You are on page 1of 9

1

SMJK CHUNG LING PULAU PINANG


PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2019
BAHASA MELAYU
TINGKATAN 1
KERTAS 1

Nama: _____________________________________ Masa: 1 jam 30 minit


Kelas: 1T_________

Arahan:
1. Kertas ini mengandungi tiga bahagian, iaitu bahagian A, bahagian B, dan bahagian C.
2. Jawab semua soalan bahagian A dan bahagian B.
3. Anda hanya perlu menjawab satu soalan daripada bahagian C.

BAHAGIAN A: OBJEKTIF ANEKA PILIHAN


[20 markah]

Soalan 1 - 5
Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawaban yang paling sesuai.
Soalan 1 berdasarkan gambar di bawah ini.

1. Sekumpulan pegawai alam sekitar membuat ________ di sebatang sungai yang tercemar.
A. tinjauan B. kajian C. semakan D. intipan

Soalan 2 berdasarkan gambar di bawah ini.

2. Wayne berjalan dengan _______________ kerana kakinya luka setelah terpijak kaca.
A. bertatih B. bertopang C. berjengket D. bertinggung

3. Sungguh _____________ mulut kamu mengata-ngatai ibu bapa angkat kamu itu.
A. kasar B. tajam C. pedih D. lancang
2

4. Mulut budak itu _______________ apabila melihat aiskrim yang dimakan oleh rakannya itu.
A. terkebil-kebil B. terkecap-kecap C. terketar-ketar D. tertahan-tahan

5. Pesawat tentera sebuah negara asing dituduh mencerobohi __________ negara kita beberapa
kali sejak setahun lalu.
A. ruang lingkup B. ruang negara C. ruang maya D. ruang udara

Soalan 6 – 9
Ayat-ayat yang berikut mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan
itu telah ditandakan dengan A, B, atau C dan jika tiada kesalahan telah ditandakan dengan D.
Pilih jawaban yang paling sesuai.

6. Mangsa-mangsa gempa bumi itu dalam keadaan sangat gundah-gulana kerana kehilangan
A B
anggota-anggota keluarga serta kemusnahan harta benda. Tiada kesalahan.
C D

7. Laporan kaji selidik itu hendaklah bermuat data yang kemas kini di samping gambar
A B
rajah-gambar rajah yang bermakna tetapi menarik. Tiada kesalahan.
C D

8. Pelari dari Somalia itu kebuluran kerana keputusan bekalan makanan akibat daripada
A B
peperangan yang berlarutan di negara mereka. Tiada kesalahan.
C D

9. “Tiada lagi yang saya harapkan melainkan untuk melihat kejayaan kamu semua dalam
A B
SPM,” kata pengetua. Tiada kesalahan.
C D

Soalan 10 – 11
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.
10. I Ekonomi negara Greece lumpuh kerana menanggung beban hutang yang terlalu
tinggi.
II Akibat daripada kemalangan ngeri itu, pemuda tersebut lumpuh dari pinggang ke
bawah.
III Asap tebal daripada pembakaran terbuka itu menyebabkan pandangannya lumpuh.
IV Banjir lumpuh yang melanda kawasan rendah itu berpunca daripada kegiatan
pembalakan.
A I dan II sahaja C I, II, dan III sahaja
B II dan III sahaja D II, III, dan IV sahaja
3

11. I Penculik itu memandang ke sekelilingnya dengan liar.


II Tulisan tangan yang liar dalam karangan itu sukar dibaca oleh pemeriksa.
III Hidupan liar yang hampir pupus perlu diberi perlindungan yang sewajarnya.
IV Sekumpulan pemuda yang bertindak liar di perhimpunan itu diberkas polis.
A I, II, dan III sahaja C I, II, dan IV sahaja
B I, III, dan IV sahaja D II, III, dan IV sahaja

Soalan 12 - 13
Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat yang berikut mungkin mengandungi kesalahan
penggunaan bahasa dan mungkin juga tidak.
Tandakan sama ada A, B, atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada
kesalahan.

12. Duit raya yang diterima oleh adik sudah ibu simpan di dalam bank.
A sudah disimpan oleh ibu C ibu sudah simpan
B ibu sudah menyimpan D sudah ibu simpan

13. Kedua pemuda yang disyaki menyeludupkan mercun dan bunga api dari negara jiran telah
ditahan oleh pihak kastam.
A Kedua-dua pemuda yang disyaki C Kedua orang pemuda yang disyaki
B Kedua-dua orang pemuda yang disyaki D Kedua pemuda yang disyaki

Soalan 14
Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir dengan ayat
yang dicetak tebal.
14. Pelibatan murid-murid dalam aktiviti robotik dapat meningkatkan minat mereka
dalam pembelajaran sains dan teknologi.
A Minat murid-murid dalam pembelajaran sains dan teknologi dapat ditingkatkan
melalui pelibatan mereka dalam aktiviti robotik.
B Aktiviti robotik dapat ditingkatkan dalam kalangan murid-murid jika mereka
mendalami pembelajaran sains dan teknologi.
C Pembelajaran dalam sains dan teknologi dapat meningkatkan penyertaan murid-
murid yang berminat dalam aktiviti robotik.
D Mereka yang berminat dalam pembelajaran sains dan teknologi dapat meningkatkan
pelibatan dalam aktiviti robotik.
4

Soalan 15
Pilih ayat-ayat yang betul.
15. I Baik kanak-kanak mahupun orang dewasa meminati filem Lasykar Pelangi
II Beliau mengatakan bahawa beliau tidak mempunyai niat buruk terhadap sesiapa.
III Saya tidak tahu syarikat itu sedang mengadakan temu duga terbuka.
IV Dia menaruh harapan agar permohonan pinjamannya itu diluluskan.
A I dan IV sahaja C I, II, dan IV sahaja
B II dan III sahaja D II, III, dan IV sahaja

Soalan 16
Pilih peribahasa yang paling sesuai.
16. Puan Loh yakin sekali bahawa pertelingkahan antara anak-anaknya itu tidak akan
berpanjangan, sebaliknya mereka akan berbaik-baik seperti sedia kala.
Peribahasa yang berikut dapat dikaitkan dengan keyakinan Puan Loh, kecuali...
A biduk lalu kiambang bertaut.
B carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum pula
C air dicencang tiada putus.
D air pun ada pasang surut

Soalan 17 – 20
Baca petikan drama di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.
PAK MAIL: Terima kasihlah, Encik Musa. Kami memanglah sedang menghadapi masalah
sekarang ini, terutamanya dalam hal persekolahan Hayati. Hari ini dia pulang
dari asrama.
ENCIK MUSA: Mengapa begitu, Pak Mail?
PAK MAIL: Masalah belanja, Encik Musa. Nampaknya saya terpaksa mencari satu punca
tetap untuk membantu persekolahannya. Saya sudah pun memberitahu Tuk
Penghulu akan hal ini.
DATUK PENGHULU: Betul, Encik Musa. Saya akan berikhtiar untuk mengatasi masalah yang
dihadapi oleh Pak Mail sekarang. Pak Mail tentu tidak dapat mengharapkan
pencen bulanannya yang sedikit itu untuk menyara keluarga.
PAK MAIL: Betul, Tuk.
ENCIK MUSA: Begini, Pak Mail. Kedatangan saya ini juga untuk menyampaikan sekeping
cek yang bernilai sepuluh ribu ringgit untuk Puan Fauziah. Di manakah Puan
Fauziah sekarang, Pak Mail?
PAK MAIL: Dia di dalam agaknya. (Memanggil) Fauziah!
FAUZIAH: (Dari dalam) Ya, ayah.
PAK MAIL: Keluar sekejap.
FAUZIAH: Baik, ayah. (FAUZIAH keluar.)
ENCIK MUSA: Begini, Puan Fauziah. Kami datang untuk menyampaikan sekeping cek
bantuan untuk keluarga puan. (Bangun untuk menyampaikan cek itu). Jadi,
terimalah cek ini. (Menunjukkan sekeping cek).
FAUZIAH: (Sambil menerima) Terima kasih, encik. (Mengesat air matanya).
5

ENCIK MUSA: Nampaknya tugas kami dah selesai. Kami minta diri dulu, Pak Mail.
PAK MAIL: Terima kasih, Encik Musa, Tuk. Bantuan ini amat besar ertinya kepada kami
sekeluarga.
ENCIK MUSA: Saya harap wang itu dapat membantu persekolahan anak-anak Allahyarham.
Allahyarham telah berjasa kepada negara, jadi sewajarnyalah keluarga beliau
mendapat penghargaan.
(Dipetik daripada drama Hadiah,
antologi ‘Kuingin Berterima Kasih’ Tingkatan 1,
Dewan Bahasa dan Pustaka)

17. Apakah tujuan Encik Musa berkunjung ke rumah Pak Mail?


A untuk berjumpa dengan Fauziah C untuk menjalankan amanahnya
B untuk bersembang dengan Pak Mail D untuk mengutip wang daripada Fauziah

18. Apakah masalah yang sedang dihadapi oleh keluarga Pak Mail?
A Kesempitan hidup. C Cucunya hendak berhenti sekolah.
B Keluarganya ditindas oleh Encik Musa. D Kesibukan mencari wang.

19. Apakah perwatakan Pak Mail yang terdapat dalam petikan drama di atas?
A Seorang yang tabah. C Seorang yang bertanggungjawab.
B Seorang yang tamak. D. Seorang yang malas.

20. Apakah pengajaran yang terdapat dalam petikan drama di atas?


A Kita haruslah mengharapkan bantuan daripada pihak kerajaan.
B Kita haruslah mengorbankan diri demi kebahagiaan ahli keluarga.
C Kita haruslah menghargai pengorbanan seseorang pejuang negara.
D Kita haruslah memiliki semangat cinta akan tanah air yang tinggi.

BAHAGIAN B: OBJEKTIF PELBAGAI BENTUK DAN SUBJEKTIF


[25 markah]
Soalan 1 - Sistem Bahasa
a) Nyatakan pola ayat bagi ayat-ayat di bawah sama ada ayat tersebut berpolakan Frasa
Nama + Frasa Nama (FN+FN), Frasa Nama + Frasa Kerja (FN+FK), Frasa Nama +
Frasa Adjektif (FN+FA) atau Frasa Nama + Frasa Sendi Nama (FN+FS).
i. Ruang garaj kereta yang saya besarkan itu sungguh luas dan selesa.
ii. Tuhan ialah kuasa mutlak yang boleh mengabulkan doa kita.
iii. Bunyi tiupan seruling buluh yang sungguh merdu itu dari dangau di tengah sawah
sana.
iv. Wakil rakyat itu menasihati penduduk kampung supaya pasang mata terhadap
kehadiran pendatang asing.
v. Selepas membaca novel, saya ke padang untuk bersenam.
[5 markah]
6

b) Lihat gambar di bawah dengan teliti. Berdasarkan situasi dalam gambar tersebut, tulis dua
peribahasa yang sesuai.

[2 markah]

Soalan 2 – Pemahaman Petikan


Pantun Patriotik Malaysia Tercinta Kuingin Berterima Kasih

Tanjung Tuan dilupa jangan, Malaysia negaraku tercinta Sesekali kuingin kalungkan kagum
Tempat helang bersarang rendah; kudoakan engkau terus gagah kepadamu pejuang negara
Jasamu tuan tiada tandingan, menangkis anasir-anasir luar kerana tanganmu pernah berdarah
Warga dijulang nusa diperindah. saban waktu berusaha darah kesetiaan seorang warga
merobek keamananmu. kepada watan tercintanya.
(Dipetik dan diubah suai daripada
buku teks tingkatan 1,
Dewan Bahasa dan Pustaka) (Dipetik dan diubah suai daripada (Dipetik dan diubah suai daripada
buku teks tingkatan 1, Antologi Kuingin Berterima Kasih,
Dewan Bahasa dan Pustaka) Dewan Bahasa dan Pustaka)

Bahan 1 Bahan 2 Bahan 3

i. Berdasarkan bahan-bahan di atas, penyajak ingin berterima kasih kepada siapa?


[3 markah]

ii. Nyatakan dua pengajaran yang terdapat dalam bahan-bahan di atas.


[3 markah]

iii. Pada pendapat anda, apakah fungsi angkatan tentera pada zaman sekarang?
[4 markah]
7

Soalan 3 – Novel
Jawaban anda hendaklah berdasarkan novel Pelari Muda karya Ghazali Ngah Azia.

Latar masyarakat ialah keadaan masyarakat di tempat berlakunya cerita yang berkenaan.

Nyatakan tiga latar masyarakat yang dapat dikaitkan dengan watak utama bagi novel tersebut. bagi
setiap latar masyarakat, anda perlu mengemukakan contoh peristiwa yang sesuai.

Novel Pelari Muda

Watak Utama
Kamarul

Latar Masyarakat yang dapat dikaitkan dengan watak utama

[8 markah]
8

BAHAGIAN C: PEMINDAHAN MAKLUMAT


[15 markah]
Pilih satu soalan daripada soalan di bawah.
i. Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu ringkasan tentang kebaikan
makan coklat. Panjangnya ringkasan anda hendaklah antara 80 hingga 100 patah
perkataan.
Sejak turun-temurun, coklat telah digunakan dalam penyediaan pelbagai jenis makanan dan
minuman yang digemari oleh semua peringkat umur daripada segenap lapisan masyarakat di
seluruh dunia. Pada zaman dahulu hanya orang yang berada dapat menikmati coklat. Pada masa itu,
coklat ialah makanan yang dikhaskan untuk raja-raja, perwira dan pembesar negara. Kini, coklat
yang dihasilkan daripada buah koko itu dapat dinikmati oleh semua orang. Hal ini menyebabkan
industri berasaskan koko semakin berkembang dan menjadi sumber ekonomi kepada banyak negara.
Coklat mempunyai kandungan serat yang tinggi, karbohidrat, antioksidan, kalsium, fosfat
dan vitamin A, B, C dan D. Mengikut kajian sains, pengambilan coklat dapat melegakan otot.
Namun demikian, sekiranya diambil secara berlebihan, coklat boleh menyebabkan otot menjadi
terlalu rehat sehingga asid perut mudah masuk ke dalam esofagus, iaitu bahagian saluran makanan
yang terletak di antara tekak dengan perut. Keadaan ini boleh mengakibatkan kecederaan dalaman
kepada manusia. Hasil penyelidikan pula mendapati bahawa coklat dapat memberikan perasaan
gembira yang amat sangat kepada pemakannya. Perasaan gembira dapat dirasai ketika coklat
mencair di dalam mulut.
Hasil kajian mendapati bahawa ketika makan coklat, aromanya mampu merehatkan minda
seseorang. Di samping itu, pengambilan coklat juga dapat menimbulkan perasaan relaks kerana
bahan kimia teobromina yang terdapat dalam coklat boleh memberikan rangsangan psikologi
seolah-olah diri sentiasa bertenaga. Walau bagaimanapun, bahan kimia yang memberikan kesan
relaks kepada manusia itu boleh menjadi racun kepada banyak haiwan peliharaan seperti kucing,
anjing dan kuda. Hal ini terjadi demikian kerana haiwan peliharaan tidak mempunyai sistem
penghadaman yang dapat melakukan proses penguraian terhadap bahan kimia tersebut.
Manfaat lainnya ialah coklat mampu melanjutkan usia seseorang yang selalu memakannya.
Kajian mendapati bahawa sekiranya manusia mengunyah coklat tiga kali sebulan, mereka
diramalkan dapat hidup setahun lebih lama daripada orang yang tidak memakan coklat langsung.
Selain itu, coklat boleh mengurangkan risiko serangan strok kerana fungsinya yang dapat
mencairkan darah dan mengelakkan darah daripada membeku di dalam jantung. Penghidap asma
juga digalakkan supaya memakan coklat untuk melegakan saluran pernafasan di dalam paru-paru.
Kandungan bahan kimia dalam coklat yang diambil juga sesuai untuk melegakan batuk. Namun
begitu, manusia perlu berhati-hati kerana pengambilan coklat yang berlebihan boleh mengakibatkan
obesiti.
(Dipetik dan diubah suai daripada 'Sains di Sebalik Coklat',
Dewan Kosmik, September 2007)
9

ii. Lihat brosur di bawah dengan teliti, kemudian tulis ulasan yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah
perkataan.

KERTAS SOALAN TAMAT

Disediakan oleh: Cikgu Oo Kean Hoe Disahkan oleh: Cikgu Choong Sim

Disemak oleh: Cikgu Noorfaizatul Hanim Disahkan oleh: Cikgu Kang Kul Lee

You might also like