You are on page 1of 4

KARANGAN ULASAN

KESAN PENCEMARAN SUNGAI

Kualiti Bekalan Air minuman Terancam Industri Pelancongan Terjejas

Kepupusan Hidupan Air

ISI TERSURAT ISI TERSIRAT


Kualiti Bekalan Air minuman Terancam i- mengapa bekalan air minuman terancam ?
Sungai merupakan sumber utama air bersih
untuk kegunaan harian masyarakat Malaysia
termasuklah air minuman.

**kegunaan harian boleh ditukarkan kepada


kegunaan domestik.

ii- bagaimana bekalan air minuman terancam ?


Seandainya sungai dicemari bermakna bekalan
air kita juga dicemari.

iii- apakah kesan bekalan air terancam ?


Hal ini akan menjejaskan kesihatan masyarakat
kita.

Cadangan ulasan isi pertama.

"Pencemaran sungai mengancam kualiti


bekalan air minuman. Sungai merupakan
sumber utama bekalan air bersih untuk
kegunaan domestik. Seandainya sungai
dicemari bermakna bekalan air minuman kita
juga dicemari. Hal ini akan menjejaskan
kesihatan masyarakat kita."
Kepupusan Hidupan Air Isi tersurat kedua.

"Pencemaran sungai mengakibatkan


kepupusan hidupan air"

** hidupan air juga dikenali sebagai hidupan


akuatik. Boleh guna perkataan ini.

Isi tersirat - sila tanya bagaimana dan kesan


kepupusan hidup air.

- sungai merupakan habitan hidupan akuatik.


- pencemaran sungai akan membunuh hidupan
akuatik
- kita akan kehilangan sumber makanan
(sumber protien) seperti ikan, udang, kerang
dan siput.
Industri Pelancongan Terjejas "Pencemaran sungai menjejaskan industri
pelancongan negara."

Isi tersirat

- sungai merupakan tempat perkelahan dan


tempat rekreasi tumpuan pelancong.
- sungai kotor menyebabkan wabak penyakit.
- pelancongan merosot menjejaskan ekonomi
negara.

PUNCA KEMALNGAN JALAN RAYA

1) Kecuaian pemandu
2) Kerosakkan kenderaan
3) Keadaan jalanyara
4) Kelemahan penguatkuasaan

Belakangan ini sering berlaku kemalangan di negara kita. Antara punca utama kemalangan tersebut
adalah disebabkan kecuaian pemandu. Tamsilnya, terdapat pemandu yang memandu kenderaan
sambil menggunakan telefon bimbit. Selain itu, kenderaan yang tidak diselenggara dengan baik akan
menyebabkan berlakunya kerosakan pada kenderaan tersebut.Sebagai contoh, terdapat pemilik
kenderaan yang masih menggunakan tayar yang haus dan tidak menggantikannya dengan tayar yang
baru.Seterusnya, keadaan jalan raya yang tidak diselenggara dengan baik juga menyebabkan
kenderaan tidak dapat dikawal dengan baik hingga menyebabkan kemalangan. Akhir sekali, faktor
kelemahan penguatkuasaan seperti lambat menjejaki mereka yang sering melanggar peraturan
jalan raya menyumbang kepada peningkatan kemalangan di jalan raya.
100 patah perkataan

Cara Penulisan Ulasan(Pemindahan maklumat)

Lihat gambar di bawah ini dengan teliti. Buat ulasan anda berdasarkan gambar tersebut. Panjang
huraian anda hendaklah antara 80 hingga 100 patah perkataan.

5 cara penulisan isi tersirat iaitu:

a)ayat pendahuluan
b)ayat huraian

c)ayat contoh

d)ayat penutup

e)tambahan isi penting berdasarkan kata kunci

SEBAB/KESAN/CARA MENGATASI

Isi tersurat(SU):

a)Pelbagai langkah pencegahan perlu dilakukan untuk menghapuskan kitaran nyamuk aedes.

b)Langkah pertama ialah pencegahan yang bermula dari rumah iaitu periksa persekitaran rumah.

c)pencegahan boleh dilakukan melalui kempen kesedaran yang dianjurkan oleh pihak kerajaan.

Isi tersirat(SI):

a)bertujuan supaya kawasan persekitaran rumah bebas daripada tempat pembiakan nyamuk aedes
seperti menghapuskan takungan air.

b)kempen "Tiada Aedes, Tiada Denggi" berjaya menarik minat masyarakat untuk memastikan
persekitaran rumah bebas daripada nyamuk aedes.

c)Persekitaran rumah juga perlu bersih, bak kata pepatah "mencegah lebih baik daripada merawat

d)semua individu perlulah bekerjasama untuk mencegah pembiakan nyamuk aedes.

Ulasan lengkap:

(SI-Ayat pendahuluan) "Cegah Aedes, Cegah Denggi" merupakan kempen yang dijalankan oleh
kerajaan untuk menyedarkan orang ramai tentang bahayanya nyamuk aedes.(SU-a) Pelbagai langkah
pencegahan perlu dilakukan untuk menghapuskan kitaran nyamuk aedes. (SU-b) Langkah pertama
ialah pencegahan yang bermula dari rumah iaitu periksa persekitaran rumah.(SI-ayat huraian dan
contoh)Hal ini bertujuan supaya kawasan persekitaran rumah bebas daripada tempat pembiakan
nyamuk aedes seperti menghapuskan takungan air .(SI-Isi tambahan-c)Persekitaran rumah juga perlu
bersih, bak kata pepatah "mencegah lebih baik daripada merawat".(SU-c) Selain itu, pencegahan
boleh dilakukan melalui kempen kesedaran yang dianjurkan oleh pihak kerajaan.

(SI-ayat contoh)Antaranya, kempen "Tiada Aedes, Tiada Denggi" berjaya menarik minat masyarakat
untuk memastikan persekitaran rumah bebas daripada nyamuk aedes.(SU-ayat penutup)Oleh itu,
semua individu perlulah bekerjasama untuk mencegah pembiakan nyamuk aedes.

Cheap Offers: http://bit.ly/gadgets_cheap


Kamus Bahasa Melayu

berhempas kesempatan:
berhempas

[ber.hem.pas] | ‫برهمڤس‬

Definisi : bekerja mati-matian; membanting


tulang: Mereka bekerja ~ pulas utk
menyiapkan projek itu. (Kamus Pelajar Edisi
Kedua)
Bertambah matang=kesempurnaan pemikiran

You might also like