You are on page 1of 10

SEKOLAH KEBANGSAAN HAJI ABDULLAH SADUN

KUAR JAWA, ALOR JANGGUS,


06250 ALOR SETAR,
KEDAH DARUL AMAN.

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN


TAHUN 2020

BAHASA MELAYU
PEMAHAMAN
TAHUN 6
JANGAN BUKA SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

Jawab semua soalan.

NAMA : ___________________________
TAHUN : ___________________________

MARKAH

DISEDIAKAN OLEH : PAKSU AM


100
SOALAN PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN
BAHASA MELAYU - PEMAHAMAN

Masa: Satu jam lima belas minit

Kertas peperiksaan ini mengandungi dua bahagian : Bahagian A dan Bahagaina B.


Kamu dikehendaki menjawab semua soalan dalam kedua-dua bahagian ini.

Bagi Bahagian A, setiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C dan D. Bagi setiap
soalan, pilih satu jawapan sahaja. Bagi Bahagaian B, jawab semua soalan dalam ruang jawapan
yang disediakan.

Bahagian A
[ 20 markah ]

Soalan 1 hingga 12
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1. “Tuan Pengarah ada di pejabat? saya ingin berjumpa dengan __________________,” kata Atif
Rahman kepada kerani itu.
A dia B anda
C kamu D beliau

2. Nelayan tua itu terpaksa ______________ lautan yang bergelora itu dengan penuh ketabahan.
A melalui B melawani
C mengharungi D menyeberangi

3. “Nasihat dan sokongan keluarga telah memberi ____________ kepada saya untuk Berjaya
dalam bidang kedoktoran ini,” kata Doktor Wan Hazeeq.
A kepercayaan B keutamaan
C dorongan D pendapat

4. Wak Fahim telah ____________ di Malaysia sejak sepuluh tahun yang lalu.
A bermastautin B berziarah
C bernaung D bertukar

5. Lidiya berasa _____________ kerana keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia akan
diumumkan pada minggu hadapan.
A gusar B keliru
C celaru D kecewa

6. Wajah Shamil kelihatan _____________ selepas dimarahi oleh ayahnya.


A muram B tegang
C sumbang D cengkung

7. Iqbal sering terkenang akan peristiwa _____________ ketika dia masih kanak-kanak.
A luput B lapuk
C lewat D lampau
8. Encik Amirul tidak mengetahui ____________ beliau telah dinaikkan pangkat dalam syarikat
itu.
A kerana B apabila
C akan D bahawa

9. Dania tekah Berjaya _____________ peringkat akhir pertandingan pidato setelah Berjaya
menewaskan beberapa peserta ____________ separuh akhir.
A di… ke B ke… di
C ke… pada D di… dalam

10. Dahi Danish Irfan benjol kerana terhantuk pada ___________ meja di dalam kelasnya.
A bucu B pinggir
C pangkal D hadapan

11. Bidang ____________ kayu telah diwarisi oleh Encik Wan Addif daripada ayahnya.
A ukiran B pengukir
C pengukiran D mengukirkan

12. Pihak pengurusan akan ___________ cadangan yang dikemukakan oleh kakitangan syarikat
bagi meningkatkan prestasi syarikat itu.
A menguji-uji B mencuba-cuba
C meminta-minta D mengamat-amati

13. Pengawal keselamatan yang ditugaskan menjaga keselamatan bank tersebut telah
merompak bank tempat dia bertugas itu semalam.

Peribahasa yang sesuai berdasarkan pernyataan di atas ialah


A melepaskan anjing tersepit B menanam tebu di tepi bibir
C mencurahkan air ke daun keladi D harapkan pagar, pagar makan
padi

Soalan 14
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

14. Pada setiap hari minggu, Puan Maisara pergi ke pasar untuk membeli lauk-pauk.
A Puan Maisara pergi ke setiap pasar minggu untuk membeli lauk-pauk.
B Puan Maisara pergi ke pasar minggu pada setiap hari untuk membeli lauk-pauk.
C Puan Maisara pergi ke pasar pada setiap hari minggu untuk membeli lauk-pauk.
D Puan Maisara pergi pada setiap hari ke pasar minggu untuk membeli lauk-pauk.

Soalan 15
Pilih ayat yang betul.

15. A Tiap minggu dia akan melawat anaknya di asrama.


B Kedua-dua orang anaknya sedang menuntut di university.
C Setengah orang tidak mengetahui tentang penyakit AIDS.
D Para-para pegawai perlu mendaftarkan diri kepada urus setia.
Soalan 16 hingga 20
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK)


Kampung Kuar Jawa, Alor Janggus,
06250 Alor Setar,
Kedah Darul Aman
.

Tuan Pegawai Daerah Kota Setar,


Pejabat Daerah Kora Setar,
Jalan Sultanah Bahiyah,
05250 Alor Setar,
Kedah Darul Aman. 5 SEPTEMBER 2020.

Tuan,

Aduan Masalah Anjing Liar.

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Dimaklumkan bahawa masalah anjing liar di kawasan kampung ini semakin menjadi-jadi
sejak tiga bulan yang lalu. Masalah berkenaan semakin meruncing kerana bilangan anjing liar yang
berkeliaran di kampung ini semakin bertambah. Keadaan iini amat membimbangkan penduduk
kampung kerana telah mencetuskan beberapa kejadian serangan anjing yang mencederakan
penduduk kampung.

3. Pada hujung tahun lalu, seorang kanak-kanak yang dalam perjalanan pulang dari kedai
telah diserang oleh lima ekor anjing liar. Mujur, kejadian itu telah dilihat oleh sekumpulan pekerja
yang sedang memasang paip. Mereka telah membantu kanak-kanak berkenaan. Namun demikian,
kanak-kanak tersebut telah mengalami kecederaan yang agak parah kerana digigit anjing liar.

4. Selain itu, kejadian anjing liar berani memasuki rumah penduduk dan membuang najis
merata-rata turut mengganggu kehidupan penduduk kampung. Masalah ini bukan sahaja
menakutkan penduduk kampung, malahan mengundang bau yang kurang menyenangkan.
Tambahan pula, penduduk kampung ini majoritinya beragama Islam.

5. Oleh yang demikian, saya mewakili penduduk kampung berharap pihak tuan akan dapat
mengambil tindakan sewajarnya untuk menangkap anjing-anjing tersebut. Segala jasa baik dan
perhatian daripada pihak tuan kami dahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Sekian dimaklumkan.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,


yusri
( MUHAMMAD YUSRI BIN OMAR )
Pengerusi MPKK,
Kampung Kuar Jawa. [Lihat halaman sebelah]
16. Siapakah yang menulis surat ini?
A Pegawai Daerah Kota Setar
B Ketua Kampung, Kampung Kuar Jawa
C Setiausaha MPKK Kampung Kuar Jawa
D Pengerusi PIBG SK Kampung Kuar Jawa

17. Apakah tujuan surat ini ditulis?


A Membuat aduan tentang masalah anjing liar.
B Memberitahu tentang anjing liar yang semakin banyak.
C Memaklumkan tentang bau busuk akibat najis anjing bertaburan.
D Meminta bantuan untuk menolong kanak-kanak yang diserang anjing.

18. Bilakah masalah tersebut semakin serius?


A Pada bulan September 2020.
B Pada bulan Ogos 2020.
C Pada bulan Januari 2020.
D Pada bulan September 2019.

19. Berikut adalah benar tentang masalah anjing liar, kecuali


A anjing liar boleh menyerang penduduk.
B anjing liar membuang najis di merata-rata tempat.
C anjing liar telah menceroboh kediaman penduduk.
D anjing liar yang banyak telah menimbulkan bau yang busuk.

20. Pada pendapat kamu, pihak manakah boleh membantu Pegawai Daerah menyelesaiakan
masalah penduduk kampung tersebut?
A Jabatan Veterinar
B Jabatan Kesihatan
C Jabatan Alam Sekitar
D Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN)

BAHAGIAN A TAMAT
Bahagian B
[30 markah]

Soalan 21

(a) Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam ayat-ayat di
bawah.

untuk dengan kepada dari


pada daripada bahawa kerana

(i) Jabatan Kebajikan Masyarakat telah menyerahkan bantuan _____________ rakyat


yang susah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ekoran penularan
wabak Covid-19.

(ii) Kegiatan kokurikulum amat penting _____________ dapat memupuk semangat


kerjasama dan sikap bertanggungjawab.

(iii) Murid-murid boleh mendapatkan boring permohonan ke Sekolah Berasrama Penuh


(SBP) ____________ guru kelas masing-masing.

(iv) Cikgu Zul Aiman menyediakan beberapa buah kamus di dalam kelasnya __________
rujukan murud-muridnya.
[4 markah]

(b) Nyatakan betul atau salah bagi ayat-ayat di bawah.

Contoh:
Cikgu Hidriana mengajar Bahasa Melayu kepada murid-murid betul
Tahun Enam Al Farabi.

(i) Para petani-petani di kampung itu akan diberikan benih


percuma oleh pihak Jabatan Pertanian.

(ii) Kanak-kanak perempuan yang sedang menangis itu


tidak adik saya.

(iii) Lantaran mendapat keputusan yang cemerlang dalam UPSR,


Arif diterima masuk ke Sekolah Berasrama Penuh itu.

[3 markah]
Soalan 22

(a) Tandakan ( ) bagi penjodoh bilangan yang paling sesuai.

(i)
butir

bentuk

pasang

(ii) kaki

batang

laras

[2 markah]

(b) Nyatakan peribahasa yang sesuai berdasarkan gambar dan pernyataan di bawah.

Puan Farisya sentiasa menjaga kesihatan dan keperluan anak tunggalnya, Nasuha. Beliau akan
memastikan anaknya mendapat makanan yang berkhasiat dan memenuhi segala kehendak
anaknya seperti kata peribahasa ,

__________________________________________________________________________

________________________________________________________________________________

[2 markah]
Soalan 23

(a) Tulis ayat tanya yang sesuai bagi jawapan yang diberikan untuk melengkapkan dialog di
bawah.

Cikgu Zairul : ___________________________________________________

__________________________________________________

Muharam : Ibu saya berasa sangat terharu kerana dihadiahi oleh ayah
sebentuk cincin emas.
[2 markah]

(b) Teliti maklumat di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat yang lengkap.

Karnival Hari Malaysia


bersempena dengan
Sambutan Hari Malaysia
Daerah Kota Setar
16 September 2020
8.00 pagi hingga 5.00 petang
Stadium Darul Aman, Alor Setar

(i) Di manakah sambutan Hari Malaysia itu akan diadakan?

__________________________________________________________________

_______________________________________________________________
[2 markah]

(ii) Pada pendapat kamu, mengapakah Hari Malaysia perlu diadakan pada setiap
tahun?

________________________________________________________________

______________________________________________________________

______________________________________________________________
[3 markah]
Soalan 24
Teliti iklan di bawah kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat
yang lengkap.

PERTANDINGAN BINTANG KECIL


SEMPENA DENGAN BULAN
KEMERDEKAAN DAN KENEGARAAN

Tarikh : 15 September 2020


Masa : 9.00 pagi
Tempat : Dewan Ar-Rahman, SK Kuar Jawa

Peraturan Pertandingan Bintang Kecil Peringkat Sekolah


1. Terbuka kepada semua murid tahap dua sahaja.
2. Penyertaan hendaklah secara berkumpulan
(2 hingga 5 orang satu kumpulan)
3. Hendaklah menyanyikan lagu-lagu bahasa Melayu sahaja.

Jika berminat, sila hubungi Encik Akif Shahar atau Puan Nur Farhah.

Tarikh tutup penyertaan adalah sebelum atau pada 10 September 2020.

(a) Apakah syarat utama pertandingan tersebut?

_________________________________________________________________________

____________________________________________________________________
[3 markah]

(b) Pelbagai aktiviti boleh dijalan pada bulan Kemerdekaan.


Pilih satu aktiviti yang sesuai dan terangkan mengapa aktiviti tersebut sesuai dijalankan
pada bulan Kemerdekaan.

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

____________________________________________________________________
[3 markah]
Soalan 25
Baca syair di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Rajin itu besar faedahnya,


Dengan rajin mulialah jadinya,
Gunung yang tinggi dapat diruntuhnya,
Bahkan laut kering ditimbanya.

Lihatlah tuan rajinnya orang,


Hutan dan rimba habis ditebang,
Rezekinya makmur tidaklah kurang,
Menjadi hina tersangat kurang.

Apabila orang rajin tabiatnya,


Walau berkuli sahaja kerjanya,
Nescaya naik mandur pangkatnya,
Demikian itulah selalu balasnya.

Mereka yang asyik dengan kemalasan,


Rugi dan kesal itu pengakhiran,
Waktu terbuang tiada perasan,
Orang pun benci, jelak dan bosan.

(a) Mengapakah kita mesti bersikap rajin?

______________________________________________________________________

____________________________________________________________________
[2 markah]

(b) Bagaimanakah keadaan orang yang malas untuk berusaha?

_______________________________________________________________________

____________________________________________________________________
[2 markah]

(c)
Gunung yang tinggi dapat diruntuhnya,
Bahkan laut kering ditimbanya.

Terangkan maksud baris syair di atas.

_______________________________________________________________________

____________________________________________________________________
[3 markah]

BAHAGIAN B TAMAT

You might also like