You are on page 1of 11

SULIT

Nama Pelajar : ………………………………………………. Tahun : …………………

BAHASA MELAYU
TAHUN 4
PENTAKSIRAN SUMATIF AKHIR 2022/2023
TAHUN 4
BAHASA MELAYU
(BM)

DIS/JAN
1 jam 15 minit
Satu jam lima belas minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas peperiksaan ini mengandungi 4 bahagian iaitu Bahagian A, Bahagian


B, Bahagian C dan Bahagian D.

2. Jawab semua soalan.

3. Jika kamu hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat.
Kemudian, hitamkan jawapan yang baru.

4. Rajah yang mengiringi soalan tidak dilukis mengikut skala kecuali dinyatakan.

5. Tulis jawapan dengan jelas dan jangan tinggalkan kosong pada ruangan
jawapan.
BAHAGIAN SOALAN MARKAH

A Soalan 1-10 /10

B Soalan 1 /5

Soalan 2 /5

C Soalan 4 /10

D Soalan 5 /20

JUMLAH /50

Kertas soalan ini mengandungi 12 halaman bercetak

Halaman 1 [ lihat halaman sebelah…]


Bahagian A
Tatabasaha
[ 10 markah ]

Arahan : Bahagian ini mempunyai 5 soalan. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat
pilihan jawapan iaitu A, B, dan C. Pilih jawapan yang paling tepat bagi setiap
soalan.

1. Nazeera dan keluarganya akan bercuti ke ________________ pada cuti


sekolah yang akan datang.
A Hospital Klang
B Pulau Tioman
C Balai Polis Johor Bahru
D SJK(C) Sentosa

2. Wang Xiang berjalan dengan ______________ kerana kakinya sakit.


A pantas
B lembut
C perlahan
D tenang

3. Pihak polis telah berjaya memberkas ______________ pencuri selepas


mendapat maklumat daripada orang ramai.
A tiga
B bertiga
C ketiga
D ketiga-tiga

Halaman 2 [ lihat halaman sebelah…]


Soalan 4 berdasarkan gambar di bawah.

4. Pak Ahmad _______________ selepas menebas rumput di belakang


rumahnya.
A rehat
B berehat
C direhatkan
D merehat

5. Pilih ayat tanya yang sesuai bagi jawapan yang diberikan.


Kakak akan tiba di Kuala Lumpur pada jam 9.00 pagi.
A Bilakah kakak akan tiba di Kuala Lumpur?
B Apakah kakak akan tiba di Kuala Lumpur?
C Di manakah kakak akan tiba?
D Mengapakah kakak akan pergi ke Kuala Lumpur?

6. Pilih ayat yang betul.


A Tolong buang sampah ini dari dalam tong sampah itu.
B Tolong buang sampah ini daripada dalam tong sampah itu.
C Tolong buang sampah ini kepada dalam tong sampah itu.
D Tolong buang sampah ini ke dalam tong sampah itu.

Soalan 7 hingga 10

Halaman 3 [ lihat halaman sebelah…]


Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Bilik darjah ialah tempat murid-murid belajar. Di dalam bilik darjah terdapat
pelbagai peralatan seperti meja, kerusi, almari, papan tulis, dan lain-lain. Bilik
darjah perlulah sentiasa bersih agar murid-murid berasa selesa untuk belajar.
Kebersihan bilik darjah amat penting kepada murid-murid. Lantai, tingkap,
meja, dan kerusi perlulah bersih daripada habuk dan kotoran. Jika keadaan
bilik darjah tidak bersih, murid-murid tidak dapat menumpukan perhatian
terhadap pelajaran.
Selain itu, bilik darjah yang kotor akan mengundang penyakit. Murid
mudah mendapat penyakit seperti batuk, selesema, sakit tekak, dan
kegatalan kulit. Masalah ini akan menjejaskan pencapaian murid dalam
pelajaran.
Oleh sebab itu, murid-murid perlulah sentiasa menjaga kebersihan bilik
darjah. Mereka perlu melakukan kerja seperti menyapu sampah, mengelap
tingkap dan meja, serta membersihkan papan tulis agar bilik sentiasa bersih.

7. Bilik darjah ialah tempat murid-murid _______________.


A bermain
B belajar
C bertengkar
D bersukan

8. Mengapakah bilik darjah perlu sentiasa bersih?


A Kerana dapat mengulangkaji pelajaran.
B supaya murid-murid boleh berseronok.
C Agar murid-murid berasa selesa untuk belajar.
D Agar guru-guru berasa gembira.

9. Apakah yang akan berlaku jika keadaan bilik darjah tidak bersih?

Halaman 4 [ lihat halaman sebelah…]


A Murid-murid tidak berasa seronok berada di dalam bilik darjah.
B Murid-murid akan cepat bosan dan mengantuk.
C Murid-murid tidak dapat bermain dengan selesa.
D Murid-murid tidak dapat menumpukan perhatian terhadap
pelajaran.

10. Perkataan menjejaskan dalam petikan bermaksud


A meninggalkan
B merosakkan
C mengganggu
D menjauhkan

Bahagian B

Halaman 5 [ lihat halaman sebelah…]


Pemahaman Petikan
[ 10 markah ]

Arahan : Bahagian B terbahagi kepada 2 soalan. Jawab semua soalan di


ruangan yang disediakan.

Soalan 1
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Perayaan Dongzhi kebiasaannya pada 22 Disember setiap tahun.


Masyarakat Cina di Malaysia menyediakan juadah tang yuan bagi
menyambut perayaan ini.
Tang yuan ialah sejenis makanan tradisional Cina yang diperbuat
daripada tepung pulut. Tepung pulut ini dicampur dengan sedikit air untuk
membentuk bebola, kemudian dimasak dalam air yang mendidih. Bebola
yang terkumpul dalam mangkuk melambangkan kebersamaan keluarga.
Maka, berkumpul bersama keluarga semasa sambutan Perayaan
Dongzhi juga merupakan tradisi bagi masyarakat Cina selain daripada
sambutan Tahun Baharu Cina.
Masyarakat Cina percaya usia akan meningkat satu tahun selepas
sambutan itu dan ini disebut sebagai tiansui yang bermaksud meningkat
usia. Mereka seharusnya menjadi lebih baik sejajar dengan peningkatan
usia.

1. Perayaan Dong Zhi disambut pada 22 Disember

[ 1 markah ]

2. Bagaimanakah cara membuat tang yuan?


cara membuat tang yuan ialah tepung pulut dicampur dengan sedikit air
untuk membentuk bebola kemudian dimasak dalam air yang mendidih.
[ 2 markah ]

3. Tandakan ( / ) pada pernyataan yang betul tentang perayaan Dong Zhi.

Halaman 6 [ lihat halaman sebelah…]


Pernyataan Jawapan
Juadah istimewa ialah tang yuan. /
Disambut bersama keluarga. /
Usia akan meningkat dua tahun selepas menyambut
perayaan ini.

[ 2 markah ]

Soalan 2

Halaman 7 [ lihat halaman sebelah…]


Baca dan fahami situasi di bawah.
Kemudian, berikan pendapat kamu berdasarkan situasi tersebut.
Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 30 patah
perkataan.

Adik kamu telah menghilangkan jam tangan pintar kesayangan kamu. Jam
itu ialah hadiah daripada ayah sempena hari lahir kamu. Sebagai seorang
abang, apakah tindakan kamu?

Saya tidak akan memarahi adik saya. Saya akan menasihatinya supaya
menjaga barang dan harta orang lain dengan baik. Saya juga akan cuba
mencari jam itu di sekitar rumah___________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
[ 5 markah ]

Bahagian C
Penulisan Perenggan

Halaman 8 [ lihat halaman sebelah…]


[ 10 markah ]

Arahan : Bahagian C merupakan soalan penulisan perenggan. Jawapan


hendaklah ditulis di ruangan yang disediakan.

Grafik di bawah menunjukkan suasana gotong-royong di sekolah. Tuliskan


pendapat kamu mengenai aktiviti-aktiviti yang boleh dijalankan untuk
menjaga kebersihan dan keceriaan sekolahsekolah.
Jawapan hendaklah ditulis dalam satu perenggan.
Panjang jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 50 patah perkataan.

Antara aktiviti yang boleh dijalankan untuk menjaga kebersihan dan


keceriaan sekolah ialah aktiviti kitar semula barang terpakai. Barang terpakai
seperti kertas, kotak, botol plastik boleh dimasukkan ke tong kitar semula yang
disediakan di sekolah untuk dikitar semula. Selain itu, boleh juga mengadakan
aktiviti mengecat semula bangunan supaya menjadi cantik. Seterusnya boleh
juga mewujudkan taman bunga mini dan kolam untuk menghidupkan
suasana sekolah yang ceria.
[ 10 markah ]

Halaman 9 [ lihat halaman sebelah…]


Bahagian D
Penulisan Karangan
[ 20 markah ]

Arahan : Bahagian D merupakan soalan penulisan karangan. Jawapan


hendaklah ditulis di ruangan yang disediakan.

Teliti bahan grafik di bawah. Kemudian tulis sebuah karangan tidak berformat
mengenai cara menjimatkan perbelanjaan. Panjang karangan kamu
hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan.

kongsi
kenderaan

membawa
Cara
bekalan menanam
Menjimatkan
makanan sayur sendiri
Perbelanjaan
sendiri

guna barang
terpakai

Halaman 10 [ lihat halaman sebelah…]


Kita hendaklah berjimat cermat dalam perbelanjaan. Terdapat pelbagai cara
dapat kita lakukan untuk menjimatkan perbelanjaan.

Kita boleh membawa bekalan makanan dan minuman sendiri ke


sekolah. Kita tidak perlu berbelanja di kantin. Oleh itu wang saku dapat
dijimatkan.

Selain itu, kitab oleh berkongsi kenderaan untuk menjimatkan


perbelanjaan. Kita boleh berkongsi kenderaan dengan jiran untuk pergi atau
pulang dari sekolah. Dengan cara ini, ibu kita dapat menjimatkan wang,
masa dan tenaga.

Seterusya, kita juga boleh menanam sayur sendiri seperti sawi, tomato
kacang Panjang dan sebagainya. Oleh itu, kita tidak perlu ke pasar untuk
membeli sayur dan dapat menjimatkan perbelanjaan.

Di samping itu, kitab oleh guna semula barangan terpakai seperti kain
lama. Jadi, kita tidak perlu membazirkan wang untuk membeli barang baharu.

Melalui amalan berjimat cermat, kita dapat membantu meringnkan


beban keluarga. Oleh itu, marilah kita berjimat cermat.

[ 20 markah ]

------------------------------------ KERTAS SOALAN TAMAT -----------------------------------


~ SELAMAT MENJAWAB ~

Halaman 11 [ lihat halaman sebelah…]

You might also like