You are on page 1of 26

MODUL SUKSES

BAHASA MELAYU
KERTAS 1

SPM
KAEDAH 1: PENULISAN BAGI PELAJAR ARAS RENDAH

KERANGKA PASANG SIAP


Isu tentang ...............................TEMA.................... tidak seharusnya dipandang remeh.
Antara contoh TEMA/TUGASAN ialah CONTOH 1, CONTOH 2 dan CONTOH 3.
Persoalannya, apakah .............................TUGASAN................................. ?

* CONTOH MESTILAH MERUJUK PILIHAN TEMA/TUGASAN

Pertama, ...................TUGASAN..................... ialah ....................ISI 1.....................


Hal ini dikatakan demikian kerana .................ISI 1.............. + .................HURAIAN...............
Sebagai contoh, ..........SIAPA........... + ..............................HURAIAN...................................
Pendek kata, ...............ISI 1.................. merupakan .....................TUGASAN...........................

Kedua, ...................TUGASAN..................... ialah ....................ISI 2.......................Hal


ini dikatakan demikian kerana .................ISI 2.............. + .................HURAIAN...............
Sebagai contoh, ..........SIAPA........... + ..............................HURAIAN...................................
Pendek kata, ...............ISI 2.................. merupakan .....................TUGASAN...........................

Ketiga, ...................TUGASAN..................... ialah ....................ISI 3. ......................Hal


ini dikatakan demikian kerana .................ISI 3.............. + .................HURAIAN...............
Sebagai contoh, ..........SIAPA........... + ..............................HURAIAN...................................
Pendek kata, ...............ISI 3.................. merupakan .....................TUGASAN...........................

Akhir sekali, ...................TUGASAN..................... ialah ....................ISI 4.....................


Hal ini dikatakan demikian kerana .................ISI 4.............. + .................HURAIAN...............
Sebagai contoh, ..........SIAPA........... + ..............................HURAIAN...................................
Pendek kata, ...............ISI 4.................. merupakan .....................TUGASAN...........................

Bagi menggulung segala yang telah dibincangkan, ...SIAPA ... hendaklah mengetahui
...................................TUGASAN ......................seperti ISI 1, ISI 2, ISI 3 dan ISI 4.
Sesungguhnya ...........TEMA..... memberikan KEBAIKAN/KEBURUKAN kepada ......SIAPA...
Oleh itu, ..........TUGASAN ............. hendaklah DIAMALKAN/DIELAKKAN dalam kehidupan
seharian.
KAEDAH 2: PENULISAN BAGI PELAJAR ARAS RENDAH KERANGKA KARANGAN ( GALUS)

PENDAHULUAN ( TEMA POSITIF)

Memang tidak dapat dinafikan bahawa ( tema) sangat penting. Persoalannya


kiniapakah ( tugasan)? Oleh itu (tugasan) akan dibincangkan untuk kepentingan bersama.

(PENDAHULUAN (TEMA NEGATIF)

Memang tidak dapat dinafikan bahawa ( tema) diatasi. Persoalannya kini apakah (
tugasan)? Oleh itu (tugasan) akan dibincangkan untuk kepentingan bersama.

PERENGGAN ISI

Antara ( tema) termasuklah ( idea berkaitan dengan fokus). Hal ini dikatakan demikian
kerana (siapa dan idea berkaitan dengan fokus). Oleh sebab itu, (siapa dan mengapa). Kesannya
( kesan daripada idea yang berkaitan dengan fokus).

PERENGGAN PENUTUP

Konklusinya, ( pihak) perlulah ( cadangan berkaitan tema). Jika semua ( pihak


dan harapan berdasarkan tema) seperti peribahasa ke bukit sama didaki, ke lurah sama
dituruni, pasti ( tema). Sekiranya ( harapan berkaitan dengan tema)
SET 1

BAHAGIAN A
[30 Markah]

Keratan berita dan grafik di bawah berkaitan dengan keracunan makanan.


Huraikan pendapat anda mengenai langkah-langkah mengatasi keracunan makanan.
Panjangnya karangan anda hendaklah antara 150 – 200 patah perkataan.

KERACUNAN MAKANAN

BAHAN 1 BAHAN 2

GUNAKA N LAH SABUN DAN AIR


UN TUK MENCEGAH JAN GK IT AN
PEN YAKIT Sumber: Internet Sumber: Internet

BAHAN 3

Kes Keracunan Makanan Meningkat - Dr. Dzulkefly

Oleh Syalikha Sazili– 13 Julai 2019


syalikha@bh.com.my

Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, berkata sehingga Mei 2019 sebanyak 213 kejadian keracunan
makanan dilaporkan membabitkan 68 kejadian di sekolah bawah seliaan Kementerian Pendidikan.
Menyedari hakikat ini, beliau menegaskan agar kerajaan bertanggungjawab mengambil langkah bagi
mengawal pencemaran makanan ini bermula daripada bahan mentah sehingga ke peringkat hidangan
makanan.
“Mereka perlu memilih premis makanan yang bersih untuk membeli makanan serta
mengamalkan konsep ‘lihat, hidu dan rasa’ sebelum makan untuk mengelak makanan yang rosak.

Dipetik dan diubah suai daripada


https://www.bharian.com.my/amp/berita/nasional/2019
1
BAHAGIAN B
[70 Markah]

Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 350-500
patah perkataan.

1.

Majlis Keselamatan Dunia menjalankan tanggungjawabnya selari dengan Piagam


Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi mencari penyelesaian tentang isu
keamanan di dunia. Malaysia juga terus mengambil bahagian secara aktif dalam misi
keamanan dunia bagi memelihara keamanan dan keselamatan dunia. Antaranya,
Malaysia memperjuangkan pelucutan dan pengharaman senjata pemusnah termasuk
senjata nuklear, menyalurkan sumbangan kewangan secara berkala, bantuan perubatan,
menyertai Program Makanan Dunia (WFP) dan sebagainya.

Sumber: Bernama Online, 25 Oktober 2016

Petikan akhbar di atas menjelaskan peranan negara Malaysia dalam mengekalkan


keamanan dunia.

Ulaskan pernyataan tersebut.

2.

Majikan amat mementingkan personaliti seseorang graduan semasa menghadiri sesi


temuduga. Ciri-ciri graduan yang dinilai termasuklah keterampilan diri, pakaian dan cara
berkomunikasi. Namun ada sesetengah siswazah yang gagal menampilkan ciri-ciri yang
baik bersikap sambalewa semasa temuduga, sekali gus menyebabkan timbul pandangan
yang negatif daripada majikan. Terdapat juga segelintir siswazah yang mempunyai
kelayakan akademik yang sempurna melalui resume yang dikemukakan tetapi gagal
berkomunikasi dengan baik ketika ditemuduga.

Dipetik dan diubah suai daripada :


https://btu.upm.edu.my/news/program_menganjak_kemahiran_komunikasi_anda__me
mpersiap_bakal_pemimpin_masa_akan_datang-62217

Pernyataan di atas menggambarkan ramai graduan yang gagal dalam temuduga untuk
merealisasikan kerjaya impian mereka kerana tidak membuat persediaan yang cukup
sebelum menghadiri sesi temuduga.

Sebagai graduan yang bakal menceburi bidang kerjaya, huraikan pendapat anda tentang
pernyataan di atas.

7
2

3.

Pendidikan sejarah di sekolah merupakan ejen sosialisasi bagi menyuburkan semangat


cinta akan negara selain melahirkan rakyat yang berjiwa patriotik. Penghayatan
maksimum dalam kalangan masyarakat diperlukan untuk meneruskan kelangsungan
kemerdekaan di samping mengamalkan nilai-nilai perpaduan yang utuh. Pakar
perlembagaan berpandangan bahawa pendidikan sejarah juga perlu dipupuk dan
dipraktikkan sehingga ke alam pekerjaan.

Dipetik dan diubah suai daripada


Berita RTM, 16 September 2020

Petikan di atas menerangkan maklumat yang berkaitan dengan kepentingan mempelajari mata
pelajaran Sejarah di sekolah.

Jelaskan pendapat anda kepentingan-kepentingan tersebut.

4.

Industri pelancongan negara yang berkembang pesat telah membuka banyak peluang
pekerjaan kepada masyarakat. Oleh itu, kelayakan dari segi akademik amatlah penting
untuk diterima bekerja dalam sektor ini di samping individu seharusnya melengkapkan diri
dengan pelbagai kemahiran. Kemahiran berkomunikasi adalah antara elemen penting
bagi memastikan kelancaran urusan kerja, sama ada komunikasi sesama rakan sekerja
mahupun dengan pihak luar. Individu yang ingin bekerja dalam sektor ini juga seharusnya
mencari maklumat yang berkaitan dengan kerjaya ini untuk mengetahui skop kerja dengan
lebih luas.

Sumber: Berita Harian online 21 November 2016

Petikan di atas menerangkan maklumat yang berkaitan dengan persediaan untuk menempuh
alam kerjaya dalam sektor pelancongan.

Jelaskan persediaan-persediaan tersebut.

KERTAS SOALAN TAMAT

8
SET 2

BAHAGIAN A
[30 Markah]

Maklumat dan iklan di bawah menunjukkan sebahagian daripada kerjaya dalam bidang sukan.
Huraikan maklumat berkaitan kerjaya dalam bidang sukan di Malaysia.
Panjangnya huraian anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan.

BAHAN 1
Menjadi atlet badminton merupakan satu kerjaya. Pada 2015 sahaja sebanyak RM23.18 juta
hadiah ditawarkan dalam jelajah Supersiries yang dianjurkan sepanjang tahun lalu. Maka,
tidak hairanlah jika Chong Wei dilaporkan pernah memiliki pendapatan antara RM2 juta hingga
RM3 juta sebelum ini. Sudah pasti bukan hadiah kemenangan sahaja yang diperoleh, malah
habuan daripada syarikat penajaan juga menanti.

Sumber dipetik dan diubah suai daripada


Berita Harian Februari 2016

BAHAN 2 BAHAN 3

KATEGORI PERMOHONAN
Lepasan STPM / STAM / Matrikulasi
KPM / Asasi Sains Universiti Malaya /
Diploma / SPM 2016, 2017,2019

15
BAHAGIAN B
[70 markah]

Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya antara
350-500 patah perkataan.

1.

Kita perlu menggalakkan semua pihak bersama-sama menghulurkan tangan dalam misi
bantuan bagi meringankan beban pihak yang memerlukan bantuan. Justeru, ciri-ciri utama
sukarelawan ialah individu yang sihat, sanggup mengorbankan masa dan wang ringgit. Ramai
sukarelawan yang sanggup mengeluarkan belanja sendiri untuk menyertai misi sebegini.
Kesanggupan rakyat Malaysia ini perlu dihargai tanpa mengenal bangsa, umur dan agama.

Sumber : BH Online, 15 April 2017

Petikan di atas menjelaskan ciri-ciri seorang sukarelawan yang terlibat dalam misi bantuan
kemanusiaan.

Tulis sebuah laporan yang lengkap berdasarkan maklumat tersebut.

2.

Pemakanan merupakan kunci kehidupan sihat. Namun, kajian mendedahkan


Malaysia berada di tangga ke-125 daripada 192 kedudukan negara dunia menghadapi
masalah obesiti. Statistik melalui kajian pada tahun 2019 pula menunjukkan 50.1
peratus daripada orang dewasa di Malaysia mengalami berat badan berlebihan atau
obesiti. Lambakan makanan diproses dan makanan segera seperti burger, kentang
goreng dan ayam goreng yang mudah didapati di mana-mana menjadi penyumbang
terbesar kepada statistik ini.

Sumber: Berita Harian, 12 Disember 2020

Petikan akhbar di atas menjelaskan implikasi jika seseorang tidak menjaga pemakanan. Setiap
orang perlu mengawal pengambilan makanan berdasarkan jumlah kalori yang diperlukan,
bertepatan dengan slogan “Pemakanan Seimbang Menjamin Kesihatan”. Sehubungan dengan
itu, anda dikehendaki menyampaikan syarahan kepada murid-murid berdasarkan slogan
tersebut.

Tulis teks syarahan anda selengkapnya.


3,

Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) merupakan mata pelajaran elektif yang memberi
penekanan kepada mereka bentuk dalam penghasilan produk berasaskan teknologi. RBT
bertujuan untuk melahirkan murid yang boleh berkarya dalam menghasilkan produk yang
mudah dan bermakna. Bidang reka bentuk dan teknologi merupakan perkara yang perlu
diberi penekanan dalam sistem pendidikan negara bagi membolehkan murid
mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai melalui aktiviti reka bentuk serta
menghasilkan produk yang berfungsi.

Dipetik dan diubah suai daripada


Internet (cikgusiber.com)

Petikan di atas menunjukkan maklumat yang berkaitan dengan penekanan mata pelajaran
Reka bentuk dan Teknologi (RBT) dalam Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM)
mulai tahun 2017. Secara tidak langsung, murid-murid yang mengambil mata pelajaran ini
akan memperoleh pelbagai faedah daripada mata pelajaran tersebut.

Jelaskan pendapat anda tentang faedah-faedah tersebut.

4.

Untuk memantapkan lagi keluaran produk makanan tradisional, kebanyakan syarikat


tempatan perlu mempelbagaikan jenis produk makanan sedia ada. Pelbagai produk
makanan tradisional boleh didapati pada hari ini seperti dodol, karipap dan muruku.
Produk yang dihasilkan juga mengikut cita rasa masyarakat masa ini seperti
menghasilkan produk dodol dalam pelbagai perisa, iaitu dodol nanas dan dodol bijan.
Kualiti produk juga dipantau agar bertambah baik dari masa ke masa. Pembungkusan
produk makanan tradisional juga dibuat dengan menarik dan saiznya lebih kecil untuk
memudahkan pembeli membawa makanan itu ke mana-mana sahaja.

Dipetik dan diubah suai daripada


Internet (Usahawan.com)

Petikan di atas menerangkan maklumat yang berkaitan dengan usaha-usaha meluaskan


pasaran makanan tradisional.

Jelaskan usaha-usaha tersebut.

KERTAS SOALAN TAMAT


SET 3

BAHAGIAN A
[30 markah]

Teliti kedua-dua bahan yang diberikan.


Anda dikehendaki menjawab e-mel di bawah. Tulis e-mel anda itu selengkapnya. Panjangnya e-mel
hendaklah antara 150-200 patah perkataan.

Bahan 1

Daripada : f arihaahmad@gmail.com
Kepada : aisyahyahya@gmail.com

Tajuk : Pengalaman Lawatan ke Muzium

Assalamualaikum Aisyah,
Apa khabar kamu di sana? Baru-baru ini saya melihat kamu memasukkan
beberapa keping gambar mengunjungi lawatan ke salah sebuah muzium di laman
Instagram. Gambar-gambar tersebut sangat menarik dan saya melihat kamu begitu gembira
apabila berkunjung ke muzim tersebut. Saya berpendapat kamu mesti mendapat pelbagai
kebaikan apabila melawat muzium tersebut.
Untuk pengetahuan saudari Aisyah, saya tidak pernah melawat ke mana-mana muzium.
Jadi, di kesempatan ini, bolehkah kamu menceritakan pengalaman setelah mengunjungi
lawatan tersebut? Selain itu, saya juga ingin mengetahui apakah kebaikan- kebaikan yang
diperoleh oleh saudari Aisyah setelah selesai melawat muzim.
Saya menanti maklum balas daripada kamu, ya. Semoga kita dapat berjumpa lagi.

Sahabatmu, Fariha
Bahan 2

13
BAHAGIAN B
[70 markah]

Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 350-500
patah perkataan.
1.

Bencana alam dan pencemaran alam sekitar berpunca daripada tindakan manusia
yang tidak mempraktikkan pembangunan lestari, kelemahan agensi penguatkuasaan
dan tidak mengamalkan gaya hidup yang mesra alam. Kajian saintis iklim telah
menambah kebimbangan terhadap pelbagai bencana dan malapetaka alam sekitar
yang bakal melanda negara pada masa depan.
Dipetik dan diubah suai daripada
BH Online, 8 September 2019

Petikan akhbar di atas jelas memaparkan sikap manusia merupakan punca utama
berlakunya pelbagai bencana dan masalah alam sekitar kini. Pelbagai pihak harus
memainkan peranan masing-masing untuk memberi kesedaran kepada masyarakat agar
perasaan cinta akan alam sekitar dapat dipupuk.

Bincangkan.

2.
Amalan gaya hidup sihat penting untuk mengurangkan risiko mendapat penyakit kronik
misalnya, kencing manis dan darah tinggi. Dari tahun 2006 hingga tahun 2015, bilangan
pesakit kencing manis di Malaysia meningkat sebanyak enam peratus dan bilangan
pesakit darah tinggi kekal tinggi sebanyak 30 peratus. Hal ini lebih menakutkan apabila
50 peratus daripada mereka tidak menyedari bahawa mereka menghidap penyakit
tersebut.

Dipetik dan diubah suai daripada “Gaya Hidup Sihat: 10 Cara yang Dapat Anda
Amalkan” oleh Khusairi Zuraidi, sihatologi.com.

Kenyataan di atas menggambarkan masalah kesihatan yang dihidapi oleh masyarakat


pada masa ini. Setiap individu haruslah mengamalkan gaya hidup sihat supaya terhindar
daripada penyakit berbahaya.

Jelaskan pendapat anda tentang amalan tersebut.

14
3.

Sekolah dan institut pendidikan tinggi (IPT) terpaksa mengubah kaedah pembelajaran
kepada pembelajaran dalam talian sepenuhnya disebabkan pandemik COVID-19 dan
pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Walaupun menghadapi pelbagai
cabaran, pembelajaran secara dalam talian telah memberi ruang kepada guru dan
murid mengasah kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi, menjadikan sesi
pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan mewujudkan suasana pembelajaran
yang lebih kondusif.

Sumber dipetik dan diubah suai daripada


Berita Harian Online 12 Ogos 2021

Kenyataan akhbar di atas menerangkan tentang kebaikan-kebaikan pembelajaran secara dalam


talian.

Ulaskan pernyataan tersebut.

4.

Sektor pertanian sering dimonopoli oleh golongan yang telah berumur dan kurang
berkemahiran. Kajian mendapati kurangnya pembabitan generasi muda dalam
bidang pertanian berpunca daripada ketiadaan akses sumber utama pertanian
iaitu tanah, kekurangan sumber kewangan dan masalah penggunaan teknologi
moden dalam bidang pertanian.

Sumber dipetik dan diubah suai daripada Berita Harian Online


8 November 2017

Petikan akhbar di atas menjelaskan faktor-faktor generasi muda kurang berminat


terhadap sektor pertanian. Pelbagai pihak haruslah memberikan galakan kepada
generasi muda agar penglibatan mereka dalam sektor pertanian meningkat.

Ulaskan pernyataan tersebut.

KERTAS SOALAN TAMAT

15
SET 4

BAHAGIAN A
[30 Markah]

Iklan di bawah berkaitan dengan tawaran kerja.

Sediakan sebuah resume yang lengkap mengandungi latar belakang, jawatan yang ingin
dipohon, kemahiran, pencapaian, pengalaman dan rujukan bagi memohon satu daripada
kerjaya yang diiklankan.

Panjangnya resume anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan

Iklan 1

16
Iklan 2

JAWATAN KOSONG

17
BAHAGIAN B
[70 Markah]

Pilih satu soalan daripada soalan berikut dan tulis sebuah karangan yang panjangnya antara
350 hingga 500 patah perkataan.

1.

Kerajaan telah menetapkan bahawa 11 November setiap tahun sebagai Hari Kitar Semula
Kebangsaan. Hal ini bertujuan untuk memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang
kepentingan amalan kitar semula. Komponen kitar semula terdiri daripada 3R iaitu
kurangkan (Reduce), guna semula (Reuse) dan kitar semula (Recycle). Aktiviti kitar semula
amat penting kerana aktiviti merupakan salah satu cara paling berkesan untuk
mengurangkan sampah sisa pepejal.

Sumber : www.jpspn.gov.my

Petikan di atas menerangkan kepentingan amalan kitar semula. Namun, tahap kesedaran
masyarakat terhadap kepentingan amalan ini masih berada pada tahap yang memuaskan.
Oleh itu, anda ingin menulis sebuah rencana bertajuk “Kepentingan Amalan Kitar Semula”
untuk dimuatkan dalam majalah sekolah.

Tulis rencana tersebut selengkapnya.

2.

“Individu yang berintegriti akan tetap mematuhi peraturan, kerana integriti menjadikan
seseorang individu bertingkah laku berdasarkan prinsip moral dan nilai etika, tanpa mengambil
kira, sama ada dilihat ataupun tidak.” Justeru, untuk menjadi manusia yang berintegriti, mereka
akan berusaha menjadi manusia yang bermoral dan beretika. Dalam aspek pendidikan pula,
tindakan individu yang tidak berintegriti boleh mencemar kesucian bidang yang sangat penting
untuk membangunkan modal insan negara. Perbuatan seperti melakukan plagiat,
memanipulasi kelayakan akademik dan sebagainya menjejaskan reputasi pelaku serta
mengakibatkan kualiti sistem pendidikan negara pada semua peringkat dipertikaikan

Sumber: Berita Harian On line 31 Oktober 2016

Petikan akhbar di atas menjelaskan kepentingan penerapan integriti dalam kehidupan setiap
individu
Bincangkan.

18
3.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sangat menggalakkan pelajar dan warga


prasekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah untuk bersama-sama menjaga alam
sekitar menerusi aktiviti berkebun dan pertanian di kawasan sekolah. Pertanian dilihat
sebagai satu aktiviti yang dapat melestarikan alam sekitar. Malah, aktiviti ini turut dijadikan
sebagai satu daripada aktiviti kokurikulum di sekolah. Secara tidak langsung, aktiviti ini turut
menyokong program kerajaan seperti Program Pertanian Bandar yang dikendalikan oleh
Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI).

Dipetik dan diubah suai daripada


Dewan Siswa, bil 06/2021

Petikan di atas menyatakan maklumat yang berkaitan galakan aktiviti berkebun dan pertanian
terhadap warga sekolah terutamanya dalam kalangan murid.

Bincangkan usaha-usaha yang boleh dilakukan oleh pihak sekolah untuk menggalakkan
murid-murid meminati aktiviti pertanian.

4.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merinca Naina Merican, berkata pencarian atlet
berstatus bintang yang masih kekal beraksi ketika ini seperti Azizulhasni Awang, Pandelela
Rinong, Leong Mun Yee dan Nur Dhabitah Sabri perlu diteruskan. "Tahun dan dekad yang
akan datang ini sebenarnya lebih menguji daya kesungguhan dan komitmen kita semua.
Cabaran sebenar kita adalah untuk lahirkan lebih ramai atlet bertaraf dunia” katanya.

Dipetik dan diubah suai daripada


BH Online, 21 Februari 2021

Petikan akhbar di atas jelas memaparkan kesungguhan Kementerian Belia dan Sukan (KBS)
yang berganding bahu dengan Majlis Sukan Negara (MSN) untuk terus komited melahirkan
atlet berprestasi tinggi yang mampu memberikan saingan di peringkat antarabangsa. Usaha
ini perlu dijalankan secara bersungguh-sungguh dengan pelbagai persediaan yang rapi.

Bincangkan.

KERTAS SOALAN TAMAT

19
55
SET 5

BAHAGIAN A
[30 Markah]

Maklumat di bawah berkaitan dengan pengawas sekolah.


Huraikan pendapat anda tentang pengawas sekolah. Panjangnya huraian hendaklah antara
150 hingga 200 patah perkataan.

BAH AN 1

BAHAN 2

Pengawas sekolah berfungsi untuk membantu pihak sekolah serta guru-guru memantau dan
menguatkuasakan peraturan dan undang-undang sekolah agar sekolah sentiasa dalam keadaan yang
terkawal sama ada dari segi disiplin mahupun keceriaan sekolah. Selain itu, pemimpin sekolah iaitu
barisan pengawas sekolah juga dapat membantu pihak sekolah mengurangkan salah laku disiplin
dan seterusnya melaksanakan setiap arahan sekolah agar keadaan sekolah sentiasa kondusif dan
terkawal serta pembelajaran pelajar di sekolah akan sentiasa berlaku dalam keadaan ceria.
Sumber : Internet
BAHAGIAN B
[70 Markah]

Pilih satu soalan daripada soalan berikut dan tulis sebuah karangan yang panjangnya antara
350 hingga 500 patah perkataan.

1.

Kementerian Pendidikan Malaysia mengambil inisiatif dengan melancarkan Dekad


Membaca Kebangsaan bertujuan untuk membentuk masyarakat berilmu pengetahuan
mencintai dunia pembacaan dan menjadikan negara sebagai sebuah negara yang
berbudaya membaca.

Sumber : Berita Harian Online 13 Disember 2018

Petikan akhbar di atas menerangkan usaha Kementerian Pendidikan Malaysia untuk


memupuk amalan membaca dalam kalangan masyarakat. Walau bagaimanapun usaha ini
memerlukan kerjasama daripada pelbagai pihak untuk menjayakannya.

Bincangkan.

2.

Generasi muda kini merupakan tulang belakang yang menjadi asas kekuatan sesuatu bangsa
serta penentu hala tuju corak kepemimpinan negara pada masa akan datang. Di samping
ilmu pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan, golongan belia juga wajar mengamalkan
sikap positif seperti toleransi, rela berkorban dan taat setia kepada negara. Jati diri belia harus
dipupuk agar rasa cinta pada negara dapat membentuk sebuah negara bangsa yang kuat
dan utuh dalam menghadapi cabaran globalisasi.

Dipetik dan diubah suai daripada :


https://www.bharian.com.my/kolumnis/2019/12/641004/interaksi-generasi-muda- penentu-
hala-tuju-negara

Petikan akhbar di atas menyatakan bahawa generasi muda berperanan untuk mencorakkan
masa hadapan sesebuah negara. Sebagai seorang belia, anda juga bertanggungjawab untuk
membangunkan dan memajukan negara kita.

Ulaskan penyataan di atas.


3.

Timbalan Pengarah Sokongan Akademik Kolej Vokasional Ekonomi Rumah Tangga


(KVERT) Setapak, Kuala Lumpur, Sharifah Husain berkata, sama seperti aliran lain juga,
bidang kemahiran mampu melahirkan pelajar ke peringkat yang lebih tinggi dalam
pendidikan. Katanya, hal ini dapat diperhatikan apabila sebahagian pelajar di sekolah
menengah teknik (SMT) atau kolej vokasional (KV) berjaya melanjutkan pelajaran mereka
ke peringkat universiti mahupun politeknik.
Sumber : Harian Metro, 15 Oktober 2018

21
Petikan di atas menyatakan bahawa Pendidikan Teknik dan Vokasional atau dikenali sebagai
TVET mempunyai taraf yang setara dengan bidang-bidang lain. Pendidikan Teknik dan
Vokasional yang merupakan salah satu cabang sistem pendidikan yang berlandaskan industri
untuk melatih individu dalam kemahiran tertentu seperti bidang automatif, animasi dan
hospitaliti. Namun begitu, rakyat Malaysia seringkali memandang rendah terhadap mereka
yang berkecimpung dalam aliran pendidikan perindustrian ini. Pada pendapat anda, apakah
kelebihan mempelajari bidang Pendidikan Teknik dan Vokasional?

4.

Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) melancarkan Pakej Rangsangan


Industri Kreatif Malaysia (Prisma) yang bertujuan memastikan kelangsungan dan
kelestarian penggiat industri kreatif negara. Sebanyak RM89.2 juta suntikan dana
diperuntukkan Prisma untuk menggerakkan semula ekonomi industri kreatif yang berupaya
memberi manfaat kepada lebih 9,000 penggiat industri kreatif serta berupaya mewujudkan
sekurang-kurangnya 40,000 peluang pekerjaan merangkumi empat kategori iaitu filem,
muzik, kandungan kreatif digital dan seni visual, persembahan serta kraf.

Dipetik dan diubah suai daripada


Harian Metro, 10 Februari 2021

Petikan akhbar di atas menunjukkan usaha serius pihak kerajaan melalui agensi berkaitan
untuk menggerak serta memajukan indsutri kreatif negara agar mampu bersaing dengan
negara-negara maju di dunia. Kepentingan industri kreatif pada era moden ini sememangnya
tidak boleh dipandang enteng. Pelbagai manfaat pasti diperoleh negara melalui sektor industri
kreatif ini.

Bincangkan.

KERTAS SOALAN TAMAT

22
SET 6

BAHAGIAN A
[30 Markah]

Ilustrasi dan pendapat di bawah menunjukkan kepentingan sambutan Hari Bumi sebagai tanda
penghargaan dan kesedaran terhadap alam sekitar.

Sebagai setiausaha Kelab Alam Sekitar di sekolah anda, tulis sepucuk surat kepada
pengetua sekolah untuk memohon kebenaran mengadakan Program Sambutan Hari Bumi
dan berikan kepentingan program tersebut terhadap murid sekolah.

Panjangnya surat anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan.

BAHAN 1

Sambutan Hari Bumi diraikan pada 22 April setiap tahun seluruh dunia sebagai usaha
menghargai bumi dan menyemai rasa tanggungjawab serta meningkatkan kesedaran dalam
kalangan masyarakat untuk melindungi bumi dan alam sekitar. Jabatan Alam Sekitar pada
setiap tahun telah terlibat dalam penganjuran program-program kesedaran alam sekitar
sempena Sambutan Hari Bumi sebagai usaha dalam meningkatkan kesedaran masyarakat di
Malaysia terhadap alam sekitar.

Sumber: Internet

BAHAN 2
BAHAN 3

B A HA IA N A

70
G
BAHAGIAN B
[70 Markah]

Pilih satu soalan daripada soalan berikut dan tulis sebuah karangan yang panjangnya antara
350 hingga 500 patah perkataan.

1.

Kementerian Perpaduan Negara telah menggubal dasar perpaduan negara untuk


memperkukuh perpaduan dan integrasi nasional di negara ini. Dasar ini telah menetapkan
tiga objektif utama iaitu mengukuhkan perpaduan dan integrasi nasional berteraskan
Perlembagaan Persekutuan serta Rukun Negara, membentuk identiti nasional dengan
semangat jati diri, patriotik, prihatin, toleransi, saling menghormati dan bertanggungjawab
serta melahirkan rakyat menghargai dan mengamalkan perpaduan.

Dipetik dan diubah suai daripada


Berita Harian Online, 10 Mac 2021

Keratan akhbar di atas menerangkan sebahagian daripada usaha kerajaan untuk memastikan
perpaduan rakyat berbilang kaum di Malaysia terus terpelihara. Pelbagai pihak haruslah
berganding bahu untuk memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat di Malaysia.
Sehubungan dengan itu, anda dikehendaki menulis sebuah rencana tentang “Usaha-usaha
memupuk perpaduan kaum”.

Tulis rencana tersebut selengkapnya.

2.

Semangat patriotisme yang tinggi perlu ada dalam diri rakyat yang menjadi tonggak utama
kepada pembangunan sesebuah negara. Tanpanya negara akan musnah dan hancur
bukannya kerana diserang musuh tetapi kemusnahan adalah disebabkan kegagalan rakyat
untuk melaksanakan tanggungjawab mereka terhadap negara. Dalam konteks Malaysia,
patriotisme perlu ada pada diri setiap rakyat Malaysia.

Dipetik dan diubai suai daripada:


Patriotisme-bukan-sekadar-semangat
Sinar Harian 31 Ogos 2020.

Petikan akhbar di atas menyedarkan anda tentang kepentingan semangat cinta akan negara.
Tanggungjawab untuk memastikan semangat ini sentiasa ada dalam diri setiap individu
sememangnya satu tugas yang amat sukar. Namun, anda boleh mempamerkan semangat itu
melalui beberapa tindakan yang sewajarnya ada dalam diri setiap warganegara.

Jelaskan pernyataan tersebut.

25
3.

Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJPK) adalah cabang pendidikan untuk melahirkan
pelajar yang cergas melalui pembelajaran fizikal dan meningkatkan tahap kecergasan. Di
samping itu, pelajar diharapkan agar dapat meningkatkan pengetahuan kesihatan
,memupuk sikap positif dan mengamalkan gaya hidup sihat sepanjang masa. Matlamatnya
sudah tentu untuk memastikan pelajar seimbang dari sudut jasmani di samping
mengukuhkan emosi, intelek dan rohani.

Sumber : Internet, 28 Julai 2019

Petikan di atas menyatakan bahawa mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
memainkan peranan penting dalam perkembangan potensi murid. Seiring dengan tuntutan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan era moden, mata pelajaran PJPK seharusnya terus
dipelajari secara bersungguh-sungguh tanpa dilihat sebagai mata pelajaran yang boleh
diabaikan.

Berdasarkan pernyataan tersebut, huraikan pendapat anda tentang kepentingan mata pelajaran
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.

4.

Statistik Sistem Insurans Pekerjaan Pertubuhan Keselamatan Sosial (SIP Perkeso)


menunjukkan sektor pertanian masih kurang diminati dalam kalangan pencari kerja
yang majoritinya terdiri daripada lepasan sekolah dan siswazah. Sebagai inisiatif
kerajaan telah mengadakan Karnival Kerjaya Agrikomoditi 2021 yang diadakan
secara maya selama dua hari bermula hari ini menawarkan lebih 8,600 kekosongan
jawatan oleh 26 majikan merangkumi pelbagai program yang dirangka khas termasuk
Webinar Kerjaya serta taklimat berkaitan PenjanaKerjaya 2.0.

Sumber dipetik dan diubah suai daripada


Astro Awani Online Mac 2021

Petikan berita di atas menyatakan bidang dalam sektor pertanian kurang menjadi pilihan
golongan belia dalam memilih bidang kerjaya. Banyak usaha yang dilakukan pelbagai pihak
untuk menarik golongan belia agar menceburi bidang ini
Bincangkan pernyataan tersebut.

KERTAS SOALAN TAMAT

26

You might also like