You are on page 1of 13

Soalan 1:Rumusan

(30 markah)

Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang usaha
untuk memupuk perpaduan dalam kalangan pelajar dan cabaran yang dihadapi.
Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Perpaduan negara merujuk kepada satu bentuk penyatuan pelbagai kelompok yang
mempunyai latar belakang sosial, agama, budaya, dan bahasa yang berbeza, di bawah satu
bentuk identiti nasional yang lebih khusus serta dapat diterima oleh majoriti golongan di
negara ini. Memandangkan terdapat perbezaan yang begitu ketara dalam kalangan kaum,
usaha yang lebih positif perlu dilakukan untuk mewujudkan masyarakat yang bekerjasama,
bertolak ansur, tolong menolong dan seterusnya bersatupadu. Sejarah telah
membuktikan, kegagalan mewujudkan perpaduan antara kaum akan membawa kepada isu
perkauman. Jika kita menyingkap kembali dasar pendidikan negara pada zaman
pemerintahan penjajah, memang dapati ada usaha pihak penjajah untuk memecah belahkan
perpaduan kaum di negara ini. Pihak penjajah mewujudkan sistem persekolahan yang
berasingan mengikut kaum sehingga membentuk semangat perkauman yang menebal.
Keadaan ini akhirnya telah membawa kepada meletusnya tragedi 13 Mei 1969.
Menyedari hakikat ini, maka diperkenalkan Penyata Razak 1956 yang bertujuan
menyatukan semua pelajar daripada pelbagai bangsa dengan menggunakan bahasa
kebangsaan sebagai bahasa pengantar. Laporan Rahman Talib 1960 telah mengukuhkan lagi
Penyata Razak melalui sistem persekolahan dan kurikulum sekolah yang sama.
Matlamatnya sama, iaitu memupuk perpaduan agar tragedi 13 Mei 1969 tidak berulang lagi.
Hal ini penting kerana golongan inilah yang akan menjadi penentu hala tuju negara.
Selain itu, perpaduan dapat disemai dalam kalangan pelajar melalui penghayatan dan
rasa bangga menjadi warganegara Malaysia. Perasaan ini dapat dipupuk ketika guru
mengajar mata pelajaran Sejarah atau melalui aktiviti kuiz kenegaraan atau Larian Jalur
Gemilang. Kita juga dapat mengukuhkan perpaduan antara kaum dengan cara memupuk dan
menghayati semangat setia kawan, tolak ansur dan toleransi di sekolah. Keadaan ini dapat
dicapai ketika menyambut perayaan pelbagai kaum di Malaysia dan sekali gus menimbulkan
sentimen perpaduan dan semangat bekerjasama.
Dalam bidang akademik, sentimen perpaduan dapat kita bangkitkan di sekolah dengan
menekankan nilai nilai rohani dan budaya bersama-sama dengan pelbagai kaum. Nilai
nilai ini dapat kita salurkan dalam mata pelajaran Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral.
Dasar penubuhan sekolah wawasan yang menggabungkan ketiga-tiga sekolah rendah iaitu
SRK,SRJK(C) dan SRJK (T) turut menyumbang ke arah perpaduan antara kaum. Selain
berkongsi segala kemudahan, pelajar di sekolah berkenaan akan bergaul ketika bersukan,
makan di kantin atau semasa hari terbuka.
Kegiatan kokurikulum di sekolah juga mampu memupuk perpaduan dalam kalangan
pelajar melalui aktiviti pelbagai kaum seperti keluarga angkat, persatuan dan badan
beruniform. Melalui cara ini, maka perpaduan dan integrasi nasional dapat dicapai dalam
kehidupan masyarakat majmuk di Malaysia dan seterusnya melahirkan masyarakat yang
harmoni dan sejahtera. Kesimpulannya, perpaduan dan integrasi nasional sangat penting
dalam kehidupan masyarakat majmuk di Malaysia. Perpaduan dan integrasi ini akan
melahirkan masyarakat Malaysia yang harmoni, saling bekerjasama dan persefahaman, serta
sentiasa menghayati perjanjian sosial yang telah dipersetujui sejak awal kemerdekaan lagi.
Usaha untuk mengukuhkan lagi perpaduan dan integrasi perlu disahut oleh setiap lapisan
masyarakat.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Memupuk Perpaduan


Dalam Kalangan Pelajar, Dewan Siswa, Mac 2006)

Soalan 2:Pemahaman
(35 markah)
Soalan 2(a): Petikan Umum

Berdasarkan petikan Soalan 1 di atas, jawab soalan soalan yang berikut dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

(i) Apakah yang dimaksudkan dengan rangkai kata penentu hala tuju negara?
(2 markah)

(ii) Nyatakan syor - syor yang dikemukakan dalam Penyata Razak dan Laporan Rahman
Talib serta matlamat syor tersebut.
(3 markah)

(iii) Pada pendapat anda, mengapakah perpaduan itu penting dalam sebuah negara
yang terdiri daripada pelbagai kaum?
(4 markah)

Soalan 2 (b): Petikan Prosa Moden

Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

Jumari Jipan kemudian tunduk meneliti sesuatu yang hampir tertimbus di antara
buyung-buyung lain yang bergolek.Dia mengamat-amati dan berhati-hati.Rinda sudah di
hadapannya,menghidu-hidu sesuatu,menoleh kepada Deliah dan mengiau-ngiau.Jumari
Jipan menyuruh Deliah berundur,mengisyaratkannya supaya diam,sementara dia mencapai
sebatang ranting lalu cuba mencuit-cuit sesuatu benda.
Sekarang ini mereka perlu berhati-hati kerana baik Rejimen Melayu mahupun Serdadu
Jepun masing-masing menanam bom perangkap di tempat-tempat yang tidak diduga.Deliah
cepat mengangkat kucingnya,memeluk erat Rinda yang resah ingin bebas.Jumari Jipan
merasa-rasa benda yang ditemui itu penuh berhati-hati beberapa ketika,kemudian
mengambilnya lebih berhati-hati.Dia membersihkannya,dengan ranting yang
dipatahkan,kemudian mengeluarkan sapu tangan, menggosoknya.
(Dipetik daripada Di Sisi Rinda,Antologi Kerusi)

(i) Mengapakah Jumari Jipan meneliti sesuatu dengan berhati-hati?


(2 markah)

(ii) Pada pendapat anda,bagaimanakah suasana kehidupan penduduk pada zaman


pendudukan Jepun?
(4 markah)

(iii) Nyatakan satu nilai yang terdapat dalam petikan di atas dan dua nilai yang terdapat
dalam prosa moden ini.
(3 markah)

Soalan2(c): Petikan Prosa Tradisional

Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian jawab soalan-soalan berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

Maka difitnahkan oleh segala gundik raja yang lain,dikatakannya berbuat jahat.Maka
Raja Iskandar pun terlalu murka,maka disuruh baginda sulakan di hujung pasar.Maka Sang
Rajuna Tapa pun terlalu amat malunya melihat hal anaknya itu.Maka katanya,Jika sungguh
sekalipun anak hamba berbuat jahat,bunuhlah saja;mengapakah diberinya malu demikian.
Maka Sang Rajuna Tapa pun berkirim surat ke Jawa,demikian bunyinya,Jikalau Betara
Majapahit hendak menyerang Singapura,hendaklah segera datang,kerana hamba ada belot
dari dalam kota.
Setelah Betara Majapahit mendengar bunyi surat bendahari Raja Singapura itu,maka
baginda pun segera menyuruh berlengkap tiga ratus buah jong,lain daripada itu
kelulus,pelang,jongkong,tiada terbilang lagi;ada dua keti rakyat Jawa yang pergi itu.Maka
sekaliannya pun belayarlah.Telah datang ke Singapura,maka peranglah dengan orang
Singapura.

(Dipetik daripada Kezaliman Membawa Padah,Antologi Kerusi)

(i) Apakah isi kandungan surat Sang Rajuna Tapa kepada Betara Majapahit?
(2 markah)

(ii) Pada pendapat anda,apakah kriteria yang padu untuk menjadi seorang pemimpin
yang baik?
(4 markah)

(iii) Apakah yang terjadi dengan Sang Rejuna Tapa di akhir prosa tradisional ini?
(3 markah)

Soalan2(d): Puisi
Baca puisi di bawah kemudian jawab soalan-soalan berikutnya dengan menggunakan ayat
anda sendiri.

DI KOTA KECILKU

Di sini aku pulang


tempat bersekolah dan dibesarkan
lewat padang Speedy
terus ke durian sebatang
semuanya kini terasa kecil
mengimbau rindu
dan kenangan.

Di sini anak belasan tahun


mulai mengenal cinta dan ilmu
pengorbanan ayah dan emak
keakraban teman dan pergelutan
detik itu mengambang bagai mimpi
sewaktu kulewati kota kecilku ini.

Sesaat tiba di muka sekolah


telah lama kutinggalkan
kini sudah berubah
terasa sepi
suara guru yang memberi markah
pada pangkat pertama
buat si anak desa
dan ayahku tak berkata bangga.

Di sinilah anak desa


mengenal dunia
di kota kecilnya
padang Speedy
dan Durian Sebatang
meski berubah pandangan
mengimbau rindu dan kenangan
sayang.

(Dipetik daripada Di Kota Kecilku,Antologi Kerusi


halaman 17)

(i) Terangkan maksud rangkap kedua sajak di atas.


(2 markah)

(ii) Pada pendapat anda,bagaimanakah seseorang itu dapat membalas jasa ibu bapa
mereka?
(4 markah)

(iii) Nyatakan tiga persoalan yang ingin disampaikan oleh penyajak.


(3 markah)

Soalan 3: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

(30 markah)
Jawab semua soalan.

(a) Tulis satu ayat bagi tiap tiap kata di bawah supaya jelas menunjukkan bahawa
anda faham akan perbezaan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh
memberikan imbuhan, menukarkan imbuhan, menjadikannya sebagai nama khas
dan peribahasa.

(i) sama sama bersama - sama


(ii) pandai pandai memandai - mandai
(iii) main main bermain - main
(6 markah)

(b) Tukarkan cakap pindah di bawah kepada cakap ajuk dengan mengekalkan
maksudnya.

Hana bertanya kepada Syiera mengapakah dia tidak lagi balik ke rumah walaupun
sesi persekolahan pada hari ini telah tamat.Syiera memberitahu Hana bahawa
wang yang diberi oleh ayahnya sudah hilang.Hana bertanya lagi kepada Syiera
berapakah jumlah wang yang hilang itu dan apakah kegunaan wang itu.Syiera terus
menjawab soalan Hana bahawa wang yang diberi oleh ayahnya RM300 dan
kegunaan wang itu adalah untuk membayar yuran sekolah yang masih belum
dijelaskan sebelum ini.Hana menasihatkan Syiera supaya melaporkan hal ini
kepada guru bertugas pada esok hari.Syiera bersetuju dengan cadangan Hana dan
mengucapkan terima kasih kepada Hana kerana mencuba membantunya.
(6 markah)

(c) Dalam ayat di bawah terdapat dua kesalahan penggunaan ejaan dan imbuhan.
Kenal pasti kesalahan kesalahan tersebut dan betulkan dengan menulis ayat itu
semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.

(i) Menurut kajian doktor, makanan ringan seperti mee goreng yang mengandung
banyak kapur boleh mendatangkan pelbagai jenis penyakit.
(ii) Sahlin Zulkifli bukan sahaja terkenal sebagai pemain bowling negara, bahkan
beliau turut disanjung kerana kejayaannya harumkan nama negara di persada
antarabangsa.
(iii) Tuan pengetua SMK. Pulau Bum Bum telah mempengerusi mesyuarat pada
pagi ini dan dibantu oleh Encik Jalil sebagai pencatit minit.
(6 markah)

(d) Dalam ayat di bawah terdapat kesalahan penggunaan kata atau istilah atau bahasa.
Kenal pasti kesalahan kesalahan tersebut dan betulkan dengan menulis ayat itu
semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.

(i) Sempena pengisytiharan Hari Kemerdekaan yang ke-49, seluruh rakyat di


negara ini diminta supaya sama sama mempamerkan Jalur Gemilang.
(ii) Boleh dikatakan tahap kehidupan rakyat di negara ini bertambah baik dari masa
ke semasa sebagai akibat hasil keberkesanan jentera pentadbiran kerajaan.
(iii) Kebanyakan pelajar - pelajar yang melawan peraturan sekolah akan dikenakan
tindakan tatatertib iaitu hukuman rotan atau gantung sekolah.
(6 markah)

(e) Baca ayat ayat di bawah dengan teliti dan kemudian nyatakan peribahasa yang
sesuai dengan ayat ayat tersebut.

(i) Ketika Perdana Menteri mengumumkan belanjawan negara bagi tahun 2007,
semua anggota perkhidmatan awam berasa gembira kerana kerajaan bersedia
memberi kenaikan gaji sebanyak 5% dan pemberian bonus sebulan gaji.
(ii) Zuraini dan Mazuin adalah bersahabat baik. Mereka berdua mempunyai
hubungan yang akrab sejak di bangku sekolah lagi. Kini mereka sama sama
melanjutkan pelajaran di Universiti Kebangsaan Malaysia dalam bidang yang
sama iaitu pendidikan. Mereka sering kelihatan bersama sama walau di mana
mereka berada.
(iii) Setelah sekian lama merantau di negeri orang, Encik Taslim sekeluarga
akhirnya kembali ke kampung halamannya di negeri Sabah.
(6 markah)

Soalan 4: Novel

[15 markah]

Jawab kedua dua soalan di bawah ini.Jawapan anda hendaklah berdasarkan satu
daripada novel novel yang berikut.

(i) Konserto Terakhir karya Abdullah Hussain


(ii) Seteguh Karang karya Tuan Faridah Syed Abdullah
(iii) Julia karya Abu Hassan Morad
(iv) Putera Gunung Tahan karya Ishak Haji Muhammad

(a) Biasanya pembaca sesebuah novel hanya memberi tumpuan kepada peranan
watak utama. Pada pendapat anda, mengapakah hal ini demikian? Berikan
pandangan anda dengan merujuk mana mana novel yang telah anda pelajari.
(7 markah)

(b) Huraikan tiga nilai yang terdapat dalam novel yang telah anda pelajari dengan
memberikan contoh peristiwa yang sesuai.
(8 markah)

Skema Jawapan

Pendahuluan:

Petikan membincangkan langkah langkah untuk memupuk perpaduan dalam kalangan pelajar.

Isi Tersurat:

- Menjadikan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar(Penyata Razak 1956)


- Sistem persekolahan dan kurikulum yang sama(Laporan Rahman Talib1960)
- Penghayatan dan rasa bangga menjadi warganegara Malaysia
- Memupuk dan menghayati semangat setia kawan, tolak ansur, toleransi di sekolah
- Penerapan nilai nilai rohani dan budaya pelbagai kaum
- Penubuhan sekolah wawasan yang menggabungkan pelbagai aliran sekolah
- Melibatkan pelajar dengan pelbagai aktiviti kokurikulum.

Isi Tersirat:

- Kurang penghayatan tentang semangat nasionalisme


- Nilai nilai murni dan budaya yang kian terhakis dalam kalangan pelajar
- Penubuhan sekolah wawasan memerlukan kos yang besar
- Semangat perkauman yang menebal
- Masalah bahasa/komunikasi
- Masalah perhubungan/dasar dasar kerajaan tidak sampai ke sasaran.
Penutup:

Perpaduan dalam kalangan pelajar perlu disemai dalam usaha membentuk masyarakat yang harmoni,
bekerjasama, persefahaman dan seterusnya dapat melahirkan bangsa Malaysia yang bersatupadu.

2(a)
(i) - Golongan yang memastikan arah dan masa depan negara pada masa akan datang.

(ii) - Penyata Razak- bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar di semua sekolah

- Penyata Razak- Sistem persekolahan yang sama/Kurikulum sekolah yang sama.


- Matlamatnya iaitu ingin menyatupadukan semua pelajar di Malaysia

(iii)- Negara dapat memberi tumpuan kepada pembangunan sama ada dari segi ekonomi, sosial
mahupun politik

- Dengan adanya perpaduan, rakyat di negara ini hidup dalam suasana aman, damai, tolak
ansur dan seterusnya semangat bekerjasama
- Wujudnya perpaduan kaum, negara bertambah kuat melalui penggemblengan idea dan tenaga
daripada pelbagai kaum,

_____________________End Of Answer______________________

(b)

(i) - Kerana Rejimen Melayu mahupun soldadu Jepun masing masing menanam bom perangkap
di tempat tempat yang tidak diduga.

(ii) - Dalam ketakutan kerana bimbang menjadi sasaran tentera Jepun

- Kegiatan ekonomi menjadi lumpuh,

- Keadaan menjadi huru hara ekoran tindakan tentera Jepun


(iii)- Keberanian:

Jumari Jipan berani ke kawasan bekas khemah tentera rejimen Melayu sedangkan tidak jauh
dari kawasan itu, tentera Jepun membuat khemah.

- Kasih sayang:

Jumari Jipan menyayangi Deliah walaupun bukan anak kandungnya

- Bertanggungjawab:

- Jumari Jipan sanggup menjaga Deliah walaupun usianya telah lanjut.


_____________________End Of Answer______________________

(i) - Jika Betara Majapahit menyerang Singapura, hendaklah datang dengan segera kerana pada
masa ini, Sang Rajuna Tapa sedang membelot kepada negaranya.

(ii) - Adil, jujur, dan amanah dalam menjalankan tugas

- Bertanggungjawab dan berdedikasi terhadap orang bawahan


(iii)- Sang Rajuna Tapa dan isterinya menjadi batu akibat terkena tulah Raja Iskandar Syah.

_____________________End Of Answer______________________

(d)

(i) - Di situ tempatnya anak kecil mulai mengenal cinta, cintakan ilmu, kasih mesra ibu bapa,
komunikasi dengan teman yang akrab, pergelutan hidup mencari kebahagiaan, bagaikan
mimpi melewati kota kecil itu.

(ii) - Kita hendaklah sentiasa mengingati mereka walau di mana kita berada.

- Kita hendaklah sentiasa menghormati mereka sebagai tanda kasih sayang anak kepada kedua
ibu bapa

- Menjaga kebajikan atau memberi bantuan kepada ibubapa

(iii) - Persoalan pengorbanan ibu bapa

- Persoalan guru yang mengajar anak muridnya

- Persoalan rasa cinta dan rindu ke pada kampung halaman walaupun telah
berhijrah.
_____________________End Of Answer______________________

(a)

(i) - Perceraian pasangan itu adalah atas dasar sama sama tidak suka

- Rombongan pengantin lelaki itu akan datang pada sebelah malam bersama sama dengan
keluarga terdekatnya.

(ii) - Seluruh penduduk kampung berasa kagum akan kebolehan anak anak Pak Atan yang
pandai pandai belaka.

- Sikap Encik Ismail yang suka memandai mandai dalam banyak hal menyebabkan beliau
disisihkan oleh rakan - rakannya.

(iii)- Awak jangan main main dengan saya, nanti teruk kamu saya kerjakan,kata Ali kepada
budak nakal itu.

- Pak Abu sedang bermain main dengan cucu cucunya di halaman rumah sambil
diperhatikan oleh anak menantunya.

(b)

Hana : Syiera, kenapa awak tidak balik lagi ke rumah?Bukankah sesi persekolahan
hari ini dah tamat?
Syiera : Wang yang ayah saya beri dah hilang, Hana.

Hana : Berapa jumlahnya? Untuk apa wang itu?

Syiera : RM300. Saya nak bayar yuran sekolah yang masih belum saya jelaskan lagi.

Hana : Saya rasa, baik awak laporkan saja hal ini kepada guru bertugas esok.

Syiera : Betul kata awak. Terima kasih Hana sebab cuba bantu saya.

(c)

(i) mee - mi
mengandung - mengandungi
(ii) bowling - boling

harumkan - mengharumkan

(iii) mempengerusi - mempengerusikan

pencatit - pencatat

(d)

(i) pengisytiharan - sambutan

mempamerkan - mengibarkan

(ii) tahap - taraf

masa - semasa

(iii) pelajar - pelajar - pelajar


melawan - melanggar

(e)

(i) - Durian runtuh


- Bagai dakwat dengan kertas
- Seperti ikan pulang ke lubuk

_____________________End Of Answer______________________

(i) Konserto Terakhir:


(a) - Watak utama memainkan peranan penting dalam sesebuah novel. Dalam novel tersebut di
atas, didapati watak Hilmi banyak memainkan peranan sama ada di peringkat permulaan,
perkembangan, klimaks sehinggalah ke bahagian peleraian.

- Watak utama bersifat baik, terpuji dan selalu bersifat positif jika dibandingkan dengan watak
watak yang lain. Helmi misalnya seorang yang penyayang, sopan santun dan mendengar
nasihat orang tua..

- Watak utama biasanya berjaya menyelesaikan konflik yang dialaminya. Hilmi misalnya berjaya
memajukan diri setelah dinasihati oleh Encik Bakar.
(b) - Nilai kasih sayang:

Hilmi sangat menyayangi Hayati sehingga timbul perasaan cemburu apabila melihat Hayati
berjalan dengan tunangnya Mohsin.

- Perasaan simpati:
Hayati bersimpati dengan nasib Hilmi yang selalu dimarah oleh Datin Salmah serta melarang
Hilmi agar tidak memakan nasi.

- Semangat tolong - menolong:


Nilai ini dapat dilihat pada watak Mamat yang menolong Hilmi dengan cara
memeperkenalkannya kepada Encik Bakar untuk belajar bermain muzik.

(ii) Seteguh Karang:

(a) - Watak utama memainkan peranan penting dalam sesebuah novel. Dalam novel ini misalnya,
peranan watak utama iaitu Awanis ditonjolkan dari awal cerita sehinggahlah ke bahagian
peleraian cerita.

- Watak utama turut digambarkan seorang yang baik, terpuji, bersopan santun. Awanis
misalnya suka membantu pekerja warga Indonesia serta menyayangi adik - beradiknya.
- Watak utama biasanya berjaya menyelesaikan konflik atau masalah yang dihadapi dengan
cemerlang. Awanis selalu bertengkar dengan Encik Johari kerana ingin menegakkan
kebenaran.
(b) - Nilai Kasih Sayang.

Nilai kasih sayang ditunjukkan oleh Awanis yang menyanyangi Anita dan Kak Maisarah.

- Perasaan simpati:
Perasaan simapti ditunjukkan oleh Awanis yang bersimpati dengan pekerja warga Indonesia.
Awanis turut membiayai tiket penerbangan jenazah Budi ke Indonesia.

- Sifat tolong-menolong:
Nilai ini dapat dilihat pada watak Cikgu Rushda yang membenrakan Anita tinggal di rumahnya.

(iii) Julia:

(a) - Watak utama memainkan peranan penting dalam sesebuah novel. Watak Julia misalnya
banyak memainkan peranan sama ada dari, perkembangan, kemuncak mahupun peleraian.

- Watak utama digambarkan seorang yang baik, berbudi bahasa, berbudi pekerti dan
sebagainya. Julia misalnya menginsafi perbuatan masa silamnya serta bertimbang rasa dan
memaafkan Encik Baharom.
- Watak utama biasanya berjaya menangani masalah atau konflik yang dihadapi. Misalnya Julia
berani dan sanggup menentang Syed Mustaffa dan Encik Baharom.
(b) - Nilai kasih sayang:
Julia sangat menyayangi seisi keluarganya seperti menyayangi adik adiknya, abah, mama
dan Jun.

- Insaf:
Julia yang sebelum ini terlalu bebas dan suka berfoya foya kini telah insaf dan sedar atas
kesilapan masa lalu. Julia kini banyak mendekatkan diri dengan hal hal agama.

- Sedia memaafkan:
Dalam hal ini, Julia kita lihat memaafkan Encik Baharom. Setelah memberi amaran agar tidak
melakukan kesilapannya lagi.

(iv) Putera Gunung Tahan:

(a) - Watak utama memainkan peranan penting dalam novel berkenaan.Ratu Bongsu misalnya
diberi peranan utama dalam novel berkenaan. Watak ini sentiasa muncul dalam mana mana
episod.

- Watak utama sering digambarkan seorang yang baik, terpuji dan berakhlak. Ratu Bongsu
misalnya suka mendengar nasihat orang tua, bersimpati dan suka menolong orang.

- Watak utama biasanya berjaya menyelesaikan atau mengatasi konflik yang dihadapi. Ratu
Bongsu mempertahankan puncak Gunung Tahan daripada dijajah.

(b) - Nilai kasih sayang:

Nilai ini dipaparkan dalam watak perempuan tua yang menyayangi anaknya Ratu Bongsu.

- Simpati/belas kasihan:
Nilai ini ditunjukkan pada watak orang Sakai yang menolong perempuan tua kerana bersimpati
terhadapnya.

- Semangat cintakan tanah air:


Nilai ini ditunjukkan oleh Ratu Bongsu dan perempuan tua yang menentang pihak
Inggeris.

You might also like