You are on page 1of 1

Laporan Lawatan ke Kuala Lumpur Pada cuti penggal yang lalu, sekolah kami telah mengadakan lawatan sambil

belajar ke Kuala Lumpur. Seramai 35 orang pelajar dan 5 orang guru pengiring mengikuti lawatan tersebut. Tempat pertama yang kami lawati ialah Muzium Negara. Di sana, terdapat banyak bahan bersejarah. Antara bahan tersebut ialah keris,tombak, pinggan-mangkuk dan lain-lain lagi Selepas itu, kami mengunjungi Petrosains. Di sini terdapat banyak galeri sains yang menarik. Antara yang menarik ialah simulasi menaiki helikopter. Selain itu, kami juga melawat Zoo Negara. Terdapat banyak haiwan dari luar negara seperti kuda belang, singa dan unta. Haiwan dari dalam negara pula adalah seperti harimau belang, rusa dan orang utan. Selepas ke zoo, kami singgah sebentar ke Tugu Negara. Di sini terdapat arca askar yang memegang bendera. Ia dibina untuk mengenang jasa perajurit yang mempertahankan negara. Lawatan ini telah memberi banyak pengetahuan dan pengalaman kepada kami. Pengetahuan ini amat bermakna bagi kami. Disediakan oleh, 30 Mei 2002 Nurul Wahyu (NURUL WAHYU BINTI MOHD YUNUS) Setiausaha,

You might also like