emas

TEMA 4 : HUBUNGAN KEKELUARGAAN YANG SEMAKIN RENGGANG USAHAUSAHA MERAPATKANNYA


Tajuk 1 : Rencana Hubungan Kekeluargaan Semakin Renggang (Kesan, factor dan usaha)
Hubungan Kekeluargaan Semakin Renggang
Oleh Zaidora Zahid
Pada era pascainovasi ini, negara Malaysia sedang mengalami transformasi daripada sebuah
negara yang sedang membangun kepada sebuah negara yang pesat dan rancakpembangunannya.
Dewasa ini, Malaysia mengorak langkah dalam menyongsong arus kemajuan yang kian deras.
Namun, sejajar dengan arus pembangunan negara, perkara yangacap kali merimaskan masyarakat
sarwajagat ialah isu hubungan kekeluargaan yang semakin renggang. Dalam keghairahan mengejar
kebendaan dan kemewahan, hubungan kekeluargaan yang semakin renggang mula berakar umbi
sejak dahulu lagi. Keluarga boleh ditakrifkan sebagai satu institusi yang terdiri daripada orangorang
yang tersayang dan dikasihi termasuk keturunan moyang yang sama. Keluarga boleh
diklasifikasikan kepada dua jenis, yakni keluarga nukleus dan keluarga besar. Keluarga nukleus
terdiri daripada ibu, bapa, abang, kakak serta adik. Keluarga besar pula terdiri daripada keluarga
nukleus, nenek, datuk, sepupu, mak cik, dan pak cik. Mutakhir ini, hubungan kekeluargaan yang
semakin renggang dan bobrok kian menggamit perhatian semua pihak.
Memang tidak dapat dinafikan bahawa hubungan kekeluargaan yang semakin renggang mampu
menyumbang kepada pelbagai impak negatif. Antara kesan daripada kemelut ini ialah kegagalan
ahli keluarga dalam memahami serta saling menghormati antara ahli keluarga sendiri.
Hubungan kekeluargaan yang semakin renggang dapat dilihat dengan ketara menerusi beberapa
kejadian yang bobrok. Sebagai contoh, keratan akhbar daripada Berita Harian pada 17 Julai 2005
melaporkan bahawa seorang bapa bertindak mencabuli kehormatan dan merogol anak
perempuannya semasa ketiadaan orang lain di rumah. Kejadian sumbang mahram ini merupakan
satu insiden yang amat menyedihkan dam memalukan. Seandainya hubungan kekeluargaan
semakin renggang, ahliahli keluarga akan menghadapi masalah untuk berkomunikasi dan saling
bertukar fikiran. Hal ini demikian kerana hubungan yang renggang ini telah memusnahkan jalinan
kekeluargaan yang akrab dan erat. Oleh itu, ahliahli keluarga tidak memahami antara satu sama
lain dan seterusnya konflik dan perselisihan faham mudah berlaku. Kejadian ini akan mengakibatkan
pergaduhan dan sekali gus ahliahli keluarga bermusuhan sesama sendiri.
Di samping itu, hubungan kekeluargaan yang semakin renggang turut menyumbang
kepada masalah pengabaian ahliahli keluarga khususnya golongan tua dan bayi. Penghantaran
golongan warga emas yang uzur dan pembuangan bayi yang masih belum mencecah usia tiga
bulan tidak lagi asing kepada masyarakat metropolitan khususnya di Kuala Lumpur. Masyarakat

moden pada hari ini beranggapan bahawa golongan warga emas merupakan suatu beban yang
menyusahkan mereka. Oleh itu, mereka bertindak menghantar golongan ini khususnya ibu bapa
mereka yang tua dan uzur ke rumah orang tuatua. Mereka langsung tidak memahami perasaan ibu
bapa mereka yang terasa diabaikan oleh cahaya mata sendiri. Selain itu, ada pula golongan ibu
bapa yang masih muda dan mentah pemikirannya bertindak membuang bayi mereka ke dalam tong
sampah mahupun meletakkannya di tepi jalan dan di kaki lima. Perbuatan yang hina ini dipercayai
dilakukan atas sebab ibu bapa tidak bersedia dan tidak mampu untuk memikul tanggungjawab untuk
membela seorang bayi. Angkara mengabaikan ahli keluarga khususnya warga emas merupakan
senario yang amat memalukan. Oleh itu, isu ini tidak seharusnya dipandang enteng oleh semua
pihak.
Peribahasa Melayu ada mengatakan masakan pokok boleh bergoyang kalau tiada angin yang
bertiup. Tiada pihak yang patut dipersalahkan melainkan ahli keluarga itu sendiri. Isu hubungan
kekeluargaan yang semakin renggang kian hangat diperdebatkan oleh media massa. Memang tidak
dapat dinafikan bahawa sikap ibu bapa yang individualistik dan materialistik merupakan
pemangkin utama kepada kemelut ini. Dewasa ini, golongan ibu bapa taksub mengejar kebendaan
dan beranggapan bahawa kerjaya dan wang ringgit adalah lebih afdal daripada keluarga sendiri.
Mereka turut beranggapan bahawa kemewahan dan kerjaya dijadikan sebagai kayu ukur dalam
menilai status sosial mahupun kemampuan individu dalam masyarakat. Anggapan ini adalah salah
sama sekali kerana keluarga merupakan aset paling berharga bagi semua insan di seantero
marcapada. Keluarga merupakan aset yang paling signifikan dan tidak dapat ditukar beli dengan
wang ringgit. Akan tetapi, golongan ibu bapa yang lebih mementingkan kerjaya sematamata untuk
kepuasan dan keselesaan diri sendiri telah mengabaikan anakanak mereka dan menggantikan
kasih sayang dengan sogokan wang ringgit. Anakanak ini telah kehilangan satu wahana untuk
bertukar fikiran dan pendapat dengan ibu bapa mereka. Mereka bertindak mencari rakan sebaya
dan meluahkan segala isi hati kepada rakan yang dipercayai berupaya membantu mereka. Bertitik
tolak dari sinilah, gejala sosial mula berlaku dan menular tanpa mencapai titik noktahnya.
Isu ini yang diumpamakan seperti bangkai gajah yang ditutup dengan nyiruharuslah
ditangani dengan segera. Pelbagai langkah penyelesaian yang pragmatik, sistematik dan konkrit
haruslah diambil secara berterusan. Ahli keluarga haruslah lebih banyak meluangkan masa untuk
keluarga. Masa yang diperuntukkan pula haruslah dimanfaatkan dengan sepenuhnya. Sebaik
baiknya, segala konflik atau masalah yang dihadapi oleh sesiapa sahaja dalam keluarga itu
hendaklah dibawa berbincang bersama-sama. Tambahan pula, ahliahli keluarga pula seharusnya
menjadikan hari Ahad sebagai hari keluarga supaya ahli keluarga dapat bersamasama tanpa
gangguan aktiviti lain seperti mesyuarat dan aktiviti kokurikulum.
Selain itu, ahliahli keluarga khususnya golongan remaja haruslah didedahkan kepada didikan
agama dan moral. Masyarakat kontemporari acap kali memandang enteng mengenai didikan
agama dan moral. Didikan agama dan moral mampu membentuk jati diri dan hubungan
kekeluargaan yang utuh. Melalui pengenalan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (1983) dan

Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (1989), subjek Pendidikan Moral dan Pendidikan Agama
telah diperkenalkan. Program ini bertujuan untuk menerapkan nilainilai murni dalam jiwa pelajar
khususnya dalam menghargai dan mencintai keluarga. Namun demikian, pelajar mutakhir ini hanya
menganggap bahawa subjeksubjek ini lebih berorientasikan peperiksaan daripada ilmu praktikal.
Dengan erti kata yang lain, ilmu teori lebih diutamakan daripada ilmu praktikal. Jadi, pihak sekolah
dan pelajar haruslah berganding bahu sama ada dalam memberikan kesedaran tentang
kepentingan hubungan kekeluargaan yang erat atau dalam menghargai hubungan kekeluargaan
agar pergolakan mahupun konflik tidak ditimbulkan sesama ahli keluarga.
Sebagai intiha bicara, komitmen yang jitu dan padu haruslah diberikan daripada semua pihak.
Penerapan nilainilai murni mengenai hubungan kekeluargaan dalam jiwa anakanak muda haruslah
dilakukan sejak dari usia yang muda lagi. Bak kata peribahasa, melentur buluh biarlah dari
rebungnya yang sepatutnya dijadikan azimat demi kebahagiaan sejati . Generasi muda khususnya
golongan muda haruslah diberikan kesedaran mengenai keperluan sebuah institusi keluarga yang
harmonis. Remaja merupakan pemangkin dan pelopor kepada kepimpinan negara kelak. Merekalah
bakal pemimpin dan akan mengetuai pucuk pimpinan negara kelak. Tambahan pula, remaja
haruslah melengkapkan diri dengan lunas keluhuran moral supaya hubungan kekeluargaan yang
erat dapat dijalin. Sebelum nasi menjadi bubur,eloklah kita menjangkau sehabis tangan dan
menggembleng tenaga dalam membendung kemelut ini. Janganlah menjadikan Malaysia sebagai
sebuah negara yang makmur dari segi ekonomi tetapi muflis dari segi kebudayaan dan nilai-nilai
murni. Namun demikian, sekarang bukanlah masanya untuk menopang dagu dan menuding jari.
Misi dan visi rakyat jelata untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang tersohor
dan terkemuka di seantero marcapada pasti bersifat fatamorgana seandainya kemelut ini tidak dapat
ditangani. Institusi keluarga yang harmonis amatlah penting dalam melahirkan golongan pemimpin
negara kelak. Kejayaan seseorang individu bermula daripada institusi keluarga yang sempurna.
Pendek kata, segenap lapisan masyarakat di seluruh pelosok negara haruslah berganding bahu
dalam menangani kemelut hubungan kekeluargaan
yang semakin renggang. Jadikanlah Rumahku Syurgaku sebagai tempat
terperciknya sinarkebahagiaan dalam kehidupan seseorang. Jangan jadikan rumah sebagai lembah
pergaduhan mahupun pertelingkahan. Rumah sepatutnya dijadikan sebagai satu tempat yang
gembira dan bukannya sebagai satu tempat yang menimbulkan suasana yang tegang.
[1 122 patah kata]

Tajuk 2 : Fakta Usaha-usaha keluarga / ibu bapa

1. Melengkapkan Diri Dengan Ilmu Keibubapaan

Ibu bapa perlu melengkapkan diri mereka dengan pengetahuan keibubapaan bagi memahami
tanggungjawab besar yang terletak di atas bahu mereka dalam memastikan kebahagiaan keluarga
mereka.
Hal ini boleh dilakukan oleh bakal-bakal ibu dan bapa dengan mengikuti kursus-kursus
praperkahwinan serta kursus selepas berkahwin yang dikendalikan oleh pejabat agama daerah
masing-masing. Dalam kursus-kursus tersebut, suami isteri akan mendapat ilmu untuk melahirkan
sebuah keluarga yang bahagia melalui ceramah dan bengkel-bengkel yang dikendalikan oleh
penceramah-penceramah yang berwibawa. Selepas mendapat ilmu tersebut, perkara yang lebih
penting adalah bagi mereka mempraktikkannya untuk melahirkan sebuah rumah tangga yang penuh
dengan sinar kebahagiaan.
2. Memberi Perhatian dan Kasih Sayang
Pada era yang penuh dengan persaingan yang sengit ini, masyarakat bertambah sibuk dengan
usaha mencari nafkah bagi meningkatkan taraf hidup masing-masing. Hal ini disebabkan kos sara
hidup masa kini yang semakin meningkat.
Statistik telah menunjukkan bahawa hampir 90 peratus ibu yang bekerja hanya bercakap dengan
anak-anak mereka selama empat minit sehari. Hal ini merupakan perkara yang amat menyedihkan
kerana anak-anak merupakan golongan yang memerlukan kasih sayang dan perhatian yang
secukupnya daripada ibu bapa mereka. Oleh itu, demi membentuk keluarga yang bahagia, ibu bapa
yang merupakan peneraju kehidupan dalam sesebuah keluarga perlumeluangkan sekelumit masa
yang berkualiti bersama-sama dengan anak-anak mereka.
3.Memperkenalkan dasar cuti pada Sabtu pertama dan ketiga
Pada masa ini, kerajaan telah mengumumkan hari Sabtu pertama dan ketiga setiap bulan sebagai
cuti umum. Manakala pihak swasta pula , turut memberikan pelepasan kepada para pekerja mereka
pada Sabtu pertama setiap bulan. Seharusnya, ibu dan bapa merebut kesempatan ini untuk
bermesra dengan keluarga sambil merehatkan minda setelah penat bekerja. Setiap ahli keluarga
menghabiskan waktu cuti dengan berkelah atau berekreasi bersama-sama ahli keluarga akan
memberi peluang kepada ahli keluarga untuk berhibur di samping meluangkan masa untuk
mengeratkan hubungan antara mereka. Sekiranya masa yang berkualiti diluangkan untuk bersamasama dengan anak-anak, tidak mustahil kebahagiaan dalam sesebuah keluarga akan dapat
diwujudkan.
4. Memberi Didikan Agama dan Moral
Didikan agama dan moral yang sempurna dalam kalangan generasi muda juga dapat
menyumbang ke arah pembentukan sebuah keluarga yang bahagia. Hal ini disebabkan,pegangan
agama serta nilai moral yang kuat dapat membentuk nilai sahsiah yang tinggi dalam kalangan

generasi muda. Kualiti ini akan melahirkan ibu dan bapa yang bertanggungjawab serta dapat
memikul tugas membangunkan rumah tangga dengan efektif. Golongan yang berpendidikan agama
ini akan mampu mewujudkan persefahaman dan perasaan tolak ansursesama suami isteri.
Kesabaran kerana iman yang tebal juga akan mengelakkan keluarga daripada bercerai-berai
disebabkan alasan yang kadang kala tidak munasabah.
Sebagai ibu dan bapa, kita perlu memberi didikan agama yang kukuh serta menerapkan nilai-nilai
akhlak dan moral dalam kalangan anak-anak. Anak-anak yang sopan akan menghormati orang tua
mereka serta saling bekerjasama sesama adik-beradik. Yang berat sama dipikul, yang ringan sama
dijinjing mestilah dijadikan amalan dalam kehidupan berkeluarga. Peribahasa hati kuman sama
dicecah, hati gajah sama dilapah pula seharusnya menjadi azimat sebagai kunci kebahagiaan
sejati. Maka, jika semangat ini dapat diwujudkan dalam jiwa setiap ahli keluarga oleh ibu bapa,
sudah pasti sebuah keluarga yang mantap dan harmoni akan dapat dilahirkan.
5. Peranan Media Massa menayangkan /paparan program/rencana yang menyemai bibit-bibit
kemesraan
dalam keluarga
Hal ini boleh dilakukan melalui iklan di televisyen dan surat
khabar. Sebagai contoh, terdapat iklan yang menggalakkan ahli keluarga berhubung
melalui telefon bimbit. Terdapat jugaiklan yang mempengaruhi orang ramai
supaya balik ke kampung pada hari-hari perayaan. Oleh itu jelaslah bahawa media
massa memainkan peranan penting untuk merapatkan hubungan kekeluargaan.
Iklan iklan yang dihasilkan oleh Petronas- iklan musim perayaan,
- Kartun Upin Ipin
- Filem Anakku Sazali-kemewahan yang keterlaluan
- Filem Im Not Stupid- kisah kanak-kanak yang kurang pandai tetapi
mempunyai sahsiah mulia
Penutup
Keluarga yang harmoni dan bahagia hanya akan dapat diwujudkan jika setiap individu yang
menganggotainya telah melalui pelbagai proses pemupukan kejiwaan yang berkesan sejak kecil.
Kesediaan setiap anggota untuk bersedia berkorban dan bertolak asur sesama mereka akan
memudahkan proses pemupukan keluarga harmoni dan bahagia ini. Benarlah ungkapanKeluarga
Asas Pembentukan Masyarakat. Nah sudah terang lagi bersuluh betapa pentingnya slogan maju
keluarga, majulah masyarakat kerana pincang keluarga, musnahlah masyarakat.

You might also like