You are on page 1of 1

BAHAGIAN A- Membina lima ayat berdasarkan gambar.

Gambar menunjukkan suasana hari perkahwinan.


Bina lima ayat lengkap berdasarkan gambar tersebut.

Idea-idea utama:
1. mengambil makanan
2. menyambut tetamu
3. mengambil/menangkap gambar
4. bersilat
5. bersanding
Ayat lengkap:
1. Encik Razak mengambil makanan yang telah dihidang oleh tuan rumah majlis
perkahwinan itu.
2. Puan Rositah menyambut kedatangan Puan Selvi ke majlis perkahwinan anak
perempuannya itu.
3. Encik Lim hadir ke majlis itu bersama isterinya, Puan Lee dan anak lelakinya yang
bongsu.
4. Dua orang jurugambar sedang memfokus kamera untuk merakamkan kenangan
majlis persandingan itu.
5. Seorang jejaka mempersembahkan seni silat manakala sepasang pengantin baharu
duduk di atas pelamin

You might also like