You are on page 1of 6

2

SULIT 011

BAHAGIAN A
[20 markah]

Soalan 1 hingga 16
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1. “Usahlah _____________ risau tentang perkara itu,” kata Hamdan kepada kawan-
kawannya.

A kita
B kami
C kalian
D mereka

2. ____________ akan menyambut hari ulang tahun keputeraan yang ke-65 pada minggu
hadapan.

A Patik
B Beliau
C Hamba
D Baginda

3. Adik menangis kerana berasa ______________ ketika berada di atas menara yang
tinggi itu.

A takut
B gayat
C gusar
D cemas

4. Faiz tidak dapat __________________ aktiviti perkhemahan itu kerana dia mengikuti
keluarganya menziarahi datuknya yang berada di kampung.

A menyertai
B menjalani
C mendekati
D menduduki

Soalan 5 berdasarkan gambar di bawah.

SULIT
3
SULIT 011

5. Semua ahli kelab sudah ________________ dalam seni mempertahankan diri setelah
berlatih dengan bersungguh-sungguh setiap hari.

A kuat
B cepat
C mahir
D kental

6. Wakil rakyat itu akan terus menabur jasa kepada masyarakat di kawasan beliau
____________ termampu.

A jika
B selagi
C apabila
D sehingga

7. Semua guru di sekolah kami sedang berbincang ______________ persiapan


____________ mengadakan majlis kecemerlangan.

A untuk...bagi
B akan...bagi
C terhadap...bagi
D tentang...untuk

8. Pihak kerajaan menasihatkan _____________ kilang agar tidak melepaskan asap


untuk mengelakkan masalah jerebu.

A pengusaha
B perusahaan
C pengusahaan
D mengusahakan

9. Jabun digelar _____________ oleh rakan-rakannya kerana suka meminjam pakaian


orang lain untuk dipakai.

A pari-pari
B pijat-pijat
C dekak-dekak

Lihat halaman sebelah


011 © 2016 Hak Cipta Pejabat Pendidikan Daerah Julau SULIT
4
SULIT 011

D umang-umang

Soalan 10 berdasarkan gambar di bawah.

10. Beliau meninggalkan majlis itu dalam keadaan _________________ setelah mendapat
panggilan yang penting.

A serta-merta
B gopoh-gapah
C lintang-pukang
D tunggang-langgang

11. Sebastian dan Fahmi sedang melihat keputusan Ujian Pertengahan Tahun mereka yang
ditampal pada _________________ itu.

A papan iklan
B papan tanda
C papan pameran
D papan kenyataan

12. Di ____________ kantin sekolah telah diletakkan tong-tong kitar semula untuk
kemudahan para pelajar.

A tepi
B atas
C tengah
D penjuru

Soalan 13 berdasarkan gambar di bawah.

SULIT
5
SULIT 011

13. Ibu telah menanam beberapa _______________ pandan di belakang rumah kami.

A pohon
B jambak
C rumpun
D batang

Soalan 14 dan 15
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberi.

14. “Tolong beritahu Vanessa yang kami akan menunggunya di kantin selepas pulang dari
sekolah,” kata Sylvia dan Nangan kepada Juliana.

A Sylvia dan Nangan mengingatkan Vanessa dan Juliana agar menunggu mereka
di kantin selepas waktu sekolah.
B Vanessa meminta pertolongan Juliana untuk memberitahu Sylvia dan Nangan
bahawa dia menunggu mereka di kantin selepas waktu sekolah.
C Sylvia dan Nangan meminta pertolongan Juliana untuk memberitahu Vanessa
bahawa mereka menunggunya di kantin selepas waktu sekolah.
D Juliana meminta Sylvia memberitahu Vanessa bahawa dia dan Nangan
menunggunya di kantin selepas waktu sekolah.

15. Nadia tidak hadir ke sekolah selama seminggu kerana sakit kaki.

A Sakit kakinya beransur pulih sejak seminggu yang lalu.


B Akibat sakit kaki, Nadia tidak hadir ke sekolah selama seminggu.
C Nadia tidak hadir ke sekolah pada minggu lepas akibat sakit kaki.
D Nadia akan ke sekolah minggu hadapan setelah sakit kakinya pulih.

Pilih ayat yang betul.

16. A Tarikh lawatan itu ialah pada 26 Januari 2016.


B Abang telah menerima sepucuk surat dari rakannya.
C Aliya dan kakaknya memberi hadiah kepada ibu mereka.
D Makanan di gerai itu dikhuatiri terdedah pada habuk dan lalat.

Soalan 17 hingga 20.


Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Lihat halaman sebelah


011 © 2016 Hak Cipta Pejabat Pendidikan Daerah Julau SULIT
6
SULIT 011

Antara projek pertanian desa yang diberikan keutamaan oleh kerajaan ialah
penternakan puyuh dan ayam, projek kolam ikan air tawar dan ikan sangkar, menanam sayur
serta buah-buahan, membuat dan membungkus makanan ringan, dan sebagainya. Penduduk
Kampung Mesra tidak ketinggalan menyahut seruan murni kerajaan tersebut. Mereka telah
menjalankan projek ikan air tawar di dalam kolam secara sistem kelompok. Sebelum itu,
mereka menggali tanah-tanah terbiar. Di samping itu, usaha mereka mendapat galakan
daripada pengurus tanah rancangan di situ juga.
Kegiatan tersebut dapat dijalankan dengan jayanya kerana penduduk kampung itu
bekerja seperti aur dengan tebing, di samping memperoleh sokongan padu daripada pengurus
tanah rancangan dan wakil rakyat tempat mereka. Pihak Lembaga Pertubuhan Peladang turut
membantu dan memberikan nasihat, selain membimbing mereka tentang cara-cara
mengendalikan projek tersebut. Setiap kelompok terdiri daripada lima keluarga dengan tiga
buah kolam ternakan.
Ikan-ikan di situ ialah lampan jawa, kap, tongsan, haruan, patin, tilapia dan pelbagai
lagi. Sejak projek itu dijalankan, penduduk telah beberapa kali menuai hasil mereka. Mereka
meraih keuntungan antara RM500 hingga RM900 sebulan bagi setiap jualan. Hasil tersebut
kemudiannya dibahagikan sama rata dan ditabungkan sebagai modal pusingan. Mereka tidak
menghadapi masalah pasaran kerana pihak Lembaga Pertubuhan Peladang sedia membelinya
malahan permintaan dari kawasan setempat juga amat menggalakkan. Kegigihan dan
kesabaran mereka membuahkan hasil dan seterusnya meringankan perbelanjaan harian,
termasuk kos pendidikan anak-anak.

17. Berapa buah keluargakah yang menyertai setiap kelompok projek ternakan ikan
tersebut?

A Dua
B Lima
C Lima ratus
D Sembilan ratus

SULIT
7
SULIT 011

18. Apakah aktiviti yang dilakukan oleh penduduk sebelum menternak ikan air tawar?

A Menggali tanah-tanah terbiar.


B Menternak ayam dan puyuh.
C Menanam sayur dan buah-buahan.
D Membuat dan membungkus makanan ringan.

19. Tujuan utama mereka menyertai projek itu adalah untuk ...

A mengisi masa lapang.


B menyahut seruan kerajaan.
C meningkatkan pendapatan.
D memupuk kerjasama dan permuafakatan.

20. Semua yang berikut ialah sebab kejayaan peserta program kecuali ...

A modal yang mencukupi.


B mendapat bimbingan daripada Lembaga Pertubuhan Peladang.
C mendapat galakan daripada pengurus rancangan.
D memperoleh bantuan kewangan daripada kerajaan.

KERTAS SOALAN TAMAT

011 © 2016 Hak Cipta Pejabat Pendidikan Daerah Julau SULIT

You might also like