You are on page 1of 11

Arahan: Jawab semua soalan Bahagian A dan Bahagian B serta satu soalan daripada

Bahagian C.
BAHAGIAN A
(20 markah)

Soalan 1 hingga 7
Lengkapkan ayat-ayat berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai.

1) Pemburu itu cuba......... kera dengan menggunakan perangkap yang diperbuat daripada
buluh.

A) menangkap
B) menangkapi
C) memerangkap
D) memperangkapkan

2) Kebolehannya dalam permainan badminton ....................... apabila dia menjuarai


acara perseorangan di peringkat daerah.

A) terserlah
B) tampak
C) kelihatan
D) bermula

3) Polis menjumpai dua ................. pistol yang disembunyikan di dalam se.............pokok


serai di belakang rumah penjahat itu.

A) pucuk ... rumpun


B) das ... buah
C) laras ... batang
D) pucuk ... cekak

4) Para nelayan itu turun ke laut dengan membawa tiga .............. jala dan beberapa
................. joran.

A) buah ... biji


B) rawan ... batang
C) batang ... rawan
D) longgok ... buah

Soalan 5 hingga Soalan 6


Pilih ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

5. I Pemain itu gagal menjaringkan gol walaupun mendapat peluang terbuka di depan
pintu gol.
II Hatinya terbuka semula untuk meneruskan pelajaran setelah melihat kejayaan
abangnya mendapat ijazah.
III Rakyat Malaysia mengadakan rumah terbuka setiap kati menyambut hari raya.
IV Kucing itu menyelinap ke dapur melalui tingkap yang terbuka itu.

2
A I,III dan III sahaja
B I, III dan IV sahaja
C II, III dan IV sahaja
D I, II, III dan IV

6. I Ibu membeli tiga pucuk pisang untuk digoreng.

II Kambing suka makan pucuk kayu muda.

III Para pendaki gunung itu akan cuba mendaki hingga ke pucuk Gunung Kinabalu.

IV Polis telah merampas beberapa pucuk pistol daripada kumpulan kongsi gelaD itu.

A I dan II sahaja
B II dan IV sahaja
C I, III dan IV sahaja
D II, III dan IV sahaja

Soalan 7 dan Soalan 8


Pilih ayat tanya yang paling sesuai bagi ayat yang bergaris.

7) Temasya Sukan Komanwel 1998 akan diadakan di Malaysia.

A) Benarkah temasya Sukan Komanwel 1998 akan diadakan di Malaysia?


B) Di manakah temasya Sukan Komanwel 1998 akan diadakan?
C) Bilakah temasya Sukan Komanwel akan diadakan di Malaysia?
D) Negara manakah yang akan menjadi tuan rumah temasya Sukan Komanwel 1998?

8) Kawasan rumah yang tidak dibersihkan daripada bekas -bekas yang boleh menakung
air adalah antara sebab utama pembiakan nyamuk aedes.

A) Bagaimanakah pembiakan nyamuk aedes boleh berlaku?


B) Apakah faktor penting yang menyebabkan pembiakan nyamuk aedes?
C) Apakah kesan daripada kawasan rumah yang tidak dibersihkan daripada bekas-
bekas yang menakung air?
D) Di manakah nyamuk aedes biasanya membiak?

3
Soalan 9 hingga Soalan 11

Isikan tempat kosong yang bernombor dengan jawapan yang paling sesuai.

Dia tidak sanggup lagi ....(9).... seperti binatang. Oleh itu, dia mengambil keputusan untuk
melarikan diri dan ....(10).... tindakan majikannya itu kepada pihak polis. Biar majikannya
didakwa di mahkamah dan mendapat ....(11).... yang setimpal dengan perbuatannya.

9)
A) berkelakuan
B) dilakukan
C) memperlakukan
D) diperlakukan

10)
A) laporkan
B) melaporkan
C) dilaporkan
D) memperlaporkan

11)
A)hukuman
B)dihukum
C) menghukum
D) penghukuman

Soalan 12 dan Soalan 13

Pilih ayat-ayat yang betul.

12) I Gerhana matahari berlaku apabila bulan berada betul-betul di antara matahari
dan bumi.
II Malaysia berwawasan untuk menuju menjadi negara maju pada tahun 2020.
III Hanya pelajar-pelajar yang mendapat 4A dalam UPSR akan dipertimbangkan
untuk masuk ke sekolah berasrama penuh.
IV Acara lari dalam guni itu disertai oleh para guru-guru sekolah ini.

A) I dan III sahaja


B) I, II dan III sahaja
C) III dan IV sahaja
D) I, II dan IV sahaja

4
13) I Kami lari lintang-pukang apabila dikejar oleh seekor anjing yang
garang.
II Tiga orang murid-murid sekolah saya telah dipilih untuk menyertai pertandingan
syarahan peringkat daerah.
III Dia berasa waswas untuk masuk ke dalam rumah yang dikatakan
berhantu itu.
IV Tembakan pemburu itu tepat mengenai kepala harimau yang telah membaham tiga
ekor kambing di kampung itu.

A) I dan II sahaja
B) I dan III sahaja
C) I, III dan IV sahaja
D) II, III dan IV sahaja

Soalan 14 hingga 16
Pilih peribahasa yang paling sesuai.

14) Nenek Sunarti tidak pernah membaca sebarang surat khabar ataupun majalah
kerana dia _______________.

A buta hati
B buta huruf
C buta kayu
D buta gaji

15) Tan Lean Keong tidak mempunyai kakak dan adik. Oleh sebab itu dia dianggap
___________________ .

A anak buah
B anak emas
C anak tunggal
D anak bongsu

16) Semasa menaiki pesawat ke Kota Kinabalu, adik tidak henti-henti berbual
kerana adik ___________________.

A otak cair
B otak udang
C mulut murai
D mulut tempayan

5
Soalan 17 hingga 20
Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Kelabu ditemukan sewaktu anak kucing jantan itu mengekorinya yang sedang menuju
ke kereta dan hendak pulang ke rumah. Dia memungut Kelabu untuk menjadi teman
Oren bermain.

Pada mulanya dia menyamaratakan kasih sayangnya kepada kedua-duanya.


Setelah dia melihat Kelabu menunjukkan reaksi yang lebih manja daripada Oren dan
sering menarik perhatian, mereka sekeluarga lebih suka akan Kelabu. Oren yang lebih
suka menyendiri dan pendiam semakin tersisih.

Hari terus berlalu. Kelabu terus menjadi perhatiannya kerana pada setiap kali dia
pulang ke rumah, Kelabulah yang selalu menyambutnya sedangkan Oren hanya
mengangkat kepala apabila melihatnya dan melihat tingkah laku Kelabu.

Sejak kedatangan Kelabu juga, Oren selalu membiarkan Kelabu menjamah


makanan dahulu dan setelah selesai barulah Oren makan sisa-sisa makanan yang
ditinggalkan oleh Kelabu. Dia juga tidak pernah melihat Oren dan Kelabu bermain
bersama-sama apatah lagi bergaduh.

Dipetik daripada cerpen “Oren” oelh Saifullizan


Yahya dalam antologi Kuingin Berterima Kasih, Tingkatan 1,
Dewan Bahasa dan Pustaka)

17) Berdasarkan petikan di atas, apakah perbezaan sifat antara Kelabu dengan Oren?

A) Kelabu manja manakala Oren suka menyendiri dan pendiam.


B) Kelabu suka menyendiri dan Oren pandai menarik perhatian.
C) Kelabu pendiam manakala Oren manja
D) Kelabu sensitif dan pendiam manakala Oren suka menyendiri.

18) Bagaimanakah reaksi Oren menyambut dia ketika pulang ke rumah?

A) Mengangkat kepala dan melihat tingkah laku Kelabu


B) Membiarkan Kelabu menjamah makanan dahulu
C) Memperhatikan tingkah laku Kelabu dengan tuannya.
D) Bermain dengan Kelabu

19) Mengapakah dia memungut Kelabu?

A) Kerana Kelabu mengekori dia yang sedang menuju ke kereta


B) Untuk menjadi teman Oren bermain
C) Kerana Kelabu manja dan pandai menarik perhatian
D) Kerana Oren suka menyendiri dan pendiam

20) Apakah persoalan yang terdapat dalam Cerpen Oren?

A) Kasih sayang terhadap haiwan peliharaan.


B) Sikap tidak berputus asa.
C) Setiap pembohongan akan diketahui juga akhirnya.
D) Kebijaksanaan dalam melaksanakan sesuatu tugasan.

6
BAHAGIAN B

(25 markah)

Jawab semua soalan.


1(a) Tukarkan ayat pasif di bawah ini kepada ayat aktif.
i) Adik ditegur oleh ayah kerana sering ponteng sekolah.

………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………………

ii) Sepiring kuih keria dihidangkan oleh Mak Cik Jamilah untuk tetamunya.

………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………………

iii) Ceramah tentang keburukan permainan video disampaikan oleh pegawai kesihatan
Hospital Kuala Lumpur.

………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………………

(3 markah)

b) Gabungkan ayat-ayat tunggal di bawah ini supaya menjadi satu ayat majmuk.

i) Izham mahu bercuti ke Pulau Langkawi?


Izham mahu bercuti ke Pulau Tioman?
………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………………

ii) Fairus sangat yakin.


Zaki tidak bersalah dalam hal ini.
………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………………

iii) Sanju akan pergi ke rumah Nasir petang nanti.


Sanju ada kelapangan.
………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………………

iv) Misha terkejut.


Misha terpilih menjadi model produk kecantikan itu.
………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………………

(4 markah)

7
2 Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soaln-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat yang lengkap.
Tidak ada tempat yang lebih sesuai untuk memupuk semangat bersatu padu
antara murid selain di sekolah yang menjadi tempat menimba ilmu, mengenali dan
memahami budaya rakan yang terdiri daripada berbilang kaum. Antara langkah untuk
memupuk semangat bersatu padu dalam kalangan murid berbilang kaum ialah guru-
guru perlulah memberikan kerja-kerja berkumpulan yang terdiri daripada murid pelbagai
kaum dalam melaksanakan projek-projek sekolah. Dalam proses menjayakan inisiatif
tersebut, guru tidak boleh mencetuskan isu-isu sensitif semasa mengajar.
Di samping itu, murid perlulah belajar dan menghayati sejarah negara agar dapat
memahami erti perpaduan rakyat. Oleh itu, pihak kerajaan telah mewajibkan murid agar
lulus dalam mata pelajaran Sejarah di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia. Selanjutnya,
pelaksanaan aktiviti kokurikulum juga dapat memupuk dan mengeratkan hubungan
kaum dalam kalangan murid dan juga antara sekolah dengan masyarakat.
Sesungguhnya, aktiviti-aktiviti kokurikulum membantu murid menambah, mengukuh dan
mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai yang telah dipelajari di dalam bilik
darjah.
Masyarakat setempat juga sewajarnya menganjurkan pelbagai aktiviti
kemasyarakatan yang melibatkan pelbagai kaum. Antara aktiviti yang dapat dianjurkan
adalah seperti bergotong-royong dan menyertai Program Rukun Tetangga. Selain itu,
masyarakat juga boleh turut serta menjayakan aktiviti-aktiviti yang diadakan semasa
perayaan Bulan Kemerdekaan. Oleh itu, usaha-usaha untuk mengukuhkan perpaduan
kaum di negara ini memerlukan sinergi dan dedikasi yang tidak berbelah bahagi
daripada semua pihak.

a) Nyatakan dua aktiviti kemasyarakatan yang dapat mengeratkan hubungan antara


masyarakat pelbagai kaum.

………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………………
(2 markah)

b) Berdasarkan petikan, apakah langkah-langkah yang boleh dilakukan oleh pihak sekolah
untuk memupuk semangat bersatu padu dalam kalangan murid.

………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………………
(3 markah)

c) Perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat amat penting dalam sesebuah negara.
Pada pendapat anda, apakah yang akan berlaku jika tidak wujud perpaduan kaum dalam
sesebuah negara?

………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………………

8
3) Jawapan anda hendaklah berdasarkan daripada novel yang telah anda kaji di Tingkatan
1.

(i) Destinasi Impian karya Mohd Ismail Sarbini

Persoalan merupakan unsur yang penting dalam sesebuah novel. Huraikan tiga
persoalan beserta tiga contoh peristiwa yang terdapat dalam novel yang anda kaji.

(10 markah)

………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………………

9
BAHAGIAN C

(15 markah)

Jawab satu soalan sahaja.

1) Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah
ringkasn tentang sebab-sebab masyarakat kurang membaca buku ilmiah. Panjang
ringkasan anda hendaklah antara 80 hingga 100 patah perkataan. Anda digalakkan
supaya menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah ayat asal.

Tabiat membaca buku ilmiah dalam kalangan rakyat Malaysia masih rendah
berbanding dengan negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, England, Jepun
dan Taiwan. Penduduk negara yang ekonominya berasaskan sektor pertanian, masih
beranggapan bahawa memiliki buku-buku ilmiah tidak sepenting seperti memiliki
makanan. Lagipun, jumlah ahli keluarga yang besar, memaksa ketua keluarga
berbelanja untuk membeli keperluan asas sahaja. Fenomena ini berlaku kerana rakyat
yang tinggal di negara yang berasaskan pertanian sangat malas berfikir kerana bidang
pertanian lebih teratur dan tidak banyak pancaroba. Mereka membaca hanyalah untuk
menghiburkan hati. Lantaran itu, buku-buku terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka,
bernilai RM 40 juta tidak terjual kerana gagal menarik minat pernbaca. Buku-buku
tersebut dikatakan kurang memuatkan ilustrasi dan isi kandungan buku pula terlalu
padat.

Selain itu, bahan-bahan bacaan ilmiah lebih mahal daripada komik dan bahan-bahan
bacaan picisan. Penjualan buku-buku ilmiah masih terbatas dan sukar dibeli di
pasaran manakala bahan-bahan bacaan picisan boleh diperoleh di kaki lima, pusat
beli-belah, stesen bas, pasar malam, dan pelbagai tempat lagi.

Komik dan bahan-bahan bacaan picisan juga dipersembahkan dalam bentuk ilustrasi
dan grafik yang menarik. Bahan bacaan picisan menjadi pilihan pembaca kerana
memuatkan karya-karya yang mengungkapkan tema yang ringan-ringan dan boleh
dibaca ketika bersantai. Mereka tidak perlu memerah otak untuk memahaminya.
Contohnya, kisah-kisah yang dipaparkan dalam karya picisan adalah tentang
percintaan yang berakhir dengan pertemuan dijinjang pelamin, cinta tiga segi dan
sebagainya.

Kehadiran bahan-bahan seperti ini bukan sahaja tidak membina minda masyarakat
malah boleh menyebabkan berlakunya masalah sosial. Oleh itu, pihak kerajaan
mestilah memantau penerbitan dan pengedaran bahan-bahan bacaan ini dalam
masyarakat.

Buku-buku ilmiah juga kurang diberi perhatian kerana terpaksa bersaing dengan
media massa dalam teknologi moden seperti Internet, video, dan televisyen. Oleh itu,
terdapat ramai golongan cendekiawan serta para pelajar beralih kepada penggunaan
teknologi moden yang lebih murah dan menyeronokkan.

(Dipetik dan diubahsuai daripada rencana,


'Minda Pembaca' Berita Harian 2007)

10
………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………………

11
2) . Lihat rajah di bawah ini dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam rajah
tersebut, tulis ulasan yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan.

………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………………

12

You might also like