You are on page 1of 19

UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK (UASA) 2022

(TAHUN 6)

BAHASA MELAYU – PEMAHAMAN DAN PENULISAN (Set 2)

1¼ jam Satu jam lima belas minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI Untuk Kegunaan Pemeriksa

SEHINGGA DIBERITAHU
Nama Pemeriksa:

1. Kertas soalan ini mengandungi empat bahagian BAHAGIAN Markah Markah

utama: Bahagian A, Bahagian B, Bahagian C Nombor Soalan Penuh Diperoleh
dan Bahagian D. 1, 2, 3 3
2. Kamu dikehendaki menjawab semua soalan yang A 4, 5, 6 3
disediakan dalam keempat-empat bahagian ini.
7, 8, 9, 10 4
3. Bagi soalan objektif, setiap soalan diikuti oleh
empat pilihan jawaban, iaitu: A, B, C, D. Pilih 11 1
satu jawapan sahaja. Hitamkan petak jawapan
kamu pada kertas soalan tersebut. 12 2
B
4. Bagi soalan subjektif pula, jawab semua soalan
13, 14 2
dalam ruang jawapan yang telah disediakan. 15 5
5. Serahkan kertas ujian yang sudah kamu tanda
C 16 10
dan jawab itu kepada guru yang bertugas pada
akhir ujian tersebut. D 17 20

JUMLAH 50

Kertas peperiksaan ini mengandungi 13 halaman bercetak

SULIT 2

BAHAGIAN A (10 Soalan) 10 Markah

Soalan 1 hingga 3

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

Muka Encik Fuad merah padam apabila para pegawai dari Badan Pencegah Rasuah datang
menangkapnya kerana rahsianya memberi rasuah bernilai jutaan ringgit telah terbongkar.

1 Peribahasa yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah

A makan hati
B makan suap
C makan angin
D makan garam

2 Pilih ayat yang betul.

I Maisarah bukan biasa melakukan kerja-kerja berat.
II Lelaki itu tidak pakcik saya yang tinggal di Sabah.
III Beliau bukan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Sari Utama.
IV Informasi yang diterima oleh kami adalah tidak benar.

A I dan III
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV

3 Kursus ________________itu dijalankan untuk melahirkan para belia yang berminat untuk
menjalankan perniagaan di dalam talian.
A berusaha
B usahawan
C perusahawaan
D keusahawanan

Cgu Hana © Modul Kertas [Lihat halaman sebelah

Peperiksaan Akhir Tahun 2022
SULIT 3

Soalan 4 hingga 6

Baca petikan di bawah. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Bunga raya ialah bunga kebangsaan Malaysia. Pada tahun 1958, Kementerian Pertanian telah
mencadangkan tujuh jenis bunga untuk dipilih sebagai Bunga Kebangsaan Persekutuan Tanah
Melayu iaitu bunga kenanga, bunga raya, bunga melur, bunga teratai, bunga mawar, bunga
cempaka dan bunga tanjung.  Bunga raya atau Hibiscus Rosa telah dipilih sebagai Bunga
Kebangsaan Malaysia pada 28 Julai 1960 oleh Perdana Menteri ketika itu, Al-Marhum Tunku
Abdul Rahman Putra Al-Haj. 

Pemilihan tersebut adalah berdasarkan kepada keunikan bunganya yang merah dimana
ia melambangkan keteguhan politik dan ekonomi serta sifat keberanian menempuh
cabaran. Bentuk lima kelopak yang terdapat pada bunga raya memberi maksud lima prinsip
Rukun Negara. Bunga yang juga dikenali sebagai "Queen Tropical Flowers" ini adalah bunga
yang tergolong daripada keluarga Malvaceae yang mempunyai 300 spesis
tumbuhan. Kepelbagaian bunga raya dari segi warna, bentuk dan ukuran menjadi lambang
pelbagai bangsa, agama dan kebudayaan yang hidup harmoni di negara tercinta ini.

4 Berikut ialah antara bunga yang dipilih untuk menjadi bunga kebangsaan kecuali

A orkid
B melur
C tanjung
D kenanga

Cgu Hana © Modul Kertas [Lihat halaman sebelah

Peperiksaan Akhir Tahun 2022
SULIT 4

5 Lima kelopak yang terdapat pada bunga raya melambangkan

_________________________.

A lima agama utama negara

B lima prinsip Rukun Negara
C lima bahasa utama di Malaysia
D lima bangsa yang terdapat di Malaysia

6 Pemilihan bunga raya berwarna merah adalah kerana ia melambangkan _______________.

A kecantikan bunga raya yang mempunyai 300 spesis

B keteguhan politik, ekonomi dan keberanian menempuh cabaran
C kemerdekaan negara dicapai tanpa melibatkan pertumpahan darah
D keunikan bunga raya hingga dikenali sebagai "Queen Tropical Flowers"

Cgu Hana © Modul Kertas [Lihat halaman sebelah

Peperiksaan Akhir Tahun 2022
SULIT 5

Soalan 7 hingga 10

Baca maklumat poster dan cerita di bawah dengan teliti.

Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikut.

Pada musim cuti sekolah yang lalu, saya dan keluarga telah melawat sebuah pameran buku di
Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS). Kami sampai di sana seawal jam 10.00 pagi.
Keadaan disana sungguh riuh-rendah. Pelbagai jenis buku dipamerkan. Antaranya ialah buku
cerita, buku akademik dan majalah. Saya membaca sinopsis buku yang dipilih sebelum
membeli. Kebanyakan buku-buku yang saya pilih menawarkan diskaun sehingga 80%. Banyak
syarikat penerbitan buku menawarkan buku-buku mereka dengan harga runtuh untuk menarik
kehadiran para pelawat. Saya sendiri menjadi rambang mata kerana pilihan buku yang sangat
banyak.

  Selain itu, pelbagai pertandingan juga diadakan di pameran itu. Antaranya ialah
pertandingan cabutan bertuah, pertandingan berpidato dan pertandingan bercerita. Saya
menyertai pertandingan cabutan bertuah. Tanpa disangka, saya memenangi pertandingan itu dan
mendapat sebuah hamper serta wang tunai berjumlah RM300. Kami sekeluarga berasa sungguh
gembira. Pada jam 4 petang, kami bergerak untuk pulang ke rumah. Saya berasa berat hati untuk
meninggalkan pameran buku ini tetapi pada masa yang sama berasa gembira kerana dapat
membeli banyak buku. Saya berharap banyak lagi pameran buku seperti ini diadakan pada masa
akan datang untuk saya kunjungi.

Cgu Hana © Modul Kertas [Lihat halaman sebelah

Peperiksaan Akhir Tahun 2022
SULIT 6

Cgu Hana © Modul Kertas [Lihat halaman sebelah

Peperiksaan Akhir Tahun 2022
SULIT 7

Tanpa disangka, saya memenangi pertandingan itu dan mendapat

sebuah hamper serta wang tunai berjumlah RM300.

7 Peribahasa yang sesuai untuk menerangkan situasi ayat di atas ialah ______________.

A sedap hati
B ada badi
C durian runtuh
D wang belanja

8 Penulis dan keluarganya menghabiskan masa di pameran buku tersebut selama _________.

A 4 jam
B 5 jam
C 6 jam
D 7 jam

9 Banyak syarikat penerbitan menawarkan buku-buku pada harga yang murah kerana
___________________________.

A mahu menghabiskan stok buku-buku di dalam gudang mereka

B mahu menarik para pelawat untuk membeli buku-buku mereka
C mahu menjual semua buku-buku mereka sebelum pameran ditutup
D mahu menjadi syarikat penerbitan yang paling popular di pameran tersebut

10 Perkataan sinopsis di dalam cerita di atas membawa maksud berikut kecuali ___________.

A intipati
B intisari
C ringkasan
D terperinci

Cgu Hana © Modul Kertas [Lihat halaman sebelah

Peperiksaan Akhir Tahun 2022
SULIT 8

BAHAGIAN B (5 Soalan) 10 Markah

Soalan 11 hingga 14

Baca petikan di bawah dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Menabung bermakna menyimpan sebahagian wang yang kita miliki untuk masa hadapan. Sikap
ini perlu dipupuk sejak kecil lagi. Antara kebaikan menabung ialah kita dapat mengamalkan
sikap berjimat-cermat. Sebagai contoh, kita bolehlah membawa bekalan air dan makanan ke
sekolah. Dengan yang demikian, kita tidak perlu berbelanja di kantin sekolah dan hal ini
membolehkan kita menyimpan wang saku yang diberikan oleh ibu bapa ke dalam tabung.

  Apabila kita menabung, kita juga mempunyai wang simpanan. Wang simpanan ini boleh
digunakan untuk menampung perbelanjaan untuk melanjutkan pelajaran ke universiti pada masa
hadapan. Menabung juga dapat membantu keluarga kita ketika mereka jatuh sakit dimana wang
yang disimpan boleh digunakan untuk mendapatkan rawatan. Selain itu, wang simpanan juga
boleh digunakan apabila keluarga kita ditimpa musibah yang tidak disangka-sangka.

  Akhir sekali, menabung juga boleh menambahkan wang simpanan kita. Jika kita
menyimpan wang di dalam bank, kita akan mendapat sebahagian keuntungan daripada
pelaburan bank. Wang ini boleh digunakan untuk merancang kehidupan pada masa hadapan.

11. Menabung bermakna ______________________________________________________

________________________________________________________________________

________________________________________________________________________

[1 markah]

Cgu Hana © Modul Kertas [Lihat halaman sebelah

Peperiksaan Akhir Tahun 2022
SULIT 9

12. Bagaimanakah murid-murid boleh berjimat-cermat dalam perbelanjaan wang saku

mereka?

________________________________________________________________________

________________________________________________________________________

________________________________________________________________________

[2 markah]

13. Tuliskan peribahasa yang sesuai dengan situasi ayat di bawah.

Menabung juga dapat membantu keluarga apabila ditimpa kesusahan.

________________________________________________________________________
[1 markah]

Soalan 14 adalah berdasarkan ayat di bawah.

Justeru, kita boleh menyimpan wang saku yang diberikan oleh ibu bapa di
dalam tabung.

14. Pilih dan tandakan ( √ ) bagi ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberi.

Justeru, wang saku yang diberikan oleh ibu bapa boleh disimpan
oleh kita di dalam tabung.
Justeru, wang saku yang diberikan oleh ibu bapa boleh kita simpan
di dalam tabung.
Justeru, wang saku yang kita berikan kepada ibu bapa boleh
disimpan di dalam tabung.
[1 markah]

Cgu Hana © Modul Kertas [Lihat halaman sebelah

Peperiksaan Akhir Tahun 2022
SULIT 10

Soalan 15
Baca dan fahami situasi di bawah. Kemudian, berikan pendapat kamu berdasarkan situasi
dan maklumat tersebut.
Jawapan kamu hendaklah ditulis dalam bentuk perenggan dengan menggunakan ayat yang
lengkap dan tidak melebihi daripada 30 patah perkataan.

Seorang rakan kamu tidak menyukai guru kelasnya kerana guru tersebut
sering memarahinya akibat tidak menghantar kerja rumah seperti yang
diminta. Dia juga kurang menghormati guru tersebut.

Sebagai seorang rakan yang prihatin, apakah yang harus kamu lakukan?

___________________________________________________________________________

[5 markah]

Cgu Hana © Modul Kertas [Lihat halaman sebelah

Peperiksaan Akhir Tahun 2022
SULIT 11

BAHAGIAN C (1 Soalan) 10 Markah

Soalan 16

Poster di bawah adalah berkenaan tentang Hari Sukan Negara. Tuliskan faedah-faedah yang
boleh diperolehi dengan turut serta dalam aktiviti Hari Sukan Negara.

Jawapan kamu hendaklah ditulis dalam satu perenggan.

Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak melebihi daripada 50 patah perkataan.

Cgu Hana © Modul Kertas [Lihat halaman sebelah

Peperiksaan Akhir Tahun 2022
SULIT 12

_____________________________________________________________________________

SULIT 13

BAHAGIAN D (1 Soalan) 20 Markah

Soalan 17

Tulis karangan berdasarkan bahan grafik di bawah samada dalam bentuk berformat atau
tidak berformat.

Panjang karangan kamu itu hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan.

Cgu Hana © Modul Kertas [Lihat halaman sebelah

Peperiksaan Akhir Tahun 2022
SULIT 14

KERTAS PEPERIKSAAN TAMAT

Cgu Hana © Modul Kertas [Lihat halaman sebelah

Peperiksaan Akhir Tahun 2022
SULIT 15

JAWAPAN

BAHAGIAN A
(10 markah)

Nombo Jawapan Topik soalan Markah

r
Soalan
1 B Peribahasa 1
2 C Pilih ayat yang betul 1

I. bukan X tidak √
II. tidak X bukan √

3 D Imbuhan 1
4 A Petikan 1
5 B Petikan 1
6 B Petikan 1
7 C Tatabahasa (Peribahasa) 1
8 C Petikan 1
9 B Petikan 1
10 D Petikan 1

BAHAGIAN B
(10 markah)

11 Menabung bermakna menyimpan sebahagian wang yang kita miliki untuk 1

masa hadapan.

12 Murid-murid boleh berjimat-cermat dalam perbelanjaan wang saku mereka 2

dengan membawa bekalan air dan makanan ke sekolah dan menyimpan
wang saku yang diberikan oleh ibu bapa.

13 Peribahasa: Malang tidak berbau/Sediakan payung sebelum hujan 1

14 Justeru, wang saku yang diberikan oleh ibu bapa boleh disimpan oleh kita 1
di dalam tabung. X

Justeru, wang saku yang diberikan oleh ibu bapa boleh kita simpan di dalam
tabung. √

Justeru, wang saku yang kita berikan kepada ibu bapa boleh disimpan di
dalam tabung. X

Cgu Hana © Modul Kertas [Lihat halaman sebelah

Peperiksaan Akhir Tahun 2022
SULIT 16

15 Sebagai seorang rakan yang prihatin, Salin ayat soalan 1 markah

saya perlu menasihatinya agar menghormati Tindakan anda 1 markah

guru tersebut.
5
Hal ini kerana, guru tersebut memarahinya Kenapa? 1 markah
kerana dia tidak menyiapkan kerja rumah
seperti yang diminta

dimana ini boleh menjejaskan pelajarannya. Sebab 1 1 markah

Selain itu, saya juga akan meminta rakan Sebab 2 1 markah

saya untuk menghormati guru tersebut
kerana menghormati guru ialah satu tuntutan
agama.

Sebagai seorang rakan, saya perlu menasihatinya agar

menghormati guru tersebut. Hal ini kerana, guru tersebut
5 markah
memarahinya kerana dia tidak menyiapkan kerja rumah seperti
yang diminta, dimana ini boleh menjejaskan pelajarannya. Selain
itu, saya juga akan meminta rakan saya untuk menghormati guru
tersebut kerana menghormati guru ialah satu tuntutan agama.

* Tulis dalam satu perenggan sahaja.

* Lihat cara bagaimana untuk mendapatkan 5 markah penuh di atas.
* Jawapan lain yang munasabah diterima.

Cgu Hana © Modul Kertas [Lihat halaman sebelah

Peperiksaan Akhir Tahun 2022
SULIT 17

BAHAGIAN C
(10 markah)

Soalan 16

Terdapat banyak faedah yang boleh kita perolehi dengan turut serta dalam aktiviti Hari Sukan
Negara seperti yang dipromosikan di dalam poster. Antaranya, aktiviti yang dijalankan boleh
mendidik kita untuk mengamalkan gaya hidup sihat kerana aktiviti bersukan menyebabkan
tubuh badan kita berpeluh dan menjadikan badan rasa lebih segar. Selain itu, aktiviti sukan juga
boleh mengeratkan hubungan silaturrahim sesama keluarga dan rakan-rakan. Seterusnya,
aktiviti sukan juga dapat membantu mengurangkan tekanan stres yang disebabkan oleh bebanan
tanggungjawab yang berat di tempat kerja.

Pendahuluan
Isi tersurat
Isi tersirat

*Nota: Pastikan jawapan anda mempunyai yang berikut:

 Pendahuluan
 3 isi tersurat
 3 isi tersirat

Cgu Hana © Modul Kertas [Lihat halaman sebelah

Peperiksaan Akhir Tahun 2022
SULIT 18

BAHAGIAN D
(20 markah)

Soalan 17

Tema 1: Tema karangan penceritaan (karangan tidak berformat)

Pada cuti sekolah yang lalu, aku menyertai aktiviti perkhemahan yang dianjurkan oleh pihak
sekolah di Tapak Perkhemahan Anjung Lata, Gombak. Aktiviti yang dijalankan selama dua hari
dan satu malam itu disertai oleh seramai 30 orang ahli pengakap dan lima orang guru pengiring.

Kami sampai di Tapak Perkhemahan Anjung Lata pada jam 9.30 pagi. Aku berasa
bangga kerana telah dilantik untuk menjadi ketua kumpulan. Kami mendirikan khemah-khemah,
mengumpul kayu api dan memasak bersama-sama. Pada keesokan harinya, kami merentas hutan
yang berdekatan. Kami terpesona melihat keindahan alam semulajadi di sekeliling kami dan
dapat bermandi-manda di sungai Anjung Lata yang bersih dan jernih.

Kami bersiap sedia untuk pulang ke rumah pada keesokan harinya. Aku bersyukur
kerana dapat mengikuti aktiviti perkhemahan ini dan diberi kepercayaan untuk menjadi ketua
kumpulan. Aku sedar yang bakat kepimpinan seperti ini harus diasah dari kecil bak kata pepatah
“melentur buluh biarlah dari rebungnya”.

Cgu Hana © Modul Kertas [Lihat halaman sebelah

Peperiksaan Akhir Tahun 2022
SULIT 19

Tema 2: Tema catatan (Karangan berformat)

Sabtu, 6 September 2021

10.00 pagi
Aku menyertai aktiviti perkhemahan yang dianjurkan oleh pihak sekolah di Tapak Perkhemahan
Anjung Lata, Gombak. Aktiviti yang dijalankan selama dua hari dan satu malam itu disertai oleh
seramai 30 orang ahli pengakap dan lima orang guru pengiring.

12.00 tengah hari

Sesampainya kami di tapak perkhemahan, Cikgu Hisham membahagi-bahagikan kami kepada
beberapa kumpulan. Aku berasa bangga kerana telah dilantik untuk menjadi ketua kumpulan.
Kami mendirikan khemah-khemah, mengumpul kayu api dan memasak bersama-sama.

Ahad, 7 September 2021

10.00 pagi
Aktiviti merentas hutan dijalankan. Kami terpesona melihat keindahan alam semulajadi di
sekeliling kami dan dapat bermandi-manda di sungai Anjung Lata yang bersih dan jernih.

4:00 petang
Kami bersiap sedia untuk pulang ke rumah pada keesokan harinya. Aku bersyukur kerana dapat
mengikuti aktiviti perkhemahan ini dan diberi kepercayaan untuk menjadi ketua kumpulan. Aku
sedar yang bakat kepimpinan harus diasah dari kecil bak kata pepatah “melentur buluh biarlah
dari rebungnya”.

Cgu Hana © Modul Kertas [Lihat halaman sebelah

Peperiksaan Akhir Tahun 2022

You might also like