You are on page 1of 1

Keluarga saya

Keluarga saya tinggal di Taman Kota, Seremban. Rumah saya sebuah rumah teres. Keluarga saya
mempunyai lima orang iaitu bapa, ibu, seorang kakak , seorang abang dan saya. Saya merupakan anak
bongsu dalam keluarga saya.

Bapa saya seorang pekebun. Dia mempunyai sebidang kebun. Setiap hari , dia berbasikal ke
kebun untuk bekerja. Dia rajin bekerja untuk menyara hidup kami sekeluarga. Bapa saya seorang yang
bertanggungjawab dan baik hati.

Ibu saya seorang suri rumah tangga. Dia berumur 38 tahun. Awal-awal pagi, ibu saya telah
bangun. Dia akan menyediakan sarapan untuk kami sekeluarga. Selain itu, ibu saya rajin membuat kerja
rumah. Ibu saya seorang yang rajin dan penyayang.

Adik-beradik saya belajar di Sekolah Kebangsaan St. Paul. Kami berbasikal ke sekolah setiap hari.
Kami rajin belajar. Setiap petang , kami suka berbasikal di taman bunga bersama kawan baik kami.

Saya berasa bertuah kerana saya mempunyai keluarga yang begitu baik dan bahagia. Saya akan
menyayangi keluarga saya selama-lamanya.

Keluarga saya
Tiap-tiap orang mempunyai keluarga masing-masing. Saya pun begitu juga. Keluarga saya terdiri
daripada enam orang. Mereka ialah ayah, ibu dan empat orang adik-beradik saya.

Ayah saya ialah seorang guru dan mengajar di sebuah sekolah di Seremban. Badan ayah kurus tetapi
sihat dan kuat. Kami sangat hormat kepada ayah kerana dia selalu menasihati supaya rajin belajar agar
besar nanti menjadi anak yang berguna.

Ibu berbadan gemuk. Ibu saya ialah suri rumahtangga. Dia sentiasa sibuk dengan kerja-kerja rumah
dan menjaga adik-adik saya. Pagi-pagi lagi, ibu sudah bangun untuk menyediakan sarapan kami.

Di antara adik perempuan saya, tiga orang telah bersekolah dan seorang masih kecil lagi. Tiap-tiap
pagi,kami pergi sekolah dengan menaiki kereta ayah dan petangnya ayah akan mengambil kami pulang
dari sekolah.

Pada hari cuti, ayah selalu membawa kami pergi makan angin di luar bandar.Walaupun ahli keluarga
kami ramai, kami sentiasa gembira dan hidup dalam keadaan aman dan bahagia.

You might also like