You are on page 1of 19

1

Nama: _________________________________________________ Tahun: _____________

SET MODUL PEPERIKSAAN 1


PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD)

BAHASA MELAYU
TAHUN 5
PEMAHAMAN ( 011 )
1 ¼ jam Satu jam lima belas minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B.


2. Kamu dikehendaki menjawab semua soalan dalam kedua-dua bahagian
ini.
3. Bagi Bahagian A, setiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A,
B, C dan D. Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan
jawapan kamu pada kertas jawapan objektif yang disediakan.
4. Bagi Bahagian B, jawab semua soalan dalam ruang jawapan yang
disediakan.
5. Serahkan Bahagian B bersama-sama kertas jawapan objektif kepada guru
kamu.

2
Bahagian A
[ 20 markah ]

Soalan 1 hingga 10
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1 ________ merupakan raja yang berjiwa rakyat dan sangat disayangi oleh
rakyat jelata.
A Beta
B Patik
C Baginda
D Beliau

2 “ Bilakah _______ akan ke rumah saya lagi untuk belajar bersama-sama?”


tanya Nadia kepada Siti dan Amira.
A kita
B kamu
C kami
D kalian

3 Muhammad Nabil _______ berbahasa Jepun setelah tinggal di Tokyo


selama lima tahun.
A gagap
B fasih
C cekap
D laju

4 Semua peserta mempunyai peluang yang _______ untuk memenangi


pertandingan berpidato itu.
A cerah
B tipis
C jelas
D terang

3
Soalan 5 berdasarkan gambar di bawah.

5 Danial belajar __________ biola dengan seorang guru muzik yang tinggal
berhampiran dengan rumahnya.
A memetik
B menggesek
C menggosok
D menghayun

6 Hasrat Kamal untuk bekerja di Kuala Lumpur ________ oleh kedua-dua ibu
bapanya.
A diakui
B diluluskan
C disetujui
D dimarahi

7 _________ itu sedang memperagakan pakaian kebaya ciptaan pereka


fesyen terkenal.
A Perawagawan
B Peragawati
C Seniman
D Sukarelawati

8 Keluarga Encik Hanif _______ bercuti selama tiga hari di Pulau Tioman pada
cuti sekolah yang lalu.
A sedang
B akan
C pernah
D mungkin

4
Soalan 9 dan 10
Pilih peribahasa yang sesuai.

9 Farhan memang ________ kerana tidak mahu bergaul dengan rakan-rakan


sekelasnya.
A ayam tambatan
B kera sumbang
C berat tulang
D kaki bangku

10 Kedua-dua pengantin itu sama padan dan cantik seperti _______.


A isi dengan kuku
B anjing dengan kucing
C cincin dengan permata
D bulan dipagari bintang

11
“Beta mahu rakyat hidup saling menghormati dan
bertolak ansur,” ________ Sultan Kedah.

Apakah perkataan yang sesuai diisi di tempat kosong dalam ayat di atas?
A ucap
B sabda
C titah
D kata

12 Razman membeli sebungkus air kelapa muda kerana berasa sangat haus.
Pilih perkataan seerti bagi haus.
A lapar
B dahaga
C panas
D kenyang

5
13 Puan Suhaila berasa cemas apabila mendengar berita tentang suaminya
terlibat dalam satu kemalangan jalan raya.
Pilih perkataan berlawan bagi cemas.
A rungsing
B khusyuk
C tenang
D damai

14 Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat yang diberikan.

Mengapakah Cikgu Zaleha memanggil Kamal ke bilik guru?


A Cikgu Zaleha memanggil Kamal ke bilik guru untuk menyerahkan buku-
buku latihan.
B Kamal sedang menyiapkan latihan Matematik yang diberikan oleh Cikgu
Zaleha.
C Cikgu Zaleha memanggil Kamal ke bilik pada waktu rehat untuk mengambil
buku-buku latihan.
D Kamal segera ke bilik guru apabila dipanggil oleh Cikgu Zaleha.

Soalan 15
Pilih ayat yang sama maksud dengaan ayat yang diberikan.

Sungai itu tercemar akibat dipenuhi dengan sampah sarap dan bahan-
bahan buangan.

A Pembuangan sampah sarap dan bahan-bahan buangan menyebabkan


sungai itu tercemar.
B Pencemaran air sungai akibat pembuangan sampah sarap dan bahan-
bahan buangan perlu diatasi dengan segera.
C Sampah sarap dan bahan-bahan buangan semakin banyak dibuang ke
dalam sungai.
D Pihak yang membuang sampah sarap dan bahan-bahan buangan ke
dalam sungai perlu dikenakan tindakan undang-undang.

6
Soalan 16 dan 17
Pilih ayat yang betul.

16 A Anak Puan Fatimah yang bongsu suka makan goreng ayam.


B Encik Kunalan menghidupkan enjin kereta lalu berangkat ke
pejabat.
C Puan Suguna membeli sebentuk rantai emas di kedai emas itu.
D Wai Kong menyertai pertandingan melukis poster manakala adiknya
pula menyertai pertandingan mewarna.

17 I Beliau dipanggil berjumpa dengan guru besar kerana kesalahan


ponteng sekolah.
II Sambutan Bulan Kemerdekaan diadakan untuk memupuk semangat
patriotik.
III Aiman berlari bersimpang-siur apabila melihat lelaki kurang siuman
itu menghampirinya.
IV Orang ramai diingatkan supaya tidak membuang sampah sarap di
tepi pantai.

A I dan II
B II dan IV
C I, II dan IV
D II, III dan IV

7
Soalan 18 hingga Soalan 20
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Setiap orang perlu mengambil berat tentang penjagaan kesihatan diri. Amalan menjaga
kesihatan haruslah bermula dari rumah. Ibu bapa merupakan pihak yang
bertanggungjawab dalam mendidik anak-anak mereka tentang penjagaan kesihatan.

Langkah utama yang perlu kita amalkan untuk menjaga kesihatan adalah dengan
mengambil makanan seimbang dan berkhasiat setiap hari. Antara makanan yang
berkhasiat termasuklah sayur-sayuran yang kaya dengan serat dan vitamin, bijirin,
buah-buahan, hidupan laut, dan hasil tenusu yang mengandungi protein.

Elakkan daripada mengambil makanan ringan yang tidak sihat seperti snek. Ini
kerana kandungan gula dan kalori yang tinggi dalam makanan ringan tidak baik untuk
kesihatan.

Selain daripada pengambilan makanan seimbang dan berkhasiat, kita perlu


beriadah dan melakukan senaman atau bersukan. Aktiviti yang sihat ini dapat
membantu anggota badan kita berfungsi dengan baik. Di samping itu, kita juga dapat
membakar lemak yang berlebihan di dalam badan dan dapat mengeluarkan peluh.
Bersenam juga dapat melancarkan pengaliran darah dalam tubuh ke jantung dan
mengurangkan risiko penyakit jantung.

Menjaga kesihatan adalah tanggungjawab kita semua. Masyarakat yang sihat


dapat menyumbang kepada pembangunan negara. Manakala orang yang mengabaikan
kesihatan akan sering sakit dan tidak dapat bekerja dengan baik.

8
18 Mengapakah peranan ibu bapa sangat penting dalam mendidik anak-anak mereka
tentang penjagaan kesihatan?
A Kanak-kanak lebih mendengar kata-kata daripada ibu bapa mereka.
B Ibu bapa mempunyai lebih banyak masa dengan anak-anak mereka.
C Kanak-kanak lebih percayakan cakap ibu bapa mereka.
D Ibu bapa merupakan orang yang bertanggungjawab mencari rezeki.

19 Kanak-kanak tidak digalakkan makan makanan ringan kerana


A makanan ringan sangat murah harganya.
B makanan ringan tidak mengenyangkan.
C makanan ringan tidak berkhasiat.
D makanan ringan tidak sedap.

20 Antara yang berikut, yang manakah bukan kebaikan melakukan aktiviti senaman?
A mengeluarkan peluh
B membakar lemak dalam badan
C melemahkan pengaliran darah dalam badan
D menyihatkan tubuh badan

9
Bahagian B
[ 30 markah ]

Soalan 21

(a) Tandakan ( / ) bagi kata hubung yang betul berdasarkan ayat di bawah.

(i) Faiz membuka kasut sukannya _______ masuk ke dalam rumah.

[ ] sambil [ ] lalu [ ] dan

(ii) Syahirah rajin bersenam ________ dapat menurunkan berat badannya.

[ ] supaya [ ] tetapi [ ] jikalau

(iii) Ridzuan segera bangun _________ namanya dipanggil oleh Cikgu Hasnah.

[ ] semenjak [ ] apabila [ ] hingga

[ 3 markah ]

10
(b) Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam ayat-
ayat di bawah ini.

oleh dengan untuk di


demi pada kepada tentang

(i) Cikgu Mazenah menerangkan __________ proses tumbuhan membuat makanan


sendiri.

(ii) Kejohanan sukan tahunan yang dirancang diadakan _______ hari Ahad itu telah
ditunda pada bulan hadapan.

(iii) Peserta akhir pertandingan pidato itu mengakhiri pidatonya _______ serangkap
pantun nasihat.

(iv) Kita perlu makan makanan yang seimbang _________ mengekalkan kesihatan
yang baik.

[ 4 markah ]

11
Soalan 22
(a) Padankan penjodoh bilangan yang sesuai berdasarkan ayat yang diberikan.

1 Puan Maznah membeli tiga ______


petai untuk dijadikan sebagai ulam. tongkol

2 “Berapakah harga se _________


kaki
jagung bakar ini?” tanya Aiman.

3 Farah membawa se _______ payung


apabila melihat keadaan cuaca yang papan
agak mendung.

[ 3 markah ]

(b) Tulis BETUL atau SALAH pada ruangan yang disediakan bagi penggunaan
perkataan yang bergaris dalam ayat-ayat di bawah.

(i) Faizal menonton basikalnya kerana jejari basikal itu telah patah.

(ii) Mangsa kemalangan jalan raya itu diusung masuk ke dalam ambulans.

(iii) Adik menangis berdekah-dekah kerana kakinya sakit terpijak kaca.

[ 3 markah ]

12
Soalan 23
Baca pantun di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Gadis berlari dikejar angsa,


Berlari hingga ke tepi jalan;
Masyarakat Malaysia pelbagai bangsa,
Saling menghormati jadi amalan.

Anak dara pergi ke pekan,


Takut berjalan di tempat sunyi;
Bantu-membantu patut diamalkan,
Barulah hidup dalam harmoni.

Belakang rumah tanam halia,


Halia dijual di pinggir kota;
Sikap toleransi amalan mulia,
Membina perpaduan antara kita.

(a) Perkataan tolenrasi dalam pantun di atas boleh digantikan dengan perkataan

__________________.

[ 2 markah ]

(b) Tandakan [ / ] pada pernyataan yang betul dan tandakan [ X ] pada pernyataan
yang salah.

(i) Masyarakat Malaysia mengamalkan sikap saling menghormati.

(ii) Amalan tolong-menolong tidak sesuai lagi diamalkan pada masa kini.

[ 2 markah ]

13
(c) Pada pendapat kamu, mengapakah semangat perpaduan kaum sangat penting
diamalkan di Malaysia.

___________________________________________________________

___________________________________________________________

___________________________________________________________

[ 3 markah ]

14
Soalan 24
Baca catatan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Sabtu, 4 September 2021

7.30 pagi
Semua murid berkumpul di tapak perhimpunan sekolah. Cikgu Fahmi memberi sedikit
taklimat. Beliau menasihati kami supaya menjaga tingkah laku semasa berada di tempat
lawatan. Sementara menunggu bas lawatan tiba, saya membaca buku cerita.

7.45 pagi
Bas lawatan tiba di sekolah. Kami beratur semasa menaiki bas. Kami mengikut nasihat
guru supaya tidak berebut-rebut semasa menaiki bas.

8.30 pagi
Kami tiba di Pusat Sains Negara. Kami memulakan lawatan ke Pusat Sains Negara.
Terdapat banyak bahan pameran yang menarik di dalam Pusat Sains Negara. Ramai
juga pelancong asing berada di situ.

(a) Apakah nasihat Cikgu Fahmi kepada para peserta lawatan?

___________________________________________________________

___________________________________________________________

[ 2 markah ]

(b) Pada pendapat kamu, apakah kebaikan menyertai lawatan sambil belajar yang
dianjurkan oleh pihak sekolah?

___________________________________________________________

___________________________________________________________

___________________________________________________________

[ 3 markah ]

15
Soalan 25
Baca e-mel di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Kepada : suhaila@gmail.com
Daripada : ashikin@yahoo.com.my
Perkara : Kempen Galakan Membaca

Terima kasih atas kiriman e-mel saudari tempoh hari. Saya mohon maaf atas
kelewatan membalas e-mel saudari. Semoga saudari sihat sentiasa di samping keluarga
tersayang.

Untuk pengetahuan saudari, sekolah saya baru sahaja selesai mengadakan


Kempen Galakan Membaca 2021. Program ini dianjurkan oleh pusat sumber sekolah
saya. Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk memupuk amalan membaca
dalam kalangan murid-murid.

Pelbagai aktiviti diadakan sepanjang program tersebut. Antaranya ialah


pertandingan menulis ulasan buku, pertandingan bercerita, pertandingan menulis cerita
pendek dan pertandingan resensi buku. Saya telah menyertai pertandingan menulis
ulasan buku. Saya telah memenangi tempat kedua dalam pertandingan tersebut.

Setakat ini dahulu coretan saya kali ini. Kirimkan salam saya kepada keluarga
saudari. Moga kita akan berjumpa suatu hari nanti.

(a) Apakah matlamat utama Kempen Galakan Membaca 2021 diadakan?

___________________________________________________________

___________________________________________________________

___________________________________________________________

[ 2 markah ]

16
(b) Amalan membaca buku semakin kurang diamalkan.
Pada pendapat kamu, mengapakah amalan membaca buku semakin kurang
diamalkan oleh murid-murid pada masa kini?

___________________________________________________________

___________________________________________________________

___________________________________________________________

[ 3 markah ]

KERTAS SOALAN TAMAT

17
BAHAGIAN A

1 C 11 C
2 D 12 B
3 B 13 C
4 A 14 A
5 B 15 A
6 C 16 D
7 B 17 B
8 C 18 B
9 B 19 C
10 D 20 C

BAHAGIAN B

SOALAN 21

(a)
(i) lalu
(ii) supaya
(iii) apabila

(b)
(i) tentang
(ii) pada
(iii) dengan
(iv) untuk

SOALAN 22

(a)
1 papan
2 tongkol
3 kaki

18
(b)
i. SALAH
ii. BETUL
iii. SALAH

SOALAN 23

(a) bertolak-ansur
(b) i. / ii. X
(c) Pada pendapat saya, semangat perpaduan kaum sangat penting diamalkan di
Malaysia untuk mewujudkan suasana hidup yang harmoni dan tidak mewujudkan
sebarang sengketa.

SOALAN 24

(a) Nasihat Cikgu Fahmi kepada para peserta lawatan ialah menjaga tingkah laku
semasa berada di tempat lawatan.
(b) Pada pendapat saya, kebaikan menyertai lawatan sambil belajar yang dianjurkan
oleh pihak sekolah ialah memperoleh pengalaman dan pengetahuan baharu.

SOALAN 25

(a) Matlamat utama Kempen Galakan Membaca 2021 adalah untuk memupuk amalan
membaca dalam kalangan murid-murid.
(b) Pada pendapat saya, amalan membaca buku semakin kurang diamalkan oleh
murid-murid pada masaq kini kerana mereka lebih menggunakan gajet atau
bermain permainan video.

19

You might also like