You are on page 1of 2

Hari Kantin Sekolah Saya

Pada hari minggu yang lalu, sekolah saya telah mengadakan Hari
Kantin. Tujuan Hari Kantin diadakan adalah untuk mengumpul duit bagi
membeli komputer baharu dan bahan bacaan perpustakaan. Aktiviti ini
melibatkan semua guru dan murid-murid tahun enam.

Pada pukul 7.30 pagi, kami telah berhimpun di kantin. Guru


Penolong Kanan, Puan Khoo memberikan taklimat ringkas kepada
murid-murid. Kemudian, beliau membahagikan kami kepada beberapa
kumpulan untuk menjalankan tugas.

Kumpulan A menghias gerai-gerai dengan belon dan reben


dengan beraneka warna. Kumpulan B menyusun barang-barang jualan
di setiap gerai dengan kemas. Kumpulan C pula membantu guru
menyediakan kupon untuk dijual kepada para pengunjung. Semua murid
melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan bersungguh-sungguh
bagai aur dengan tebing.

Kira-kira pada pukul 9.00 pagi, pengunjung berpusu-pusu ke


sekolah. Kami melayan para pengunjung dengan mesra dan berbudi
bahasa. Ada murid yang memperkenalkan barang jualan kepada
pengunjung dan ada juga murid yang menarik perhatian pengunjung
dengan promosi "Beli Satu Percuma Satu" dan cabutan bertuah.
Suasana di kantin sekolah meriah sekali.

Pada pukul 1.00 petang. Hari Kantin telah berakhir. kami pun
mengemas barang-barang dan membersihkan kawasan kantin. Hari
Kantin mendapat sambutan yang hangat daripada ibu bapa dan murid-
murid. Semua barang jualan kami telah habis dijual.

Guru Besar sangat berbesar hati kerana Hari Kantin berjalan


dengan lancar. Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua warga
sekolah yang menjayakan aktiviti ini. Kami berasa letih tetapi gembira
kerana boleh menyumbang tenaga kepada pihak sekolah.
Karangan Laporan : Hari Kantin
Pada 3 Februari 2015 yang lepas, SK Kerteh telah mengadakan Hari
Kantin kali ke 20. Hari Kantin tersebut diadakan di kawasan sekolah dan
dirasmikan oleh Pegawai Pelajaran Daerah Kemaman.

Tujuan diadakan Hari Kantin ialah untuk mengumpul dana. Dana yang
dikumpul akan digunakan untuk membaiki kemudahan sekolah seperti
tandas, surau dan kelengkapan sukan. Hari Kantin juga bertujuan untuk
mendidik murid-murid tentang berniaga dengan cara yang betul.

Persiapan telah mula dilakukan beberapa hari sebelum Hari Kantin


diadakan. Guru-guru, murid-murid serta ibu bapa bekerjasama
membantu menghias gerai jualan. Pihak sekolah juga memasang khemah
yang dilengkapi meja dan kerusi.

Aktiviti Hari Kantin dimulakan dengan perasmian pada jam 8:00 pagi.
Selepas tamat upacara perasmian, gerai jualan mula dibuka. Pembeli
boleh membeli dengan menggunakan kupon yang dijual oleh Pihak
Urusetia Hari Kantin.

Terdapat lebih kurang 30 gerai yang dibuka pada Hari Kantin. Pelbagai
jenis makanan, minuman, buku, mainan, alat tulis dan lain-lain. Klinik
Kesihatan, Bomba serta polis turut mengadakan pameran. Aktiviti lain
yang diadakan termasuklah kuiz, pertandingan menyanyi, cabutan
bertuah dan pertunjukan silap mata.

Sambutan yang diterima daripada ibu bapa serta penduduk sekitar amat
memberangsangkan. Mereka mula memenuhi kawasan sekolah seawal jam
8 pagi sehingga tamat Hari Kantin. Kebanyakan gerai berjaya
menghabiskan barangan jualan mereka.

Hari Kantin tamat pada jam 12:30 tengahari. Sebelum bersurai murid-
murid dan guru-guru serta ibu bapa bergotong royong membersihkan
kawasan sekolah.

You might also like