You are on page 1of 5

Bahagian A

[10 markah]
[Masa dicadangkan

Berdasarkan maklumat yang disediakan, tulis sebuah karangan pendek yang panjangnya

: 15 minit]

antara 50 hingga 80 patah perkataan.

KEBAIKAN MAKAN BERSAMA KELUARGA

 meningkatkan disiplin dan


adab ketika makan.
 mengeratkan hubungan
kekeluargaan.
 meningkatkan tahap
komunikasi.
 memuji anak-anak.

Kita semua mesti pernah makan bersama-sama dengan ahli keluarga.


Tahukah kamu terdapat banyak kebaikan makan bersama keluarga?
Pertama, makan bersama keluarga boleh meningkatkan disiplin dan
adab ketika makan kerana ahli keluarga kita boleh menasihati kit ajika
kita berlaku biadab ketika makan. Kedua, Ia boleh mengeratkan
hubungan kekeluargaan dan tahap komunikasi kerana kita boleh
berbual-bual dengan ahli keluarga kita ketika makan. Akhir sekali, ibu
bapa boleh memuji anak-anak mereka di meja makan. Ini akan
meningkatkan keyakinan mereka.
Kesimpulannya, kita digalakkan untuk makan bersama dengan ahli
keluarga jika kita mempunyai peluang kerana terdapat banyak
kebaikan jika kita melakukannya.

1
Bahagian A
[10 markah]
[Masa dicadangkan

Berdasarkan maklumat yang disediakan, tulis sebuah karangan pendek yang panjangnya

: 15 minit]

antara 50 hingga 80 patah perkataan.

USAHA PENJIMATAN AIR

 mengadakan kempen
kesedaran.
 memberikan pendidikan
kepenggunaan air.
 kitar semula.

 mengenakan tarif air yang


lebih tinggi.

Air merupakan sesuatu yang penting dalam kehidupan kita. Kita


menggunakannya dalam pelbagai aktiviti seharian kita,
Mula-mula, kita boleh mengadakan kempen kesedaran untuk
menyedarkan masyarakat akan kepentingan penjimatan air.
Seterusya,guru-guru boleh memberikan pendidikan tentang penggunaan
air di sekolah supaya murid-murid dapat tahu cara untuk menjimatkan
air. Akhir sekali, kita boleh mengitar semula air. Sebagai contoh, kita
boleh menakung air hujan untuk menyiram tanaman atau untuk mandi.
Kesimpulannya, kita mestilah berjimat ketika menggunakan air dengan
cermat untuk mengelakkan kekurangan air merupakan harta negara yang
berharga.

2
Bahagian A
: 15 minit]
[10 markah]
[Masa dicadangkan
antara 50 hingga 80 patah perkataan .
Berdasarkan maklumat yang disediakan, tulis sebuah karangan pendek yang panjangnya
USAHA -USAHA MENGATASI KENAIKAN HARGA BARANG

 amalan berjimat cermat


.

 menguatkuasakan
undang-undang.

 kempen kesedaran
pengguna.

 merancang perbelanjaan
keluarga.

Kenaikan harga barang telah menjadi suatu masalah dalam negara kita. Ramai yang
merungut kerana harga barangan yang dulunya rendah menjadi tinggi. Terdapat
pelbagai cara untuk mengatasi masalah ini.
Pertama, kita mestilah mengamalkan berjimat-cermat supaya barangan tidak
cepat habis dijual. Kita tidak perlu membeli barangan yang tidak perlu. Kedua, pihak
berkuasa mestilah menguatkuasakan undag-undang untuk penjuaalan barangan dan
peletakan harga untuk mengelakan peenjual meletakkan harga yang sangat mahal pada
suatu barang. Akhir sekali, kita boleh merancang perbelanjaan keliarga untuk
mengelakkan kita terlebih membeli.

Kesimpulannya, kita mestiah menjadi pengguna dan pembeli yang berhemah


demi mengurangkan masalah ini di negara kita.

3
Bahagian A
[10 markah]
[Masa dicadangkan

Berdasarkan maklumat yang disediakan, tulis sebuah karangan pendek yang panjangnya

: 15 minit ]

antara 50 hingga 80 patah perkataan.

KEPENTINGAN SEMANGAT PATRIOTISME

menanamkan semangat
 cinta akan negara.
 memupuk perpaduan kaum.

 menaikkan imej negara.

 menghargai jasa pemimpin


negara.

Kemerdekaan negara merupakan sesuatu yang patut dibanggai oleh masyarakat.


Kita mestilah bersemangat ketika meraikannya. Terdapat banyak kepentingan
semangat ketika meraikannya.

Pertama, ia akan memupuk semangat perpaduan kaum kerana dengan berasa


semangat, kita akan berganding bahu untuk membentuk negara yang makmur dan
damai. Kedua, ia akan menaikkan imej negara kerana negara kita akan dikenali
dengan negara yang mempunyai semangat patriotisme yang tinggi. Akhir sekali,
kita akan menghargai jasa pemimpin negara. Dengan berasa semangat ketika hari
kemerdekaan negara, kita akan berasa lebih menghargai dan berterima kasih atas
pengorbanan dan jasa peminpin-peminpin negara yang telah banyak berkorban.

4
Bahagian A
[10 markah]
[Masa dicadangkan

Berdasarkan maklumat yang disediakan, tulis sebuah karangan pendek yang panjangnya

Kesimpulannya, sentiasalah berasa semangat ketika meraikan Hari Kemerdekaan


Malaysia untuk lebih memahami dan menghargai akan hari ini.

You might also like