You are on page 1of 59

BAHAGIAN A

SISTEM BAHASA DAN APLIKASI BAHASA ( 35 MARKAH )

SOALAN 1 MORFOLOGI 8 MARKAH


Bina Ayat (Golongan Kata)

SOALAN 2 SINTAKSIS 6 MARKAH


Menukar Ayat / Menganalisis Ayat

PENYUNTINGAN 11 MARKAH
SOALAN 3 Mengesan dan Membetulkan kesalahan Bahasa
 

   
SOALAN 4 BAHASA STANDARD 6 MARKAH
Bahasa Klasik Kepada Bahasa Moden

SOALAN 5 PERIBAHASA 4 MARKAH


BAHAGIAN B
PEMAHAMAN (35 markah)
SOALAN 6 PETIKAN UMUM
4 soalan 12 MARKAH
(Petikan Umum)

SOALAN 7
PETIKAN SASTERA
4 soalan 13 MARKAH
(Petikan Bahan Komsas – Drama, Cerpen, Puisi)

SOALAN 8
  NOVEL
2 soalan 10 MARKAH
(Berdasarkan Novel T4 T5)

   
SOALAN 9
BAHAGIAN C 30 MARKAH
RUMUSAN
(Penulisan Rumusan) (30 Markah)
SOALAN 1 – MORFOLOGI - STRATEGI MEMBINA AYAT

1. Ayat yang dibina hendaklah gramatis dan ada subjek / predikat


2. Bina SATU ayat sahaja daripada SATU perkataan yang
ditetapkan.
3. Ayat yang dibina hendaklah menunjukkan makna perkataan
atau bermakna berdasarkan perkataan yang digunakan.
4. Digalakkan membina ayat tunggal , tetapi pelbagai jenis
seperti ayat penyata, ayat tanya dan ayat perintah.
5. Masukkan unsur seperti Kata Nama, Kata Keterangan, Kata
Adjektif dan Kata Kerja.
6. Jika perkataan yang disediakan ialah Kata Dasar, guna atau
bina Ayat Pasif KGND Pertama atau Kedua, Kata Bantu Pasif
‘Kena ‘ ATAU Ayat Cakap Ajuk.
7. Jika perkataan yang disediakan ialah Kata Terbitan, guna atau
bina Ayat Aktif KGND Ketiga.
Bahagian A : Morfologi
Soalan 1 : Bina Ayat

Baca petikan did bawah dengan teliti dan senaraikan dua kata kerja transitif dan dua
kata kerja tak transitif. Kemudian anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri
daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham
akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan,
menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau
nama khas.

Sumbangan anggota keselamatan kepada negara tinggi nilainya. Mereka sanggup


berkorban dan sanggup menggadaikan nyawa demi mempertahankan nusa dan
bangsa. Oleh hal yang demikian, sebagai rakyat biasa, kita mestilah mengenang
jasa dan pengorbanan mereka. Janganlah kita menuduh mereka dengan tuduhan
yang bukan-bukan. Memang benar bahawa ada sebilangan anggota pasukan
keselamatan yang tidak berdisiplin . Namun begitu, kita tidak boleh melemparkan
tuduhan kepada semua anggota pasukan keselamatan. Kita mesti sedar bahawa
kesejahteraan kehidupan kita ini banyak bergantung pada kekuatan pasukan
keselamatan.
SOALAN 2 - SINTAKSIS
Berdasarkan Petikan

1. Mengenal pasti Subjek dan Predikat


2. Menentukan Pola Ayat
3. Menukarkan Ayat Aktif kepada Ayat Pasif
4. Menukarkan Ayat Susunan Biasa Kepada Ayat Susunan
Songsang
5. Mencerakinkan Ayat Majmuk Kepada Ayat Tunggal
6. Menggabungkan Ayat Tunggal Kepada Ayat Majmuk
7. Menukarkan Ayat Cakap Ajuk Kepada Ayat Cakap Pindah
8. Membina Ayat Tanya
▪ Berdasarkan petikan did bawah, kenal pasti dan tulis subjek dan
predikat yang lengkap bagi tiga ayat yang anda pilih seperti berikut :

Subjek : ____________________________________
Predikat : ____________________________________

Produk herba dan tumbuh- tumbuhan semula jadi telah


digunakan sejak berabad-abad lamanya dalam budaya, sains
perubatan dan seni kulinari di seluruh dunia. Manusia menggunakan
tumbuh-tumbuhan dengan pelbagai kaedah untuk memenuhi
keperluan asas seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal.
Tumbuhan juga telah digunakan sebagai ubat selama ribuan tahun di
seluruh dunia.

Tumbuhan herba sememangnya penting dan sangat berkhasiat


serta banyak kegunaannya seperti pasli, pudina, selasih, rosemary,
stevia dan serai. Daun kari atau nama botaninya Murraya Koenigi
juga tidak kurang hebatnya. Pokok daun kari tergolong dalam
keluarga Rutaceace.
TIPS Mengenal pasti
Subjek / Predikat
▪ SUBJEK …
cerita tentang siapa / apa / benda

▪ PREDIKAT…
kenapa? Mengapa?
AYAT CONTOH :
Saya / pelajar sekolah.
▪ Saya ( cerita tentang siapa - SUBJEK )
▪ pelajar sekolah. (mengapa – PREDIKAT )
SUBJEK / PREDIKAT

▪ 1. Puan Aina ialah guru bahasa Melayu.


▪ 2. Ayah menebas semak-samun di belakang
rumah.
▪ 3. Baju kurung itu dijahit oleh ibu.
▪ 4. Pelajar SMK. Pandan Indah sedang
mendengar ceramah di dalam dewan.
5. Rakyat negara ini wajib menghormati
perlembagaan negara.
6. Lauk masakan ibu sangat enak.
▪ 7. Besar sekali rumah berwarna jingga itu.
▪ 8. Tema novel tersebut tentang kekeluargaan
Panduan Menukar Cakap Ajuk Kepada
Cakap Pindah
1. Fahami kehendak dan arahan soalan.
2. Baca petikan yang diberi dengan teliti.
3. Pelajar tidak dibenarkan menambah atau meninggalkan isi
serta mengubah maksud keseluruhan petikan.
4. Pengolahan isi mesti mengikut susunan teks asal.
5. Penggunaan kata singkatan mesti ditukarkan kepada
perkataan yang lengkap seperti nak (hendak), mak (emak).
6. Kata ganti diri,  tempat , masa, dan sebagainya mesti
ditukar dengan tepat.
7. Elakkan kesalahan tatabahasa, tanda baca, ejaan dan
penggunaan kata.
8. Guna tanda petik ( “ “ ) bagi ayat cakap ajuk sahaja.
BEBERAPA PERUBAHAN KATA
▪ hari ini hari itu
▪ esok esoknya , keesokannya
▪ pagi ini pagi esok
▪ malam tadi malam sebelumnya
▪ semalam semalamnya
▪ jangan agar tidak
▪ bagaimana cara
▪ mengapa sebab / punca
▪ ini itu
▪ begini begitu
CAKAP AJUK CAKAP PINDAH
``Saya harap awak dapat datang ke sekolah hari Cikgu Halimah berharap agar Musa dapat
esok,’’ kata Cikgu Halimah kepada Musa. datang ke sekolah keesokan hari.

``Di bilik makmal sekolah, saya dapati terdapat Ah Ling menyatakan bahawa di bilik makmal
enam buah kerusi. Saya juga melihat ada satu sekolahnya terdapat enam buah kerusi serta
unit televisyen dan lima unit komputer yang satu unit televisyen dan lima unit komputer
diletakkan di atas meja di sebelah pintu yang diletakkan di meja bersebelahan dengan
masuk,’’ kata Ah Ling. pintu masuk.

``Datang ke kantin segera!,’’ jerit Cikgu Linggam Cikgu Linggam berteriak mengarahkan murid-
kepada murid-murid Tahun Enam Melur. murid Tahun Enam Melur datang ke kantin
segera.

``Saya hendak ke kedai,’’ kata Mahani sambil Sambil mengayuh basikalnya, Mahani
mengayuh basikalnya. memberitahu bahawa dia hendak ke kedai.

``Selamat Hari Guru,’’ kata murid-murid sekolah Murid-murid sekolah itu mengucapkan Selamat
itu secara serentak semasa perhimpunan pagi. Hari Guru secara serentak semasa perhimpunan
pagi.
MENUKARKAN
AYAT CAKAP AJUK KEPADA AYAT CAKAP PINDAH

i. Kata Perdana Menteri, “Kemudahan yang disediakan adalah untuk


kegunaan semua orang.”
• Perdana Menteri menjelaskan bahawa kemudahan yang disediakan
adalah untuk kegunaan semua orang.

ii. “Jangan lupa beli tepung kalau ke kedai nanti,” kata emak Rosyam. “
Emak hendak buat kuih karipap,” sambungnya lagi.
• Emak Rosyam mengingatkannya agar tidak lupa membeli tepung
jika dia ke kedai nanti kerana beliau/emaknya hendak membuat
kuih karipap.

iii. “Semua berjoging pagi tadi saya terserempak dengan seorang


gelandangan yang sedang tidur di tengah jalan,” kata Yusri kepada Salleh.
• Yusri memberitahu Salleh bahawa ketika dia sedang berjoging, dia
terserempak dengan seorang gelandangan yang sedang tidur di
tengah jalan.
MENUKARKAN AYAT AKTIF KEPADA AYAT PASIF

1. Saya telah menghasilkan beberapa buah buku masakan


tradisional antara tahun 2000 hingga 2006.
2. Setiap petang kamu mesti menyiram sayur-sayuran
di belakang rumah.
3. Pelatih Program Latihan Khidmat Negara menjalani
latihan intensif selama tiga bulan.
4. Mereka menaiki bas itu ke Pulau Pinang.
5. Kami mengetahui bahawa Siti telah berkahwin.
6. Dia memaklumkan bahawa nama Malaysia masyhur di luar negara.
7. Kamu telah meminjam buku saya pada minggu lepas.
8. Saya minum teh dan Ali makan nasi lemak.
AYAT BERSUSUNAN BIASA
AYAT BERSUSUNAN SONGSANG
1 + 2 + 3 KETERANGAN
SUBJEK (1) PREDIKAT (2) PREDIKAT(3)

Semua pelajar sedang mendengar di dalam dewan.


taklimat
1 2 3
ABS 3 1 2

ABS 3 2 1

ABS 2 1 3
POLA AYAT-FN+FN FN+FK FN+FA FN+FSN 2017
1. Jalan menuju ke rumah Ali lurus.
▪ 2. Kami sekeluarga di Pulau Langkawi.
▪ 3. Kamus Dewan itu telah saya beli.
▪ 4. Kebanyakan orang Asia bertubuh kecil.
▪ 5. Perajurit itu seorang berani.
▪ 6. Kisah filem itu amat menyedihkan saya.
▪ 7. Hadiah itu bukan untuk saya.
▪ 8. Pasukan bola sepak Semega terkenal di negeri Johor.
▪ 9. Hutan sekitarnya menghijau.
▪ 10.Kerbau jantan Pak Ali mati dilanggar lori.
▪ 11.Cita-citanya setinggi gunung.
▪ 12. Pokok mangga di tepi rumah kami mula berbuah.
▪ 13. Wajahnya kemerah-merahan.
▪ 14. Tema baju raya kami sekeluarga berwarna merah.
▪ 15. Azman telah kehujanan dalam perjalanan pulang.
▪ 16. Merokok membahayakan kesihatan.
TIPS Mengenal pasti
Subjek / Predikat (Pola Ayat)

▪ SUBJEK berakhir dengan FN / itu , ini , tersebut , berkenaan ( KATA TUNJUK)

▪ PREDIKAT bermula dengan…sedang, akan, mesti, belum telah, harus,


perlu, wajar, wajib ( KATA BANTU )

… ialah / adalah (KATA PEMERI )


… belajar, memasak, terjatuh ,
berbuah,dimakan ( KATA KERJA )

… sangat, amat, begitu, sungguh ( KATA PENGUAT )


…tentang, di, ke ( KATA SENDI )
…besar, pintar, tinggi, mahal ,
lurus , merah, tenang ( KATA ADJEKTIF )
AYAT MAJMUK
Memisahkan / Mencerakinkan Ayat Majmuk kepada Ayat Tunggal

1. Baca soalan dengan teliti dan fahami kehendak atau


tugasan soalan.
2. Bina SATU sahaja ayat tunggal daripada setiap ayat majmuk
yang digunakan.
3. Kenal pasti KATA HUBUNG dalam ayat majmuk.
4. Pastikan tidak ada KATA HUBUNG yang digunakan apabila
membina ayat tunggal.
5. Jika AYAT MAJMUK ada 1 KATA HUBUNG, maka ada 2 AYAT
TUNGGAL yang perlu dibina. Jika ada 2 KATA HUBUNG,
ada 3 ayat TUNGGAL, jika ada 3 KATA HUBUNG, maka ada
4 AYAT TUNGGAL.
CONTOH
▪ Perbuatan vandalisme ini meninggalkan kesan buruk
kerana dinding bangunan itu rosak akibat tulisan dan
contengan yang dilakukan oleh kumpulan gengster.

ANALISIS:
Ayat di atas ada 3 KH ; kerana , dan, yang,
maka ada 4 AYAT TUNGGAL.

1. Perbuatan vandalisme ini meninggalkan kesan buruk.


2. Dinding bangunan itu rosak akibat tulisan.
3. Dinding bangunan itu rosak akibat contengan.
4. Perbuatan itu dilakukan oleh kumpulan gengster.
KATA TANYA
BINA AYAT TANYA / GUNA KATA TANYA

▪ Kecemerlangan dalam peperiksaan dapat diperoleh sekiranya ada tekad


dan usaha yang bersungguh-sungguh.
▪ Dron atau pesawat tanpa pemandu digunakan untuk memantau hutan
yang sukar dimasuki.
▪ Murid itu digantung persekolahannya selama seminggu kerana ponteng
sekolah
▪ Nama Pengetua SEMEGA ialah Puan Hajah Zaharah binti Hashim.

JAWABAN :
▪ Bagaimanakah kecemerlangan dalam peperiksaan dapat diperoleh?
▪ Apakah yang digunakan untuk memantau hutan yang yang dimasuki?
▪ Mengapakah murid itu digantung persekolahannya selama seminggu?
▪ Siapakah nama Pengetua SEMEGA?
SOALAN 3 – PENYUNTINGAN
MENYENARAIKAN DAN MEMBETULKAN KESALAHAN
BAHASA

FORMAT SOALAN
▪ Bahan penyuntingan mengikut teks tunggal, teks bersambung atau
pelbagai bahan lain seperti grafik - iklan, dialog, kad ucapan .
▪ Panjang teks yang disediakan antara 50 – 80 patah perkataan
▪ Setiap teks mengandungi pelbagai kesalahan bahasa dan bergantung
pada markah yang diperuntukkan.
▪ Tiada markah tetap yang diperuntukkan. (15 markah maksimum)
▪ Jenis kesalahan bahasa yang diuji merangkumi kesalahan aspek ejaan,
imbuhan, frasa, istilah, tanda baca dan lain-lain

STRATEGI DAN TEKNIKAL JAWABAN


▪ Tulis kesalahan bahasa sahaja tanpa menyalin ayat itu semula.
▪ Tulis jawaban yang betul pada perkataan yang salah.
Petikan di bawah mengandungi 11 kesalahan bahasa. Senaraikan dan
betulkan kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada 11
kesalahan yang terdapat dalam petikan. Anda tidak perlu menyalin
petikan tersebut.

Annona Reticulata atau buah nona tergulung dalam keluarga


Annonaceae. Tumbuhan ini dikatakan berasal daripada India Barat dan
Amerika Selatan. Tumbuhan ini juga banyak ditanam di India,
Bangladesh, Pakistan , Australia, Thailand dan Malaysia. Selain nama ini,
buah nona juga terkenal dengan nama lain. Antaranya termasuklah
srikaya (Filipina), epal kastad (Malaysia dan Indonesia) dan Bullock’s
(Amerika). Spesies tumbuhan daripada keluarga Annonaceae mempunyai
rupa buah dan daun yang seakan sama. Rasa buahnya hampir sama di
antara satu spesies dengan spesies yang lain. Antara spesies di dalam
keluarga tumbuhan ini termasuklah Annona Muricala (durian belanda),
Annona Aquamosa dengan Annona Reticulata (buah nona) Ada dua jenis
spesies yang berbeza iaitu Annona Aquamosa dan Annona Reticulata
kerana sering menyebabkan kemusykilan dan diberikan nama yang sama
iaItu buah nona.
1. Berdasar pemerhatian, remaja kini sentiasa mencari mekanisma untuk
mengekspresikan perasaan mereka.
2. Penggunaan internet dalam bidang pendidikan membolehkan guru
dan murid memperolehi pelbagai manfaat.
3. Puan Asmah menjaga ibu mertuanya yang baru menjalankan
4. pembedahan.
4. Peranan ibu-bapa sangat signifikan bagi menentu kejayaan anak-anak.
5. Malaysia memiliki pelbagai eko-pelancongan untuk berkunjung oleh
pelancong.
6. Kempen anti-dadah peringkat kebangsaan yang dilancar oleh kerajaan
mendapat sambutan menggalakkan daripada masyarakat. 
7. Para ilmuan itu sedang bersidangan di dalam dewan seminar itu.
8. Orang Islam di keseluruh dunia mengambil pendirian sebagai anti
Amerika.

9. Saya menge-melkan maklumat tersebut pada malam semalaman.


10. Kumpulan yang pro kerajaan sentiasa penyokong dasar-dasar
kerajaan.
11. Hang Tuah ialah tokoh lagenda Melayu yang dipercaya oleh apara
sarjana wujud pada zaman kesultanan dahulu.
12. Sub tajuk bab dalam buku bahasa itu belum kami mempelajari
13. Malaysia mampu memajukan bidang eko-pelancongan kerana
mengayakan sumber alam semula jadinya.
SOALAN 4 : BAHASA STANDARD
FORMAT, PANDUAN DAN TEKNIK PENUKARAN BAHASA MELAYU KLASIK
KEPADA BAHASA MELAYU STANDARD
Teks yang digunakan
Teks KOMSAS T4 (Antologi JKKDI - Kepimpinan Melalui Teladan
Teks KOMSAS T5 (Antologi SR – Burung Terbang Dipipiskan Lada

1. Perlu ingat bahawa jawaban mesti dalam bahasa Melayu Moden.


2. Gariskan perkataan BMK yang dapat ditukar.

3. Jangan menukar ayat demi ayat. Fahami maksud keseluruhan petikan.

4. Struktur ayat Pasif boleh ditukar kepada Ayat Aktif.


BMK : Maka oleh Hang Tuah diparang kepada dua orang mengamuk itu
berbelah dua
BMS : Lalu Hang Tuah memarang kepada dua orang yang mengamuk itu dan

terbelah dua.
5. Struktur Ayat Susunan Songsang boleh ditukar kepada Ayat Susunan Biasa
BMK : Hendaklah dipeliharakian kamu sekalian akan dia.
BMS : Kamu sekalian hendaklah mmemeliharanya.
BIL TEKNIK BAHASA MELAYU SALAH BETUL
KLASIK

6. Susunan atau Struktur cerita Berapa lamanya Patih Gajah Mada Tidak beberapa
dalam petikan mesti didengar oleh Patih mendengar tiada lama kemudian
dikekalkan Gajah Mada (m/s 27 : berapa lama didengar oleh
baris 6) kemudian. Patih Gajah Mada.

7. Bahasa istana / Kata Nama Tuan Tun Perak, segala Tuan Tun Perak, Tuan Tun Perak,
Khas tidak boleh diubah orang Kelang ini segala orang Kelang orang Kelang ini
menghadap baginda. ini menjumpai menghadap
baginda. baginda

8. Kata Ganti Nama diri perlu Tuan hamba dengan Kamu dengan Tuan hamba
dikekalkan pedang tuan hamba pedang kamu hamba dengan pedang
sebilah itu juga. sebilah itu juga. tuan hamba
sebilah itu juga.

9. Bilangan ayat mesti sama Jikalau hamba belum Jikalau hamba belum Jikalau hamba
dengan bilangan ayat dalam dipecat, bagaimana didpecat. Bagaimana belum dipecat,
teks asal hamba hendak dicerca? hamba hendak bagaimanakah
dicerca? hamba hendak
dicerca?

10. Tanda Baca / Bentuk Ayat Huruf besar kecil, tanda “siapakah gerangan “Siapakah gerang
mesti dikekalkan – Cakap soal dan sebagainya tuan hamba” tuan hamba”?
Ajuk
PANDUAN UMUM BAHASA . ISTILAH BMK - BMS
Kata Pangkal Ayat :
Alkisah___________Menurut cerita / Berdasarkan kisah
Sebermula________Sesuatu kisah itu bermula
Arakian___________Selepas itu
Hatta_____________Lalu / Maka / Seterusnya
Kendatipun_______Walaupun / Meskipun
Syahadan_________Lalu
Maka_____________Seterusnya
Kalakian__________Ketika itu

Bahasa Istana
Patik _________________Saya
Hamba________________Saya
Tuan hamba___________Awak / Anda
Beta__________________Saya / Aku
Baginda_______________tuanku / beliau
Bersiram______________mandi
Beradu________________tidur
Berkenan______________suka akan
Berangkat_____________bertolak pergi
Bertitah_______________bercakap / berkata
Santap________________makan / minum
Gering________________gering
Junjung kasih__________terima kasih
Junjung titah___________menurut perintah
Mohon limpah__________meminta izin / meminta kebenaran
Murka_________________marah
Mangkat_______________mati / meninggal dunia
Kurnia_________________hadiah / anugerah
Soalan 4-CONTOH PROSES PENUKARAN BMK - BMS
STANDARD KANDUNGAN
4.1 Memahami dan mengapresiasi karya sastera
STANDARD PEMBELAJARAN
4.1.1 Memahami dan mengapresiasi untuk menghunbung kait aspek yang menarik
dalam prosa moden dan prosa tradisional.

BAHASA MELAYU KLASIK:


Maka datang pula seorang lagi, dikeratnya kepala, lalu dibawa menghadap
raja katanya, “ Inilah tandanya patik membunuh perajurit pada malam
tadi”.

BAHASA MELAYU STANDARD:


Seterusnya, ada seorang lagi yang memenggal kepala Kertala Sari dan dia
menghadap raja dengan berkata, “Inilah bukti bahawa patik telah
membunuh Kertala Sari semalam”.
SOALAN 5: PERIBAHASA
Baca petikan di bawah dengan teliti. Kenal pasti dan senaraikan
dua peribahasa yang terdapat dalam petikan. Kemudian beri
peribahasa lain yang sama maksud atau hampir sama maksud
dengan peribahasa tersebut.

Ketua kampung itu menasihati para penduduk kampung


agar hidup seperti serumpun bak serai sesusun bak sirih jika
mahu hidup dalam suasana tenang dan harmoni. Beliau
percaya bahawa prinsip usaha tangga kejayaan sangat
penting dalam memajukan kampung mereka. Selain itu,
beliau menyeru agar semua penduduk kampung menjaga
kerukunan hidup bermasyarakat. Oleh itu, mereka perlu
menjaga tutur kata kerana terlajak perahu boleh diundur,
terlajak kata buruk padahnya.
seperti serumpun bak serai sesusun bak sirih
- bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat
- berat sama dipikul,ringan sama dijinjing
- sakit sama mengaduh, luka sama menyiuk
- sama lebur , sama binasa
- bersatu teguh, bercerai roboh
- bersekutu bertambah mutu
- terendam sama basah, terampai sama kering
- Seliang bagai tebu,serumpun bagai serai
- bagai aur dengan tebing
- ke bukit lama didaki, ke lurah sama dituruni
- muafakat membawa berkat
usaha tangga kejayaan
- kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya
- hendak seribu daya , tak hendak seribu dalih
- genggam bara api biar sampai jadi arang
- alang-alang menyeluk pekasam, biarlah sampai ke pangkal lengan
- alang-alang mandi, biar lah basah
- di mana ada kemahuan, di situ ada jalan
- sehari selembar benang, lama-lama jadi kain

terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya


Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa
BAHAGIAN B : PEMAHAMAN
Masa dicadangkan : (60 Minit]
▪ [35 Markah]
Tiga (3) Soalan
Soalan 6 = Petikan / Grafik – Umum [12 markah]
Soalan 7 = Petikan KOMSAS – Cerpen / Drama / Puisi [13 markah]
Soalan 8 = Petikan Novel – T4 T5 [10 markah]
Soalan 6 dan 7 diikuti dengan 4 soalan (i , ii, iii, iv)
Soalan i – Maksud rangkai kata [2 markah]
Soalan ii - Merujuk Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan kesan-kesan tekanan
darah tinggi dan strok terhadap manusia. [3 markah] 
Soalan iii – KBAT
Pada pendapat anda, apakah halangan-halangan yang menyebabkan
masyarakat tidak mengamalkan gaya hidup sihat? [3 markah]
Soalan iv – KBAT : Situasi / Isu [4 markah]
SOALAN 6 : Baca bahan-bahan yang diberikan dengan teliti. Kemudian jawab

soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda


sendiri.
Bahan 1
Tekanan darah ialah tekanan yang dikenakan terhadap pembuluh arteri ketika
peredaran darah yang disebabkan oleh denyutan jantung. Terdapat dua pengukuran
tekanan darah. Yang pertamanya, tekanan darah atas (normal 120) yang
menunjukkan tekanan terhadap arteri disebabkan oleh denyutan jantung. Tekanan ini
dikenali sebagai tekanan sistolik. Yang keduanya, tekanan bawah (normal 80) yang
menunjukkan tekanan ketika jantung berehat antara pengepaman. Tekanan ini
dikenali sebagai diastolik. Jika tekanan darah sentiasa lebih tinggi berbanding dengan
kadar biasa dalam tempoh yang lama, keadaan ini dikenali sebagai tekanan darah
tinggi.
Kebiasaannya tekanan darah tinggi tidak menunjukkan sebarang tanda dan
gejala yang menyebabkan pesakit tidak menyedari mereka mengalami tekanan darah
tinggi. Sekiranya tekanan darah individu kekal tinggi (140 ke atas /90 ke atas), akan
mengakibatkan serangan jantung yang boleh mengancam nyawa. Tekanan darah
tinggi juga boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang yang menyebabkan
ketidakselesaan ketika membuang air kecil dan bengkak pada pergelangan kaki.
Dalam hal ini setiap individu perlu mengamalkan amalan gaya hidup sihat.

Dipetik dan diubah suai daripada ‘Waspada Tekanan Darah Tinggi Rehanah Mohd. Zain, Kosmik Jilid 24, 2016
SOALAN 6 : Baca bahan-bahan yang diberikan dengan teliti.
Kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Bahan 2
Strok merupakan penyebab kematian ketiga terbesar dalam kalangan
rakyatMalaysia selepas serangan jantung dan pneumonia. Strok terjadi disebabkan
oleh pengaliran darah yang kurang ke otak hingga menyebabkan berlaku kematian
sel. Terdapat dua jenis strok iaitu strok iskemia dan strok hemoragik. Strok iskemia
ialah strok yang disebabkan oleh kekurangan bekalan darah, manakala strok
hemoragik ialah strok berdarah yang berpunca daripada saluran darah ke otak yang
mengembang dan pecah. Strok merupakan penyakit neurologi yang paling serius
danmemerlukan kos yang tinggi untuk penjagaan sepanjang hayat.
Setiap rakyat Malaysia perlu peka terhadap gejala strok. Hal ini kerana
strok boleh menyebabkan pesakit mengalami lemah atau lumpuh di sebelah
bahagian anggota badan. Dalam hal ini pesakit sukar untuk berdiri atau berjalan
kerana kelemahan anggota tersebut. Selain itu, pesakit strok akan hilang daya
tumpuan hingga menyebabkan pesakit tidak mengetahui apa-apa yang telah
berlaku kepada mereka. Sehubungan dengan itu, kita hendaklah mengamalkan
pemakanan yang seimbang dan melakukan aktiviti-aktiviti fizikal.

Dipetik dan diubah suai daripada ‘Gejala dan Pencegahan Serangan Strok’
Oleh Nik Azlan Nik Muhamad, Mohd Hisham Mohd Isadan Azlan Helmy Abd. Samat,
(i) Berdasarkan Bahan 2, berikan maksud rangkai kata paling serius. [2 markah]
[2 markah]
(ii) Merujuk Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan kesan-kesan tekanan darah tinggi
dan strok terhadap manusia. [3 markah]

(iii) Amalan gaya hidup sihat penting dalam kehidupan manusia.


Pada pendapat anda, apakah halangan-halangan yang menyebabkan
masyarakat tidak mengamalkan gaya hidup sihat?
[3 markah]

(iv) Sahabat anda menderita akibat penyakit kronik yang memerlukan kos
rawatan yang tinggi.
Namun, keluarga sahabat anda tidak mampu untuk membiayai kos rawatan
tersebut.
Sebagai seorang rakan yang prihatin, cadangkan langkah-langkah yang
boleh anda lakukan untuk membantu membiayai kos rawatan tersebut.
[4 markah]
 
SOALAN 7 : Baca bahan-bahan yang diberikan dengan teliti.
Kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Bahan 1
 MENCINTAI TANAH INI
Siapakah berani merobek angin musim sentosa ini
Sayapnya menebar jauh hingga ke lereng bukit dan denai-denai desa
Siapakah berani memancung damai negeri bertuah ini
Dengan pedang terhunus dendam berpercikan silau kebencian.

Sejarah pertiwi masih cermat tersimpan


Dalam album purbanya ngilu hiris cengkam penjajah
Berganti silih
Mencakar sukma ibunda
Hari ini pun terasa lagi akan pedih siatnya.
 
Dengup ingin anak-anak bangsa
Masih kental mengisi mimpi
Membenteng tanah yang sesusuk ini
Dengan harga cinta tak tertawarkan
Dengan anyam kasih tak tercelakan.
SOALAN 7 : Baca bahan-bahan yang diberikan dengan teliti.
Kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Bahan 1

 MENCINTAI TANAH INI


 
Kemerdekaan yang kita genggam bukan kata hiasan
Seperti kedaulatan bukan hanya seuntai slogan
Telah berjanji kita atas nama bumi pusaka
Sepakat rela kita julang menjunjungnya ke puncak persada.
 
Marilah kita tentang perobek angin musim sentosa
Hingga luluh sayapnya melayang ke gurun-gurun yang saujana
Marilah kita lestarikan limpah rahmat
Bernafaskan kasih luhur
Dengan jiwa paling bening tunduk dan syukur.

LIM SWEE TIN


dalam www.perzim.gov.my
SOALAN 7 : Baca bahan-bahan yang diberikan dengan teliti.
Kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri

Bahan 2
Tidak cukup dengan tanggungjawabnya ke sana sini untuk berceramah. Ahmad
Mutawakkil turut menulis dalam surat khabar. Dia juga terkenal sebagai wartawan.
Tulisannya banyak merangsang orang Melayu untuk bersiap sedia mengisi kemerdekaan.
“Jangan nanti selepas merdeka, kita jadi macam kera mendapat bunga.” Untuk
merdeka, katanya, perjuangan bukan setakat mendesak Inggeris berundur.
“Malah, demi mengisi kemerdekaan, kita juga perlu mendesak diri sendiri,
mengikis semua tabiat buruk bangsa kita. Kita pasti akan merdeka, dan untuk itu, kita
perlu berjuang mengubah sikap dan pandangan sempit bangsa kita ... .”
Akhirnya, selepas berbulan-bulan lamanya Ahmad Mutawakkil menghilang, satu
hari, pecahlah berita tentang kepulangannya. Oleh sebab namanya sebagai wartawan
masyhur disebut orang di sana sini, Tuan Booth mahu meraikan kejayaan itu.

Dipetik daripada cerpen Cinta Ahmad Mutawakkil


oleh Zainal Rashid Ahmad
dalam antologi Sejadah Rindu.
Kementerian Pendidikan Malaysia
SOALAN 7 : Baca bahan-bahan yang diberikan dengan teliti.
Kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri
▪ Berdasarkan Bahan 1, berikan maksud berganti silih. [2 markah]
 
▪ Berdasarkan setiap bahan, nyatakan cara-cara untuk mengisi kemerdekaan agar
kemerdekaan negara berkekalan. [4 markah]

▪ Dalam Bahan 2, Ahmad Mutawakkil telah berjaya menjadi seorang wartawan yang
masyhur.

▪ Sebagai seorang wartawan yang bercita-cita menjadi wartawan yang terkenal, apakah
usaha-usaha yang perlu anda lakukan untuk memenuhi cita-cita tersebut?
[4 markah]

▪ Sekolah anda telah mengadakan majlis sambutan Hari Kemerdekaan Negara. Semasa
lagu Negaraku dinyanyikan terdapat beberapa orang murid sedang berbual-bual.
Selaku ketua pengawas sekolah, nyatakan tindakan-tindakan yang dapat anda lakukan
untuk memastikan situasi tersebut tidak berulang.
[3 markah]
 
SOALAN 8 : NOVEL

Di Sebalik Dinara Silir Daksina


Karya Dayang Noor Karya Nizar Parman
(T4) (T5)

Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Songket Berbenang Emas


Abdul karya Latip Talib karya Khairuddin Ayip
(T4) (T5)

Jendela Menghadap Jalan


Tirani
karya Ruhaini Matdarin karya Beb Sabariah
(T4) (T5)

Pantai Kasih
Bimasakti Menari
karya Azmah Nordin
karya Sri Rahayu Mohd Yusop
(T4)
(T5)
Panduan Menjawab Soalan Pemahaman Novel

1. Soalan berkaitan dengan pemahaman novel dikemukakan


dalam kertas BM2 KSSM Bahagian B – Soalan 8
2. Dua (2) soalan akan dikemukakan .
3. Markah yang diperuntukan ialah ialah 10 markah ;
4 markah soalan (i) dan 6 markah soalan (ii)
4. Soalan (i) mengandungi petikan yang daripada mana-mana
novel mengikut zon yang telah ditetapkan atau
disenaraikan.
5. Soalan (ii) merupakan soalan yang memerlukan calon
menjawab berdasarkan satu novel yang telah dipelajari.
6. TIADA lagi soalan tentang aspek kajian novel .
SOALAN 8 (a) : PEMAHAMAN NOVEL
 
Baca petikan novel di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.
 

Dr. Maxi faham tujuan amanah itu ditulis sedemikian. Karl sudah menyediakan Farisha
sebagai wakilnya. Mikrocip yang tertanam di dalam tubuh Farisha telah direka khas oleh Karl
bagi membolehkan dia menyalurkan pemikirannya kepada wanita itu. Dengan itu, Farisha
boleh melaksanakan setiap tugasan yang diarah oleh Karl.
 
Mikrocip itu berupaya menjadi penerima isyarat dan mentafsirkannya kepada arahan
dan seterusnya menggerakkan anggota tubuh Farisha untuk bertindak balas. Mikrocip ini
merupakan hasil kajian yang mengambil masa lebih 20 tahun. Itu ialah ciptaan Karl yang
agung dan tidak pernah diumumkan kepada media.

Dipetik daripada
Novel Di Sebalik Dinara
Karya Dayang Noor
Kementerian Pendidikan Malaysia

Nyatakan fungsi-fungsi mikrocip yang tertanam di dalam tubuh Farisha.


[4 markah]
SOALAN 8 (b) : PEMAHAMAN NOVEL
 
Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:

▪ Leftenan Adnan Wira Bangsa, karya Abdul Latip Talib


▪ Disebalik Dinara, karya Dayang Nor
▪ Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaimi Matdarin
▪ Pantai Kasih, karya Azmah Nordin
▪ Songket Bebenang Emas, karya Khairudin Ayip
▪ Tirani, karya Beb Sabariah
▪ Silir Daksina, karya Nizar Parman
▪ Bimasakti Menari, karya Sri Rahayu Mohd Yusop

Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan peristiwa-peristiwa


yang pada pendapat anda dapat menyentuh perasaan pembaca.
[6 markah]
PERISTIWA YANG MENYENTUH PERASAAN / MEMBERIKAN
TELADAN : NOVEL DI SEBALIK DINARA

Berdasarkan novel yang saya pelajari , novel Di Sebalik


Dinara, karya Dayang Noor, terdapat beberapa peristiwa
yang menyentuh perasaan pembaca dalam novel ini.
Antara peristiwa yang menyentuh perasan ialah peristiwa
yang berkaitan dengan Azraai yang memegang amanah ibu
bapa Farisha untuk memastikan semua mikrocip dalam tubuh
Farisha terus kekal dan memastikan keselamatan Farisha.
Peristiwa ini dianggap menyentuh perasan kerana dapat
mendidik pembaca agar amanah dan sentiasa menjaga
keselamatan ahli keluarga.
Selain itu, peristiwa yang menyentuh perasaan ialah
peristiwa yang berkaitan dengan Farisha yang berasa sedih
apabila mengetahui bahawa abangnya Azraai menghidap
penyakit jantung ketika makan malam di rumah Azraai.
Peristiwa ini dianggap menyentuh perasaan kerana dapat
mendidik pembaca agar sentiasa menyayangi ahli keluarga.
BAHAGIAN C : SOALAN 9
RUMUSAN BM KSSM

30 Markah

Pendahuluan 2m Penutup 2m

Isi 8 x 2 = 16 m Bahasa 10 m

#Markah bahasa separuh daripada markah isi


yang diperoleh dan dinilai secara holistik
TEKNIKAL RUMUSAN BM KSSM

 
BILANGAN ISI BAHAN 1

FOKUS 1 ( Kesan ) – 3 isi BILANGAN ISI CALON 2 BILANGAN ISI DITERIMA 3 / 2 /1


FOKUS 2 ( Langkah ) – 5 isi BILANGAN ISI CALON 6 BILANGAN ISI DITERIMA 5 / 6

BILANGAN ISI BAHAN 2

FOKUS 1 ( Kesan ) – 5 isi BILANGAN ISI CALON 2 ISI DITERIMA 2 /1 / 0

JUMLAH = 8

BILANGAN ISI BAHAN 3 DAN 3 FOKUS

BAHAN 1
FOKUS 1 ( Langkah ) – 6 isi BILANGAN ISI CALON 6 BILANGAN ISI DITERIMA 5 / 6
FOKUS 2 ( Punca ) – 2 isi BILANGAN ISI CALON 2 BILANGAN ISI DITERIMA 1 / 2

BAHAN 2 ( Langkah ) – 2 isi BILANGAN ISI CALON 2 BILANGAN ISI DITERIMA 1 / 2


BAHAN 3 ( Kesan) - 2 isi BILANGAN ISI CALON 2 BILANGAN ISI DITERIMA 1 / 2

JUMLAH = 8
PANDUAN UMUM RUMUSAN BM SPM KSSM
▪ Panjang petikan yang disediakan tidak melebihi
300 patah perkataan
▪ Petikan berdasarkan bahan sumber yang
mengandungi sekurang-kurangnnya 2 fokus.
▪ Bahan rumusan terdiri daripada sekurang-
kurangnya 2 bahan – yang berbeza ( petikan,
puisi, prosan, grafik) tetapi – tema yang sama
▪ TIDAK ADA kata Kunci Tugasan dalam arahan
soalan
▪ Calon perlu mengenal pasti semua fokus dalam
semua bahan yang disediakan
TEKNIK MENULIS PENDAHULUAN

Rumusan membincangkan Punca-punca


sebab-sebab / faktor-faktor
kepentingan / kelebihan / kebaikan
pencemaran air dan kepentingan /
kelebihan / manfaat / faedah / kebaikan
pengambilan air yang berkualiti.
2m
FOKUS

▪ Biasanya didahului dengan kata kerja, penanda


wacana seperti seterusnya, selain itu,
sehubungan dengan itu, kata bantu dapat,
boleh, perlu dan juga kata hubung ‘ dan’

▪ Sebaik-baiknya ditulis dalam satu ayat.

▪ Tulis setiap fokus dalam perenggan berasingan.


Frasa Ayat SU dan Frasa Ayat
SI
▪ Antaranya ialah…..X

▪ Antara kesannya ialah….X

▪ Antara akibatnya ialah…X

▪ Antara kesan pemanasan global ialah…._/


PENUTUP – 10 pp
5 unsur dalam penutup

1. Penanda wacana – Kesimpulannya


2. Cadangan – semua pihak perlulah /
haruslah / hendaklah/
mengatasi
3. Isu Fokus 1 – masalah pencemaran air
4. Kata Hubung – supaya / agar /
5. Hasil Cadangan – bekalan air yang
berkualiti mencukupi.
SOALAN RUMUSAN BM SPM KSSM
Bahan 1
Baca petikan dan teliti bahan grafik yang disertakan di bawah, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya
tidak melebihi 120 patah perkataan, Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah
maksud asal petikan dan bahan.
 
Kementerian Pendidikan digesa supaya mewujudkan dasar antibuli di sekolah-sekolah bagi mengawal gejala
buli dalam kalangan pelajar yang menyebabkan pelajar yang dibuli takut untuk datang ke sekolah sekali gus
meningkatkan kadar ponteng sekolah dalam kalangan pelajar yang dibuli. Kawalan tersebut perlu ditekankan
kepada pelajar lelaki terutama semasa mereka berada dalam Tahun 6 supaya tingkah laku negatif mereka tidak
berlanjutan di sekolah menengah.
Satu daripada cara untuk menangani gejala ini ialah mengadakan perbincangan antara pelbagai pihak, iaitu
ibu bapa dan sebagainya bagi mewujudkan dasar tersebut. Pihak sekolah juga harus melaksanakan tinjauan
sendiri terhadap kejadian buli di sekolah masing-masing. Sekolah perlu menggalakkan pelajar yang menjadi
mangsa buli melaporkan kejadian itu kepada guru terutama guru kaunseling, guru kelas atau guru disiplin. Kes
buli juga menyebabkan mangsa buli tidak dapat memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap pelajaran kerana
mereka sentiasa memikirkan tentang hal tersebut.
Dalam pada itu, sekolah juga disarankan supaya mewujudkan suatu bentuk perjanjian dengan pelajar yang
membolehkan pihak sekolah mengenakan tindakan terhadap pelajar yang terlibat dengan tingkah laku buli.
Pada masa yang sama pula, pihak institusi latihan pergurusan menyediakan kursus khas untuk mengenal pasti
pelajar yang terlibat dengan gejala buli. Pada masa ini, guru-guru tidak pernah didedahkan dengan situasi ini
semasa latihan dan seharusnya dipersiapkan dengan teknik mengenal pasti kes buli dan cara menanganinya. Langkah lain yang
disifatkan mujarab ialah lawatan guru ke rumah pelajar untuk mendekatkan hubungan
pihak sekolah dengan ibu bapa. Pada masa ini, pihak sekolah akan melaporkan kejadian itu kepada ibu bapa
pelajar yang terlibat.
Walau bagaimanapun, pihak sekolah tidak seharusnya bertindak membabi buta apabila berhadapan dengan
pelajar yang terlibat dengan kes buli, umpamanya membuang pelajar atau menukar pelajar ke sekolah lain.

 (Dipetik dan diubahsuai daripada “Buli di Sekolah - Dasar Kawalan Diperlukan”,


Utusan Malaysia, 11 Februari 2004)
 
Pendahuluan:
Rumusan membincangkan kesan-kesan buli dan langkah-langkah menangani gejala buli dalam
kalangan pelajar.
 
ISI BAHAN 1 : PETIKAN
Fokus 1 : Kesan-kesan / implikasi / impak gejala buli

1. takut untuk datang ke sekolah


2. meningkatkan kadar ponteng sekolah dalam kalangan pelajar yang dibuli
3. mangsa buli tidak dapat memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap pelajaran
 
ISI BAHAN 1 : PETIKAN
Fokus 2: Cara-cara / Langkah-langkah / Usaha-usaha menangani gejala buli

1. Mengadakan perbincangan antara pelbagai pihak yang terlibat.


2. Pihak sekolah harus melaksanakan tinjauan terhadap kejadian buli di sekolah masing-masing.
3. Sekolah perlu menggalakkan pelajar yang menjadi mangsa buli melaporkan kejadian itu kepada
guru
4. Pihak sekolah juga diminta mewujudkan suatu bentuk perjanjian dengan pelajar.
5. Pihak institusi latihan pengurusan menyediakan kursus khas bagi mengenal pasti pelajar yang
terlibat dengan buli.
6. Guru diminta membuat lawatan ke rumah pelajar untuk mendekatkan hubungan pihak sekolah
dengan ibu bapa.
ISI BAHAN 2: GRAFIK

Fokus 1: Kesan-kesan / implikasi/Impak gejala buli

1. Mendatangkan kecederaan dan berlaku pembunuhan.


2. Ditangkap dan dipenjarakan.
3. Mangsa buli mengalami gangguan mental.
4. Boleh dibuang sekolah.
5. Mengakibatkan gejala lain seperti peras ugut.
 
Kesimpulan :

Kesimpulannya, semua pihak hendaklah menangani gejala buli agar


ketenteraman pelajar dan imej institusi pendidikan terjamin.
Rumusan membincangkan kesan-kesan buli dan langkah-langkah menangani
gejala buli dalam kalangan pelajar.
(12 pp)

Antara kesan / akibat / buli ialah pelajar yang dibuli takut untuk datang ke
sekolah.
Seterusnya, meningkatkan kadar ponteng sekolah dalam kalangan pelajar yang
dibuli. Selain itu, mangsa buli mengalami gangguan mental. (29 pp)

Antara langkah menangani gejala buli dalam kalangan pelajar ialah mengadakan
perbincangan antara pelbagai pihak yang terlibat dan pihak sekolah harus
melaksanakan tinjauan terhadap kejadian buli di sekolah masing-masing.
Seterusnya , sekolah perlu menggalakkan pelajar yang menjadi mangsa buli
melaporkan kejadian itu kepada guru dan diminta mewujudkan suatu bentuk
perjanjian dengan pelajar. Selain itu, pihak institusi latihan pengurusan
menyediakan kursus khas bagi mengenal pasti pelajar yang terlibat dengan buli
(67 pp)

Kesimpulannya, setiap rakyat hendaklah menangani gejala buli agar imej


institusi pendidikan terjamin. (12pp)
Sekian

TERIMA KASIH…
“ Usaha yang luar biasa
menghasilkan kejayaan yang
luar biasa…”

“ Gantunglah cita-citamu setinggi langit,


bermimpilah setinggi langit, andai kamu
terjatuh, kamu masih berada di antara
bintang-bintang…”

You might also like