You are on page 1of 2

Punca berlaku pencemaran alam sekitar

1. pembakaran terbuka

2. asap kilang / kenderaan

3. buang sampah ke dalam sungai / longkang

4. pembuangan sisa toksik daripada kilang

5. tumbuh minyak

6. penebangan hutan yang tidak dirancang

Pencemaran alam sekitar boleh didefinisikan sebagai sesuatu perkara


yang mengotorkan alam sehingga boleh menjejaskan ekosistem di muka
bumi ini. Pada masa ini, isu-isu pencemaran alam sekitar dijadikan buah
mulut kepada semua lapisan masyarakat. Oleh itu, isu-isu pencemaran alam
sekitar seperti pencemaran udara, pencemaran air, pencemaran bunyi dan
sebagainya tidak boleh dipandang ringan oleh semua lapisan masyarakat.
Tepuk dada, tanya selera. Apakah punca-punca berlakunya pencemaran
alam sekitar di Malaysia?

Antara punca boleh kita huraikan sebagai penyebab berlakunya


pencemaran alam sekitar ialah pembakaran secara terbuka. Pembakaran
secara terbuka boleh mengakibatkan pencemaran udara dan memusnahkan
habitat flora dan fauna. Pembakaran secara terbuka jugalah mengakitbatkan
suhu bumi meningkat dan cuaca semakin panas setiap tahun. Pembakaran
secara terbuka yang dijalankan yang akhirnya membawa kepada
pencemaran alam sekitar serta sekali gus turut menjejaskan kehidupan dan
kesihatan manusia tapi pembakaran secara terbuka masih lagi dilakukan
oleh sesetengah pihak walaupun pihak kerajaan telah menguatkuasakan
undang-undang dan peraturan untuk menangani pihak yang membakar
secara terbuka.

Seterusnya, pencemaran alam sekitar di Malaysia juga disebabkan


oleh penggunaan kenderaan bermotor seperti kereta, van, bas, lori, kapal
terbang dan sebagainya. Hal ini berlaku demikian kerana kenderaan
bermotor ini kaan melepaskan asap yang mengandungi bahan kimia yang
akan membahayakan nyawa kita dan juga haiwan-haiwan. Peningkatan taraf
hidup masyarakat terus meningkat pada zaman sekarang maka tahap
pencemaran juga akan turut meningkat berikutan semakin bertambah jumlah
penggunaan bilangan pengguna jalan raya yang selesa menggunakan
kenderaan mereka sendiri untuk bergerak ke destinasi yang ingin dituju
berbanding beramai-ramai menggunakan kenderaan awam yang semestinya
dapat mengurangkan bilangan kenderaan di jalan raya.

Di samping itu, punca-punca berlakunya pencemaran alam sekitar di


Malaysia yang dominan ialah kerana sikap individu dan organisasi yang tidak
bertanggungjawab. Hal ini dikatakan kerana sesetengah daripada individu
tersebut akan sewenang-wenangnya membuang sampah sarap merata-rata
tempat tanpa menghiraukan kawasan persekitaran. Kilang yang menjalankan
operasai pengeluaran yang melibatkan sisa toksik dalam penghasilan
keluaran mereka, pada kebiasaannya kilang itu akan mengambil langkah
mudah apabila membuang sisa toksik tersebut terus ke dalam laut dan
sungai jika kilang itu didirikan berdekatan dengan kawasan tersebut dan
mengakibatkan pencemaran air, kilang juga melepaskan asap tanpa
pemasangan alat penapis udara dan asap-asap tersebut akan menyebabkan
terjadinya pencemaran udara.

Pendek kata, memang terdapat banyak punca berlakunya pencemaran


alam sekitar. Oleh itu, semua lapisan masyarakat haruslah menggembleng
tenaga bagai aur dengan tebing untuk mengatasi masalah ini sehingga ke
akar umbinya supaya pelajar cemerlang, sekolah terbilang dan negara
gemilang akan tercapai. Persis mutiara, sudah terhantuk baru tengadah,
janganlah kita baru memulakan untuk mengambil tindakan untuk mengatasi
masalah apabila pencemaran alam sekitar sudah pada tahap yang paling
membahayakan di negara Malaysia.

You might also like