You are on page 1of 7

Sekolah Menengah Foon Yew, Johor Bahru,

Peperiksaan Semester Pertama Bahasa Malaysia


Tingkatan Menengah Rendah Dua
17 Jun 2023
Nama : _____________________ ( ) No. Pelajar : _________________
Tingkatan Menengah Rendah Dua ( ) Masa : 8:00 pagi ~ 10.00 pagi
BAHAGIAN A : SOALAN-SOALAN OBJEKTIF (60%) (Soalan 1 – 60 dijawab pada kertas jawapan “O”)
I. Komponen Kesusasteraan 5%
Puisi : Pantun Nasihat (Soalan 1 hingga 5)
Baca puisi di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Pantun Nasihat

1 Doktor Mahathir mencipta nama, 4 Pulau Langkawi pesat membangun,


wawasan 2020 menjadi buruan; sumpah Mahsuri semakin hambar;
kasih ibu membawa ke syurga, bahasa fitnah umpama racun,
kasih bapa menjadi ikutan. memberi aib, maruah tercemar.

2 Bunga mawar di sanggul si dara, 5 Jalan-jalan ke Kota Melaka,


nampak berseri lagi menawan; singgah membeli di Tanjung Kundur;
jangan perkecil jasa ibu bapa, sumpah dipegang janji dikota,
hidup merana hati tidak keruan. berpantang ajal jangan berundur.

3 Bunga Cina bunga kenanga,


banyak didapati di kawasan taman;
hidup jangan membuat angkara,
menjadi sebutan sepanjang zaman.
(Mohd. Rosli Nordin)
1. Apakah maksud perkataan ‘aib’ dalam rangkap keempat ?
A. rasa kecewa B. rasa gembira C. rasa sedih D. rasa malu

2.
bahasa fitnah umpama racun
Apakah gaya bahasa yang digunakan dalam baris di atas ?
A. asonansi B. aliterasi C. anafora D. simile

3. Apakah akibatnya jika kita memperkecil jasa ibu bapa ?


A. Kita akan hidup bahagia. B. Kita akan hidup menderita.
C. Kita akan hidup kecewa. D. Kita akan hidup gembira.

4. Apakah maksud rangkap kedua puisi tersebut ?


A. Hidup anak-anak akan merana jika tidak memberikan kemewahan kepada ibu bapa.
B. Mereka yang tidak menghargai jasa ibu bapa tidak akan memperoleh kebahagiaan hidup.
C. Anak-anak akan memperoleh kekayaan dan kemewahan jika jasa ibu bapa mereka dihargai.
D. Anak-anak mesti memberikan kemewahan kepada ibu bapa sebagai tanda menghargai jasa mereka.

5. Antara yang berikut, yang manakah merupakan unsur pengajaran puisi ini ?
A. Kita mestilah bersikap rajin. B. Kita hendaklah mengabaikan janji.
C. Kita hendaklah menghormati guru. D. Kita hendaklah menghargai jasa ibu bapa.

II. Bahagian Kefahaman : Unit 5 Kepelbagaian Bangsa di Negara Kita (5%)

Secara amnya, sajian popular harian masyarakat kaum Melayu ialah nasi lemak. Kini, hidangan ini turut menjadi
kegemaran kaum-kaum lain di Malaysia. Kuih-muih seperti karipap, onde-onde, seri muka, dan dodol tidak dapat lari
daripada dikaitan dengan masyarakat Melayu. Masyarakat Cina pula terkenal dengan kuih bakul dan kuih bulan.
Sebaliknya, masyarakat India mahir dalam membuat capati dan roti canai. Kaum Iban yang tinggal di rumah panjang
sering dikaitkan dengan hidangan tuak untuk tetamu.

1
Jika ditinjau dari aspek sejarah, kegiatan ekonomi kaum di Malaysia banyak ditentukan oleh sistem penjajahan
Inggeris. Kaum Melayu sering dikaitkan dengan pekerjaan bersawah padi di kawasan kampung. Masyarakat Cina pula
terlibat dalam bidang perniagaan dan perlombongan manakala kaum India terbabit dalam bidang peladangan.
Masyarakat orang asli pula lebih tertumpu kepada kegiatan sara diri seperti menjalankan aktiviti berburu atau mengutip
hasil-hasil hutan. Keadaan ini telah menyebabkan berlakunya jurang ekonomi antara kaum. Ekoran daripada
perkembangan sistem politik dan pendidikan di negara kita, kini setiap kaum telah memberikan sumbangan dalam
pelbagai sektor ekonomi tanpa pengkhususan atau monopoli.
Sebagai rumusan, perubahan zaman telah menyebabkan integrasi dalam kalangan pelbagai kaum. Namun
demikian, ciri-ciri unik setiap kaum masih tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Kepelbagaian dan keunikan
amalan hidup setiap kaum di negara Malaysia telah menjadi buah mulut dan daya tarikan masyarakat luar negara ke sini.
Secara tidak langsung, hal ini telah menjadi kebanggaan rakyat Malaysia.
(Dipetik daripada Buku Teks,Bahasa Malaysia Junior Dua Jilid Pertama: Unit 5)

6. Apakah penjajahan yang menentukan kegiatan ekonomi di Malaysia?


A. penjajahan Belanda B. penjajahan Jepun C. penjajahan Inggeris D. penjajahan Portugis

7. Apakah aktiviti ekonomi kaum India semasa penjajahan Inggeris?


A. perlombongan B. bersawah padi
C. perniagaan D. peladangan

8. Apakah maksud peribahasa “tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas” yang terdapat dalam petikan?
A. suka duka sama-sama ditanggung B. mendidik anak biarlah sejak mereka kecil lagi
C. adat yang tidak berubah D. bersatu padu dalam segala hal

9. Keunikan budaya pelbagai kaum telah memajukan sektor?


A. pelancongan B. perhubungan
C. pertanian D. pengangkutan
10. Apakah keistimewaan yang terdapat di Malaysia menjadi daya tarikan para pelancong dari luar negara?
I. Malaysia merupakan sebuah negara yang terdiri daripada berbilang kaum.
II. Malaysia mempunyai pelbagai jenis sajian popular harian.
III. Malaysia sebuah negara yang huru-hara dan kacau bilau.
IV. Malaysia mempunyai kepelbagaian dan keunikan amalan hidup setiap kaum.
A. I, II dan III B. I, II dan IV C. I, III dan IV D. II, III dan IV

III: Bahagian Tatabahasa (Soalan 11-50) (40%)


Lengkapkan ayat-ayat di bawah ini dengan memilih jawapan yang paling sesuai.

11. Pihak sekolah sedang berbincang ______ masalah ponteng dalam kalangan pelajar yang semakin berleluasa.
A. tentang B. antara C. demi D. terhadap

12. Para remaja gemar _______ laman sosial seperti Facebook untuk menghubungi rakan-rakan mereka.
A. dalam B. semenjak C. akan D. oleh

13. Lewat ______ Jia Liang tiba di sekolah disebabkan dia terjatuh ke dalam longkang semasa keluar dari rumah.
A. agak B. sangat C. paling D. terlalu

14. Nek Siti _______ terharu ketika menerima bantuan daripada orang ramai.
A. amat B. nian C. benar D. betul

15. Pat Mat tidak serik-serik ______ dia mengalami kerugian dalam pelaburan saham dalam Internet.
A. walaupun B. dan C. agar D. kerana

16. Siapa ______ agaknya yang telah menghantar hadiah misteri itu kepada Zhen Chen?
A. sahaja B. kah C. memang D. tah

17. ______ pelajar dikehendaki berkumpul di padang mengikut rumah sukan masing-masing.
A. setengah B. masing-masing C. para D. segala

2
18. Quan Yi dan ibunya membeli ______ jenis barang keperluan di pasar malam pada setiap minggu.
A. berbagai-bagai B. beribu-ribu C. masing-masing D. kedua-dua

19. Ibu akan menghadiahkan se ______ rantai emas kepada Moses pada hari jadinya.
A. utas B. cubit C. buku D. lingkar

20. Pengetua sekolah membaca se ______ madah sebelum mengakhiri ucapannya di dewan sekolah.
A. raga B. deret C. biji D. untai

21. Jue Hong membeli se ______ roti untuk dibuat sandwic sebagai sarapan anaknya pada hari esok.
A. papan B. buku C. keping D. helai

22. Penggunaan Internet amat berfaedah kepada masyarakat ____ penyalahgunaannya boleh membawa kesan buruk.
A. sementara B semenjak C. sungguhpun D. jika

23. Pembinaan lebuh raya dapat mengurangkan ______ kenderaan di pusat bandar Johor Bahru.
A. kesilapan B. kesulitan C. kesesakan D. kerosakan

24. Identiti ______ Saipuddin tidak hilang biarpun sudah menetap di negara Jepun lebih daripada 30 tahun.
A. kemelayuan B. kepanasan C. kelaparan D. kejatuhan

25. Sejak muda lagi Datin Sharifah gemar melibatkan diri dalam akiviti _______ .
A. memasyarakatkan B. bermasyarakat C. kemasyarakatan D. pemasyarakatan

26. Setiap pagi Puan Kinsobi ____ anak-anaknya yang hendak pergi ke sekolah dengan makanan dan minuman.
A. membekali B. membekalkan C. bekalan D. bekalkan

27. Kita perlu _____ undang-undang jalan raya untuk mengelakkan kemalangan jalan raya.
A. mematuhi B. mematuhkan C. kepatuhan D. pematuhan

28. Pihak kerajaan ______ projek pendalaman sungai itu untuk mengatasi masalah banjir di Kampung Mesra.
A. dilaksanakan B. melaksanakan C. terlaksana D. pelaksanaan

29. Nenek Khalsom hanya _______________lampu pelita sahaja ketika rumahnya terputus bekalan elektrik.
A. bersenjatakan B. bertemakan C. berumahkan D. bertemankan

30. Kami ______ sambil berbalas senyuman sebelum mengakhiri mesyuarat itu.
A. bermaafan B. bertumbukan C. bertembakan D. bersalaman

31. Hong Xuan dan kawan-kawannya ______ di padang sekolah pada waktu rehat.
A. berlarian B. berterbangan C. berdebaran D. berlanjutan

32. Antara ayat berikut, yang manakah merupakan Ayat Tunggal?


A. Pemain yang amat handal itu berasal dari negara Malaysia.
B. Senamrobik dapat menyihatkan badan dan mencerdaskan otak pelajar.
C. Inuyasha menyapu lantai sambil menyanyi lagu kegemarannya.
D. Kita harus mengulang kaji pelajaran di rumah pada setiap hari.

33. Antara ayat berikut, yang manakah merupakan Ayat Majmuk?


A. Nathan mengambil gambar ibunya dengan menggunakan kamera.
B. Bas itu melanggar pembahagi jalan pada waktu malam.
C. Kakak Tanjirou ketawa terbahak-bahak di biliknya.
D. Minuman kegemarannya telah tersedia di atas meja.

34. Antara ayat berikut, yang manakah bukan Ayat Aktif ?


A. Dia membeli buah durian untuk adik kesayangannya. B. Pekerja itu sedang membaiki atap rumah Hashibira.
C. Pelajar-pelajar mempersembahkan hasil kerja mereka. D. Makanan yang sedap itu telah saya makan tadi.

3
35. Antara ayat berikut, yang manakah merupakan Ayat Pasif yang gramatis?
A. Cerpen itu saya telah tulis . B. Jambatan itu dibina akan oleh pihak kerajaan.
C. Hadiah itu belum kami ambil. D. Pingan mangkuk itu perlu dicuci oleh kalian.

36. Pilih pola ayat dasar (FN+ FSN) yang betul.


I. Pejabat Dato’ Lim di tingkat dua belas.
II. Tasik Kenyir sungguh indah dan misteri.
III. Penduduk kampung sedang berbual-bual mengenai isu semasa.
IV. Ayahnya ke Melaka kerana ada urusan perniagaan.
A. I dan II B. I dan IV C. I, II dan III D. II, III dan IV

37. Yang manakah padanan Pola Ayat Dasar yang betul?


A. FN+FSN: [Pokok itu] [ sungguh tinggi] B. FN+FK: [Emak] [telah mengemas bilik adik]
C. FN+FA: [Kereta Toyota Yarris itu] [untuk emak] D. FN+FN: [Hisagi sekeluarga] [akan pergi ke Singapura]

38. Pilih penggunaan kata perintah yang betul dalam Ayat Perintah yang berikut.
A. Jemput tolak kerusi besi ini ke tepi. B. Usah kamu memukul anjing liar itu.
C. Minta rasa kuih-muih yang tersangat sedap ini. D. Tolong ambilkan saya tuala yang berwarna kuning itu.

39. Antara ayat berikut, yang manakah merupakan Ayat Seruan yang betul?
A. Cis, sanggup engkau mengkhianati aku! B. Amboi, berani sungguh engkau mengganggu Zhen Cheng!
C. Aduhai, sakitnya kaki aku! D. Ah, hebat betul Aizen Sousuke mematahkan hujah!

Soalan 40-43
Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan dalam
ayat berkenaan.
40. Ibu membuat ayah secawan kopi dengan menggunakan serbuk kopi yang baru dikisar. Tiada kesalahan
A B C D
41. Sultan Johor mengurniakan tokoh itu pingat kebesaran untuk menghargai pengorbanannya. Tiada kesalahan
A B C D
42. Pelajar dari kawasan pedalaman itu pergi ke sekolah pada awal pagi setiap hari. Tiada kesalahan
A B C D
43. Kedua orang anaknya mendapat pangkat pertama dalam peperiksaan SPM dua tahun lalu. Tiada kesalahan
A B C D
Soalan 44-47
Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat yang berikut mungkin mempunyai kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga
tidak. Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mempunyai kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan.

44. Semua alat-alat ganti kereta yang dirampas oleh pihak kerajaan Malaysia itu tiruan.
A. Semua alat ganti kereta B. Seluruh alat-alat ganti kereta
C. Berbagai-bagai alat-alat ganti kereta D. Semua alat-alat ganti kereta

45. Pengemis yang berpakaian compang-camping itu berbantalkan dengan lengan di tepi jalan.
A. berbantal tentang lengan B. berbantalkan lengan
C. berbantalkan kepada lengan D. berbantalkan dengan lengan

46. Setiap buah pendapat akan diberi perhatian oleh majikan dalam mesyuarat itu.
A.Setiap pendapat-pendapat B. Setiap pendapat
C. Setiap buah pendapat-pendapat D. Setiap buah pendapat

47. Khemah masing-masing kami akan bersihkan sebaik-baik sahaja selepas aktiviti ini berakhir.
A. akan dibersihkan oleh kami B. kami akan membersihkan
C. akan kami bersihkan D. kami akan bersihkan

4
Soalan 48 hingga 50
Pilih ayat atau ayat-ayat yang betul.
48. I. Setiap petang bapa mengisi masa lapangnya dengan berkebun sayur.
II. Setengah pelajar tidak memahami sistem bahasa Melayu baku.
III. Para pelajar yang ingin menyertai pertandingan melukis dikehendaki mendaftakan diri di pejabat.
IV. Kedua-dua pelancong itu dari Perancis.
A. I dan II sahaja B. I dan III sahaja C. II dan III sahaja D. I, III dan IV

49. I. Jun Xi membeli lima bungkus nasi dagang.


II. Tiap-tiap murid diberi secubit kek dalam majlis hari jadi Hong Jun.
III. Sepasang baju kurung itu sudah berharga beribu-ribu ringgit.
IV. Setiap anak yatim menerima sehelai kad ucapan daripada pemimpin negara itu.
A. I dan II sahaja B. I dan III sahaja C. III dan IV sahaja D. I, II dan IV

50. I. Kuih yang dibuat daripada tepung beras itu memang lazat.
II. Saufi akan bertanding dalam acara lompat tinggi.
III. Saya tidak marah kepadanya tetapi hanya menasihatinya dengan hati yang tenang.
IV. Wang yang ada kepada Jing Yi hanya cukup untuk menampung perbelanjaan sekolah selama seminggu.
A. I dan II sahaja B. II dan IV sahaja C.I, II dan III D. I, II, III dan IV

Soalan 51 hingga 55 (5%)


Pilih Simpulan Bahasa yang paling sesuai.
51. Dalam ______ itu, pasukan tentera Malaysia berjaya menawan kubu musuh.
A. berat sebelah B. titik peluh C. telinga lintah D. serang hendap

52. Persahabatan antara Yun Xi dengan Hong Jun sudah ber _______ kerana berselisih faham.
A. tali barut B. serkap jarang C. simpul mati D. terang hati

53. Pengganas itu terpaksa ______ apabila tempat persembunyian mereka telah dapat dikesan pihak berkuasa.
A. angkat kaki B. anak buah C. wang hangus D. tulang belakang

54. Jason menjadi ______ Encik Koh semenjak ibu bapanya meninggal dunia dalam kemalangan ngeri itu.
A. alas perut B. anak angkat C. tebal telinga D. telinga tempayan

55. Zhe Yu ialah seorang yang _______, semua percakapan orang didengarnya.
A. telinga lintah B. senapang bambu C. tidur-tidur ayam D. ayam tambatan

Soalan 56 hingga 60 (5%)


Pilih Perumpamaan yang paling sesuai.
56. ______, penjenayah itu terus memecut laju apabila ternampak pasukan polis trafik mengadakan sekatan jalan raya.
A. Bagai isi dengan kuku B. Bagai limau masam sebelah
C. Bagai lebah menghimpun madu D. Bagai kucing dibawakan lidi

57. Niat Rizal hendak membina kapal terbang daripada pohon buluh disifatkan oleh semua orang ______.
A. ikut hati mati, ikut rasa binasa B. bagai mencencang air
C. berani kerana benar, takut kerana salah D. burung terbang dipipiskan lada

58. Persahabatan Kasim dan Rahim yang rapat itu ______.


A. bagai isi dengan kuku B. bumi mana yang tidak ditimpa hujan
C. berani kerana benar, takut kerana salah D. bagai melepaskan batuk di tangga

59. Ibu sering menasihati abang supaya berfikir masak-masak sebelum bertindak agar tidak menyesal kelak kerana __.
A. geruh tak berbunyi malang tak berbau B. bagai isi dengan kuku
C. sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna D. bagai menatang minyak yang penuh

60. Pak Rahmat bekerja ______ tiap-tiap hari untuk memperbesar rumahnya yang terdapat di Kampung Palazio.
A. bagai limau masam sebelah B. bagai lebah menghimpun madu
C. hutang emas dapat dibayar, hutang budi dibawa mati D. bagai mencencang air

5
BAHAGIAN B: KEFAHAMAN (10%)
Baca petikan di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Membaca merupakan amalan yang baik dan berfaedah. Di samping menambah ilmu pengetahuan, membaca
dapat mengisi masa lapang seseorang, malangnya sifat membaca ini masih belum menjadi tabiat yang mendarah daging
dalam kalangan masyarakat Malaysia berbanding dengan masyarakat negara maju.
Punca utama keadaan ini berlaku kerana sesetengah ibu bapa tidak menaruh minat membeli bacaan ringan untuk
anak-anak mereka. Hal ini mungkin kerana kurangnya kuasa membeli atau bimbang akan mengganggu pelajaran anak-
anak mereka setelah terlalu banyak membaca bacaan ringan.
Hadirin yang dikasihi,
Di samping itu, ada sebahagian daripada masyarakat berpendapat bahawa membaca sangat membosankan.
Mereka lebih suka bermain alat permainan video dan komputer. Mereka beranggapan bahawa permainan sedemikian
lebih menyeronokkan jika dibandingkan dengan membaca buku.
Malah, kemudahan perpustakaan untuk mendapatkan bahan bacaan amat kurang di negara ini. Buku-buku yang
terdapat di dalam perpustakaan juga tidak terkini. Hal ini menyebabkan mereka yang pernah pergi ke perpustakaan
awam kurang menjejakkan kaki mereka ke sana lagi.
(Dipetik daripada Buku Teks Bahasa Malaysia Junior Dua Jilid Pertama: Unit 4)
1. Terangkan maksud perkataan di bawah ini berdasarkan penggunaan dalam petikan. (2%)
(i) membosankan (baris 5) (ii) beranggapan (baris 6)
2. Nyatakan manfaat-manfaat generasi muda memupuk amalan membaca. (2%)
3. Mengapakah masyarakat tidak berminat untuk pergi ke perpustakaan? (2%)
4. Pada pendapat anda, apakah cara-cara untuk memupuk amalan membaca dalam kalangan pelajar? (4%)
(Berikan dua cara dan huraian)

BAHAGIAN C – KOSA KATA (15%)


I. Berikan erti yang sesuai bagi kosa kata yang berikut. (10%)
1. penyamun 2. kecut perut 3. cadangan 4. amalan 5. jiwa
6. kemajmukan 7. diwarisi 8. minoriti 9. pelita 10. berlunaskan

II. Isi tempat kosong dengan kosa kata yang paling sesuai. (5%) (Tulis Huruf Sahaja)
A. mengganggu B. dihuni C. sudi D. berkualiti E. integrasi
F. monopoli G. keunikan H. etnik I. menyeronokkan J. langkah seribu
1. Pelajar-pelajar berharap agar dapat melakukan lebih banyak aktiviti yang ___ pada hujung minggu.
2. Negara Malaysia mempamerkan ___ masyarakatnya yang terdiri daripada pelbagai kaum.
3. “Ibu dapat merasakan ada sesuatu yang ___ fikiran kamu,” kata Kalsom yang kelihatan muram.
4. Hospital-hospital swasta dapat menawarkan perkhidmatan yang lebih ___ kepada para pesakit kerana mengenakan
kos rawatan yang tinggi.
5. Pihak kerajaan telah menjalankan pelbagai program untuk memupuk ___ antara rakyat berbilang kaum.

BAHAGIAN D – KARANGAN (15%)


Tulis sebuah karangan tentang satu daripada tajuk-tajuk di bawah. Panjang karangan anda hendaklah lebih
daripada 180 patah perkataan.

1. Pada cuti sekolah yang lalu, anda dan keluarga anda telah mengambil kesempatan untuk melancong
ke salah satu destinasi pelancongan di negara ini. Ceritakan pengalaman anda itu.

2. Masalah penyalahgunaan Internet telah membimbangkan semua pihak.


Berikan pendapat anda tentang keburukan penyalahgunaan Internet dalam masyarakat.

3. Amalan membaca dalam diri remaja perlu ditekankan oleh semua pihak.
Bincangkan kebaikan amalan membaca dalam kalangan remaja.

6
Sekolah Menengah Foon Yew, Johor Bahru
Jawaban Peperiksaan Semester Pertama Bahasa Malaysia
Tingkatan Menengah Rendah Dua

BAHAGIAN A: Objektif (60%)


1. D 11. A 21. B 31. A 41. A 51. D
2. D 12. C 22. C 32. D 42. D 52. C
3. B 13. B 23. C 33. A 43. A 53. A
4. B 14. A 24. A 34. D 44. A 54. B
5. D 15. A 25. C 35. C 45. B 55. A
6. C 16. B 26. A 36. B 46. B 56. D
7. D 17. C 27. A 37. B 47. C 57. B
8. C 18. A 28. B 38. D 48. B 58. A
9. A 19. A 29. D 39. A 49. B 59. C
10. B 20. D 30. D 40. A 50. A 60. B

BAHAGIAN B – KEFAHAMAN (10%)


Tulis jawapan untuk soalan kefahaman dalam ruangan yang disediakan.
1. (a) membosankan –___menjemukan (1%)
(b) beranggapan – __berpendapat__(1%)
2. Nyatakan manfaat-manfaat generasi muda memupuk amalan membaca. (2%)
Manfat-manfaat generasi muda memupuk amalan membaca ialah amalan tersebut dapat mengisi masa lapang
seseorang (1%) dan menambah ilmu pengetahuan mereka.(1%)

3. Mengapakah masyarakat tidak berminat untuk pergi ke perpustakaan? (2%)


Masyarakat tidak berminat untuk pergi ke perpustakaan kerana kemudahan perpustakaan untuk mendapatkan
bahan bacaan amat kurang di negara ini (1%) dan buku-buku yang terdapat di dalam perpustakaan juga
tidak terkini. (1%)

4. Pada pendapat anda, apakah cara-cara untuk memupuk amalan membaca dalam kalangan pelajar?
(Berikan dua cara dan huraian) (4%)

Pada pendapat saya, cara untuk memupuk amalan membaca dalam kalangan pelajar ialah:
Ibu bapa perlu menunjukkan teladan baik seperti membaca buku bersama-sama anak
kepada anak mereka mereka pada setiap hari.

Media massa perlu menyebarkan mesej positif seperti menerbitkan iklan yang mempunyai
kepada masyarakat elemen kepentingan / manfaat memupuk
amalan membaca
Pihak kerajaan perlu mengadakan kempen kesedaran untuk memupuk semangat kerajinan
tentang kepentingan / kebaikan mumupuk membaca buku terhadap generasi muda.
amalan membaca kepada generasi muda
(Guru menerima jawapan yang relevan )

BAHAGIAN C – KOSA KATA (15%)


(i) Berikan erti yang sesuai bagi kosa kata yang berikut. (10%)
1. perompak 6. kepelbagaian
2. berasa takut 7. dipusakai
3. saranan 8. golongan kecil
4. kebiasaan 9. penyuluh
5. sanubari 10. berasaskan
(ii) Isi tempat kosong dengan kosa kata yang paling sesuai. (5%) (Tulis Huruf Sahaja)
1. I 2. G 3. A 4. D 5. E

You might also like