You are on page 1of 13

PENILAIAN PRA AKHIR TAHUN

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATO’ ABDUL RAHMAN

ANDAK
NAMA : _______________________________________________
KELAS : _______________________________________________
NAMA GURU :__________________________________________

BAHASA MELAYU
Tingkatan 1
Ogos 2019
1 Jam 30 Minit
________________________________________________________________
Arahan: Jawab semua soalan Bahagian A, dan Bahagian B serta satu soalan daripada Bahagian C.

BAHAGIAN A
[20 markah]

Soalan 1 hingga 7
Lengkapkan ayat-ayat berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai.

1. “Ampun tuanku, beribu-ribu ampun, sembah ________ harap diampun” kata Datuk
Panglima kepada baginda sultan.
A hamba C patik
B tuanku D beta

Soalan 2 berdasarkan gambar di bawah.

2. Ayah ___________ lalang di belakang rumah menggunakan sebilah parang.

A mencantas C mengait
B menebas D melibas

1
3. Tiang lampu itu ____________ kerana dilanggar lori.
A lekuk C bengkak
B benjol D bengkok

4. Pemuda itu _____________ pengalamannya semasa kejadian kebakaran itu berlaku.

A menyatakan C menceritakan
B menjelaskan D menghuraikan

5. Kerajaan akan mewujudkan kerjasama yang erat antara sektor awam __________ sektor
swasta.
A dan C hingga
B serta D dengan

6. Bunyi Letupan itu bukan sahaja kuat _____________ turut memusnahkan gudang lama itu.
A hingga C manakala
B malahan D sekiranya

7. Lelaki yang sesat itu tiba di sebuah _______________ orang Asli.

A tempatan C petempatan
B bertempat D menempatkan

Soalan 8 hingga 9
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.

8. I Setiap orang mempunyai pandangan sendiri tentang sesuatu perkara.

II Pandangan di atas bukit itu sangat cantik terutama pada waktu pagi.
III Pandangan wanita tua itu tertumpu kepada cucunya yang sedang bermain tingting.
IV Murid-murid pandangan sambil tersenyum sebelum menjawab pertanyaan guru mereka.
A I dan III sahaja
B I dan IV sahaja
C I, II dan III sahaja
D II, III dan IV sahaja

2
9. I Mendalam soal ini, dia tidak harus dipersalahkan.
II Masalah itu dibincangkan secara mendalam antara empat mata.
III Fikirlah secara mendalam sebelum mengambil sebarang tindakan.
IV Air perigi itu semakin mendalam setelah hujan turun tanpa henti.
A I dan II sahaja
B II dan III sahaja
C I, II, dan III sahaja
D II, III, dan IV sahaja

Soalan 10 hingga 11
Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir dengan ayat yang
bercetak tebal.

10. Budaya makan makanan segera menjadi faktor penyumbang kepada penyakit jantung pada
zaman moden ini.
A Penyakit jantung menjadi punca makan makanan segera pada zaman moden ini.
B Punca pada zaman ini menjadi penyebab penyakit jantung ialah makanan segera.
C Pada zaman moden ini, amalan makan makanan segera menjadi punca penyakit jantung.
D Penyumbang kepada penyakit jantung dan budaya makan makanan segera disebabkan
oleh zaman moden ini.

11. Penglibatan pelbagai kaum dalam aktiviti sukan dapat mewujudkan persefahaman antara
kaum yang lebih jitu.
A Persefahaman antara kaum dalam sukan dapat dikukuhkan apabila pelbagai kaum
terlibat dalam berbagai-bagai jenis aktiviti sukan.
B Persefahaman antara kaum yang lebih kukuh boleh diwujudkan melalui penglibatan
pelbagai kaum dalam aktiviti sukan.
C Masyarakat yang terlibat dalam aktiviti sukan merupakan masyarakat yang dapat
mewujudkan persefahaman antara kaum.
D Penglibatan dan persefahaman dalam sukan ialah faktor yang menyumbang
perkembangan aktiviti sukan.

3
Soalan 12 hingga 13
Pilih ayat-ayat yang betul.

12. I Harith adalah murid tertinggi di sekolahnya.

II Kami keluar dari Klinik Raju pada pukul 9:00 malam.
III Kanak-kanak itu tersenyum gembira apabila ternampak kelibat ayahnya.
IV Semua peserta diminta berkumpul di hadapan pagar sekolah pada pukul 7:00 pagi.
A I dan II sahaja
B II dan III sahaja
C I, II dan III sahaja
D II, III, dan IV sahaja

13 I Api pelita minyak tanah itu padam apabila ditiup angin.

II Oleh sebab hari hujan, acara merentas desa itu terpaksa dibatalkan.
III Sarah memperoleh markah yang paling tertinggi dalam ujian Bahasa Melayu.
IV Berpuluh-puluh orang murid yang keracunan makanan di hantar ke hospital.
A I dan III sahaja
B II dan IV sahaja
C I,II dan IV sahaja
D II, III, dan IV sahaja

Soalan 14 hingga 15
Pilih peribahasa yang paling sesuai.

14 Ketua kampung terpaksa _______________ bagi menyelesaikan perselisihan yang berlaku

antara Zali dan Samad.
A angkat kaki
B cepat tangan
C angkat tangan
D campur tangan

15 Peribahasa berikut mempunyai maksud yang hampir sama, kecuali

A ingat sebelum kena, jimat sebelum habis
B berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
C ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni
D hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah

4
Soalan 16 hingga 20
Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

16 Tema bagi sajak “Kita Umpama Sehelai Daun” ini ialah

A Sikap menghargai dan mensyukuri nikmat kurniaan Tuahn
B Mengamalkan sikap yang baik dalam kehidupan
C Sikap pentingkan diri sendiri perlu diamalkan
D Setiap orang harus memiliki sifat angkuh dalam diri

17 Kita umpama sehelai daun

Apakah gaya bahasa bagi baris sajak di atas?

A Asonansi

B Aliterasi

C Simile

D Sinkope

18 Apakah nilai yang terdapat dalam sajak ini?

A Nilai Berterima kasih
B Nilai Patriotisme
C Nilai Keinsafan
D Nilai Kesetiaan

5
19 Yang berikut ialah pengajaran yang terdapat di dalam sajak di atas, kecuali

A Kita hendaklah bertanggungjawab terhadap kepentingan masyarakat

B Kita mestilah prihatin terhadap golongan yang memerlukan

C Kita hendaklah sentiasa mengamalkan sikap yang sederhana

D Kita mestilah memandang rendah terhadap kemampuan orang lain

20 Pada pendapat anda, apakah yang kita boleh lakukan untuk berbuat baik kepada
masyarakat?

A membuat hal sendiri

B menyertai aktiviti-aktiviti kemasyarakatan yang diadakan

C mencampuri urusan orang lain

D sombong dan bangga diri

Ruang Jawapan:

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10.
11. 12. 13. 14. 15. 16. 17. 18. 19. 20.

6
BAHAGIAN B
[25 markah]
Jawab semua soalan.

Soalan 1 (Sintaksis)
Tukarkan ayat pasif di bawah kepada ayat aktif.

1. Khemah itu didirikan oleh mereka di tepi hutan.

___________________________________________________________________________

2. Makanan itu dibeli oleh ibu di pasar malam.

___________________________________________________________________________

3. Semua kesalahan mereka akan saya maafkan.

___________________________________________________________________________

4. Keputusan perlu kalian buat dengan segera kerana hal ini tidak boleh ditangguh lagi.

___________________________________________________________________________

5. Bahan bukti kes pembunuhan itu telah ditemukan oleh pihak polis di belakang rumah
mangsa.

___________________________________________________________________________

[ 5 markah]

7
Soalan 2 (Petikan pemahaman)
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat yang lengkap.

1. Berdasarkan petikan cerpen di atas, mengapakan Azizah sangat risau?

_______________________________________________________________________________

[3 markah]
2. Banyak nilai yang dapat diperoleh daripada perikan cerpen “hadiah” ini.
Nyatakan dua nilai yang terdapat dalam cerpen tersebut.

________________________________________________________________________________

3. Guru ialah insan yang mengajar dan mendidik kita tanpa mengira masa, tenaga, dan wang ringgit.
Pada pendapat anda, selain memberikan hadiah kepada guru, apakah yang perlu dilakukan oleh
murid sebagai tanda menghargai jasa guru?
__________________________________________________________________________________

[4markah]

8
Soalan 3 (Novel)

Jawapan hendaklah berdasarkan satu daripada novel yang telah anda kaji di Tingkatan 1.

i. Pelari Muda karya Ghazali Ngah Azia

ii. Formula Termodinamik karya Obasiah Haji Usman
iii. Destinasi Impian karya Mohd Ismail Sarbini
iv. Sejambak Bakti karya Rejab F.I.

Berdasarkan sebuah novel yang anda telah kaji, huraikan tiga latar masyarakat yang terdapat dalam
novel tersebut. Berikan satu contoh peristiwa bagi setiap latar masyarakat tersebut.
_________________________________________________________________________

[ 10 markah ]

9
BAHAGIAN C
[15 Markah]
[Masa yang dicadangkan: 15 minit]

Bahagian ini mengandungi dua soalan. Jawab satu soalan sahaja.

Soalan 1
Baca petikan di bawah ini dengan telitinya. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan
tentang faktor-faktor berlakunya kemalangan jalan raya. Panjang ringkasan anda hendaklah antara
80 hingga 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa
mengubah maksud asal petikan.

Isu kemalangan jalan raya senantiasa diperkatakan oleh banyak pihak. Hal ini demikian kerana
kadar kemalangan dewasa ini masih membimbangkan. Mengapakah situasi ini berlaku? Sudah tentu
terdapat banyak sebab yang menjadi penyumbang kepada keadaan ini.

Kes kemalangan jalan raya berlaku disebabkan oleh sesetengah pemandu dan penunggang
motosikal yang tidak mematuhi had laju yang dibenarkan walaupun tanda had laju terpampang di
hadapan mereka. Sikap pengguna jalan raya yang suka memotong kenderaan lain di selekoh tajam
dan di garisan berkembar turut mengundang risiko kemalangan. Tindakan ini bukan sahaja
membahayakan diri sendiri bahkan juga pengguna jalan raya yang lain. Tambahan lagi, terdapat
segelintir pemandu yang baru memperoleh lesen hanya memikirkan keseronokan tanpa menduga
bahawa maut sedia menanti di hadapan mereka.

Di samping itu, jalan raya yang sempit dan berlubang-lubang di sesetengah tempat turut
mengundang terjadinya kemalangan terutamanya pada waktu malam dan ketika hujan lebat. Keadaan
ini bertambah buruk apabila terdapat kenderaan yang tidak diselenggarakan dengan baik masih
digunakan di jalan raya. Oleh itu, setiap pemilik hendaklah memastikan kenderaan mereka
diselenggarakan mengikut jadual agar selamat digunakan.

Jelaslah kepada kita bahawa kemalangan jalan raya yang berlaku banyak disebabkan sikap
pengguna itu sendiri. Oleh itu, diharapkan agar semua pengguna jalan raya lebih berhati-hati ketika
memandu dan ingatlah orang yang tersayang.

__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________

10

[15 markah]

11
Soalan 2
Lihat gambar di bawah ini dengan teliti, kemudian tulis ulasan yang panjangnya antara 80 hingga
100 patah perkataan

12

SOALAN TAMAT

Disediakan Oleh : Disemak Oleh : Disahkan Oleh :

SITI HAWA BT MOHD YASSIM PN FAEZAH BT MD. JAMARE PN FADZILAH BT SANDARI

________________ ________________ _______________

GMP BAHASA MELAYU KP BAHASA MELAYU GKMP BAHASA

13

You might also like