You are on page 1of 4

Contoh jawapan Bahagian A (thn 6)

(hospital)

1. Azli menerima rawatan di hospital kerana menghidapi penyakit.

2. Ahli keluarga Azli datang menziarahinya dengan membawa sebungkus buah-buahan sebagai buah tangan.

3. Doktor sedang memeriksa badan Azli dengna menggunakan stetoskop.

4. Ibu dan adik-adik Azli berdiri di sisinya sambil memerhatikan pemeriksaan yang dijalankan oleh doktor.

5. Jururawat yang bertugas sedang memberi penerangan kepada bapa Azli yang menanyakan keadaan terkini
anaknya.

(perayaan )

1.Pelbagai jenis perayaan akan disambut oleh rakyat Malaysia pada setiap tahun disebabkan Negara ini terdiri
daripada masyarakat yang berbilang kaum dan agama.

2.Hari perayaan yang disambut oleh masyarakat kaum India ialah Hari Deepavali.

3. Tahun Baru Cina pula disambut oleh kaum Cina yang diserikan dengan persembahan tarian singa.

4. Kaum Melayu akan kunjung-mengunjung pada Hari Raya Aidilfitri.

5. Penganut Kristian dalam Negara akan menyambut Hari Natal pada 25 Disember.

(conteng dinding)

1. Roslan yang nakal suka meconteng dinding bangunan sekolahnya.

2. Pada suatu hari, perbuatannya telah dinampak oleh seorang pengawas sekolah.

3. Pengawas itu melaporkan perkara itu kepada guru disiplin dengan segera.

4. Guru disiplin memarahi Roslan atas perbuatannya yang tidak menghargai kemudahan awam.

5. Roslan berasa amat kesal terhadap perbuatannya yang tidak bertanggungjawab.

(pejabat pos)

1. Tiga orang pekerja pejabat pos sedang memberikan perkhidmatan kepada pelanggan di kaunter dengan mesra.

2. Di luar kaunter nombor tiga disediakan satu penimbang untuk memudahkan pelanggan menimbang bungkusan
yang ingin dikirim.

3. Seorang lelaki melekatkan setem pada sampul surat yang ingin dikirim.

4. Pelanggan yang belum sampai giliran duduk di tempat yang disediakan di dalam pejabat pos dengan sabarnya.

5. Pelanggan menyediakan dokumen yang secukupnya untuk urusan perkhidmatan tertentu.

(kantin)

1. Pada waktu rehat, murid-murid pergi ke kantin untuk membeli makanan.

2. Murid-murid boleh membeli pelbagai jenis makanan seperti mi sup, nasi goring , roti, kuih-muih, dan sebagainya
untuk mengisi perut.
3. Sesetengah murid mengikut peraturan di kantin, iaitu beratur semasa membeli makanan tetapi terdapat juga
tiga orang murid yang tidak mengikut peraturan ini.

4. Tiga orang murid lelaki yang berebut-rebut untuk membeli makanan telah ditegur oleh pekerja kantin.

5. Seorang murid perempuan yang terjatuh telah dibantu oleh dua orang pengawas yang sedang bertugas.

(melawat rumah warga tua)

1. Jasmin telah melawat ke rumah warga tua bersama Adam dan Samsul.

2. Mereka juga membawa barang-barang keperluan seperti pakaian, makanan, dan sebagainya ke sana.

3. Mereka menghadiahkan barang-barang yang disediakan kepada setiap warga tua yang tinggal di sana.

4. Warga tua berasa gembira dan amat menghargai barang-barang yang dihadiahi oleh mereka.

5. Selepas itu, mereka bekerjasama mengemaskan bilik tidur warga tua supaya kelihatan kemas dan selesa.

(pengakap)

1. Ahli Pasukan Pengakap Sekolah Kebangsaan Taman Setia telah mengadakan perkhemahan di kawasan hutan.

2.Tapak perkhemahan mereka berhampiran dengan sebatang sungai.

3. Nazli sedang mencedok air sungai dengan sebuah baldi.

4. Carol dan Jess pula sedang menyediakan makanan dan minuman untuk ahli-ahli perkhemahan.

5. Kerja-kerja memasang khemah disiapkan oleh Farid, Mutu dan Nicholas secara bekerjasama.

(bas)

1. Bas ini dipenuhi penumpang sehingga sesetengah penumpang terpaksa berdiri kerana tidak ada kekosongan
tempat duduk.

2. Seorang penumpang lelaki mengisi masa yang terluang dengan membaca senaskhah surat khabar.

3. Seorang wanita yang mengandung tidak diberi keutamaan untuk duduk oleh penumpang di dalam bas ini.

4. Penumpang golongan muda di dalam bas ini boleh dikatakan tidak bertimbang rasa kerana tidak mengambil
berat terhadap golongan yang perlu dilayan khas kecuali seorang budak lelaki.

5. Budak lelaki yang bersikap prihatin dan baik hati itu telah memberikan tempat duduk kepada seorang warga
tua.

(kitar semula)

1. Tong-tong kitar semula disediakan untuk mengumpul barang-barang yang boleh dikitar semula.

2. Terdapat tiga jenis warna tong kitar semula yang mempunyai peranan yang berbeza.

3. Tong warna biru digunakan untuk menyimpan kertas seperti surat khabar.

4. Tong warna coklat pula digunakan untuk menyimpan barang-barang yang diperbuat daripada kaca seperti botol
dan sebagainya.

5. Tong warna jingga berperanan untuk menyimpan barang-barang yang diperbuat daripada tin aluminium dan
plastik seperti tin dan botol air minuman.
(kelas)

1. Suasana kelas ini riuh-rendah apabila guru tidak menghadiri kelas.

2. Beberapa orang murid lelaki bermain dan berkejar-kejaran di dalam kelas.

3. Meja-meja dalam kelas tidak teratur dan kertas-kertas bertaburan di atas lantai.

4. Ketua kelas menyampaikan pesanan kepada murid-murid yang membuat bising di papan hitam.

5. Murid-murid perempuan dalam kelas ini mengulang kaji pelajaran tanpa mensia-siakan masa dalam perkara

yang tidak berfaedah seperti murid lelaki.

(Pelan)

1. Sepasukan ahli pengakap telah menyertai perkhemahan yang dianjurkan oleh Pasukan Pengakap sekolah di

kawasan hutan.

2. Mereka telah mendirikan khemah di kawasan yang berhampiran dengan sebatang anak sungai.

3. Suatu aktiviti yang mencabar dan menyeronokkan telah diadakan semasa perkhemahan, iaitu pertandingan

mencari harta karun.

4. Tapak perkhemahan pengakap ditetapkan sebagai tempat permulaan bagi aktiviti mencari harta karun.

5. Peserta pertandingan perlu menyeberangi sebuah bukit untuk mendapatkan harta karun.

(kemalangan)

1. Suatu kemalangan yang melibatkan sebuah kereta dengan sebuah motosikal telah berlaku di Jalan Cheras.

2. Hujan turun renyai-renyai ketika kemalangan jalan raya ini berlaku.

3. Penunggang motosikal terlantar di atas jalan raya dan berkemungkinan mengalami kecederaan yang serius.

4. Motosikal yang ditunggang oleh mangsa kemalangan ini mengalami kerosakan yang teruk.

5. Pasukan Bomba dan Penyelamat serta ambulans bergegas ke tempat kejadian untuk membantu mangsa yang

mengalami kecederaan.

(carta)

1. Berdasarkan carta ini, didapati badminton merupakan aktiviti riadah yang paling digemari murid-murid Tahun
Enam Sekolah Kebangsaan Taman Jaya.

2. Bola keranjang juga diminati ramai, iaitu sebanyak 10 peratus murid-murid yang melakukan aktiviti ini pada
waktu lapang.

3. Diikuti ialah permainan bola sepak yang terdapat 18 peratus murid suka menjalankan aktiviti ini.

4. Aktiviti berbasikal yang dapat melapangkan hati dan menikmati keindahan kawasan sekitar turut digemari
murid-murid sebangyak 16 peratus.

5. 13 peratus murid pula suka menjalankan aktiviti berjoging yang dapat menyihatkan badan.
(masakan)

1. Untuk membuat pisang goreng, terlebih dahulu sediakan bahan-bahan yang diperlukan seperti pisang, tepung ,

beras, garam, minyak masakan dan air.

2. Mula-mulanya, campurkan tepung beras dengan air dan garam mengikut sukatan yang sesuai dan digaul

sehingga sebati.

3. Kemudian pisang dikupas kulit dan dipotong dua.

4. Celupkan pisang ke dalam adunan tepung.

5. Goreng pisang dengan minyak panas sehingga keemasan.

(pelan)

1. Kebanaykan penduduk Kampung Sentosa menceburkan diri dalam bidang pertanian.

2. Tanaman yang diusaha oleh penduduk Kampung Sentosa termasuk padi, getah, dan kepala sawit.

3. Kemudahan sosial yang telah disediakan di Kampung Sentosa merangkumi sekolah, pejabat pos, masjid, rumah

kedai dan pasar.

4. Rumah Abu bersebelahan dengan sebuah masjid.

5. Sederet rumah kedai didirikan di kawasan yang bertentangan dengan rumah Abu.

(katak)

1. Seekor katak betina dewasa yang matang akan bertelur di dalam air.

2. Telur itu akan menetas menjadi berudu yang mempunyai ekor yang panjang.

3. Berudu semakin membesar dan kaki belakangnya mulai tumbuh.

4. Kaki berudu mulai tumbuh manakala ekor berudu semakin memendek.

5. Anak katak yang mempunyai dua pasang kaki akan meninggalkan air untuk hidup di darat.

You might also like